BAB 03 : PROSPEK EKONOMI MAKRO DAN MATLAMAT SEKTOR
I : PENDAHULUAN
3.01 Matlamat utama rancangan pembangunan negara adalah ke arah meninggikan lagi taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pertumbuhan ekonomi yang pesat dan berterusan. Walau bagai¬manapun, pertumbuhan ekonomi negara akan terus dipengaruhi oleh perkembangan di dalam dan luar negeri serta dasar-dasar yang dilaksanakan bagi menghadapi cabaran-cabaran yang ada. Penilaian pembangunan negara dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) mengambilkira prospek ekonomi dunia, faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi dalam negeri dan perubahan dasar di bidang tertentu bagi mencapai matlamat sektor dalam dekad yang akan datang. Penilaian ini turut mengambilkira risiko yang mungkin menjejaskan ekonomi negara dan yang akan memberi kesan ke atas agregat utama ekonomi makro.
II : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERANCANGAN PEMBANGUNAN
3.02 Rancangan pembangunan yang lalu adalah berpandukan kepada objektif
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk mencapai pertumbuhan
pesat dan berterusan dalam suasana keadilan dan kestabilan sosial.
Walaupun pencapaian pembangunan ekonomi seimbang kedudukan sosial dalam
tempoh dua puluh tahun yang lalu adalah menggalakkan, masalah
kemiskinan dan ketidakseimbangan etnik terus menjadi cabaran utama
dalam perancangan pembangunan. Cabaran ini perlu di atasi dengan
memperkukuhkan lagi proses pertumbuhan ekonomi supaya dengan ekonomi
yang berkembang, lebih banyak sumber dan peluang pekerjaan diwujudkan
dan membolehkan Kerajaan membantu kumpulan yang kurang bernasib baik.
3.03 Antara faktor penting yang mempengaruhi secara langsung
pembangunan ekonomi ialah sistem ekonomi negara yang terbuka. Jumlah
eksport bagi barangan dan perkhidmatan bukan faktor merupakan 82
peratus dari Keluaran Negara Kasar (KNK) bagi tahun 1990 dan import
sebanyak 80 peratus. Ini mendedahkan ekonomi negara kepada keadaan
ketidakstabilan berikutan dari turun naik permintaan luar negeri dan
harga eksport dan import serta kemasukan modal asing. Dalam keadaan
sedemikian, dasar-dasar yang dirangka dalam keadaan yang tidak menentu
memerlukan pendekatan yang pragmatik dan boleh diubahsuai supaya kesan
negatif dari luardapat diatasi dengan lebih berkesan.
3.04 Dengan mengadakan dasar yang sesuai, Kerajaan akan dapat
mengurangkan masalah ketidaktentuan yang mempengaruhi pertumbuhan
ekonomi masa hadapan. Keperluan utama ialah untuk memulihkan kecekapan
pengendalian sistem ekonomi negara. Dasar-dasar lain yang akan
dilaksanakan ialah mempercepatkan lagi program pengswastaan,
memperkukuhkan pasaran wang dan modal, menggalakkan pelaburan swasta
dan mempertingkatkan kualiti tenaga kerja. Langkah-langkah ini adalah
penting untuk meluaskan asas industri. Paling utama, suasana pelaburan
yang baik perlu dikekalkan bagi pelabur-pelabur tempatan dan asing.
Dengan pelaburan swasta dijangka terus berkembang dan arah aliran
semasa ekonomi akan diterajui oleh eksport barangan pembuatan,
pertumbuhan ekonomi negara dalam tempoh RRJP2 dijangka lebih baik
walaupun komoditi utama menghadapi keadaan yang tidak stabil.
III : PROSPEK EKONOMI DUNIA
3.05 Ketika ekonomi dunia memasuki dekad
terakhir kurun kedua puluh, masih terdapat beberapa isu ekonomi yang
belum dapat di atasi. Ini terus mewujudkan keadaan yang tidak menentu
terhadap prospek pertumbuhan bagi negara-negara bagi negara-negara
membangun.
3.06 Pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara-negara perindustrian
dari kemelesetan di awal dekad lapan puluhan ada lah kukuh dan
berpanjangan, manakala dasar fiskal, kewangan dan perdagangan yang
menghasilkan corak perdagangan dan pertumbuhan dunia telah banyak
berubah. Dalam suasana begini, prospek ekonomi dunia hingga tahun 2000
bergantung kepada sejauhmana usaha di peringkat antarabangsa untuk
membendong inflasi, menurunkan kadar faedah sebenar, mengawal turun
naik kadar pertukaran asing dan memulihkan semula aliran sumber sumber
kewangan ke negara-negara membangun dapat dicapai, di samping usaha
untuk menyekat bertambahnyadasar perlindungan perdagangan dan
meningkatkan harga sebenar komoditi utama
3.07 Prospek bagi menyelesaikan isu-isu ini dengan berkesan adalah
baik untuk faedah bersama negara-negara membangun dan juga
negara-negara maju. Kebanyakan negara-negara telah pun menyusun semula
ekonomi mereka dan mengamalkan dasar yang lebih liberal. Negara-negara
lain pula masih dalam proses melaksanakan langkah-langkah yang sama.
Walaupun terdapat usaha-usaha yang berbeza kearah penyusunan semula
ekonomi negara masing-masing, terdapat tanda-tanda yang menggalakkan di
mana peranan sektor swasta menjadi lebih utama dan pengagihan sumber
pula diasaskan kepadakuasa pasaran. Pembaharuan ke arah meningkatkan
fleksibiliti dan efisyensi sistem ekonomi yang dilaksanakan oleh
kebanyakan negara dijangka membolehkan pencapaian pertumbuhan yang
lebih baik dan berterusan bagi ekonomi dunia dalam dekad sembilan
puluhan.
3.08 Peluang-peluang baru yang wujud hasil dari kemajuan teknologi
dan dasar ekonomi yang lebih liberal telah menggalakkan perubahan
struktur dikebanyakan negara membangun dan negara perancangan pusat.
Jika ini berjaya dilaksanakan, ia akan menghasilkan pertumbuhan ekonomi
dunia yang kukuh dan berterusan menjelang kurun kedua puluh satu.
Prospek pertumbuhan masa hadapan, khususnya bagi negara-negara
membangun, bergantung kepada sejauhmana negara-negara tersebut dapat
mengguna dan menyesuaikan perkembangan ekonomimereka kepada
pembaharuan-pembaharuan ini. 3.09 Pembentukan pasaran tunggal Eropah
dalam tahun 1992 akan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi benua
tersebut dan akan menambah permintaan eksport dari negara-negara
membangun, khususnya eksport komoditi utama. Selain dari ini, untuk
mendapat manfaat dari peluang-peluang baru ini, negara-negara membangun
haruslah peka dan bersedia untuk mewujudkan sistem perdagangan dan
pengeluaran yang baru melalui usahasama dan proses pengeluaran yang
bersepadu bagi meluaskan bahagian pasaran mereka di Eropah. Walaupun
ada kemungkinan wujudnya dasar perlindungan perdagangan yang lebih
ketat, di bawah negara-negara Eropah yang bersatu, ini dijangka tidak
membawa kesan yang buruk dan meluas memandangkan telah wujud dasar yang
liberal bagi bidang-bidang yang berkaitan dengan perdagangan yang
diamalkan oleh kebanyakan negara-negara tersebut.
3.10 Pembentukan sistem demokratik di Eropah Timur dan perubahan
struktur yang sedang dilaksanakan mengikut prinsip pasaran bebas juga
akan mewujudkan peluang perdagangan yang baik diantara negara-negara
membangun dengan Eropah Timur. Kebanyakan negara-negara membangun
mempunyai kedudukan yang lebih baik bagi membekalkan barangan yang
diperlukan berikutan dari permintaan barangan pengguna di negara-negara
tersebut yang mula bertambah. Hubungan dagangan dan pelaburan yang
lebih erat dengan negara-negara ini akan membantu meningkatkan eksport
dan prospek pertumbuhan bagi negara-negara membangun. Ini juga akan
mengurangkankemungkinan kesan negatif ke atas negara-negara membangun
disebabkan oleh pengaliran modal ke negara-negara Eropah Timur. Walau
bagaimanapun, masalah masalah politik semasa di Kesatuan Soviet juga
masih tidak menentu, sementara cara penyelesaian politik di
negara-negara tersebut akan mempengaruhi arah perubahan yang akan
berlaku bukan sahaja kepada Kesatuan Soviet tetapi juga kepada
negara-negara di Eropah Timur.
3.11 Penyelesaian segera Krisis Teluk telah mencerahkan lagi
prospek jangka pertengahan pertumbuhan ekonomi dunia dan mengurangkan
tekanan inflasi. Bertentangan dengan jangkaan asal bahawa harga minyak
mentah akan melambung, pasaran minyak menunjukkan bahawa kesan
peperangan ke atas harga minyak mentah adalah kecil. Walaupun wujud
keadaan yang tidak menentu, pasaran minyak menunjukkan sentimen yang
optimistik bahawa Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC)
akan memperbaharui usaha-usaha kerjasama dan akan menyelaras
usaha-usaha mereka untuk memperkukuh dan menstabilkan minyak mentah.
