BAB 00 : PROFIL DASAR

PROFIL DASAR
-------------

TEMPOH PELAKSANAAN : 1991 - 2000

MATLAMAT : Perpaduan Negara

PRINSIP : Pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama

STRATEGI ASAS :

i) Membasmi kemiskinan

ii) Menyusun semula masyarakat

FOKUS STRATEGI :

* Mengalih tumpuan membasmi kemiskinan kepada membasmi kemiskinan di kalangan golongan termiskin di samping mengurangkan kemiskinan relatif;

* Mewujudkan gunatenaga dan pembangunan pesat sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) bagi menjamin penyertaan Bumiputera yang lebih bermakna dalam sektor moden;

* Meningkatkan pembabitan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat melalui pengwujudan peluang lebih luas untuk sektor berkenaan berkembang, dan

* Menumpukan kepada pembangunan sumber manusia sebagai asas penting bagi mencapai matlamat pertumbuhan dan pengagihan yang saksama.

RASIONAL :

* Tempoh pelaksanaan DPN adalah sepuluh tahun (DEB 20 tahun) bertujuan mengurangkan risiko menyediakan matlamat yang tidak mungkin dapat dicapai dan ketidaktentuan membuat ramalan pembangunan.

* DPN memperkukuhkan keupayaan Bumiputera mengurus, mengendali dan memiliki perniagaan dengan berkesan dan bukan hanya mencapai matlamat kuantitatif tertentu dalam pemilikan modal saham.

* DPN tidak menetapkan jangka masa tertentu bagi mencapai matlamat sekurang-kurangnya 30 peratus dalam penyusunan semula modal. Kajian semula pencapaian matlamat itu akan dibuat menjelang 2000.

UNJURAN DPN :

* Kadar kemiskinan menurun daripada 17.1 peratus (1990) kepada 7.2 peratus pada 2000.

* Pengangguran menurun kepada 4 peratus.

* Pertumbuhan ekonomi negara pada kadar purata 7 peratus.

* Sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK meningkat daripada 27 peratus (1990) kepada 37 peratus pada 2000.


BEBERAPA TUMPUAN :

* Memperuntukkan kepada Bumiputera sejumlah besar modal bagi projek yang diswastakan. Penswastaan syarikat milik kerajaan seperti MARA, PERNAS, PKEN, dikhaskan pada Bumiputera.

* Memperbaiki pengurusan dan penggunaan sumber menurut konsep Islam seperti zakat, wakaf, baitulmal.

* Penggunaan Bahasa Melayu terus ditekankan sebagai wadah perpaduan negara.

* Konsep universiti terbuka diperkenalkan bagi mengurangkan beban tanggungan kerajaan dan menambah peluang pendidikan.


TAKRIF :

* Kemiskinan mutlak: diukur berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang mengambil kira keperluan minimum makanan, pakaian, tempat tinggal, perbelanjaan perlu lain.

Nota: 1990 - PGK ialah ?370 sebulan bagi saiz isirumah 5.1 (Semenanjung); ?544 bagi saiz isirumah
5.4 di Sabah, dan ?452 bagi saiz isirumah 5.2 di Sarawak.

* Golongan termiskin (hard core poor): isirumah yang berpendapatan kurang daripada separuh pendapatan garis kemiskinan dan kehidupan mereka daif.

Nota: Penyiasatan Pendapatan Isirumah mendapati ada kira-kira 143,100 isirumah termiskin pada 1990 seluruh negara.

Di pos oleh Arbain Muhayat pada 20 December 2008