BAB 17 : KE ARAH PEMBANGUNAN WILAYAH YANG SEIMBANG
I : PENDAHULUAN
17.01
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), semua negeri telah
mencatat pertumbuhan ekonomi dan peningkatan dalam pendapatan isi rumah
bulanan purata. Kualiti hidup di kawasan luar bandar dan bandar juga
telah meningkat. Walau bagaimanapun, dari segi keseimbangan wilayah,
tidak banyak kemajuan dicapai dalam mengurangkan jurang pembangunan
antara wilayah, negeri serta kawasan luar bandar dengan bandar.
17.02
Pembangunan wilayah yang seimbang akan kekal sebagai salah satu
objektif utama pembangunan negara dalam tempoh Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMKe-9). Langkah akan diambil bagi mengurangkan
ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah dan negeri serta kawasan
luar bandar dengan bandar. Sehubungan itu, pembangunan merentasi
sempadan antara negeri akan diberi penekanan manakala pembangunan di
pusat pertumbuhan sedia ada akan dipergiat lagi. Penekanan juga akan
diberi kepada pembangunan pusat pertumbuhan luar bandar dan konurbasi1
bandar dengan menjana aktiviti menghasilkan pendapatan dan meningkatkan
kualiti hidup. Pembangunan negeri di bawah pertumbuhan segi tiga
wilayah kecil ASEAN akan terus dikembangkan melalui peningkatan dalam
perdagangan, pelaburan dan pelancongan berasaskan kerjasama wilayah
kecil ASEAN sedia ada dan kerjasama dua hala.
II : KEMAJUAN 2001-2005
17.03
Dalam tempoh RMKe-8, tumpuan pembangunan wilayah adalah untuk
meningkatkan taraf dan kualiti hidup penduduk serta mencapai
pembangunan sosial dan ekonomi yang seimbang antara wilayah dengan
negeri. Semua1 Konurbasi ialah kawasan bandar yang merangkumi beberapa
bandar raya atau bandar yang bercantum secara fizikal dan membentuk
satu kawasan tepu bina berikutan pertambahan penduduk. Sempadan
konurbasi adalah mengikut tempoh perjalanan dari tempat kerja di pusat
bandar raya, iaitu 45 minit bagi konurbasi utama dan 30 minit bagi
konurbasi lainnegeri mencatat pertumbuhan ekonomi dan seterusnya
menyumbang kepada peningkatan taraf hidup di kawasan luar bandar dan
bandar. Namun begitu, jurang pembangunan antara negeri dan
ketidakseimbangan antara luar bandar dengan bandar meningkat.
1 Konurbasi ialah
kawasan bandar yang merangkumi beberapa bandar raya atau bandar yang
bercantum secara fizikal dan membentuk satu kawasan tepu bina berikutan
pertambahan penduduk. Sempadan konurbasi adalah mengikut tempoh
perjalanan dari tempat kerja di pusat bandar raya, iaitu 45 minit bagi
konurbasi utama dan 30 minit bagi konurbasi lain
negeri mencatat
pertumbuhan ekonomi dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan taraf
hidup di kawasan luar bandar dan bandar. Namun begitu, jurang
pembangunan antara negeri dan ketidakseimbangan antara luar bandar
dengan bandar meningkat.
Pembangunan Mengikut Wilayah
17.04
Berdasarkan Indeks Komposit Pembangunan (IKP), wilayah tengah yang
meliputi Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur merupakan wilayah yang paling membangun pada tahun 2005.
Sabah dan negeri di wilayah timur, iaitu Kelantan, Pahang dan
Terengganu merupakan wilayah yang paling kurang membangun. Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur mencatat IKP tertinggi diikuti oleh Pulau
Pinang, Melaka dan Selangor, seperti ditunjukkan dalam Jadual 17-1.
Tahap IKP yang tinggi di negeri tersebut menunjukkan kegiatan ekonomi
dan kualiti hidup yang lebih baik. Negeri Sabah, Kelantan dan
Terengganu kekal di kedudukan terbawah. Selain IKP, jurang pembangunan
antara wilayah dengan negeri juga boleh dikenal pasti dari segi
keluaran dalam negeri kasar (KDNK) dan pertumbuhannya, pendapatan isi
rumah dan kadar kemiskinan serta daya tarikan pelaburan baru dalam
sektor pembuatan.
Jadual 17-1 : Indeks Komposit Pembangunan Mengikut Negeri, 2005
17.05
Keluaran Dalam Negeri Kasar. KDNK wilayah tengah merupakan 41.1 peratus
daripada KDNK negara pada tahun 2005 dengan sektor pembuatan dan
perkhidmatan menjadi penyumbang utama. Sementara itu, wilayah timur
yang berasaskan sektor pertanian menyumbang hanya 11.5 peratus kepada
KDNK negara. Mengikut negeri, Selangor menyumbang peratusan tertinggi
kepada KDNK negara, iaitu 23.0 peratus pada tahun 2005. Sumbangan
sektor pembuatan adalah 53.5 peratus dan perkhidmatan 41.2 peratus.