3.12 Meskipun unjuran jangka pertengahan dan jangka panjang bagi
negara-negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) masih
tidak pasti, unjuran semasa menunjukkan negara-negara ini akan
berkembang pada kadar purata 3 peratus setahun bagi tempoh 1991-2000.
Unjuran ini adalah lebih baik bagi pertumbuhan ekonomi dunia yang
berterusan oleh kerana negara-negara OECD dalam dekad lapan puluhan
telah berkembang pada kadar purata yang lebih perlahan iaitu 2.8
peratus setahun. Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada usaha untuk
menyelesaikan isu-isu utama yang dihadapi oleh oleh ekonomi dunia serta
usaha memastikan supaya suasana perniagaan, nisbah pelaburan dan
produktiviti buruh yang bertambah baik di negara-negara perindustrian
diteruskan.
3.13 Walau bagaimanapun, unjuran ini masih terbuka kepada risiko
pencapaian yang lebih rendah. Pertama, perbezaan daya pengeluaran di
kalangan negara-negara perindustrian dan di antara negara-negara
tersebut dengan negara-negara perindustrian baru boleh menimbulkan
ketegangan serta membawa kepada peningkatan dasar perlindungan terutama
di antara Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Jepun. Keadaan
sedemikian telah pun wujud dan mungkin akan berterusan, kecuali usaha
yang bersungguh-sungguh diambil untuk bertolak ansur dan meningkatkan
kerjasama. Kedua, ketiadaan usaha gigih untuk menyelaras dasar kewangan
boleh membawa kepada tekanan inflasi. Ketiga, kedudukan yang tidak
stabil di pasaran matawang boleh memburukkan lagi masalah hutang dunia
dan ini akan menjejaskan program pengubahsuaian struktur di
negara-negara membangun. Sekiranya masalah-masalah diatas wujud,
pertumbuhan ekonomi dunia dijangka meningkat pada kadar 2.4 peratus
setahun iaitu lebih rendah dari prestasi jangka panjang sebanyak 2.6
peratus setahun. Strategi yang diambil oleh negara-negara membangun
untuk mengurangkan kesan masalah ini, kalaupun tidak dapat diatasi,
adalah dengan meneruskan usaha memperbaiki lagi dayasaingan dan untuk
memdapatkan tempat dalam pasaran antarabangsa.
3.14 Dalam dekad sembilan puluhan ini, prospek dan risiko yang
dihadapi oleh negara-negara sedang membangun adalah berbeza di antara
satu dengan lain. Teknologi baru yang lazimnya diimport perlu
diperolehi dari sumber pembiayaan luar negeri. Peluang bagi
negara-negara perindustrian baru dan yang berpendapatan sederhana,
termasuk Malaysia, dijangka lebih baik jika dibandingkan dengan
negara-negara yang mempunyai beban hutang yang banyak atau yang belum
mengambil langkah-langkah pengubahsuaian struktur sejajar dengan
perubahan pesat yang berlaku dalam ekonomi dunia. Prospek Pertumbuhan
Rantau Asia Timur
3.15 Perkembangan ekonomi dunia yang berterusan sejak tahun 1983
dan sistem ekonomi antarabangsa yang agak terbuka telah membawa kepada
pertumbuhan yang kukuh bagi rantau Asia Timur. Paras tabungan dan
pelaburan yang tinggi, pengurusan ekonomi makro dalam negeri yang baik,
kesediaan membuat pengubahsuaian ekonomi mikro bagi memudahkan
perubahan struktur, mengekalkan daya saing eksport dan memulihkan harga
komoditi bukan minyak adalah di antara faktor-faktor lain yang akan
membantu pertumbuhan ekonomi di rantau ini.
3.16 Pengeluaran dari rantau Asia Timur merupakan 23 peratus
daripada pengeluaran dunia, berbanding dengan 17 peratus dalam tempoh
sepuluh tahun yang lalu. Di samping itu, peningkatan perdagangan di
antara negara-negara dalam rantau ini telah membantu menghasilkan
pembangunan yang lebih pesat berbanding dengan rantau-rantau lain.
3.17 Prestasi perdagangan di rantau ini dalam dekad yang lalu amat
memuaskan dan tiada bandingannya dengan rantau lain Di akhir dekad
lapan puluhan, eksport dari rantau ini sahaja adalah sebanyak 23
peratus daripada jumlah eksport dunia, manakala import pula sebanyak 18
peratus daripada import dunia, berbanding dengan dekad sebelumnya,
masing-masing sebanyak 14 peratus dan 15 peratus. Pertambahan eksport
dari rantau Asia Timur adalah lebih dari 42 peratus daripada
peningkatan eksport dunia dalam dekad lapan puluhan.
3.18 Berdasarkan kepada asas ekonomi yang kukuh, rantau ini
dijangka akan terus berkembang dalam dekad sembilan puluhan. Jumlah
penduduk yang seramai 1,720 juta dalam tahun 1989 atau 33 peratus
daripada penduduk dunia, mempunyai potensi bagi mewujudkan permintaan
yang lebih tinggi. Unjuran bagi tahun 2000, menjangkakan KNK rantau ini
akan melebihi 112 peratus daripada yang dicapai oleh Kesatuan Eropah,
berbanding dengan kedudukan masa kini kira-kira 80 peratus. Di samping
itu, jurang pendapatan KNK perkapita di antara negara ini dijangka akan
terus berkurangan.
3.19 Perkembangan pesat rantau ini, terutama negara-negara
industri baru di Asia dan integrasi serta hubungan ekonomi yang semakin
erat akan menghasilkan lebih banyak peluang-peluang baru. Keupayaan
ekonomi rantau ini memudahkan usaha pengubahsuaian struktur ekonomi
dalam negeri melalui perlaksanaan dasar ekonomi makro dan mikro yang
baik menjadi asas utama kepada pencapaian pertumbuhan ekonomi yang
lebih pesat dan peningkatan penyertaan mereka dalam perdagangan dan
pelaburan antarabangsa. Keadaan ini dijangka terus bertambah kukuh
dalam dekad sembilan puluhan dan menjadikan ekonomi di rantau ini lebih
efisyen dan mudah diubahsuai. Bagi mencapai keseimbangan pembangunan
ekonomi antarabangsa, Malaysia setelah berunding dengan negara-negara
lain di rantau Asia Timur telah mencadangkan pembentukan Kumpulan
Ekonomi Negara Asia Timur (EAEG) dengan tujuan untuk menggalakkan
perdagangan bebas dan memperkukuhkan lagi kedudukan negara-negara
rantau ini sebagai satu kumpulan dalam perundingan perdagangan dengan
blok perdagangan rantau lain.
Prospek Pertumbuhan Rantau ASEAN
3.20 Di kalangan negara-negara rantau Asia Timur, Pertubuhan
Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) merupakan salah satu kumpulan yang
telah mencapai pertumbuhan ekonomi yang paling pesat mengikut
perbandingan antarabangsa. Negara-negara ASEAN dijangka mencapai
pertumbuhan ekonomi di antara 5 hingga 8 peratus setahun hingga ke
tahun 2000. Berdasarkan kepada kadar pertumbuhan penduduk dan
pendapatan perkapita pada masa ini, KNK bagi kawasan ini dijangka
meningkat diantara US$500- US$500-US$550 ribu juta menjelang tahun
2000. Pertambahan ini akan mewujudkan banyak peluang kerjasama dalam
bidang perdagangan dan perindustrian, bukan sahaja di kalangan
negara-negara ASEAN tetapi juga dengan negara-negara lain di dunia.
3.21 Teras utama negara-negara ASEAN ialah untuk mempercepatkan
lagi peralihan daripada industri gantian im-port kepada strategi
berorientasikan eksport bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Dari
segi ekonomi, rantau ini adalah salah satu daripada rantau yang dapat
mencapai pertumbuhan yang pesat di dunia dengan iklim pelaburan yang
paling menggalakkan. Negara-negara ASEAN mengeluarkan 79 peratus
daripada pengeluaran getah asli dunia, 73 peratus minyak kelapa sawit,
22 peratus keluaran kayu-kayan, 67 peratus timah dan kelapa dan 60
peratus tembaga. Kekayaan sumber asli ini akan terus menjadi penggerak
kepada pertumbuhan yang berterusan bagi rantau ini dalam dekad yang
akan datang. Di samping itu, ASEAN juga mempunyai tenaga buruh yang
ramai dan mudah dilatih, kadar upah yang rendah, dan pasaran yang terus
berkembang. Penduduknya yang berjumlah 303 juta mempunyai potensi
permintaan bagi barangan pengguna dan modal serta tenagakerja yang
mempunyai kemahiran teknikal.
