Sogoshosha atau syarikat perdagangan am adalah satu
konsep yang diperkenalkan di negara Jepun. Untuk
mencapai taraf sogoshosha, sesebuah syarikat
perdagangan mestilah memenuhi tiga ciri penting iaitu
mempunyai rangkaian antarabangsa, mengendali barang
dagangan yang banyak dan memainkan peranan utama di
bidang perdagangan luar. Di negara Jepun 'Sogoshosha'
adalah merupakan satu panggilan/title yang diberikan
kepada beberapa syarikat perdagangan am yang terkenal
yang telah mencapai pusingan sebanyak US$20 billion
setahun. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa peranan
yang dimainkan oleh sogoshosha telah diiktirafkan
sebagai satu dari sebab-sebab negara berkenaan mencapai
kejayaan yang cemerlang di bidang perdagangan luar.
Pengalaman negara tersebut telah memberi inspirasi
kepada beberapa buah negara membangun termasuk
Malaysia, untuk menubuhkan sogoshosha masing-masing
sebagai institusi bagi memajukan ekspot mereka.
Rasional
Berdasarkan jangkaan kadar pertumbuhan di
negara-negara perindustrian dan juga perdagangan
antarabangsa yang lembab serta langkah perlindungan
yang semakin meluas, Malaysia perlu mencari strategi
baru di bidang perdagangan luar. Di masa yang sama,
usaha-usaha mempercepatkan perkembangan ekonomi negara.
Pencapaian matalamat ini memerlukan Malaysia memulakan
strategi menggalakkan ekspot keluarannya secara
besar-besaran. Oleh itu, strategi pemasaran barang
untuk diekspot mestilah dirangka dengan teliti bagi
mengatasi halangan dan sekatan yang ada. Penubuhan
sogoshosha adalah diharapkan sebagai satu daripada
strategi membantu negara dalam pemasaran barang ekspot.
Sogoshosha ini juga akan menjadi alat untuk mendapat
maklumat strategik mengenai pasaran-pasaran ekspot dan
kontrak kerja di luar negeri menerusi rangkaian
antarabangsa.
Objektif
Sebagai institusi yang akan membantu Malaysia di
bidang perdagangan antarabangsa, sogoshosha Malaysia
ditubuhkan dengan objektif-objektif berikut:-
(a) Menggalakkan ekspot tradisional ke pasaran
bukan tradisional dan juga kepada pengguna-
pengguna baru termasuk dipasaran tradisional.
(b) Menggalakkan ekspot bukan tradisional.
(c) Mengembangkan peluang-peluang antarabangsa
dari segi menggalakkan pelaburan secara
usahasama di sektor industri di Malaysia
untuk keperluan pasaran dalam dan luar
negeri.
(d) Menggalakkan pemindahan pengetahuan dan
teknologi baru.
(e) Menggalakkan ekspot tak ketara (invisible)
Malaysia di luar negeri.
Strategi Pelaksanaan
Strategi pelaksanaan konsep sogoshosha ini adalah
dilakukan secara menyeluruh selaras dengan dasar-dasar
baru kerajaan seperti Persyarikatan Malaysia. Malah
sogoshosha adalah dianggap sebagai peringkat
permulaan bagi pencapaian matalamat Persyarikatan
Malaysia.
Kerajaan sedang merangka satu definasi tetap
mengenai sogoshosha dan peraturan-peraturan
mengenainya. Beberapa kemudahan-kemudahan dan bantuan
adalah dalam pertimbangan untuk diberi kepada syarikat
sogoshosha tanpa menggangu atau mengenepikan syarikat
perdagangan am yang lain. Pertimbangan sedang dibuat
supaya galakan-galakan cukai dan kewangan diberikan
kepada syarikat yang terlibat, yang mana diantara
lainnya termasuk:
(a) Galakan Kredit - diberikan kepada syarikat
tempatan yang menghadapi masalah kewangan
untuk melaksanakan kegiatan ekspot di luar
negeri.
(b) Galakan Cukai - misalnya elaun galakan ekspot
dan lain-lain pengecualian cukai di bawah
Akta Galakan Pelaburan 1968, Akta Kastam 1977
dan Akta Eksais 1976.
(c) Lain-lain galakan serta khidmat sokongan -
misalnya penglibatan Pejabat Perusahaan
Perdagangan Malaysia di luar negeri dan
sebagainya.
Dalam menyediakan galakan di atas, ianya akan
diberikan kepada syarikat yang berjaya membuktikan
keupayaan mereka untuk meningkatkan ekspot barangannya
dan juga berjaya mempelbagaikan ekspot, terutama ke-
pasaran bukan tradisional.
Penutup
Bagi mencapai kejayaan dalam pelaksanaan dasar ini di
masa depan, Malaysia mesti bekerja keras untuk
menghadapi cabaran-cabaran dan mengatasi masalah yang
timbul. Sekiranya berjaya, kesan 'synergy' yang
diperolehi daripada penubuhan sogoshosaha ini pasti
akan dapat membantu mempertingkatkan perkembangan
perindustrian dan ekonomi negara. Dalam melaksanakan
strategi sogoshosha, perhatian hendaklah diambil agar
kelonggaran cukai dan bantuan kewangan tidak bercanggah
dengan peraturan yang dikenakan oleh GATT dan
negara-negara pengimpot.
27. SOGOSHOSHA MALAYSIA
LatarbelakangSogoshosha atau syarikat perdagangan am adalah satu

Di pos oleh Arbain Muhayat pada 20 December 2008