17.06
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar. Dari segi kadar pertumbuhan
tahunan purata KDNK pada harga tetap, wilayah tengah dan wilayah
selatan serta Sarawak mencatat peratus pertumbuhan yang melebihi kadar
purata negara 4.5 peratus dalam tempoh Rancangan, seperti ditunjukkan
dalam Jadual 17-2
Jadual 17-2 : Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar Mengikut Negeri, 2001-2010
Wilayah timur mencatat
kadar pertumbuhan KDNK yang paling rendah, iaitu 3.5 peratus setahun.
Pertumbuhan KDNK mengikut negeri menunjukkan Selangor mencatat kadar
pertumbuhan paling pesat diikuti oleh Johor dan Pulau Pinang manakala
Kelantan mencatat kadar pertumbuhan terendah.
17.07
Pendapatan Isi Rumah dan Kadar Kemiskinan. Pendapatan isi rumah bulanan
purata meningkat pada kadar purata 5.6 peratus setahun daripada RM2,472
pada tahun 1999 kepada RM3,249 pada tahun 2004, seperti ditunjukkan
dalam Jadual 17-3. Negeri Selangor mencatat pendapatan bulanan purata
tertinggi, iaitu RM5,175 manakala Kelantan mencatat pendapatan bulanan
purata terendah RM1,829 pada tahun 2004. Walau bagaimanapun, jurang
pendapatan antara
Jadual 17-3 : Pendapatan Isi Rumah Bulanan Purata & Kadar Kemiskinan Mengikut Negeri, 1999 & 2004
negeri yang berpendapatan
terendah dengan tertinggi telah berkurang, iaitu daripada 1: 3.12 pada
tahun 1999 kepada 1: 2.83 pada tahun 2004. Berdasarkan metodologi
pengukuran pendapatan garis kemiskinan yang dikaji semula, semua negeri
kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatat pengurangan kadar
kemiskinan pada tahun 2004. Kadar kemiskinan masih lagi tinggi di
negeri kurang membangun seperti Sabah, Terengganu dan Kelantan.
17.08
Arah Aliran Pelaburan. Jurang pembangunan antara negeri juga dapat
dilihat daripada daya tarikan pelaburan baru dalam sektor pembuatan di
negeri tertentu. Dalam tempoh Rancangan, arah aliran pelaburan lebih
tertumpu kepada negeri lebih membangun seperti Selangor, Johor, Pulau
Pinang dan Melaka yang kekal sebagai lokasi utama pilihan pelabur
tempatan dan asing. Tarikan ini disebabkan oleh infrastruktur yang baik
dan mencukupi, lokasi berhampiran hab pengangkutan udara dan laut,
pusat kewangan dan perkhidmatan sokongan. Sebanyak 4,807 projek
pembuatan diluluskan dengan pelaburan modal yang dicadangkan sebanyak
RM132.4 bilion. Daripada jumlah tersebut, RM73.6 bilion atau 55.6
peratus tertumpu di empat negeri di atas, seperti ditunjukkan dalam
Jadual 17-4. Di antara negeri kurang membangun, Sarawak berada di
kedudukan
Jadual 17-4 : Projek Pembuatan yang Diluluskan Mengikut Negeri, 2001-2005
ketiga tertinggi dari
segi pelaburan projek pembuatan baru yang diluluskan selepas Selangor
dan Johor. Sebaliknya, Perlis dan Kelantan menarik pelabu ran yang
paling rendah, iaitu sebanyak RM83.0 juta bagi Perlis dan RM474.9 juta
bagi Kelantata
Jurang antara Luar Bandar dengan Bandar
17.09
Dalam tempoh Rancangan, jumlah penduduk yang tinggal di kawasan luar
bandar meningkat daripada 8.93 juta pada tahun 2000 kepada 9.90 juta
pada tahun 2005. Walau bagaimanapun, peratusannya berkurangan daripada
38.0 peratus pada tahun
2000 kepada 37.0 peratus pada tahun 2005. Pengurangan ini disebabkan
oleh proses pembandaran dan penghijrahan keluar golongan muda untuk
mencari peluang ekonomi yang lebih baik ke kawasan bandar.
17.10
Usaha telah diambil untuk menyediakan persekitaran yang lebih kondusif
di luar bandar bagi menarik pelaburan serta mengekalkan ketenangan
kehidupan desa dengan segala kemudahan asas serta infrastruktur dan
perkhidmatan sosial yang berkualiti. Pelbagai program dilaksanakan
untuk meningkatkan kualiti infrastruktur dan perkhidmatan di luar
bandar. Program yang diperkenalkan termasuk pembangunan modal insan dan
institusi, pembasmian kemiskinan, penyediaan infrastruktur asas,
kemudahan asas dan sosial, keusahawanan luar bandar dan program
perindustrian, pendidikan dan kesihatan, jaringan komunikasi serta
pembangunan tanah dan wilayah.