3.22 Dalam dekad yang akan datang, negara-negara ASEAN di jangka
akan terus menekankan pelaburan dalam negeri dan pelaburan langsung
asing sebagai penggerak kepada pertumbuhan ekonomi dan perkembangan
perindustrian. Terdapat potensi bagi meningkatkan kerjasama dalam
bidang perdagangan, perhubungan dan perkhidmatan yang memerlukan
penglibatan yang lebih oleh negara-negara ASEAN untuk mempastikan
faedah-faedah dapat diperolehi bersama. Langkah¬langkah kearah
kerjasama yang lebih erat dan membuka pasaran untuk perdagangan di
rantau ini akan akan mengukuhkan lagi asas ekonomi di kalangan
negara-negara ASEAN yang ketika ini kejayaannya kurang menggalakkan.
IV : PROSPEK PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA
3.23 Pencapaian matlamat pertumbuhan ekonomi
dan perubahan struktur dalam tempoh RRJP2 adalah bergantung kepada
prestasi ekonomi antarabangsa serta keupayaan Malaysia untuk
memanfaatkan peluang-peluang yang wujud dalam perkembangan perdagangan
dunia. Dalam keadaan dimana suasana ekonomi antarabangsa boleh membantu
pencapaian matlamat pertumbuhan tersebut atau sebaliknya, pelaksanaan
dasar yang pragmatik dan fleksibel untuk menyesuaikan ekonomi dalam
negeri dengan perubahan yang berlaku di luar negeri akan membantu
menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang stabil dan berterusan. Ini akan
memerlukan perubahan dasar di dalam beberapa bidang yang kritikal bagi
mempertingkatkan lagi efisyensi dan produktiviti, di samping
memperkukuhkan struktur pengeluaran dengan memperdalam dan
memperluaskan lagi asas industr negara. Ini bererti penggunaan sumber
yang mempunyai potensi bagi memenuhi pasaran eksport perlu
dipertingkatkan memandangkan permintaan dalam negeri sahaja tidak dapat
mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi. Penekanan juga akan diberi
kearah meningkatkan lagi nilai ditambah dan penggunaan serta
pemerosesan sumber asli serta memperbaiki lagi daya saing negara di
peringkat antarabangsa. Pertumbuhan dan Transformasi Struktur Ekonomi
3.24 Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi tempoh RRJP2 dijangka
berkembang pada kadar purata 7 peratus setahun mengikut nilai sebenar.
Unjuran ini adalah berdasarkan kepada jangkaan pertumbuhan ekonomi
dunia, kekayaan sumber asli dalam negeri, pengurusan ekonomi negara
yang berasaskan kuasa pasaran dan penglibatan yang lebih besar oleh
sektor swasta, peningkatan dalam kadar tabungan dan pelaburan dalam
negeri, serta penekanan yang lebih terhadap penggunaan teknologi dan
pembangunan sumber manusia. Walau bagaimanapun, sekiranya jangkaan
pertumbuhan pertumbuhan ekonomi negara-negara perindustrian merosot,
kadar kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka lebih rendah dari 7
peratus memandangkan keadaan ekonomi negara yang terbuka. Sekiranya ini
berlaku, ia akan memberi kesan negatif kepada matlamat gunatenaga dan
pencapaian matlamat pengagihan.
3.25 Sektor-sektor yang dijangka akan mencatatkan pertumbuhan yang
tinggi ialah sektor pembuatan (10.5 peratus setahun) dan sektor-sektor
perkhidmatan seperti eletrik, gas dan air (10 peratus), pengangkutan
dan perhubungan (10 peratus), perdagangan borong dan runcit (8.5
peratus) dan kewangan, hartanah serta perkhidmatan perniagaan (8
peratus), seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3-1.
3.26 Sektor pertama, iaitu pertanian dan perlombongan akan terus
memainkan peranan yang penting kepada ekonomi, walaupun bahagiannya
dijangka terus merosot daripada 28.1 peratus kepada KDNK dalam tahun
1990 kepada 18.3 peratus pada tahun 2000. Sebaliknya, bahagian sektor
kedua, iaitu pembuatan dan pembinaan, dijangka meningkat daripada 30.2
peratus dalam tahun 1990 kepada 38.7 peratus menjelang tahun 2000.
Sektor ketiga juga dijangka terus meningkat dan menyumbang sebanyak 43
peratus kepada KDNK menjelang tahun 2000, seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 3-2. Sungguhpun perkhidmatan Kerajaan akan berkembang
dengan perlahan, sektor-sektor perkhidmatan yang lain, terutamanya yang
berkaitan dengan pelanongan, kewangan, perniagaan, perkhidmatan
teknikal dan juruperunding akan menjadi sumber-sumber baru kepada
pertumbuhan ekonomi.
3.27 Struktur ekonomi menjelang tahun 2000 mencerminkan
perkembangan beberapa sektor pengeluaran dalam ekonomi pada masa ini
dan dijangka berterusan sehingga ke abad akan datang. Sektor kedua
dijangka akan berkembang lebih tiga kali ganda dari kadar perkembangan
sektor pertama dan akan menghasilkan satu perubahan ketara dalam
sumbangannya kepada KDNK menjelang tahun 2000.
3.28 Pertumbuhan sektor pertanian dijangka di paras sederhana
iaitu pada kadar 3.5 peratus. Pengeluaran minyak kelapa sawit akan
terus meningkat, walaupun pada kadar yang lebih rendah dari yang telah
dicapai sebelum ini memandangkan tanah yang sesuai untuk pertanian
semakin berkurangan. Perkembangan tanaman koko akan lebih terbatas,
kecuali jika harganya yang jatuh begitu rendah beberapa tahun lalu
pulih semula. Kawasan tanaman getah pula dijangka berkurangan, walau
bagaimanapun pengeluarannya dijangka akan stabil hasil daripada
peningkatan produktiviti. Penekanan akan diberi kepada penyelidikan dan
pembangunan (P&P) dan teknologi yang boleh menjimatkan tenaga
pekerja dan boleh memperbaiki dayamaju pengeluaran getah supaya dapat
bersaing dengan lebih berkesan di pasaran antarabangsa. Selanjutnya,
peningkatan permintaan kayu getah untuk pengeluaran perabot akan
menggalakkan lagi pertumbuhan industri ini. Walau Walau bagaimanapun,
bahagian pengeluaran getah kepada sektor pertanian dari segi nilai
ditambah dijangka berkurangan daripada 13.5 peratus dalam tahun 1990
kepada 12 peratus pada tahun 2000. Sumbangan sektor perhutanan dari
segi pengeluaran kayu balak dijangka akan berkurangan selaras dengan
usaha pemeliharaan sumber perhutanan. Rancangan perladangan hutan akan
dipertingkatkan untuk mempastikan pemulihan sumber hutan dan
pengurusannya mencapai tahap pengeluaran yang berkekalan. Penekanan
dasar ialah bagi pengeluaran hiliran, terutamanya pengeluaran perabot
dan kelengkapan di mana Malaysia mempunyai kelebihan untuk merebut
peluang dan potensi pasaran yang begitu luas. Sumbangan dari pertanian
tradisional seperti padi dan sektor kecil perikanan serta ternakan pula
dijangka berkembang di paras rendah kecuali bagi hasil buah-buahan,
sayur-sayuran dan akuakultur yang dijangka mempunyai prospek yang lebih
baik.
3.29 Prospek sektor pertanian akan bergantung kepada penggunaan
teknologi baru yang boleh menjimatkan tenaga buruh terutamanya
disektor-sektor getah dan kelapa sawit dan memerlukan usaha-usaha yang
lebih gigih bagi skim pembangunan pertanian sektor awam meningkatkan
pendekatan komersial di samping menambah penyertaan sektor swasta. Oleh
kerana penerokaan tanah baru bagi tujuan pertanian adalah terbatas,
kecuali di Sabah dan Sarawak, pengeluaran pertanian perlu bergantung
kepada peningkatan produktiviti. Memandangkan sektor pertanian adalah
besar bahagiannya dalam ekonomi, berkurangan tenaga buruh yang sedang
dialami dan masalah tanah yang dihadapi, adalah sukar untuk mencapai
matalamat pertumbuhan sektor ini di paras 3.5 peratus bagi tempoh RRJP2
tanpa peningkatan produktiviti.
3.30 Pengeluaran bagi tanaman ladang telah mencapai tahap
kecekapan yang tinggi, mengikut tahap antarabangsa. Walau bagaimanapun,
kemajuan pesat dan pelaburan dalam teknologi baru olehnegara-negara
yang bersaing memerlukan kita berusaha dengan lebih gigih bagi
meningkatkan P&P dalam aktiviti huluan dan hiliran. Di samping itu,
rantaian di antara sektor pertanian dan perindustrian perlu
diperkukuhkan bagi mengekalkan daya daya saingan dan meningkatkan nilai
ditambah. Peluang terbaik bagi meningkatkan produktiviti di sektor
pertanian ialah dengan memodenkan pengurusan sektor pekebun kecil. Oleh
yang demikian, Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada sektor ini
dalam tempoh RRJP2.
