Pentingnya makanan Halal untuk kesihatan
Makanan yang baik, lagi halal memberikan kesihatan kepada tubuh badan, sebaliknya makanan yang tidak berkhasiat boleh menyebabkan penyakit.
Islam mementingkan aspek khasiat dan kebersihan supaya yang dimakan benar-benar membawa manfaat, bukannya kemudaratan.
Dalam hadis diceritakan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya:
“Wahai orang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu.”
Justeru,
sudah menjadi tanggungjawab orang Islam memastikan makanan yang dimakan
setiap hari berkhasiat dan tidak tercemar untuk kesihatan dan
tumbesaran tubuh badan.
Satu
lagi aspek yang sangat diberikan perhatian dalam Islam ialah dari sudut
halal atau haram. Islam menekankan aspek ini kerana melalui hukum halal
haram membolehkan umatnya mengenal batasan, berdisiplin dan menjadi
umat terbaik.
Dalam hadis diceritakan Tirmidzi, Nabi bersabda, maksudnya:
“Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.”
Makanan
yang haram seperti haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak, bahan
yang bercampur najis atau sumbernya daripada aktiviti tidak halal
dibimbangi menyebabkan bahaya besar kepada mereka yang memakannya,
iaitu:
*
Mempengaruhi jiwa pemakannya sehingga gemar melakukan kejahatan
daripada kebaikan, sehinggakan berasa benci kepada aktiviti kebajikan.
* Doa tidak dimakbulkan Allah.
* Mendapat seksa neraka Allah pada hari akhirat kelak.
Begitupun,
makanan yang bersih, berkhasiat malah halal sekiranya tidak menepati
aturan pemakanan secara seimbang boleh mengundang padah, mengakibat
bermacam-macam penyakit dan akhirnya diri yang merana.Menyedari perkara
ini Islam tidak terlupa memberikan penekanan kepada gaya pemakanan,
iaitu pemakanan secara seimbang dan tidak keterlaluan.
Nabi
Muhammad s.a.w menunjukkan contoh dalam perkara ini dan baginda begitu
menekankan soal pemakanan kepada sahabatnya. Baginda bersabda:
"Pada diri setiap insan itu hendaklah diisi dengan keperluan sesuai dan sama pada setiap masa".
Ini
supaya apa saja bentuk makanan yang memasuki perut tidak terhenti
dengan kelazatan dan kenikmatan yang dirasai, malah memberikan tenaga
dan semangat kepada orang Islam untuk melakukan ibadat.
Dalam
hubungan ini baginda s.a.w ada menyarankan umatnya supaya perut diisi
dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi
dengan udara.Menyedari risiko pemakanan berlebihan mendatangkan
penyakit, Islam dari awal lagi melarang amalan berlebih-lebihan.
Amalan
yang digalakkan adalah bersederhana, malah dalam sebarang aktiviti umat
Islam dianjurkan mengamalkan prinsip sederhana.Kebanyakan penyakit
bermula daripada salah memilih makanan termasuk makan secara melampaui
batas. Pakar kesihatan turut mengakui hakikat ini.
Dalam satu hadis Nabi s.a.w bersabda, maksudnya:
“Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.”
Justeru,
makanlah sekadarnya sebagaimana yang disarankan oleh nabi iaitu makan
sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Maksud tersirat di sini
ialah bersederhana dalam pemakanan.Orang Islam yang prihatin dengan
kebersihan dan kesucian makanannya setiap hari pasti lahir dari dalam
dirinya cahaya keimanan yang dapat membantunya menjaga kebersihan diri
secara keseluruhan, baik tubuh badan, pakaian, kenderaan atau tempat
tinggal.
Nyata,
Islam tidak hanya membincangkan persoalan ibadat khusus, seperti solat,
puasa, zakat dan haji, malah sebagai agama yang sempurna
perbincangannya adalah menyeluruh, membabitkan semua disiplin kehidupan
manusia, termasuklah ilmu kesihatan.
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 08 June 2008