17.11
Program pembangunan tanah dan wilayah telah menyumbang kepada
pembangunan di luar bandar. Program pembangunan ini termasuklah
pembinaan kilang dan rumah kos rendah di 119 kampung dan 27 kawasan
bandar baru. Di samping itu, sejumlah 2,146,710 hektar tanah telah
dipulih dan dibangunkan semula.
17.12
Hasil daripada usaha membangunkan kawasan luar bandar, pendapatan
bulanan purata isi rumah luar bandar meningkat daripada RM1,718 pada
tahun 1999 kepada RM1,875 pada tahun 2004 manakala kadar kemiskinan
berkurangan daripada 14.8 peratus kepada 11.9 peratus. Walau
bagaimanapun, kadar kemiskinan di luar bandar masih lagi tinggi
berbanding di bandar. Secara keseluruhan, walaupun penekanan telah
diberikan kepada pembangunan luar bandar sepanjang tempoh Rancangan,
jurang pembangunan antara luar bandar dengan bandar terus melebar,
terutamanya dari segi jurang pendapatan yang telah meningkat daripada
1:1.81 pada tahun 1999 kepada 1:2.11 pada tahun 2004.
17.13
Penduduk bandar meningkat daripada 14.57 juta atau 62.0 peratus pada
tahun 2000 kepada 16.85 juta atau 63.0 peratus pada tahun 2005, seperti
ditunjukkan dalam Jadual 17-5. Kadar pembandaran di Selangor, Pulau
Pinang,
Jadual 17-5 : Penduduk & Kadar Pembandaran Mengikut Negeri, 2000-2010
Wilayah Persekutuan
Labuan, Melaka dan Johor lebih tinggi berbanding kadar pembandaran
negara terutama disebabkan wujudnya lebih banyak peluang pekerjaan dan
perniagaan. Mengikut wilayah, wilayah tengah mencatat bilangan penduduk
bandar tertinggi, iaitu seramai 6.98 juta pada tahun 2005 manakala
Sarawak mencatat bilangan paling rendah seramai 1.16 juta.
17.14
Dalam tempoh Rancangan, strategi pembangunan bandar menekankan kepada
peningkatan kualiti perkhidmatan perbandaran bagi memastikan kawasan
bandar lebih selesa didiami dan penduduknya menikmati kualiti hidup
yang lebih tinggi. Strategi ini termasuk memperbaik perancangan dan
pengurusan bandar, menyediakan kemudahan utiliti dan sosial,
meningkatkan penyampaian perkhidmatan serta membasmi kemiskinan. Di
samping itu, usaha telah diambil bagi memastikan kawasan bandar lebih
selamat dan bebas daripada jenayah.
17.15
Hasil daripada pengembangan aktiviti ekonomi berasaskan bandar,
pendapatan bulanan purata isi rumah bandar meningkat sebanyak 27.5
peratus daripada RM3,103 pada tahun 1999 kepada RM3,956 pada tahun
2004. Kadar kemiskinan bandar berkurang daripada 3.3 peratus pada tahun
1999 kepada 2.5 peratus pada tahun 2004.
Kerjasama Wilayah Kecil ASEAN
17.16
Selaras dengan strategi pembangunan wilayah serta untuk meningkatkan
pembangunan di kawasan sempadan antarabangsa, pelbagai kerjasama dengan
negara jiran telah diambil. Usaha ini dilaksanakan melalui mekanisme
kerjasama wilayah kecil ASEAN, iaitu Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga
Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT), Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur
Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan
Jawatankuasa Malaysia-Thailand bagi Strategi Pembangunan Bersama
Kawasan Sempadan (JDS). Sektor swasta adalah peneraju utama dalam
pembangunan projek usaha sama di wilayah kecil tersebut manakala
kerajaan negara anggota membantu memudahkan usaha berkenaan.
17.17 Pelbagai projek dilaksanakan di bawah kerjasama IMT-GT dan BIMPEAGA Pencapaian utama termasuk :
a) pengecualian cukai
fiskal kepada rakyat Indonesia yang bergerak di kawasan IMT-GT dan
BIMP-EAGA bagi meningkatkan pergerakan penduduk dan pelancongan di
kawasan tersebut;
b) peningkatan hubungan
udara antara bandar di negeri dan provinsi yang terlibat. Antara
hubungan udara yang telah diadakan di IMT-GT adalah penerbangan di
antara KLIA dan Medan, Pekanbaru, Padang, Palembang dan Hat Yai; di
antara Pulau Pinang dan Medan; dan antara Melaka dan Pekanbaru. Di
BIMP-EAGA, hubungan udara telah ditubuhkan di antara Tawau-Tarakan dan
Kuching-Pontianak; dan
c) peningkatan laluan
laut di IMT-GT seperti Pulau Pinang-Belawan, Pulau Pinang-Kantang,
Langkawi-Satun, Melaka-Dumai dan Melaka-Pekanbaru. Di BIMP-EAGA, laluan
laut ini termasuk Sandakan-Zamboanga, Sandakan-Tawi-Tawi,
Tawau-Nunukan, Tawau-Tarakan dan Wilayah Persekutuan Labuan-Muara.