3.31 Pembangunan sektor pertanian akan juga digerakkan kearah
meningkatkan bekalan bahan makanan dan bahan mentah bagi pasaran
tempatan dan luar negeri. Ini adalah perlu bagi mengekalkan rekod
cemerlang negara dalam mengawal kestabilan harga dalam negeri serta
memastikan bekalan bahan mentah adalah mencukupi bagi industri-industri
yang berasaskan sumber. Pada masa yang sama, usaha ini akan
mengurangkan pergantungan negara kepada import bahan-bahan mentah.
Potensi sektor kecil tanaman makanan dan kontan adalah bagi pengeluaran
buah-buahan dan sayuran dimana usaha-usaha untuk mendapatkan pasaran
eksport telah mula menampakkan hasil. Walau bagaimanapun, ianya masih
memerlukan sokongan P&P dalam pengeluaran dan pengendalian selepas
menuai serta mendapatkan pasaran baru.
3.32 Perhatian khusus akan diberikan ke arah memperkembangkan
aktiviti pertumbuhan ekonomi yang lain. Sektor kecil perikanan,
mempunyai potensi yang baik memandangkan sebahagian besar sumber laut
masih belum diterokai sepenuhnya. Kekurangan nelayan laut dalam yang
mahir dan terlatih memerlukan galakan terhadap projek usahasama dengan
nelayan negara asing. Di samping itu, projek akuakultur juga akan
digalakkan sama ada sebagai aktiviti sepenuh masa atau pun aktiviti
sampingan bagi menambah pendapatan. Tumpuan sektor kecil ternakan pada
masa ini ialah untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan dan untuk
mengganti keperluan yang masih diimport sekiranya aktiviti ini
berdayamaju. Pembangunan dalam sektor kecil perhutanan pula akan
ditumpukan kepada pengurusan hasil secara berkekalan dengan menghalang
pembalakan yang berlebihan dan pencemaran alam sekitar. Pendekatan
dasar ini juga akan mempastikan bekalan sumber perhutanan adalah
mencukupi bagi industri tempatan yang sumber hutan.
3.33 Sektor perlombongan pula dijangka berkembang lebih perlahan
iaitu pada kadar 1.5 peratus setahun, berbanding dengan 5.2 peratus
setahun sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kelima (RML). Jangkaan ini
adalah berdasarkan kepada pengeluaran minyak mentah yang kekal pada
paras 630,000 tong sehari mulai tahun 1996 selaras dengan Dasar Susutan
Negara. Sumbangan kepada pertumbuhan dalam sektor ini adalah dari
aktiviti huluan dan hiliran sektor kecil gas. Dari segi struktur
pengeluaran pula, bahagian sektor perlombongan dijangka merosot
daripada 9.7 peratus kepada KDNK dalam tahun 1990 kepada 5.7 peratus
pada tahun 2000,seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3-2.
3.34 Usaha carigali bahan galian baru yang dijalankan secara
intensif akan membantu pertumbuhan sektor perlombongan. Pada masa ini,
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri sedang mengkaji satu
dasar baru perlombongan. Pelaksanaannya merupakan satu langkah penting
dalam menyediakan galakan yang diperlukan bagi pelabur-pelabur untuk
mewujudkan potensi sumber galian negara serta perkembangan
kegiatan-kegiatan industri yang berasaskan galian dalam negeri.
3.35 Pertumbuhan sektor kedua dijangka meningkat dengan ketara
hasil daripada sumbangan kemajuan sektor pembuatan yang akan mempunyai
asas yang lebih luas serta perkembangan pelancongan yang akan menambah
aktiviti pembinaan komersil. Peranan sektor pembuatan juga dapat
diperkukuhkan dengan meningkatnya industri kecil dan sederhana melalui
usaha galakan yang disediakan oleh Kerajaan pada masa ini serta
perkembangan sektor kecil pengangkutan dari segi pengeluaran alat
kelengkapan baru untuk menampong pertambahan pesat kegiatan-kegiatan
ekonomi.
3.36 Sektor pembuatan akan memainkan peranan utama dalam mencapai
matlamat pertumbuhan ekonomi sebanyak 7 peratus set setahun. Pemodenan
kilang dan alat jentera untuk membolehkan penyerapan teknologi baru,
langkah-langkah melonggarkan dan memudahkan peraturan semenjak
kemelesetan 1985-86, dan dasar yang membolehkan nilai matawang ringgit
mencapai paras keseimbangan telah menyediakan asas yang kukuh bagi
sektor ini sebagai penyumbang utama pertumbuhan ekonomi. Sektor ini
dijangka berkembang pada kadar 10.5 peratus setahun, jauh mengatasi
pertumbuhan yang dijangka bagi sektor-sektor lain dalam ekonomi bagi
tempoh RRJP2. Kadar pertumbuhan yang dinamik ini akan menjadikan
bahagiannya kepada KDNK meningkat daripada 27 peratus dalam tahun 1990
kepada 37.2 peratus pada tahun 2000, seperti di Jadual 3-2.
3.37 Walau bagaimanapun, struktur sektor pembuatan masih tertumpu
kepada dua sektor kecil utama iaitu elektrik dan elektronik serta
sektor kecil tekstil dan pakaian. Walaupun dua-dua sektor kecil ini
merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan pengeluaran dan
pendapatan eksport, masih terdapat beberapa masalah yang perlu diatasi.
Antaranya ialah rantaian yang terbatas di antara kedua-dua sektor kecil
ini dengan sektor-sektor lain dalam ekonomi, terutamanya dengan
industri kecil dan sederhana. Kedua-dua sektor kecil ini terlalu
bergantung kepada teknologi yang diimport dengan sokongan P&P yang
tidak mencukupi yang mengakibatkan daya cipta dan pembaharuan barangan
agak terbatas. Di samping itu, keupayaan pemasaran di peringkat
antarabangsa juga terhad dan terlalu bergantung kepada permintaan dan
keperluan syarikat induk, kontrek kecil pengeluaran dan kemudahan
Sistem Kemudahan Am yang dinikmati oleh Malaysia. Faedah berbanding
bagi kedua-dua sektor kecil ini terletak kepada kadar upay yang lebih
rendah, pekerja yang mahir dan produktif serta kos pengeluaran yang
rendah berbanding dengan negara-negara perindustrian baru dan
negara-negara maju.
3.38 Tumpuan perubahan dasar bagi sektor pembuatan adalah untuk
mengurangkan halangan dan batasan yang dihadapi oleh sektor berkenaan
bagi membolehkan asas pertumbuhan yang lebih luas dan pelbagai.
Usaha-usaha akan ditumpukan kearah meluas dan memperdalamkan asas
perindustrian yang akan meningkatkan nilai ditambah serta
memperkukuhkan rantaian di antara industri kecil dan sederhana.
Industri kecil dan sederhana akan berfungsi sebagai penyokong dan
pelengkap kepada pembangunan industri. Di samping itu, dasar fiskal dan
dasar yang berkaitan dengan tarif akan dikaji semula untuk mempastikan
pembangunan sektor industri adalah lebih efisyen dan boleh bersaing.
Dasar perlindungan tarif dan bukan tarif sering menyebabkan pengeluar
yang tidak efisyen terus wujud dan menghadkan ekonomi bidangan.
Pergantungan ke atas bahan mentah dan komponen yang diimport perlu
dikurangkan dengan meningkatkan secara beransur-ansur rantaian huluan
dan hiliran bagi industri dalam negeri. Usaha-usaha akan terus
dilaksanakan bagi menggalakkan integrasi antara industri untuk pasaran
tempatan dengan pasaran eksport dan meningkatkan lagi industri yang
berasaskan sumber bagi memperluaskan lagi asas sektor pembuatan,
terutama bagi pasaran eksport.
3.39 Sektor ketiga dijangka menunjukkan kemajuan yang sama selaras
dengan pertumbuhan sektor pertama dan kedua. Walau bagaimanapun,
sumbangannya masih kecil jika dibandingkan dengan negara-negara lain
yang tahap pembangunannya hampir sama seperti Malaysia. Sungguhpun
sektor ini telah lama wujud dalam ekonomi yang berorientasikan eksport,
ianya masih merupakan sektor yang kurang berkembang. Ini adalah
berasaskan kepada bahagiannya kepada KDNK dijangka meningkat sedikit
sahaja dari 41.7 peratus dalam tahun 1990 kepada kira-kira 43 peratus
pada tahun 2000, seperti ditunjukkan dalam Jadual 3-2. Walaupun begitu,
dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat, sektor ini dijangka
akan menjadi penting dari segi sumbangannya kepada pertumbuhan KDNK,
pewujudan peluang pekerjaan dan pengurangan defisit perkhidmatan dalam
akaun imbangan pembayaran. Kerajaan akan menjadikan sektor ini lebih
dinamik melalui perubahan dasar dan lain-lain bentuk sokongan bagi
menggalakkan perkembangan sektor ini sebagai sektor utama dan bukan
sektor yang lembab.
3.40 Tumpuan dasar dalam sektor perkhidmatan ini adalah untuk
meningkatkan keupayaan menyerap teknologi baru dalam beberapa bidang
seperti komunikasi, pemerosesan data dan keadaan baru pendidikan, serta
bentuk baru pelaburan asing seperti usahasama, 'franchise', pengurusan
kontrak atau melalui perlesenan. Selain Selain daripada itu, Kerajaan
telah mengenalpasti sektor-sektor pelancongan dan perkapalan sebagai
sektor yang berpotensi untuk berkembang. Beberapa galakan telah diberi
bagi meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam bidang-bidang ini.
