ESQ Training


esq training

Saya dari Angkatan 001 Johor Bahru, Training ESQ di Persada International Convention Center, JB 25 - 27 May 2007.


Seronok sungguh bila saya baca komen dari peserta2 terdahulu. Memang betullah *perumpamaan tentang gula tu. Masa member saya from KL rekomen suruh pegi, dia kata best giler.. bila saya tanya berapa - RM1380??? Apa??3 hari?? Alamak mana nak invest... masya Allah, nasib baik En Razib promote kat company saya, dia bagi 2 free seats, itu pon takde org nak pegi you...lelama I volunteer lah.. alhamdullillah... memang betullah, lepas training ni insya Allah we become different individuals.

Selama ni bila saya baca buku agama, terjemahan al-quran, dengar ceramah, forum perdana, takde kesan di hati langsung..tapi dengan ESQ, masya Allah and alhamdullillah, kekuasaan yg maha Esa begitu terjelas dan terbukti... pandai Pak Ary gunakan teknologi termoden utk menunjukkan kekuasaan Allah itu. Inilah org kata Spiritual Digital..ini org kita byk salah guna teknologi... nasib baik ada sekumpulan org bijaksana yg gunakan teknologi ke jalan kebaikan.

Selepas saya ditunjukkan bekas rumah rasullullah, ruang tamunya kosong, dinding batu, lantai tanah, sungguh berkesan di hati ini. Almaklumlah belum pernah pegi umrah or haji. Lepas tengok gambar tu, saya terus jadik tak minat tengok majalah Anjung Seri lah dan seangkatan dengannya. Membazir je! Mati tinggal semua tu! Kalau dulu setiap inci ruang saya study, now takde interest langsung! Saya pon hairan sebenarnya camne perasaan camni boleh timbul..

rumah baginda rasulullah saw
Rumah Baginda Rasulullah SAW

Inilah keadaan ruang dalam Rumah Baginda Rasulullah SAW:

ruang tamu rumah rasulullah

ruang tidur

rumah rasulullah

rumah rasulullah
Sumber : http://www.melasayang.4t.com/RumahRasullulah.htm

Now azam saya nak kumpul duit pegi umrah lah..dulu cita2 saya nak pegi visit 7 ancient wonders of the world (so far saya dah pegi Great Wall and Taj Mahal). Now rasa nak pegi umrah dululah...byk lagi tempat2 menarik sejarah Islam yg harus saya lawati utk tebalkan iman saya Insya Allah..saya nak pegi melawat Mekah, Madinah, Jordan, Spain dan tempat lelain yg menunjukkan sejarah Islam...sebenarnya masa pegi Taj Mahal tu pon saya sedih. Dulu zaman Islam begitu gemilang, tapi lelama hilang ditelan kuasa lain kerana ketamakan muslimin itu sendiri...

Friends - kalau ada rezeki lebih, kumpullah duit sikit2, pegi ESQ training dulu. Then boleh lah kita pegi ke Middle East pulak..insya Allah


esq

*Perumpamaan tentang Gula:
“Kalau orang tanya bagaimana rasanya gula, dan kita jawab ‘Manis’, adakah orang tu akan betul2 tahu bagaimana rasanya manis tanpa merasainya sendiri?”. Macam tu juga kalau orang tanya, “Best tak program tu?” atau “Macam mana? OK?” atau yg sewaktu dengannya, tak tahu nak jawab apa sebab kalau dikata “BEST SANGAT2 TAK BLEH BLAR!!!” tak mungkin orang akan tahu perasaan sebenar bila dah join program ni.

Di pos oleh Arbain Muhayat pada 06 June 2008