Prinsip Islam Hadhari : 4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan
PENGUASAAN
ILMU PENGETAHUAN
Kemampuan menguasai
ilmu pengetahuan secara intergratif boleh menjadikan kita memiliki
kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan
intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan
ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan
insan seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat
Falsafah Pendidikan Negara kita. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT
dalam al-qur’an surah al-Mujaadalah: 11

Maksudnya:
“Dan
orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu)
– beberapa darjat . Dan (ingatlah), Allah maha mendalam
pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan”.
Dalam mana-mana
sejarah masyarakat yang maju dan bertamadun ianya tidak akan berlaku
tanpa menjadikan ilmu sebagai sumbernya. Tamadun Baghdad dan Tamadun
Andalusia menjadi contoh nyata bagaimana ilmu yang integratif mampu
menyumbang ke arah pembangunan tamadun Barat dan Timur.
Dalam menghadapi
cabaran globalisasi dan cabaran semasa, faktor ilmu intergratif,
kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi fokus bagi melahirkan
sumber tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan ketrampilan
tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya menyumbang
terhadap pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat.
Melalui pengukuhan
ilmu fardu ain yang dilengkapkan dengan penguasaan ilmu fardu kifayah,
hasrat untuk mencapai kecemerlangan terbuka luas. Melalui system
pendidikan yang melengkapi dwi pengkhususan dan double Major, kita
boleh melahirkan sumber tenaga yang mampu menerajui program pembangunan
negara dan ummah.
Usaha penggalian dan
penerokaan serta penemuan ilmu sains dan teknologi amat digalakkan
dalam tradisi Islam. Amat disedari umat Islam ketinggalan dalam
penguasaan sains dan teknologi pada masa kini. Sewajarnya usaha
pengkajian dan penyelidikan (tadabbur) dijadikan matlamat keilmuan
supaya asas pembangunan intelek, rohani dan jasmani dapat berlaku
secara seimbang, menyeluruh dan teratur. Ini bertepatan dengan firman
Allah dalam surah a-li ‘Imraan : 190

Maksudnya :
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam
dan siang, ada tanda-tanda(kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan
rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 20 December 2008