17.18
Jawatankuasa JDS yang ditubuhkan pada tahun 2004 semasa mesyuarat dua
hala antara Perdana Menteri Malaysia dengan Perdana Menteri Thailand
ditugas untuk melaksanakan secara bersama perancangan dan pelaksanaan
projek pembangunan di kawasan sempadan. Objektif kerjasama ini adalah
untuk memupuk semangat perkongsian dan meningkatkan kemakmuran serta
kualiti hidup di kawasan terlibat, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan
Pengkalan Hulu, Perak di Malaysia dan Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat
dan Pattani di Thailand. PelanTindakan JDS yang merupakan asas
kerjasama telah diterima pakai pada Ogos 2004. Pelan ini merangkumi
sembilan bidang utama, iaitu infrastruktur asas dan pengangkutan,
pembangunan sumber manusia, pelancongan, kebudayaan, perdagangan dan
pelaburan, pertanian, kewangan, tenaga dan bantuan bencana.
17.19
Projek di bawah JDS yang telah dimulakan dalam tempoh Rancangan ialah
kerja awal pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di
Durian Burong, Kedah pada tahun 2004. Di samping itu, jambatan yang
menghubungkan Bukit Bunga, Malaysia dan Buketa, Thailand telah
dirancang bersama berasaskan perkongsian kos sama rata.
III : PROSPEK 2006-2010
17.20
Dalam tempoh RMKe-9, penekanan yang lebih akan diberi kepada usaha
untuk memastikan pembangunan wilayah yang seimbang dengan lebih banyak
peluang pekerjaan dan menjana pendapatan yang lebih tinggi.Di samping
itu, langkah akan diambil bagi mengurangkan jurang pembangunan antara
negeri serta kawasan luar bandar dengan bandar. Teras utama bagi
pembangunan wilayah yang seimbang adalah seperti berikut:
a) mempercepat pembangunan di negeri yang
kurang membangun dengan menyediakan peluang ekonomi dan menambah baik
infrastruktur,kemudahan sosial dan kemudahan asas untuk mengurangkan
jurangantara luar bandar dengan bandar;
b) meningkatkan kualiti hidup penduduk melalui peningkatan sistem penyampaian di luar bandar dan bandar;
c) menubuhkan lembaga kemajuan wilayah
(LKW) yang baru di Sabah dan Sarawak bagi menyelaras dan melaksanakan
usaha pembangunan luar bandar dan wilayah yang bersepadu;
d) membangunkan pusat pertumbuhan dan
koridor pertumbuhan merentasi sempadan negeri untuk memastikan
pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi di kawasan kurang membangun; dan
e) menggalakkan pembangunan di negeri
sempadan melalui kerjasama pembangunan wilayah kecil ASEAN dalam
IMT-GT, BIMP-EAGA dan JDS.
Pembangunan Mengikut Wilayah
17.21
Objektif utama pembangunan seimbang dalam tempoh Rancangan adalah
merapatkan jurang pembangunan antara wilayah, negeri serta kawasan luar
bandar dengan bandar. Usaha akan diambil bagi mengurangkan jurang
pendapatan per kapita dan pendapatan isi rumah, kadar kemiskinan yang
tinggi di negeri kurang membangun dan jurang dari segi infrastruktur
dan kemudahan utiliti antara negeri di Semenanjung dan antara
Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
17.22
Bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negeri yang lebih tinggi, tumpuan
akan diberi kepada usaha pembangunan di pusat pertumbuhan negeri serta
kawasan pembangunan merentasi sempadan yang meliputi dua negeri atau
lebih. Antara kawasan pembangunan merentasi sempadan, Zon Terengganu
Utara-Kelantan Selatan-Pahang Barat telah dikenal pasti sebagai kawasan
pembangunan yang baru di negeri Koridor Pantai Timur. Selain itu, Zon
Pembangunan Utara Semenanjung di Kedah, Perlis, Seberang Prai di Pulau
Pinang dan Perak utara telah dikenal pasti untuk menerajui pembangunan
industri makanan termasuk hab halal. Bagi Sabah dan Sarawak, tumpuan
kawasan pembangunan adalah di sekitar pusat pertumbuhan luar bandar
yang baru serta kawasan pembangunan yang merentasi sempadan. Pusat
pertumbuhan utama lain yang dikenal pasti termasuk Wilayah Ekonomi
Johor Selatan (SJER) sebagai kawasan tumpuan untuk pembangunan di
wilayah selatan.
17.23
Dalam tempoh Rancangan, bagi mengurangkan ketidakseimbangan antara
wilayah, penekanan akan diberi untuk membangunkan negeri yang
dikategorikan di bawah paras purata IKP negara. Sehubungan ini, program
khusus akan dilaksanakan bagi menggalakkan pembangunan di kawasan
kurang membangun. Peruntukan yang lebih besar akan diberi bagi
pembangunan negeri kurang membangun.
