Fakta Pasukan EURO 2008
![]() |
|
PASUKAN Sepanyol mahu buang badi kurang menyerlah di kejohanan besar.
|
Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA 2008, atau lebih dikenali sebagai Euro 2008 akan berlangsung di Austria dan Switzerland dari 7 hingga 29 Jun ini. Ia adalah kali kedua Euro dianjurkan secara bersama dalam sejarah bola sepak kejohanan itu, selepas Belgium dan Belanda berkongsi penganjuran pada Euro 2000. Selepas ini, kejohanan Euro 2012 juga akan dianjurkan secara bersama oleh Poland dan Ukraine yang diberi penghormatan untuk menganjurkannya.
Sebanyak 16 pasukan terbaik dari Eropah akan beraksi dalam kejohanan ini. Pasukan tuan rumah Austria dan Switzerland layak secara automatik, sementara 14 lagi pasukan layak menerusi perlawanan kelayakan. Austria dan Poland akan membuka tirai kejohanan tersebut dan juara bagi Euro 2008 akan mewakili benua Eropah dalam kejohanan Piala Konfederasi FIFA yang akan berlangsung di Afrika Selatan.
Lapan bandar utama di Austria dan Switzerland akan menjadi lokasi utama kejohanan ini antaranya di Geneva, Zurich, Berne, Basel (Switzerland), Vienna, Klagenfurt, Salzburg dan Innsbruck (Austria).
Selain itu juga, piala baru akan diberikan kepada juara Euro 2008. Piala versi baru Henry Delaunay ini telah dibuat oleh Asprey London, bentuk yang sama seperti piala yang terdahulu dicipta oleh Arthus-Bertrand.
Kumpulan A
Switzerland
Jurulatih: Koebi Kuhn
Rekod Piala Dunia: Lapan penampilan, suku akhir pada 1934, 1938, 1954.
Euro 2004: Tersingkir di pusingan pertama. Tidak pernah melepasi saingan peringkat kumpulan.
Pemain utama: Philippe Senderos, Alexander Frei, Tranquillo Barnetta.
Ramalan: Kelebihan selaku tuan rumah memberi peluang Switzerland melepasi peringkat kumpulan kali ini.
Rep. Czech
Jurulatih: Karel Bruckner
Rekod Piala Dunia: Sembilan penampilan, layak ke perlawanan akhir ketika dikenali
Czechoslovakia 1934 dan 1962.
Euro 2004: Tewas kepada Greece di peringkat separuh akhir.
Pemain Utama: Jan Koller, Petr Cech, Tomas Ujfalusi.
RamalaN: Czech tidak beraksi baik pada Piala Dunia 2006 selepas terkeluar di peringkat kumpulan, tetapi aksi hebat di pusingan kelayakan menjadikan mereka pasukan pilihan untuk layak ke suku akhir.
Portugal
Jurulatih: Luiz Felipe Scolari
Rekod Piala Dunia: Empat penampilan, separuh akhir 1966 dan 2006.
Euro 2004: Tewas kepada Greece dalam perlawanan akhir.
Pemain Utama: Cristiano Ronaldo, Deco, Queresma.
Ramalan: Portugal terpaksa berhempas-pulas untuk layak ke Euro 2008, tetapi mereka telah
membuktikan permainan mantap pada Piala Dunia 2006 dan Euro 2004. Jika gagal layak ke suku akhir satu kekecewaan besar buat mereka.
Turki
Jurulatih: Fatih Terim
Rekod Piala Dunia: Dua penampilan, separuh akhir 2002.
Euro 2004: Tidak layak.
Pemain utama: Nihat Kahveci, Hamit Altintop, Yildiray Basturk.
Ramalan: Kejutan pada Piala Dunia 2002 selepas layak ke separuh akhir tetapi gagal melayakkan diri Pada Piala Dunia 2006 dan Euro 2004. Dilihat sukar untuk melayakkan diri ke suku akhir.
Kumpulan B
Austria
Jurulatih: Josef Hickersberger
Rekod Piala Dunia: Tujuh penampilan, separuh akhir 1934 dan 1954.
Euro 2004: Tidak layak
Pemain utama: Andreas Ivanschitz, Martin Hiden, Alexander Manninger.
Ramalan: Bermain di gelanggang sendiri satu kelebihan buat Austria, tetapi mereka berada pada rangking paling bawah dalam kejohanan ini dan sukar untuk bersaing di peringkat awal.
Croatia
Jurulatih: Slaven Bilic.
Rekod Piala Dunia: Tiga penampilan, separuh akhir 1998.
Euro 2004: Tersingkir di pusingan pertama.
Pemain utama: Luka Modric, Niko Kranjcar, Ivica Olic.
Ramalan: Kejutan pada peringkat kelayakan menewaskan England. Jika berjaya meneruskan prestasi mantap itu mereka akan menjadi pasukan pilihan untuk melepasi peringkat kumpulan.
