Membentengi diri dari syaitan
Hidup tidak sunyi daripada ujian dan bahaya. Dalam pelbagai bahaya, yang paling bahaya ialah bahaya syaitan.
Sebab itulah benteng pertama yang diajar Allah ialah "saya berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam."
Bahaya
penyakit fizikal seperti jangkitan kuman atau virus, binatang buas,
bencana tanah runtuh dan gempa bumi hanya akan membawa akibat fizikal
seperti kecacatan, kesakitan, kerugian dan kematian. Tetapi, akibat dan
bahaya syaitan akan membawa kecacatan rohani, ketempangan sosial dan
kedangkalan sistem politik yang akhirnya membawa diri ke 'neraka
sementara' di dunia sebelum neraka kekal di akhirat nanti.
Jika
hendak melawan syaitan sepatutnya kita mengetahui karakter dan strategi
serta selok-belok, modus operandi dan organisasinya. Patut juga
diketahui ialah kelemahan dan pantang larang syaitan, iblis dan
konco-konconya.
Siapa
musuh iblis dan syaitan?Mereka ialah Rasulullah s.a.w, orang beriman
yang pengasih dan penyayang, suka memberikan nasihat, bertaubat,
berakhlak mulia, bersedekah, memberikan manfaat kepada orang lain,
sentiasa berwuduk, tidak melakukan dosa, solat khusyuk, pemerintah yang
adil, orang kaya yang rendah hati, peniaga yang jujur dan amanah,
istiqamah membaca al-Quran dan orang yang bangun bersolat malam ketika
orang lain sedang tidur.
Sementara
sahabat syaitan dan iblis pula ialah orang kaya yang sombong, peminum
arak, hakim yang tidak adil, peniaga yang tidak jujur, orang yang tidak
membayar zakat, orang yang meringankan solat, orang yang makan harta
anak yatim, orang yang beramal kerana nama, orang yang penghasut dan
pendengki serta orang yang membuang masa dan melakukan perbuatan
sia-sia.
Pintu hati manusia yang dimasuki oleh iblis:
* Putus asa dan kecewa
* Memandang remeh pada dosa kecil
* Panjang angan-angan dan suka puji-pujian
* Memandang rendah orang lain
* Tidak takut murka Allah
* Tidak boleh mengawal marah
* Ujub, sombong, riak dan buruk sangka terhadap orang lain
* Terlalu cinta dunia
*
Bakhil dan kedekutRumah yang tidak dimasuki iblis ialah rumah yang
penghuninya saling bermaafan, dalam keadaan berzikir, selalu menjauhi
dosa, merendah diri kepada Allah, soleh dan solehah, berbakti kepada
ibu bapa, berwuduk dan bersolat serta sentiasa membaca al-Quran.
Ada beberapa jenis senjata untuk melawan syaitan, iaitu membaca Bismillah, banyak berzikir, beristighfar, membaca "la ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin", membaca doa pagi dan petang, bersugi dan gosok gigi, solat berjemaah, berwuduk sebelum tidur, menutup aurat, membaca doa masuk tandas, banyak berselawat kepada nabi, bertaubat banyak-banyak dan banyak membaca al-Quran.
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 08 June 2008