17.24
Beberapa projek utama akan dilaksanakan untuk merangsang pembangunan di
wilayah utara. Bagi tujuan tersebut, wilayah berkenaan akan menerima
peruntukan pembangunan sebanyak RM23.8 bilion atau 11.9 peratus dalam
RMKe-9 berbanding dengan RM20.8 bilion dalam RMKe-8. Projek ini
termasuk pembinaan Trans-Eastern Kedah Hinterland Highway di Kedah.
Lebuhraya ini akan membuka koridor Kedah timur dan Perak utara kepada
pembangunan dan menyediakan peluang ekonomi kepada penduduk di kawasan
berkenaan. Di samping itu, hab halal bersepadu dan taman kekal
pengeluaran makanan akan dimajukan di Kedah. Perluasan Taman Teknologi
Tinggi Kulim akan terus merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di
negeri itu. Bagi Pulau Pinang, antara projek pembangunan ialah
pembinaan Lingkaran Jalan Luar Pulau Pinang, reka bentuk dan pembinaan
jambatan kedua serta mewujudkan kawasan pertumbuhan baru. Antara projek
pembangunan utama di Perak ialah pembinaan terminal makanan negara di
Ipoh manakala di Perlis pula ialah pembangunan hab halal bersepadu.
17.25
Walaupun wilayah tengah merupakan wilayah yang paling membangun dalam
negara, wilayah ini masih memerlukan projek bagi memenuhi keperluan
pembangunan. Sehubungan ini, sebanyak RM56.2 bilion atau 28.1 peratus
akan diperuntukkan kepada wilayah ini. Peruntukan ini adalah bagi
membiayai kerja infrastruktur seperti pembinaan beberapa jalan
persekutuan termasuk Lebuhraya Pesisiran Pantai Banting-Taiping. Bagi
Negeri Sembilan, tumpuan pembangunan adalah di Bandar Baru Nilai
sebagai pusat bioteknologi yang baru serta kawasan Gemas dan Jelai
sebagai lembah lembu daging. Projek pembangunan di Melaka meliputi
menaik taraf lapangan terbang Melaka bagi pengendalian jet berbadan
kecil untuk merangsang industri pelancongan.
17.26
Johor akan menerima peruntukan sebanyak RM10.2 bilion atau 5.1 peratus,
iaitu lebih tinggi jika dibandingkan dengan RM9.2 bilion dalam RMKe-8.
Projek pembangunan utama akan dilaksanakan di SJER merangkumi segi tiga
yang meliputi Mukim Serkat di barat ke Pasir Gudang di timur dan dari
Kulai di utara ke Johor Bahru di selatan. Segi tiga ini merangkumi hab
logistik Johor yang terdiri daripada dua pelabuhan antarabangsa dan
sebuah lapangan terbang antarabangsa. Projek utama di bawah SJER akan
diterajui oleh sektor swasta di bawah satu Pelan Induk yang akan
dilaksanakan oleh satu badan penyelaras. Antara projek yang akan
dilaksanakan termasuk membina jambatan bagi menggantikan Tambak Johor
dan menyambung landasan lapangan terbang Senai bagi menyokong Senai
sebagai hab logistik bersepadu di wilayah selatan. Beberapa projek
pemangkin yang lain juga telah dikenal pasti. Pembangunan Bandar
Nusajaya sebagai pusat pentadbiran baru negeri serta pembangunan sebuah
hab pendidikan, pusat industri kreatif dan kawasan pelancongan yang
berhampiran akan terus meningkatkan pembangunan di negeri itu. Kemajuan
projek ini akan diselaraskan oleh Khazanah Nasional di bawah pimpinan
dan sokongan Kerajaan Persekutuan dan Negeri Johor.
17.27
Bagi negeri wilayah timur sebanyak RM22.3 bilion atau 11.2 peratus akan
diperuntukkan bagi pembangunan dalam RMKe-9 berbanding RM14.3 bilion di
dalam RMKe-8. Projek infrastruktur akan menjadi tumpuan pembangunan
wilayah ini. Antara projek tersebut ialah Jalan Simpang Pulai-Gua
Musang-Kuala Terengganu yang akan menjadi jalan utama ketiga
menghubungkan Koridor Pantai Timur dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 di
Terengganu. Selain itu, lapangan terbang Kuala Terengganu akan dinaik
taraf bagi mengendalikan kapal terbang berbadan lebar yang akan
merangsang kemajuan perindustrian dan pelancongan di Terengganu. Bagi
terus pendorong pembangunan di utara Terengganu serta menyediakan lebih
banyakpeluang pendidikan, kampus utama sebuah universiti baru akan
ditempatkan di Besut. Di samping itu, sebuah universiti baru akan
ditubuhkan di Kelantan dalam tempoh Rancangan. Di Pahang, projek
pembangunan akan melibatkan taman kekal pengeluaran makanan, kelompok
industri berasaskan minyak sawit dan hab halal bersepadu.