Program penswastaan juga akan membuka peluang baru bagi pertumbuhan
sektor perkhidmatan secara keseluruhan.
Perbelanjaan Sektor Swasta
3.41 Perbelanjaan sektor swasta yang terdiri daripada pelaburan
dan penggunaan swasta akan menjadi daya penggerak utama kepada
perkembangan ekonomi dalam tempoh RRJP2. Ini adalah sejajar dengan
dasar untuk menggalakkan sektor swasta memainkan peranan utama dalam
pertumbuhan ekonomi dengan sektor awam pula memainkan peranan menyokong
aktiviti sektor swasta. Kerajaan akan terus mengurangkan penglibatannya
dalam aktiviti yang bersaing secara langsung dengan sektor swasta
kecuali dalam industri strategik. Dasar ini adalah bertujuan untuk
meningkatkan efisyensi, men menggalakkan kemajuan sistem pasaran bebas
dan mengurangkan beban kewangan sektor awam. Pelaburan awam dalam
infrastruktur dan kemudahan industri dan sosial akan memudah dan
mempercepatkan lagi pembangunan industri yang berdayamaju. Usaha ini
akan membantu pertumbuhan yang berterusan dan mengatasi pengurangan
sumbangan dari sumber yang tidak boleh diganti, teru tamanya petroleum,
dimasa hadapan.
3.42 Pelaburan swasta. Pelaburan swasta akan meningkat pada kadar
purata 8 peratus berbanding dengan 9.4 peratus dalam tempoh Rangka
Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1). Pelaburan swasta mengikut
harga semasa pula, akan meningkat sebanyak empat kali ganda daripada
$26 ribu juta dalam tahun 1990 kepada $104 ribu juta pada tahun 2000.
Pelaburan swasta dalam harga semasa bagi dekad tujuh puluhan telah
meningkat lebih tinggi, iaitu sebanyak 21.4 peratus. Semenjak
langkah-langkah pengubahansuaian struktur dilaksanakan dalam dalam
dekad lapan puluhan dan meningkatnya minat pelabur asing, pelaburan
swasta telah bertambah hampir dua kali ganda dalam tiga tahun terakhir
dekad lapan puluhan. Oleh itu, matlamat kadar pertumbuhan pelaburan
swasta sebanyak14.8 peratus mengikut harga semasa dijangka boleh
dicapai dalam tempoh RRJP2, sila lihat Jadual 3-3.
3.43 Pelaburan dalam sektor pertanian dan perlombongan dijangka
kurang menggalakkan berbanding dengan perkembangan pada masa lalu. Oleh
yang demikian, pelaburan baru perlu ditingkatkan dalam sektor-sektor
lain seperti pembuatan, pembinaan dan pengangkutan dengan sektor
pembuatan merupakan sebahagian besar pelaburan, terutama daripada
sumber luar negeri. Kadar pelaburan swasta yang tinggi yang dijangkakan
dalam sektor pembuatan, pembinaan, pengangkutan dan perkhidmatan
diasaskan kepada beberapa faktor. Pertama, ekonomi yang matang,
terutamanya Jepun, Taiwan dan Korea telah mengatasi masalah-masalah
akibat peningkatan nilai matawang mereka dan kenaikan kos buruh secara
memindah pelaburan ke luar negeri. Kedua, Malaysia dengan pelbagai
kemudahan infrastruktur yang telah dimajukan dan keadaan politik yang
stabil membolehkannya menarik pelaburan asing di tahun-tahun yang akan
datang. Memandangkan negara-negara ASEAN yang lain sedang mengalami
pelbagai batasan struktur, adalah penting bagi Malaysia mengambil
peluang ini dan memperbaiki kedudukannya dengan meningkatkan pelaburan
infrastruktur dan sumber tenaga manusia supaya dapat lebih bersaing
dalam dekad yang akan datang. Ketiga, berdasarkan kepada perkembangan
pesat dalam sektor pelancongan, pelaburan dalam sektor perkhidmatan dan
aktiviti pembinaan yang berbentuk komersial seperti pembinaan hotel dan
pusat pelancongan dijangka akan berterusan sepanjang dekad sembilan
puluhan.
3.44 Penggunaan swasta. Pertumbuhan penggunaan swasta dijangka
kukuh dan meningkat pada kadar 7.2 peratus setahun mengikut nilai
sebenar, berbanding dengan 6.3 peratus yang dicapai dalam tempoh RRJP1,
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3-3. Aktiviti penggunaan swasta
dijangka akan bertambah kukuh hasil daripada peningkatan pendapatan
bolehguna, terutama di kalangan golongan berpendapatan rendah dan
sederhana, di samping faedah dari peningkatan kemudahan khidmat sosial
dan kemudahan awam yang disediakan oleh Kerajaan. Proses `monetization'
dalam ekonomi melalui penggunaan instrumen-instrumen kewangan yang
lebih meluas dan pelbagai jenis, juga dijangka meningkatkan lagi
permintaan pengguna. Gabungan kesemua faktor tersebut akan membawa
kearah pembentukan ekonomi yang lebih matang dan yang lebih bergantung
kepada permintaan dalam negeri.
Struktur Eksport dan Import
3.45 Struktur eksport dijangka mengalami perubahan besar dalam
dekad akan datang. Eksport komoditi utama pertanian dan galian akan
terus meningkat, namun sumbangannya dalam nilai eksport akan
berkurangan memandangkan eksport barangan pembuatan akan meningkat
dengan lebih pesat. Sungguhpun begitu, peningkatan aktiviti pemerosesan
dalam negeri bagi keluaran pertanian kepada barangan siap akan dapat
menambah eksport barangan yang berasaskan keluaran pertanian. Komoditi
utama yang mempunyai prospek yang baik untuk menambah pendapatan
eksport ialah kelapa sawit, petroleum dan gas asli cecair. Eksport
barangan pembuatan pula akan menjadi semakin penting, meningkat
daripada 60.4 peratus kepada jumlah pendapatan eksport dalam tahun 1990
kepada
81.8 peratus pada tahun 2000, seperti di Jadual 3-4. Di sektor
pembuatan, industri pemerosesan makanan, petro-kimia, pakaian dan
tekstil, serta keluaran getah dan galian bukan logam adalah di antara
industri yang dijangka akan menghasilkan pertumbuhan yang tinggi.
Sementara itu, sektor elektrik dan elektronik pula akan menghadapi
pertumbuhan yang lebih perlahan dalam tempoh RRJP2 dibanding dengan
sektor-sektor lain. Namun demikian, sektor ini akan terus memberi
sumbangan utama dalam penambahan nilai eksport pembuatan. Penggunaan
teknologi dan proses pengeluaran yang baru akan membawa kepada
perubahan struktur dan paras nilai ditambah yang lebih tinggi. Proses
ini akan memperluas dan memperdalamkan asas industri dan akan
meningkatkan permintaan bagi tenaga kerja mahir.
3.46 Dengan pertambahan jumlah pelaburan pada kadar 12.6 peratus
setahun pada harga semasa dalam tempoh RRJP2 dan peningkatan dalam
aktiviti sektor pembuatan, bahagian import bagi barangan modal dan
barangan perantaraan dijangka meningkat. Sementara itu, bahagian import
barangan pengguna dijangka berkurangan sejajar dengan usaha
meningkatkan pengeluaran barangan pengguna untuk keperluan dalam
negeri. Arah aliran ini sudah mula ketara dalam dekad lapan puluhan dan
dijangka akan berterusan dalam dekad sembilan puluhan. Memandangkan
jumlah pelaburan awam dijangka terus meningkat dan biasanya mempunyai
kandungan import yang tinggi, tekanan terhadap peningkatan import
barangan modal akan berterusan. Oleh yang demikian, tumpuan dasar
adalah bagi menggalakkan pengeluaran barangan perantaraan dalam negeri
memandangkan import barangan ini telah meningkat daripada 35.3 peratus
daripada jumlah import dalam tahun 1970 kepada 41.5 peratus dalam tahun
1990.
Inflasi
3.47 Kadar inflasi dalam tiga tahun kebelakangan ini meningkat
dengan kadar yang sederhana. Peningkatan ini disebabkan oleh kos import
yang tinggi, kenaikan kadar upah dan peningkatan permintaan dalam
negeri yang didorong oleh pemulihan ekonomi.
3.48 Indeks harga import dalam tempoh RRJP2 dijangka meningkat
pada kadar 5.2 peratus setahun. Kesannya ke atas paras harga dalam
negeri akan bergantung kepada dasar kewangan dan fiskal, perubahan
nilai matawang ringgit, paras upah dan juga permintaan terhadap import.
Memandangkan usaha akan diambil untuk terus mengawal defisit fiskal dan
dasar kewangan yang bertujuan untuk mengimbangkan dayasaing
antarabangsa, di samping mengurangkan tekanan inflasi serta memastikan
kenaikan kadar upah selaras dengan peningkatan produktiviti, paras
harga dalam negeri dijangka tidak akan meningkat lebih dari paras-paras
yang dahulu.
