Anwar Ibrahim : Hentikan sifat munafik, anda penyokong Israel !
Kalau
anda bukan penyokong Israel, kenapa anda sokong Paul Wolfowitz, bekas
Setiausaha Pertahanan Amerika. Ketika diwawancara oleh Stephen Sackur
dalam program BBC HARD TALK, 10 Mei 2005, anda bermati-matian
mempertahankan Wolfowitz, ketika seluruh dunia umat Islam mengecam
tindakan kejamnya membunuh ribuan umat Islam di Iraq.
Anda bela seorang Yahudi, Zionis bernama Paul Wolfowitz, tetapi dalam masa sama anda kecam seorang muslim bernama Osama bin Laden,
sedangkan Wolfowitz yang anda bela telah terbukti sebagai penjenayah
dan arkitek perang Iraq yang dibenci oleh seluruh dunia, manakala Osama
Laden, yang anda kecam gagal dibuktikan sebagai teroris.
Steve Clemons kata anda penyokong Annapolis Summit
Steve
Clemons seorang blloger tersohor terkemuka di Amerika menulis dalam
blog popularnya, The Washington Note bahawa anda terlibat sama
menyokong Annapolis Summit yang diusahakan oleh Presiden Bush dan
Condoleeza Rice.
Menurut Steve Clemons anda salah seorang yang
menandatangani surat sokongan Annapolis Summit. Anda tandatangani
sokongan itu atas kapasiti sebagai AJK Kehormat International Crisis
Group (ICG) bersama-sama dengan sahabat-sahabat Amerika anda seperti;
JOHN McLAUGHLIN (bekas Timbalan pengarah CIA), JOHN MALOTT, (bekas
Pesuruhjaya EU for Foreign Relations ), RITA HAUSER (RAND Corporation
Board Member) dan lain-lain. Bukti klik di sini
Apa
itu Annapolis Summit ? Annapolis Summit adalah 'perjanjian damai'
antara Palestin yang diwakili oleh Mahmod Abbas (Fatah) dengan Ehud
Olmert (ketika itu Perdana Menteri Israel) untuk mengiktiraf Isarel
sebuah negara yang sah dan mengiktiraf Abbas sebagai Perdana Menteri
Boneka Israel di Palestin. Klik di sini
Ketika
majoriti rakyat Palestin diwakili oleh Hamas menolak Annapolis Summit,
anda pula bersekongkol dengan Amerika menyokong penubuhan negara Israel.
Gershon Baskin kata anda anti Hamas
Anda
kenal Gershon Baskin ? Dia adalah seorang Yahudi, Pengarah Pusat
Penyelidikan dan Maklumat Israel/Palestin (IPCRI). Dia dakwa pernah
jumpa anda di Amerika sebanyak dua kali pada tahun 2005 untuk
bertanyakan tentang Hamas. Apa yang anda jawab tentang Hamas kepada
Gershon Baskin?
Gershon Baskin kata anda telah mencerca Hamas
sebagai tidak demokrasi dan tidak boleh menyertai pilihanraya di
Palestin kerana Hamas mempunyai pasukan bersenjata.
Jawapan
tegas anda itu yang mengecam Hamas, sangat disukai oleh Gershon Baskin
hingga dia membuat catatan khas memuji anda dengan mengatakan
"sekiranya Anwar Ibrahim rakyat Palestin, isu perbalahan
Palestin-Israel akan selesai kerana Anwar Ibrahim boleh duduk semeja
berunding dengan Ariel Sharon (bekas Perdana Menteri Israel). klik di sini
Website moon of Alabama kata Foundation For The Future missinori Amerika perkuatkan Israel
Anda
bermati-matian menafikan Foundation For The Future yang pernah anda
pengerusikan sebagai alat tajaan Amerika. Anda beritahu rakyat muslim
Malaysia bahawa Foundation itu seolah-olah anda yang buat dengan
bantuan kewangan daripada negara-negara Islam di Timur Tengah. Klik di sini
Tetapi
rakyat Malaysia boleh boleh diperbodohkan dengan tulisan dan kata-kata
anda semata-mata. Jabatan Negara Amerika mewartakan bahawa Foundation
for The Future adalah projek tajaan mereka di Timur Tengah melalui
projek Amerika yang dinamakan BMENA (the Broader Middle East and North
Africa). Malah anda sendiri dilantik menerajui foundation itu dengan
eshan Amerika Syarikat. Klik di sini
Apakah
misi Foundation For The Future di Timur Tengah ? Laman website moon of
Alabama mendedahkan seorang blogger terkemuka Amerika bernama Billmon
mendedahkan fungsi utama Foundation itu memberi tajaan dan bekalan
senjata kepada kumpulan Fatah, pimpinan Mahmod Abbas (pro
Israel/Amerika) supaya melawan kumpulan Hamas. Klik di sini
Apakah
ini peranan anda dalam Foundation For The Future sebenarnya ? Memang
benar, sebab itu anda takut mengaku yayasan yang anda terajui itu
ditaja oleh Amerika, kerana bimbang agenda jahat akan pecah dan
diketahui oleh umat Islam.