17.28
Sebanyak RM13.4 bilion atau 6.7 peratus akan diperuntukkan bagi
membiayai projek pembangunan di Sarawak. Jumlah ini adalah lebih tinggi
berbanding dengan RM12.8 bilion yang diperuntukkan dalam RMKe-8. Antara
projek pembangunan yang akan dilaksanakan di negeri ini ialah menaik
taraf Jalan Oya-Mukah-Balingan dan membina Jalan
Sibu-Bawang-Assan-Seredeng serta Kompleks Perikanan Laut Dalam
Bersepadu di Tanjung Manis. Projek jalan pesisiran pantai ini
berperanan sebagai pemangkin pembangunan industri pelancongan di negeri
tersebut. Penanaman kelapa sawit dan getah secara berskel besar akan
terus mengukuhkan sektor pertanian di Sarawak. Bagi memudahkan lagi
aktiviti industri hiliran berasaskan pertanian, kelompok industri
berasaskan minyak sawit akan dibangunkan di negeri tersebut.
17.29
Sabah akan menerima agihan peruntukan yang lebih tinggi, iaitu sebanyak
RM15.7 bilion atau 7.8 peratus berbanding RM13.2 bilion dalam tempoh
RMKe-8. Dengan siapnya Jalan Sepulut-Kalabakan dan Jalan
Sipitang-Tenom, laluan ke pedalaman Sabah akan bertambah baik dan
seterusnya menyokong pembangunan sektor pertanian. Projek pembangunan
lain ialah kelompok industri berasaskan minyak sawit yang akan menjana
lebih banyak proses hiliran tanaman tersebut di negeri itu serta usaha
untuk mencapai kadar sara diri pengeluaran beras dan daging lembu.
17.30
Kerajaan akan terus menyediakan infrastruktur asas di wilayah kurang
membangun. Bagi melengkapi usaha tersebut, penyertaan lebih aktif pihak
swasta akan digalakkan untuk melabur di kawasan pertumbuhan sedia ada
dan yang berpotensi untuk maju.
Mengurangkan Jurang antara Luar Bandar dengan Bandar
17.31
Dalam tempoh Rancangan, usaha akan terus diambil bagi meningkatkan
pembangunan sosioekonomi penduduk luar bandar serta meminimumkan jurang
pembangunan antara luar bandar dengan bandar. Antara isu dan cabaran
yang dihadapi bagi mengurangkan jurang antara luar bandar dengan bandar
termasuklah jurang pendapatan yang semakin melebar, iaitu daripada
1:1.81 pada tahun 1999 kepada 1:2.11 pada tahun 2004, kadar kemiskinan
luar bandar yang tinggi terutama di negeri kurang membangun, keperluan
mengenal pasti golongan miskin dan miskin tegar di kawasan luar bandar
dan bandar, kekurangan peluang pekerjaan di luar bandar, jurang digital
dan kurang penyelarasan serta terdapat pertindihan fungsi di kalangan
agensi pembangunan luar bandar.
17.32
Pembangunan Luar Bandar. Bagi merapatkan jurang pembangunan, strategi
untuk membangunkan kawasan luar bandar termasuk mengukuhkan rangka
kerja institusi, mempergiat pembangunan pusat pertumbuhan luar bandar,
meningkatkan aktiviti ekonomi, menyediakan kemudahan dan infrastruktur
sosial serta pembangunanmodal insan. Aktiviti yang akan dilaksana
menggalakkan termasuk menarik lebih banyak pelaburan, mewujudkan lebih
banyak peluang pekerjaan dan aktiviti bernilai tambah yang tinggi serta
menyediakan latihan kemahiran untuk khususnya golongan belia. Kualiti
kepimpinan di institusi luar bandar di peringkat akar umbi akan
diperkukuh. Sehubungan iiu, jurang pendapatan antara luar Bandar dengan
Bandar dijangka mengecil kepada 1 : 2 .0 pada tahun 2010.
17.33
Peranan pejabat daerah akan dikaji semula dan diperkukuh bagi menambah
baik penyelarasan dan pelaksanaan projek dan program pembangunan luar
bandar dan wilayah. LKW baru akan ditubuh di Sabah dan Sarawak bagi
mewujudkan lebih banyak aktiviti yang boleh menjana pendapatan di
kawasan pedalaman.
17.34
Pusat pertumbuhan luar bandar yang berdaya maju dan berpotensi akan
dikenal pasti dan dibangunkan bagi memastikan pembangunan wilayah yang
seimbang. Asas ekonomi luar bandar akan dipelbagai melalui pembangunan
industri pembuatan berasaskan sumber, industri berasaskan kraf,
aktiviti hiliran nilai tambah berasaskan pertanian, ekopelancongan dan
perhutanan. Sehubungan ini, kemudahan asas infrastuktur dan sosial akan
disediakan di luar bandar termasuk di pedalaman Sabah dan Sarawak.
17.35
Industri luar Bandar yang akan dibangunkan dalam tempoh Rancangan ,
meliputi projek kraftangan , keluaran berasaskan hutan , seramik ,
tekstil dan keluaran berasaskan logam . Aktiviti perrtanian baru
termasuk pemprosesan makanan siap dan separuh siap akan dilaksana bagi
meningkatkan pendapatan penduduk luar Bandar terutama golongan belia.
