BAB 02 : KESTABILAN EKONOMI MAKRO UNTUK PERTUMBUHAN Pt2
Sektor Luar Negara
Perdagangan Antarabangsa
2.60
Dalam tempoh RMKe-9, jumlah dagangan dijangka melepasi RM1 trilion.
Eksport kasardijangka berkembang pada kadar purata 8.5 peratus setahun
sementara import meningkat 9.8 peratus setahun. Liberalisasi
perdagangan barangan dan perkhidmatan secara progresif di bawah
Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
(AFTA), pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) seperti dijadualkan
serta komitmen pengurangan tarif di bawah perjanjian perdagangan dua
hala akan membuka pasaran yang lebih luas bagi eksport barangan dan
perkhidmatan Malaysia. Perdagangan antara negara ASEAN akan meningkat
dengan ketara selaras dengan jangkaan pelaksanaan AFTA sepenuhnya
menjelang tahun 2010 dan AEC yang menawarkan Di samping pasaran
tradisional, usaha akan terus dilaksana untuk meluaskan rangkaian
perdagangan dengan pasaran bukan tradisional dan pasaran baru.
2.61
Eksport barangan pembuatan dijangka berkembang pada kadar purata 9.3
peratus setahundalam tempoh Rancangan dengan perolehan eksport
meningkat daripada RM429.9 bilion pada tahun 2005 kepada RM670.8 bilion
pada tahun 2010, seperti ditunjukkan dalam Jadual 2-15. Eksport utama
barangan pembuatan termasuk barangan elektrik dan elektronik, kimia dan
keluaran kimia, keluaran petroleum, makanan, tekstil, pakaian dan
kasut, keluaran kayu, keluaran logam dan alat kelengkapan pengangkutan.
Pertumbuhan eksport barangan pembuatan menggambarkan pengembangan
berterusan permintaan daripada pasaran tradisional, baru dan bukan
tradisional seperti China,India dan Eropah Timur.Di samping itu,
pendalaman dan perluasan asas sektor pembuatan juga akan membantu
meningkatkan eksport pembuatan.
2.62
Dalam tempoh Rancangan, eksport sektor pertanian dijangka berkembang
pada kadar purata 8.0 peratus setahun hasil pertumbuhan positif nilai
eksport getah, minyak sawit, koko dan keluaran perhutanan serta
keluaran makanan. Eksport sektor perlombongan dijangka meningkat pada
kadar purata 2.1 peratus setahun terutamanya disumbang oleh peningkatan
jumlah eksport minyak mentah yang tinggi.
Imbangan Pembayaran
2.63
Akaun semasa imbangan pembayaran dijangka mencatat lebihan sebanyak
RM91.2 bilion pada tahun 2010, seperti ditunjukkan dalam Jadual 2-11.
Akaun barangan diunjur terus mencatat lebihan sebanyak RM149.8 bilion
atau 21.9 peratus kepada KNK pada akhir tempoh Rancangan. Lebihan ini
sebahagian besarnya disebabkan oleh harga komoditi dan nisbah harga
eksport-import yang lebih baik.
2.64
Defisit akaun perkhidmatan dijangka terus mengecil kepada RM4.5 bilion
menjelang tahun 2010 hasil usaha berterusan menggalakkan pelancongan
dan peningkatan dalam eksport perkhidmatan termasuk pendidikan,
penjagaan kesihatan serta perkhidmatan komputer dan maklumat. Sektor
swasta akan digalak untuk mengambil peluang daripada AFTA untuk
mengeksport perkhidmatan mereka dengan melabur dalam aktiviti yang
meningkatkan kualiti dan inovasi produk. Di samping itu, pembangunan
produk ICT dan perkhidmatan yang berkaitan dijangka dapat
memperkukuhkan pertumbuhan eksport perkhidmatan komputer dan maklumat.
2.65
Akaun pendapatan dijangka terus mengalami defisit sebanyak RM39.5
bilion pada tahun 2010 terutamanya kesan daripada keuntungan dan
dividen yang tinggi yang diperolehi oleh pelabur asing. Walau
bagaimanapun, Kerajaan akan terus menggalakkan pelabur asing
mengekalkan sebahagian daripada keuntungan mereka bagi tujuan pelaburan
semula.
IV : INSTITUSI PELAKSANA
2.66
Perancangan dan pengurusan ekonomi makro dalam tempoh RMKe-9 akan
diterajui oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE), Kementerian Kewangan dan
Bank Negara Malaysia melalui kumpulan perancang antara agensi. Jabatan
Perangkaan akan bertanggungjawab dalam pengumpulan dan penyebaran
perangkaan bagi tujuan perancangan serta pemantaun pencapaian ekonomi.
Unit Penyelarasan Pelaksanaan bersama-sama UPE dan kementerian serta
agensi yang berkenaan akan melaksanakan pemantauan dan analisa impak
output secara berterusan. Jawatankuasa Kecil Piawaian dan Kos di bawah
Jawatnkuasa Perancang Pembangunan Negara akan diperkukuhkan bagi
memastikan keberkesanan kos serta pematuhan piawai dan kualiti yang
ditetapkan.
2.67
Jawatankuasa Pelaksana peringkat tinggi yang dipengerusikan oleh
Perdana Menteri akan ditubuhkan untuk memantau keseluruhan prestasi dan
strategi digariskan dalam RMKe-9. rangkakerja penilaian akan
dibangunkan oleh UPE bagi memudahkan analisa impak output program dan
projek.
V : PENUTUP
2.68 Walaupun persekitaran luaran tidak menentu pada separuh pertama RMKe- 8 , ekonomi mencatat pertumbuhan yang menggalakkan dengan asas ekonomi yang kukuh.Cabaran utama RMKe-9 adalah untuk mengekalkan sumbangan sektor swasta yang tinggi kepada pertumbuhankhususnya pelaburan swasta.Memandangkan Malaysia adalah sebuah ekonomi terbuka, inisiatif untuk meningkatkan daya saing akan terus diberi keutamaan.Di samping itu, langkah untuk membendung inflasi akan diperkukuhkan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi disertai dengan kestabilan harga. Oleh itu, usaha akan diambil untuk mengukuhkan lagi asas ekonomi serta menyediakan persekitaran yang menyokong pelaburan swasta. Usaha ini amat penting bagi memastikan kestabilan jangka panjang dan daya tahan ekonomi sejajar dengan teras pertama Misi Nasional menggerakkan ekonomi ke rantaian nilai yang lebih tinggi
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 20 December 2008