Gunatenaga
3.49 Penawaran tenaga pekerja dijangka meningkat sebanyak 2.9
peratus setahun dalam tempoh RRJP2. Permintaan tenaga pekerja pula
dijangka meningkat pada kadar 3.1 peratus setahun berdasarkan kepada
pertumbuhan KDNK sebanyak 7 peratus setahun. Dengan itu, kadar
penggangguran dijangka akan dapat dikurangkan kepada 4 peratus
menjelang tahun 2000. Sektor perkilangan dan perkhidmatan bukan
Kerajaan dijangka menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan
gunatenaga iaitu di antara 4.8 hingga 5.4 peratus. Sementara itu,
pembangunan industri luar bandar juga dijangka dapat menyerap lebih
ramai tenaga kerja di luar bandar. Kebanyakan pengangguran di masa
hadapan terdiri daripada golongan golongan penganggur penggeseran yang
memilih pekerjaan yang berpendapatan lebih tinggi. Oleh yang demikian,
satu sistem penyebaran maklumat mengenai pasaran buruh yang lebih baik
perlu diadakan bagi meningkatkan lagi mobiliti buruh. Dari segi
penawaran tenaga pekerja, penekanan akan diberi kepada pembangunan
sumber tenaga manusia serta penyusunan semula kurikulum pendidikan dan
latihan berdasarkan keperluan pasaran. Langkah ini adalah perlu bagi
mengurangkan pengangguran struktur serta menggalakkan mobiliti untuk
meningkatkan kadar penyerapan tenaga kerja ke dalam sektor yang
memerlukan pekerja.
V : PEMBIAYAAN PROGRAM PEMBANGUNAN
Kewangan Sektor Awam
3.50 Langkah-langkah untuk mengukuhkan kedudukan kewangan sektor
awam yang bermula pada tahun 1983 akan diteruskan di dalam tempoh
RRJP2. Ini adalah selaras dengan dasar mengurangkan peranan sektor awam
dalam ekonomi, disamping memperbaiki defisit belanjawan pada paras yang
mampu dibiayai. Bahagian khidmat bayar hutang yang pada masa ini di
paras 26 peratus daripada perbelanjaan mengurus akan dikurangkan,
sementara defisit belanjawan sektor awam dijangka dikurangkan secara
purata 3.6 peratus kepada KNK dalam tempoh RRJP2, berbanding dengan 4.2
peratus yang dicatatkan dalam tempoh RML dan 8.7 peratus dalam tempoh
RRJP1, seperti ditunjukkan dalam Jadual 3-5.
3.51 Bagi tempoh RRJP2, perbelanjaan pembangunan sektor awam
dijangka berjumlah sebanyak $224 ribu juta, berbanding dengan
perbelanjaan sebanyak $174 ribu juta dalam tempoh RRJP1. Daripada
jumlah tersebut, $126 ribu juta atau 56 peratus adalah perbelanjaan
pembangunan Kerajaan Persekutuan, seperti di Jadual 3-5 dan 3-6.
Walaupun tingkat perbelanjaan pembangunan pada nilai semasa adalah
besar, paras pada nilai sebenar setelah mengambilkira inflasi, adalah
lebih rendah daripada perbelanjaan dalam dekad lapan puluhan. aras
perbelanjaan ini hanya merupakan 9.8 Peratus dari KNK, berbanding
dengan 16.8 peratus bagi tempoh RRJP1. Ini adalah sejajar dengan usaha
untuk mengurangkan penglibatan sektor awam dalam ekonomi yang
dijangkakan dalam tempoh RRJP2.
3.52 Dasar belanjawan yang fleksibel yang diambil pada masa ini
adalah untuk mengatasi beberapa kekurangan dalam kemudahan
infrastruktur supaya membolehkan perkembangan sektor swasta yang
berterusan. Perbelanjaan pembangunan awam akan ditumpukan kepada
penyediaan kemudahan infrastruktur sosial dan fizikal bagi membantu
pertumbuhan ekonomi dan bagi membantu meningkatkan peranan sektor
swasta. Aktiviti-aktiviti pelaburan awam yang didapati bersaing secara
langsung dengan sektor swasta akan dikurangkan. Perbelanjaan bagi
sektor keselamatan akan juga ditumpukan kepada keselamatan kawasan
perairan negara, terutama keperluan untuk mengawal sumber laut dan
mempastikan keselamatan diperairan Zon Ekonomi Eksklusif. Pemilihan
projek akan diasaskan kepada kecekapan dan memberi penekanan kepada
kualiti pelaburan awam. Sejauh mana yang boleh, pemberian subsidi dan
bayaran pindahan samada secara langsung atau tidak langsung yang tidak
memberi sumbangan ke arah peningkatan daya pengeluaran akan
dikurangkan. Di beberapa bidang tertentu, bayaran pengguna akan
diperkenalkan atau dinaikkan di mana sesuai, walau bagaimanapun dengan
mengambilkira ekuiti dan peningkatan kecekapan.
3.53 Jumlah perbelanjaan pembangunan yang lebih tinggi adalah perlu
bagi membolehkan sektor awam memainkan peranan yang lebih berkesan
dalam melaksanakan matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan dalam
Dasar Pembangunan Baru (DPB). Keutamaan yang diberi kepada pembangunan
sumber tenaga manusia dan usaha kearah mengurangkan jurang perbezaan
antara wilayah memerlukan lebih banyak perbelanjaan bagi menyediakan
perkhidmatan sosial dan infrastruktur fizikal, di negeri-negeri yang
kurang maju. Seterusnya, untuk membantu perkembangan sektor swasta,
perbelanjaan Kerajaan bagi memperbaiki dan memperluaskan lagi sistem
pengangkutan, perhubungan dan lain-lain kemudahan akan ditingkatkan bagi
tujuan menambah keupayaan dan kualiti kemudahan-kemudahan yang sedia ada.
3.54 Lebihan semasa akaun sektor awam dijangka akan dapat
membiayai 63 peratus daripada perbelanjaan pembangunan sektor awam.
Keadaan ini adalah lebih baik berbanding dengan lebihan sebanyak $83.7
ribu juta atau pembiayaan sebanyak 48 peratus dari keseluruhan
perbelanjaan pembangunan dalam tempoh RRJP1. Ini jelas menunjukkan
usaha fiskal Kerajaan untuk meningkatkan penggunaan lebihan semasa
sektor awam sebagai sumber pembiayaan perbelanjaan pembangunan, melalui
dasar fiskal dan usaha memperkukuhkan jentera kutipan hasil Kerajaan
Persekutuan dan meningkatkan keuntungan perusahaan awam bukan kewangan
(PABK). Lebihan semasa bagi tempoh RRJP2 telah mengambilkira
peningkatan perbelanjaan mengurus berikutan dari kenaikan dalam
perbelanjaan pembangunan.
3.55 Defisit keseluruhan sebanyak $82.5 ribu juta atau 3.6 peratus
kepada KNK bagi tempoh RRJP2 dijangka dapat dibiayai hampir
keseluruhannya melalui pinjaman dalam negeri dengan Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sumber utama. Untuk menjamin adanya
sumber yang mencukupi bagi aktiviti sektor swasta, hanya satu perempat
daripada pinjaman dalam negeri dijangka diperolehi melalui pasaran
modal. Oleh kerana sumber dalam negeri adalah mencukupi bagi membiayai
pelaburan awam dan swasta, keperluan terhadap pinjaman luar negeri
dijangka kecil. Ini jelas menunjukkan dasar fiskal Kerajaan yang lebih
bergantung kepada tabungan dalam negara bagi membiayai usaha
pembangunan.
3.56 Dasar kewangan Kerajaan juga akan memberi tumpuan yang lebih
kepada usaha untuk mengukuhkan kedudukan hasil sektor awam, terutama
bagi Kerajaan Persekutuan yang mengalami kemerosotan dalam keanjalan
cukai serta struktur cukai yang terlalu bergantung kepada hasil bukan
cukai dan penerimaan bukan hasil, seperti ditunjukkan dalam Jadual 3-7.
Jumlah hasil sektor awam dijangka berkurangan daripada 36.8 peratus
kepada KNK dalam tempoh RRJP1 kepada hanya 26 peratus dalam dekad
sembilan puluhan, seperti di Jadual 3-5. Penyusunan semula sistem dan
struktur pencukaian supaya mempunyai asas yang lebih luas dan yang
lebih anjal dengan perubahan pendapatan dan perbelanjaan dijangka akan
membawa kepada keseimbangan fiskal yang lebih baik dalam dekad yang
akan datang.