Proses pengeluaran dan pemasaran akan ditingkatkan melalui penyediaan
latihan , peralatan dan pembiayaan kredit mikro . Beberapa program
untuk memperkukuh penyertaan masyarakat dalam projek pembangunan di
peringkat kampong akan dilaksanakan.
17.36
Capaian ICT di luar bandar akan dipertingkat untuk mengurangkanjurang
digital. Lebih banyak sekolah di luar bandar akan dibekalkan dengan
kemudahan ICT bagi menggalakkan pembelajaran berasaskan komputer dan
meningkatkan celik ICT di kalangan pelajar. Telecentre yang sedia ada
akan dinaik taraf kepada Pusat K-Komuniti bagi menyediakan lebih banyak
maklumat ekonomi dan sosial kepada masyarakat, berfungsi sebagai pusat
setempat bagi capaian kepada perkhidmatan kerajaan serta e-pembelajaran
dan seterusnya sebagai pusat pertukaran sumber maklumat. Penekanan juga
akan diberi kepada mengubah minda masyarakat luar bandar terhadap
penggunaan dan penerimaan ICT melalui program memupuk kesedaran dan
pemerkasaan. Program juga akan dimulakan bagi memastikan kandungan
dalam Bahasa Melayu dan bahasa tempatan lain mencukupi dan terkini bagi
membolehkan penggunaan aplikasi ICT yang lebih luas.
17.37
Bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan di kawasan luar bandar, lebih
banyak klinik bergerak yang dilengkapi dengan kemudahan pembedahan
kecil menggunakan perkhidmatan teleperubatan dan peralatan moden akan
disediakan. Pendekatan ini akan membolehkan kawasan luar bandar
mendapat akses kepada perkhidmatan dan kualiti penjagaan kesihatan yang
lebih baik. Di samping itu, perkhidmatan teleperundingan akan diperluas
bagi membolehkan penyediaan perkhidmatan pakar untuk penduduk luar
bandar terutama di Sabah dan Sarawak.
17.38
Program latihan kemahiran bagi golongan belia di luar Bandar akan
disedia untuk meningkatkan keupayaan mereka mendapat pekerjaan.
Sehubungan ini , aktiviti bagi memupuk nilai harga diri dan sikap
berdikari serta menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan
pemduduk luar Bandar akan diteruskan
17.39
Pembangunan Bandar. Daripada jumlah penduduk, peratus penduduk bandar
dijangka meningkat kepada 63.8 peratus pada tahun 2010. Peningkatan ini
disebabkan penghijrahan golongan muda dari luar bandar, peluasan
sempadan bandar dan peningkatan peluang pekerjaan di bandar. Bagi
memastikan kawasan bandar yang terancang dan penduduknya menikmati
kualiti hidup yang lebih baik, kawasan bandar akan dibangunkan
berasaskan hierarki konurbasi pertumbuhan, iaitu negara, wilayah,
pertengahan dan pusat bandar, seperti ditunjukkan dalam Carta 17-1.
Program pembaharuan bandar akan dilaksanakan untuk membangunkan semula
kawasan yang mengalami kemerosotan fizikal atau yang tidak terancang.
Pada masa yang sama, kemudahan infrastruktur di kampung tradisional dan
kampung baru akan ditambah baik.
17.40
Bandar yang mempunyai ciri khusus seperti warisan, pelancongan dan
perniagaan di sempadan akan terus dibangunkan. Antara bandar tersebut
termasuklah Bukit Kayu Hitam di Kedah, Port Dickson di Negeri Sembilan,
Kerteh di Terengganu, Cyberjaya di Selangor serta Pengkalan Hulu,
Taiping dan Teluk Intan di Perak. Peranan sosioekonomi kampung
tradisional akan dipertingkatkan dengan menentukan fungsi yang
disesuaikan dengan kelebihan semula jadi kawasan sekeliling seperti
hubungan dengan bandar yang mempunyai ciri istimewa, kawasan tarikan
semula jadi pelancongan dan bandar pelancongan pesisiran pantai atau
kawasan pertanian.
Meningkatkan Kerjasama Wilayah Kecil ASEAN
17.41
Kerjasama wilayah kecil ASEAN akan diberi keutamaan dalam tempoh
RMKe-9. Melalui kerjasama ini, perdagangan, pelaburan dan pelancongan
dijangka meningkat di negeri dan provinsi yang menyertainya. Sehubungan
ini, negeri yang menyertai akan mengenal pasti projek terutamanya untuk
memperoleh faedah daripada kerjasama wilayah kecil. Strategi untuk
memanfaatkan ekonomi.
Carta 17-1 : Hierarki Konurbasi
yang saling melengkapi dan menggalakkan
penggunaan sumber yang cekap antara wilayah kecil akan dipertingkatkan.
Jalinan infrastruktur dan kemudahan menyeberangi sempadan akan ditambah
baik bagi memudahkan perdagangan serta urusan perniagaan.