Gus Dur kata anda agen Amerika
Kawan
rapat anda yang sanggup ulang alik dari Indonesia ke Kuala Lumpur
semata-mata untuk membela anda dan berkempen untuk memenangkan anda di
Permatang Pauh, bernama Gus Dur mendedahkan agenda anda bersama Paul
Wolfowitz yang anda sembunyikan selama ini.
Kawan baik anda (Gus
Dur) tulis di laman webnya, bahawa dia terlibat sama semasa pertemuan
anda dengan Paul Wolfowitz di Munich pada tahun 2004. Dia kata anda
telah dilantik oleh Paul Wolfowitz (ketika itu Timbalan Setiausaha
Pertahanan Amerika) sebagai Agen Amerika atau jurucakap Amerika di
negara Islam untuk melemahkan semangat golongan muda menubuhkan Negara
Islam. Kata kawan baik anda lagi, peranan anda dipertanggungjawab oleh
bapak zionis di Amerika (Wolfowitz) untuk melemahkan golongan muslim
fundalmentalis dengan melahirkan seramai mungkin muslim moderat seperti
anda. Klik di sini
Anda tidak bersungguh kecam Israel
Sehari
dua ini, anda kerap menulis di blog mengecam Israel dan Amerika kerana
kekejaman di Palestin. Tahniah diucapkan. Anda memperlekehkan
Bush/Cheney sebagai faktor penyebab serangan Israel itu. Semua orang
tahu maksud anda itu, kecaman anda itu semata-mata menurut skrip kerana
anda tahu Bush/Cheney bakal kehilangan kuasa tidak lama lagi.
Anda
tidak mengecam Barack Obama dan Hillary Clinton. Kenapa ? Walhal
serangan ke atas Palestin dilakukan semasa pemerintahan regim Obama ?
Anda juga tidak bersungguh mengecam Israel, ditulis kabur-kabur supaya
orang keliru dan dalam masa sama mengecam dunia Arab.
Selalunya
jika anda anggap kenyataan media yang sangat penting, anda akan susun
dalam bahasa formal dan dibuat dua versi. Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris. Motifnya sangat jelas, tulisan Bahasa Melayu ditujukan kepada
rakyat Malaysia, manakala tulisan Bahasa Inggeris ditujukan kepada
rakan-rakan anda di Barat supaya mereka mengerti visi anda terhadap
sesuatu isu.
Tetapi dalam kes Ghazza, anda hanya buat versi
Bahasa Malaysia sahaja dan tulisan anda tidak menyakinkan pembaca,
kecuali terpancar unsur mempertahankan pengaruh politik agar tidak
dihakis oleh tsunami Israel.
Kedutaan Amerika di Malaysia pun
tidak memahami tulisan Bahasa Melayu anda, apatah lagi rakan-rakan anda
di Barat terutamanya di Amerika tidak memahami langsung tulisan Bahasa
Melayu anda itu.
Anda sendiri mengaku baca karya Yahudi, Hana Arent, sokong Holocaust
Anda
sendiri mengakui pernah membaca buku karya Hana Arent, seorang Yahudi
di Jerman. Anda mengupas isi kandungan buku itu yang mempertahankan
Holocaust, iaitu suatu mitos yang Yahudi dendangkan secara zaman
berzaman bahawa rakyatnya dibunuh dengan kejam secara beramai-ramai
semasa pemerintahan Nazi di Jerman.
Cara
penceritaan anda (video yang pernah diterbitkan oleh AIDC) mengambarkan
anda sangat teruja dan sangat simpati dengan pembunuhan
Yahudi-Holocaust itu. Begitu syahdu sekali simpati anda dengan
pembunuhan itu.
Cara berfikir anda sama dengan rakan baik anda,
Gus Dur yang mempertahankan kewujudan Holocaust dan sanggup mengecam
Mahmoud Ahmadinejab, Presiden Iran yang mendakwa Holocaust hanya mitos
dan propanganda Israel.
Bezanya Gus Dur lebih berterus terang
sokongannya kepada Israel, tetapi anda, bersimpang siur tetapi maksud
akhirnya sama matlamat dengan Gus Dur.
Anwar Ibrahim, usah
munafik, siapa kawan-kawan anda di Amerika yang membantu anda. Siapa Al
Gore, siapa Madeline Albright, siapa Cohen, siapa Carl Gershman.
Bukankah semua itu Yahudi neokoservatif Amerika yang berusaha
melemahkan negara Islam dan bercita-cita memperkuatkan negara Israel ?
email dari NTAnwar
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 11 January 2009