Fokus PMI
Aspek
Perkhidmatan
a) Menubuhkan Institut Integriti Nasional bertujuan membina upaya modal insan untuk membanteras rasuah
b) Menubuhkan Pasukan Petugas Pemudah Cara Kerajaan (Pemudah) bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian oleh jentera kerajaan.
c)
Matlamat kerajaan untuk menyediakan satu perkhidmatan awam kelas pertama
diantaranya menerusi Komitmen Perkhidmatan Awam Malaysia 2008
Aspek Pendidikan
(a)
Melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pelajaran, 2006-2010
yang telah dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan
satu system pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia
Aspek Ekonomi
a) Melancarkan Iskandar Malaysia (dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar), sebuah kawasan untuk menjana pertumbuhan ekonomi.
b) Mewujudkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER, Northern Corridor Economic Region) yang juga merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan social
c) Melancarkan Wilayah Ekonomi Koridor Timur (ECER, Eastern Corridor Economic Region) sebagai sebuah kawasan yang berupaya membentuk modal insan dan pertumbuhan ekonomi yang baik.
d) Melaksanakan Program Transformasi Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) - Program Transformasi Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) adalah untuk merancang dan melaksanakan dasar polisi kebangsaan dan garis panduan yang komprehensif bagi mengubah GLC kepada entiti berprestasi tinggi, serta mewujudkan rangka institusi untuk mengurus dan menyelia pelaksanaan dasar dan garis panduan ini.
Aspek Sains, Teknologi & Inovasi
a) Pembangunan Knowledge Workers Development Institute bagi memastikan bekalan tenaga berkemahiran tinggi menepati permintaan industri ICT.
b) Program Pembangunan Modal Insan (HCD, Human Capital Development)
dalam bidang Sains, Teknologi & Inovasi bertujuan penambah bilangan dan
meningkatkan kemahiran penyelidik
Aspek Sosial
a) Program Latihan Khidmat Negara bertujuan membangun warga muda berdisiplin, berdaya tahan, berdaya kepemimpinan dan bersifat prihatin.
b) Program memperkasa tenaga muda bertujuan membangun Belia 3K – menguasai kemahiran, kepemimpinan dan keusahawanan.
c) Melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dimana badan-badan korporat membantu golongan kurang upaya dan yang memerlukan agar semua lapisan rakyat dapat menikmati taraf hidup berkualiti. Bagi warga korporat yang berjaya membawa impak positif melalui sokongan khidmat sosial dengan melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat akan di anugerah pingat Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Perdana Menteri.
d)
Dasar Sosial Negara (DSN) untuk menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti dapat
menyertai serta menyumbang kepada arus pembangunan negara dan menikmati kesejahteraan
hidup secara berterusan.
Aspek Politik
a) Melahirkan barisan pemimpin Melayu yang berketrampilan, dikagumi, dihormati dan dipercayai.
Aspek Kerohanian
a) Program Islam Hadhari bertujuan mengutamakan aspek ketamadunan umat seimbang
atau apa yang dikatakan ummatan wasatan.
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 21 December 2008