Kabinet telah bersetuju pada 25hb. Julai 1979 untuk
mewujudkan rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia
(MTCP). Rancangan ini ialah merupakan suatu
manifestasi Malaysia dalam konteks kerjasama di antara
negara Selatan-Selatan (South-South) dan lain-lain
negara yang sedang membangun. Rancangan kerjasama ini
diujudkan di atas andaian bahawa negara-negara yang
sedang membangun boleh mempelajari pengalaman dan
kepakaran dalam pembangunan negara daripada negara-
negara yang sedang membangun sendiri. Di dalam
rancangan ini, negara-negara ASEAN, negara-negara
Anggota Persidangan Islam dan juga negara-negara
Kepulauan Pasifik, Asia serta negara-negara yang
mundur di Asia dan Afrika diberi keutamaan dalam
menerima bantuan. Untuk mengendalikan rancangan ini,
suatu Jawantankuasa Utama yang dipengerusikan oleh Y.B.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri ditubuhkan.
Ahli-ahli lain termasuk Y.B. Ketua Setiausaha Negara,
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Kementerian Luar
Negeri dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi.
Dalam perkara ini, Unit Perancang Ekonomi menjadi
urusetia.
Rasional
Dalam meningkatkan moral dan maruah Malaysia di kalangan
antarabangsa, Malaysia haruslah memperlihatkan satu
sikap yang positif untuk membantu dan bekerjasama
dengan negara membangun yang lain untuk menyediakan dan
menawarkan satu asas pengalaman dan kepakaran dalam
negeri kepada negara membangun yang lain. Rancangan
kerjasama teknikal Malaysia ini haruslah juga dilihat
dari faedah sampingan yang diperolehi seperti
mempereratkan perhubungan Malaysia antara negara-negara
lain serta mempertingkatkan hubungan perdagangan dua
hala Malaysia dengan negara yang berkenaan.
Objektif
Tujuan Malaysia mengadakan rancangan ini adalah seperti
berikut:-
i. untuk mengeratkan lagi perhubungan Malaysia
dengan negara-negara yang sedang membangun;
ii. mempertingkatkan lagi perhubungan perdagangan
di antara Malaysia dengan negara-negara yang
sedang membangun, seperti perdagangan langsung
dan pasaran untuk barangan Malaysia sendiri;
iii. memberi peluang kepada pihak swasta Malaysia
untuk menceburkan diri dalam pelaburan di-
negara-negara tersebut; dan
iv) untuk membantu negara-negara yang mundur dan
yang sedang membangun, diatas dasar peri-
kemanusiaan tanpa mendapat apa-apa balasan.
Adalah diharapkan bahawa pada masa-masa yang akan
datang, negara-negara yang menerima bantuan akan
menyokong Malaysia didalam forum-forum antarabangsa.
Di samping itu, persefahaman serta kerjasama di antara
negara-negara yang sedang membangun diharap dapat
dipertingkatkan.
Strategi Pelaksanaan
Sehingga sekarang, Malaysia telah melaksanakan rancangan
ini melalui 4 cara yang berikut:-
i. Malaysia menanggung semua kos bantuan
tersebut;
ii. Malaysia dan negara penerima bersama-sama
menanggung kos bantuan tersebut;
iii. Malaysia menyediakan segala kemudahan dan
negara penerima akan menanggung kos bantuan
tersebut;
iv. Malaysia menyediakan semua kemudahan dan
pihak-pihak tertentu seperti UNDP, CETC dan
lain-lain lagi membiayai kos penyertaannya.
Di bawah rancangan ini, bantuan dan kemudahan yang
diadakan adalah seperti berikut:-
i. Biasiswa dan hadiah latihan untuk peserta-
peserta yang mengikuti berbagai kursus
di universiti-universiti dan institusi-
institusi latihan di Malaysia;
ii. Kemudahan-kemudahan lain untuk berlatih di
berbagai institusi latihan di Malaysia;
iii. Lawatan sambil belajar serta penempatan
di agensi-agensi kerajaan. (Dalam program
diatas, peserta-peserta dibayar elaun
sara hidup, lojing, tiket kapalterbang
pergi-balik. Mereka juga diberi kemudahan
kesihatan dan pergigian dan tidak di-
kenakan yuran pengajian semasa menjalani
latihan atau berkursus).
iv. Kepakaran serta khidmat nasihat dalam
bidang-bidang yang Malaysia mempunyai
kepakaran tertentu.
Selain daripada itu, rancangan kerjasama ini juga boleh
dipertimbangkan dalam bentuk kebendaan dan
peralatan-peralatan tertentu kepada negara-negara yang
dikenalpasti memerlukannya.
Penutup
Rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia ialah satu
rancangan yang praktikal di mana pengalaman-pengalaman
dan idea dalam pembangunan negara dapat dikongsi
bersama oleh negara-negara yang sedang membangun.
Dengan ini juga diharap negara-negara berkenaan dapat
meringankan beban dan masalah dalam pembangunan negara
masing-masing. Adalah juga diharapkan negara-negara
sedang membangun yang lain juga akan menurut jejak
langkah Malaysia dalam memberi bantuan di dalam bidang-
bidang yang mereka mempunyai pengalaman dan kepakaran.
Dengan ini kerjasama di antara negara-negara sedang
membangun akan lebih erat lagi.
25. RANCANGAN KERJASAMA TEKNIKAL MALAYSIA
LatarbelakangKabinet telah bersetuju pada 25hb. Julai 1979 untuk

Di pos oleh Arbain Muhayat pada 20 December 2008