Imbangan Pembayaran
3.57 Lebihan dagangan kini merosot setelah mencapai paras yang
paling tinggi dalam tahun 1987 disebabkan oleh pertumbuhan import yang
lebih tinggi daripada eksport. Ini merupakan sebahagian dari kesan
pertumbuhan pesat pelaburan swasta yang membawa kepada peningkatan
kadar import bagi barangan modal dan perantaraan. Memandangkan
pelaburan swasta dijangka akan terus kukuh disepanjang tempoh rancangan
ini, akaun semasa imbangan pembayaran dijangka terjejas. Walau
bagaimanapun, untuk tempoh RRJP2, akaun semasa imbangan pembayaran
dijangka mendapat lebihan iaitu dalam lingkungan 0.6 peratus kepada
KNK. Usaha bagi mendapatkan barangan perantaraan daripada industri
barangan perantaraan daripada industri tempatan dan mengalihkan sumber
import dari negara yang mengalami nilai matawang yang meningkat akan
dapat mengurangkan kos import. Usaha ini bersama usaha untuk
meningkatkan nilai ditambah di sektor pembuatan akan membantu
pertumbuhan eksport dan seterusnya memperbaiki paras lebihan dagangan.
3.58 Sungguhpun jumlah lebihan dagangan dijangka masih
menggalakkan dan berkembang pada paras 6 peratus kepada KNK dalam
tempoh RRJP2, berbanding dengan 9.4 peratus dalam tempoh RRJP1, defisit
akaun perkhidmatan dijangka terus berada diparas yang tinggi.
Perbelanjaan bagi pengangkutan dan insuran serta aliran keluar
pendapatan pelaburan asing, merupakan perbelanjaan utama yang akan
menyebabkan defisit akaun semasa imbangan n pembayaran, seperti yang
ditunjukka- dalam Jadual 3-8.
3.59 Tumpuan dasar bagi RRJP2 adalah untuk memperkukuhkan
kedudukan sektor perkhidmatan supaya dapat meningkatkan sumbangannya
kepada KDNK dan gunatenaga serta mengurangkan defisit perkhidmatan
dalam akaun semasa. Defisit yang selalu dialami bagi perbelanjaan
perjalanan dan pendidikan dijangka semakin kecil berikutan dari
kemajuan dalam industri pelancongan serta kurangan kadar perbelanjaan
bagi pendidikan ke luar negeri berikutan dari bertambahnya peluang
pendidikan tinggi di dalam negeri oleh sektor awam dan swasta dan
meningkatnya program kerjasama antara universiti tempatan dengan luar
negeri. Walau bagaimanapun, perbelanjaan pengangkutan dan insuran akan
terus mengalami defisit yang ketara kesan dari peningkatan aktiviti
ekonomi, sementara industri perkapalan, pengangkutan udara dan insuran
dalam negeri memerlukan tempoh yang lebih panjang sebelum ianya dapat
memainkan peranan yang lebih besar dalam ekonomi. Justeru itu,
peningkatan dalam pelaburan bagi memperbaiki infrastruktur dalam
industri ini perlu
dipercepatkan.
3.60 Kemasukan pelaburan asing yang begitu besar di beberapa tahun
kebelakangan ini telah membawa kepada defisit pendapatan pelaburan yang
semakin besar dalam imbangan pembayaran. Oleh itu, dasar pelaburan
swasta hendaklah menekankan kepada usaha memperkukuhkan pelaburan
tempatan. Dalam pada itu, kualiti pelaburan asing yang masuk ke negara
ini harus juga diberi perhatian. Di samping tumpuan kepada jumlah
pelaburan, pemilihan yang lebih teliti dalam meluluskan permohonan
pelaburan asing termasuk usaha menggalakkan pelaburan semula akan dapat
memperkukuhkan lagi sektor perindustrian dan mengurangkan pengaliran
keluar keuntungan.
3.61 Dasar bagi imbangan pembayaran perlu ditujukan ke arah
mencapai keseimbangan dalam jangkamasa panjang. Kadar pertukaran asing
perlu berada di paras keseimbangan dan di paras yang dapat mengekalkan
daya saingan eksport serta membendung kesan inflasi yang diimport.
Pelaksanaan dasar fiskal dan kewangan yang sesuai adalah penting untuk
menggalakkan pembentukan modal, keupayaan bersaing eksport dan pada
masa yang sama membendung inflasi dalam negeri. Penggubalan dasar bagi
imbangan pembayaran dalam dekad sembilan puluhan perlu mengambilkira
faktor-faktor ini.
Jurang Tabungan-Pelaburan
3.62 Jurang tabungan-pelaburan dalam dekad sembilan puluhan adalah
selaras dengan matlamat mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara yang
berterusan. Nisbah tabungan kepada KNK bagi tempoh RRJP2 adalah
sebanyak 35.2 peratus, manakala pelaburan pula sebanyak 34.6 peratus,
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3-9. Sektor awam dijangka akan
mengalami defisit tabungan pelaburan purata sebanyak 2.2 peratus kepada
KNK dalam dekad sembilan puluhan, manakala sektor swasta pula dijangka
mendapat lebihan sebanyak 2.8 peratus. Kadar tabungan yang lebih tinggi
berbanding dengan pelaburan, membolehkan dasar fiskal dan kewangan
digunakan untuk menggembling sumber bagi membiayai pelaburan
infrastruktur dan memudahkan pertumbuhan pelaburan swasta. Dari segi
dasar pula, peranan Kerajaan adalah untuk memastikan bahawa tabungan
yang tinggi itu dilaburkan dalam sektor yang produktif, terutamanya
dalam sektor pembuatan.
VI : RANGKA KERJA BAGI PENGGUBALAN DASAR MASA HADAPAN
3.63 Kerajaan akan menumpukan usahanya dalam bidang di mana kuasa
pasaran tidak dapat berfungsi dengan baik atau bagi menyediakan
kemudahan awam seperti kesihatan, pendidikan, pertahanan dan
keselamatan di samping mewujudkan pengagihan peluang-peluang ekonomi
yang lebih saksama. Tumpuan dasar Kerajaan ialah terhadap keseimbangan
dalam pelaksanaan dasar fiskal, kewangan dan perdagangan, serta
membantu pemulihan sektor utama dengan memperluas dan memperbaiki
kemudahan infrastruktur fizikal dan sosial, mengurangkan batasan dan
halangan dalam pengeluaran serta memper baiki suasana pelaburan,
terutamanya bagi perniagaan kecil dan sederhana.
3.64 Matlamat pertumbuhan KDNK sebanyak 7 peratus setahun untuk
tempoh RRJP2 dijangka boleh dicapai berdasarkan kepada usaha gigih
Kerajaan untuk memperkukuhkan efisyensi dalam ekonomi, menggalakkan
pelaburan swasta, mempercepatkan program penswastaan, di samping
memperbaiki kualiti gunatenaga. Namun begitu, risiko yang akan
menggugat pencapaian matlamat pertumbuhan itu perlu juga diambilkira.
3.65 Pada masa ini, risiko yang dihadapi adalah berpunca dari
keadaan ekonomi Malaysia yang terdedah kepada ketidakstabilan
ekonomi-makro dari luar negeri. Perubahan-perubahan besar yang di luar
jangkaan dalam dasar kewangan negara asing yang boleh mempengaruhi
kadar pertukaran wang dan kadar faedah, dasar perlindungan perdagangan
yang meningkat dan dasar yang memelihara kepentingan negara
masing-masing mungkin akan membawa kepada kemelesetan ekonomi dunia dan
menjejaskan pelaburan dan penggunaan dalam negeri. Negara-negara
membangun mungkin akan menghadapi kemerosotan eksport, harga komoditi
dan nisbah harga eksport import serta beban hutang yang tinggi.
Walaupun ekonomi negara kini adalah lebih kukuh dan mempunyai asas yang
lebih meluas, perkembangan ekonomi dunia ini akan menjejaskan
pertumbuhan ekonomi Malaysia. Usaha-usaha ke arah pembaharuan struktur
ekonomi bagi mempertingkatkan kecekapan dan produktiviti serta
pengurusan dasar ekonomi yang berkesan, termasuk dasar tukaran wang
asing, perlu diteruskan bagi mengurangkan kesan perubahan luar kepada
ekonomi negara.
3.66 Bagi mencapai matlamat-matlamat perancangan yang ditetapkan
dalam RRJP2, seperti yang ditunjukkan dalam 31 Jadual 3-10, satu rangka
kerja dasar untuk masa hadapan akan dilaksanakan secara terselaras
dalam bidang-bidang seperti yang di bincangkan diperenggan-perenggan
selanjutnya.
Mempertingkatkan Efisyensi Ekonomi
3.67 Dasar untuk memperbaiki lagi efisyensi akan ditumpukan kepada
usaha meningkatkan daya saingan sektor perindustrian, di samping
menggalakkan keseimbangan di antara penggunaan sumber buruh dan modal
dalam proses pengeluaran. Usaha mempercepatkan lagi program penswastaan
akan menghasilkan kedudukan perbelanjaan awam yang lebih stabil serta
mengecilkan defisit belanjawan dan membawa kepada sektor awam yang
lebih efisyen. Kerjasama lebih erat di antara sektor awam dan swasta
dalam menyusun semula struktur perindustrian akan dapat mengurangkan
halangan di pasaran buruh dan modal, menyalurkan lebih banyak tabungan
kepada pelaburan yang produktif dan mempercepatkan lagi proses
perindustrian. Pengurangan atau penghapusan tarif perlindungan yang
berlebihan akan menghasilkan pengagihan sumber dalam ekonomi dengan
lebih baik serta memperkukuhkan lagi daya saingan industri dalam
negeri. Pembaharuan seterusnya dalam sistem cukai dan insentif pula
akan menggalakkan pelaburan semula, mengukuhkan hasil Kerajaan dan
mencapai matlamat pengagihan yang lebih efisyen.
