Nutrien antioksida untuk sistem imun
RAKAN menyarankan saya agar mengambil nutrien antioksida yang dikatakan penting untuk melawan kesan radikal bebas yang boleh melemahkan sistem pertahanan badan. Apakah nutrien-nutrien penting yang saya perlukan memandangkan saya mudah mendapat jangkitan penyakit?Jawapan:
Kita sememangnya terdedah kepada radikal bebas yang berlebihan sama ada akibat pencemaran alam sekitar, asap rokok, sinaran ultraungu (UV), tekanan fizikal dan mental dan juga pengambilan makanan tinggi lemak.
Antioksida merupakan bahan penyahtoksin semula jadi yang paling penting kerana ia membantu mengurangkan kerosakan badan dan memulih kesan kerosakan yang sudah berlaku.
Pengambilan nutrien antioksida yang tinggi penting untuk melindungi tubuh daripada aktiviti toksin serta menyingkirkannya.
Nutrien anti radikal bebas seperti Beta karotena, (Pro vitamin A), vitamin C, E, selenium organik dan zink merupakan perangsang imun yang baik.
Ia berupaya melawan bahan asing, mengurangkan risiko jangkitan dan penyakit tertentu.
Walaupun tubuh mempunyai system pertahanan semula jadi, namun ia mula merosot seiring dengan peningkatan usia dan juga akibat pendedahan kepada faktor-faktor radikal bebas yang disebutkan tadi.
Cara terbaik untuk memperolehi nutrien berkenaan adalah melalui pengambilan pelbagai jenis makanan seperti sayur dan buah- buahan, bijirin penuh, serta jumlah protein yang mencukupi daripada makanan laut dan daging tanpa lemak.
Pertimbangkan pengambilan suplemen yang menggabungkan semua atau kebanyakan nutrien-nutrien antioksida ini untuk memberi perlindungan kepada badan kerana ia lebih berkesan berbanding pengambilan satu jenis antioksida sahaja.
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 04 January 2009