Jerman
Jurulatih: Joachim Loew.
Rekod Piala Dunia: 16 penampilan, juara 1954, 1974 (Jerman Barat), 1990.
Euro 2004: Tersingkir di peringkat kumpulan.
Pemain utama: Michael Ballack, Miroslav Klose, Lukas Podolski.
Ramalan: Pasukan muda yang sudah matang dan akan mengancam semua pasukan walaupun kali
terakhir memenangi Euro pada 1996.
Poland
Jurulatih: Leo Beenhakker.
Rekod Piala Dunia: Tujuh penampilan, separuh akhir 1974, 1982.
Euro 2004: Tidak layak.
Pemain utama: Artur Boruc, Maciej Zurawski, Euzebiusz Smolarek.
Ramalan: Beraksi baik di peringkat kelayakan tetapi undian kumpulan yang sengit memaksa mereka bergantung kepada kejutan untuk ke peringkat suku akhir.
Kumpulan C
Belanda
Jurulatih: Marco van Basten
Rekod Piala Dunia: Lapan penampilan, naib juara 1974, 1978.
Euro 2004: Tewas kepada Portugal di separuh akhir.
Pemain utama: Ruud van Nistelrooy, Edwin van der Sar, Wesley Sneijder.
Ramalan: Selalunya tidak menghadapi masalah untuk layak ke suku akhir tetapi diundi bersama finalis Piala Dunia 2006, Itali dan Perancis menjadi halangan besar buat mereka.
Itali
Jurulatih: Roberto Donadoni
Rekod Piala Dunia: 16 penampilan, juara 1934, 1938, 1982, 2006.
Euro 2004: Tersingkir di peringkat kumpulan.
Pemain utama: Fabio Cannavaro, Marco Materazzi, Andrea Pirlo.
Ramalan: Juara Piala Dunia 2006, cukup kuat untuk merangkul kejuaraan utama kedua.
Romania
Jurulatih: Victor Piturca
Piala Dunia: Tujuh penampilan, suku akhir 1994.
Euro 2004: Tidak layak.
Pemain utama: Adrian Mutu, Christian Chivu, Cosmin Contra.
Ramalan: Beraksi baik di peringkat kelayakan tetapi beraksi di dalam kumpulan maut ini sukar untuk mereka ke pusingan suku akhir.
Perancis
Jurulatih: Raymond Domenech.
Rekod Piala Dunia: 12 penampilan, juara 1998.
Euro 2004: Tewas kepada Greece di suku akhir.
Pemain utama: Thierry Henry, Franck Ribery, Karim Benzema.
Ramalan: Membuat kejutan layak ke perlawanan akhir Piala Dunia 2006, mempunyai pasukan yang hampir sama pada kejohanan ini tetapi tanpa kelibat Zinedine Zidane.
Kumpulan D
Greece
Jurulatih: Otto Rehhagel.
Rekod Piala Dunia: sekali penampilan, peringkat kumpulan 1994.
Euro 2004: Mengalahkan Portugal di perlawanan akhir.
Pemain utama: Angelos Charisteas, Traianos Dellas, Fanis Gekas.
Ramalan: Penyandang juara, mempunyai peluang cerah untuk layak ke suku akhir.
Sweden
Jurulatih: Lars Lagerback.
Rekod Piala Dunia: 11 penampilan, akhir 1958.
Euro 2004: Tewas kepada Belanda di suku akhir.
Pemain utama: Zlatan Ibrahimovic, Freddie Ljungberg, Olof Mellberg.
Ramalan: Pasukan yang tidak boleh diambil mudah, pemain mempunyai kelajuan, skil yang hebat dan sukar untuk ditewaskan.
Sepanyol
Jurulatih: Luis Aragones.
Rekod Piala Dunia: 12 penampilan, separuh akhir 1950.
Euro 2004: Tersingkir di peringkat kumpulan.
Pemain utama: Cesc Fabregas, David Villa, Carles Puyol.
Ramalan: Beraksi baik di peringkat kelayakan tetapi mereka sering tenggelam di kejohanan utama termasuk Piala Dunia dan Euro.
Rusia
Jurulatih: Guus Hiddink.
Rekod Piala Dunia: Sembilan penampilan, separuh akhir (Soviet Union).
Euro 2004: Tersingkir di peringkat kumpulan.
Pemain utama: Alexander Kerzhakov, Andrei Arshavin, Igor Akinfeev.
Ramalan: Kekuatan terletak kepada kehebatan jurulatih Guus Hiddink, membawa Belanda ke separuh akhir Piala Dunia 1998. Dia melakukan perkara yang sama bersama Korea Selatan di Piala Dunia 2002 dan membantu Australia layak ke pusingan kedua Piala Dunia 2006.
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 06 June 2008