3.68 Salah satu dari faktor utama untuk memperbaikki lagi daya
saingan sektor industri adalah melalui penggunaan teknologi secara
lebih meluas. Dengan itu, pembangunan keupayaan teknologi yang kukuh
amatlah penting. Pembaharuan dasar dan institusi yang sesuai yang dapat
mengukuhkan asas sains dan teknologi, meningkatkan P&P serta
memperbaiki pengurusannya dan kerjasama yang lebih erat dalam
perkembangan teknologi di antara industri dengan universiti-universiti
serta institusi-institusi penyelidikan akan dilaksanakan. Ini akan
mempertingkatkan keupayaan teknologi bagi sektor awam dan swasta.
Dasar-dasar Bagi Menyokong Pelaburan Swasta
3.69 Dasar bagi menggalakkan pelaburan swasta yang bertujuan untuk
meningkatkan lagi keuntungan dalam syarikat-syarikat dan usaha untuk
mengawasi kadar upah meningkat sejajar dengan pertambahan produktiviti
adalah penting untuk memperbaiki daya saingan antarabangsa. Dasar ini
akan diperkukuhkan lagi dengan cara mempastikan perbelanjaan
pembangunan ditumpukan kepada pembangunan infrastruktur fizikal dan
sosial. Usaha kearah mengurangkan kawalan harga bahan-bahan mentah
perindustrian akan diteruskan bagi mengurangkan lagi kos pengeluaran.
Di samping itu, peraturan pentadbiran akan diperbaiki bagi membantu
meningkatkan keyakinan para pelabur dan bagi menjadikan Malaysia
sebagai pusat pelaburan yang menarik di rantau ini. Langkah-langkah
untuk memperkukuhkan lagi pasaran kewangan dan modal akan membantu
mengembeling sumber dari kumpulan wang simpanan serta syarikat-syarikat
insuran untuk digunakan bagi membiayai pertumbuhan pelaburan swasta.
Pembangunan Sumber Manusia
3.70 Selaras dengan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan
perindustrian yang berasaskan teknologi tinggi, negara akan memerlukan
lebih ramai tenaga kerja mahir bagi memenuhi permintaan industri. Dalam
dekad yang akan datang dasar untuk memajukan tenaga manusia akan diberi
perhatian utama supaya ia dapat menampong keperluan sektor pembuatan
dan sektor perkhidmatan yang semakin meningkat. Pembaharuan dasar dalam
bidang ini akan merangkumi langkah-langkah bagi mengatasi kekurangan
tenaga mahir dalam sektor-sektor tertentu, melaksanakan program latihan
perindustrian berdasarkan keperluan pasaran di samping memperkukuhkan
sistem maklumat pasaran buruh. Jika langkah-langkah ini berjaya
dilaksanakan, ianya akan meningkatkan mobiliti tenaga buruh secara
lebih meluas. Syarikat-syarikat swasta adalah digalakkan menyediakan
latihan sambil belajar dan latihan semula supaya perubahan dalam
struktur pengeluaran tidak melibatkan pemberhentian pekerja-pekerja. Di
samping itu, kerjasama yang lebih erat di antara sektor awam dan swasta
dalam merangka kursus-kursus latihan akan juga digalakkan. Perhatian
yang lebih akan diberi dalam mempastikan sistem pendidikan selaras
dengan perubahan permintaan di pasaran buruh. Kawalan yang lebih rapi
terhadap sistem pelajaran dan latihan serta usaha-usaha bagi
memperbaiki lagi kurikulum akan di laksanakan untuk mempastikan
kemahiran yang diajar adalah sesuai dengan keperluan industri.
3.71 Dalam keadaan di mana terdapat pasaran buruh yang kesat,
penekanan harus diberi kepada usaha menghasilkan pekerja yang terlatih,
fleksibel, berdikari dan mudah menyesuaikan diri untuk memenuhi
kehendak pasaran di samping mengelakkan dari mewujudkan peluang
pekerjaan berproduktiviti rendah dan tidak kekal melalui peningkatan
permintaan dalam negeri. Selain dari itu, usaha-usaha untuk membentuk
sistem upah yang lebih fleksibel berdasarkankepada permintaan dan
penawaran juga penting. Langkah-langkah seperti ini yang berterusan
akan memberi kesan yang besar terhadap usaha mengurangkan kadar
pengangguran, mewujudkan peluang pekerjaan baru dan meningkatkan
kemampuan bersaing dalam ekonomi. Dasar Untuk Menstabilkan
Perbelanjaan, Hutang Awam dan Defisit Belanjawan
3.72 Dasar ekonomi yang dapat menghasilkan pertumbuhan yang
sederhana tetapi berkekalan serta boleh mengimbangi matlamat
pertumbuhan dan pengagihan, adalah lebih baik dari pertumbuhan pesat
yang memerlukan perbelanjaan awam yang lebih besar dan menambah beban
negara. Kesan negatif dari kemerosotan permintaan luar negeri
seharusnya ditanggung oleh semua pihak supaya penyesuaian dapat
dilakukan dengan segera dan tidak dibebankan hanya kepada sektor awam
sahaja. Dasar ini akan juga dapat mempastikan gangguan pasaran faktor
tidak berpanjangan dan keadaan turun naik tidak bertambah buruk, kerana
ini akan menjejaskan ekonomi yang terbuka seperti Malaysia.
3.73 Dari perspektif ekonomi makro, dasar Kerajaan adalah untuk
terus membentuk sebuah ekonomi yang diterajui oleh sektor swasta dan
yang berorientasikan eksport. Untuk mengekalkan keyakinan para pelabur,
strategi yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan mestilah selaras dengan
matlamat dasar keseluruhannya. Dasar mengembangkan perbelanjaan sektor
awam, terutama dalam aktiviti perdagangan untuk menghasilkan
pertumbuhan yang tinggi adalah bercanggah dengan dasar Kerajaan pada
masa ini iaitu untuk mengukuhkan kedudukan kewangan awam dan
mengurangkan beban hutang melalui pengurusan kewangan yang berhati-hati.
3.74 Dasar yang bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan
sektor awam dan mengekalkan keyakinan peminjam-penghutang di pasaran
modal antarabangsa akan terus ditumpukan ke arah mengurangkan pemberian
subsidi, mengukuhkan asas hasil dan meningkatkan keberkesanan
pentadbiran cukai. Kerajaan juga akan menggalakkan pelaksanaan program
secara pembiayaan sendiri, manakala bayaran pengguna juga akan
dipertingkatkan. Usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengurangkan
pergantungan kepada pinjaman luar negeri adalah penting supaya negara
tidak terjejas oleh kesan buruk dari perubahan kadar faedah dalam
pasaran kewangan antarabangsa.
3.75 Pelaksanaan dasar-dasar dalam empat bidang di atas secara
bersepadu dan teratur akan menentukan tahap pencapaian matlamat
pertumbuhan dan pengagihan dalam tahun¬tahun sembilan puluhan
VII : PENUTUP
3.76 Pencapaian matlamat pertumbuhan ekonomi sebanyak 7 peratus dalam
dekad ini sehingga tahun 2000 bukan sahaja bergantung kepada kemajuan
yang berterusan dalam usaha diperingkat antarabangsa untuk mengubahsuai
ekonomi dunia, tetapi yang lebih penting ialah sejauh mana ekonomi
negara mampu menyahut dan berupaya mengubahsuai struktur pengeluarannya
dengan perubahan permintaan dunia dan peluang-peluang yang terbuka.
Pada masa yang sama, kemajuan kearah memperkukuh dan mempelbagaikan
asas pengeluaran akan membantu meningkatkan daya ketahanan ekonomi
negara dan melindunginya daripada sebarang kesan perubahan ekonomi
antara bangsa yang di luar jangkaan.
3.77 Dasar pertumbuhan dalam dekad yang akan datang akan lebih
bergantung kepada peningkatan peranan sektor swasta yang akan disokong
oleh dasar-dasar sektor awam yang sesuai. Pencapaian matlamat
pertumbuhan dan pengagihan boleh dijalin erat. Oleh yang demikian,
dasar-dasar yang mengimbangi kedua -dua matlamat tersebut perlulah
dilaksanakan secara lebih berkesan supaya ianya saling melengkapi dan
mengukuhkan satu dengan lain. Kemajuan sosio-ekonomi yang telah dicapai
serta kestabilan politik dan sosial yang dialami sepanjang dua dekad
yang lalu telah memperkukuhkan lagi asas dan prospek pertumbuhan
ekonomi yang berkekala bagi Malaysia.
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 20 December 2008