17.42
Bagi kedua-dua wilayah kecil IMT-GT dan BIMP-EAGA, sektor swasta
Malaysia digalak untuk terus meningkatkan perdagangan, pelaburan dan
pelancongan di wilayah ini manakala kerajaan akan terus berperanan
sebagai pemudah cara. Panduan hala tuju bagi pembangunan akan digubal
untuk merangka pembangunan IMT-GT untuk tempoh lima tahun akan datang
termasuk penyediaan profil sosioekonomi bagi semua negeri dan provinsi
yang menyertai wilayah kecil ini. Bagi menggalakkan lagi perdagangan
tukar barang di IMT-GT, kemudahan perdagangan tukar barang akan
dibangunkan di setiap negeri di Malaysia yang menganggotai IMT-GT.
17.43
Panduan Hala Tuju Pembangunan BIMP-EAGA akan dilaksana dengan
menumpukan kepada bidang seperti industri berasaskan pertanian,
pelancongan dan kemudahan infrastruktur. Keutamaan akan diberikan
kepada pelaksanaan projek seperti industri minyak kelapa dara, industri
halia, projek daging halal, kelompok industri berasaskan minyak sawit
dan perkhidmatan pembangunan perniagaan. Pangkalan data akan diwujudkan
bagi mengukur aktiviti perdagangan, pelaburan dan pelancongan yang
dijalankan dalam IMT-GT dan BIMP-EAGA. Di samping itu, projek
infrastruktur seperti Lebuhraya Pan-Borneo, perkhidmatan feri, hubungan
udara dan kemudahan ICT akan dipertingkatkan bagi menambah baik
rangkaian pengangkutan di kawasan BIMP-EAGA. Bagi meningkatkan
keyakinan perniagaan, langkah bersama akan diambil untuk menangani
cabaran keselamatan di wilayah tersebut.
17.44
Dalam tempoh Rancangan, pelaksanaan projek yang dikenal pasti di bawah
Pelan Tindakan JDS Malaysia-Thailand akan dipercepatkan. Antara projek
yang akan dilaksanakan termasuk membuka kompleks CIQ di Durian
Burong-Ban Prakob dan menyiapkan jambatan di antara Bukit Bunga di
Malaysia dan Buketa di Thailand yang akan meningkatkan aktiviti ekonomi
di kawasan berkenaan. Projek lain adalah galakan pakej bersama
pelancongan dan pembangunan projek usaha sama ikan hiasan di Padang
Terap, Kedah serta program latihan kemahiran yang dikenal pasti dalam
pelan tindakan untuk dikendalikan oleh Pusat GiatMARA kepada pelatih
dari provinsi selatan Thailand. Di samping itu, tiga kajian yang akan
dijalankan secara bersama iaitu penubuhan zon ekonomi khas di Bukit
Kayu Hitam-Sadao dan kajian kemungkinan bagi cadangan projek jambatan
di antara Pengkalan Kubor-Tak Bai dan di antara Rantau Panjang-Sungai
Golok.
IV : INSTUTUSI PELAKSANA DAN PERUNTUKAN
17.45
Bagi menyokong pembangunan wilayah dan luar bandar, agensi utama yang
terlibat adalah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pelajaran,
Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian
Kesihatan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kerja Raya,
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi serta agensi kerajaan negeri.
Dari segi peruntukan, sejumlah RM28.4 bilion akan diperuntukkan melalui
pelbagai kementerian dan di bawah beberapa program untuk pembangunan
luar bandar, seperti ditunjukkan dalam Jadual 17-6.
Jadual 17-6 : Perbelanjaan & Peruntukan Pembangunan Projek Pembangunan Luar Bandar, 2001-2010 (RM Billion)
V : PENUTUP
17.46 Dalam tempoh RMKe-8, pelbagai usaha telah dijalankan untuk menggalakkan pembangunan wilayah yang seimbang. Meskipun semua negeri mencatatkan pertumbuhan ekonomi, jurang pembangunan antara wilayah, negeri serta kawasan luar bandar dengan bandar masih lagi besar. Dalam tempoh RMKe-9, langkah akan diambil bagi mempercepat pembangunan negeri kurang membangun terutamanya di utara Semenanjung Malaysia, Koridor Pantai Timur, Sabah dan Sarawak bagi mencapai pembangunan yang seimbang dan mengurangkan jurang pembangunan. Usaha pembangunan akan ditumpukan di kawasan yang merentasi sempadan yang meliputi dua negeri atau lebih. Di samping itu, SJER telah dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan pembangunan di wilayah selatan. Selain itu, bagi memastikan penyatuan dan penyelarasan program pembangunan luar bandar dan wilayah yang lebih baik, LKW baru akan ditubuhkan di Sabah dan Sarawak. Pembangunan luar bandar akan dipergiat bagi meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup penduduk luar bandar serta mengurangkan jurang pembangunan antara luar bandar dengan bandar. Dari segi kerjasama wilayah kecil ASEAN, langkah akan digiatkan lagi untuk menggalakkan pembangunan di wilayah kecil supaya kawasan kurang membangun dapat mencapai tahap pembangunan yang hampir sama dengan kawasan membangun.
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 20 December 2008