Pengswastaan mula mendapat perhatian yang wajar di
Malaysia mulai pertengahan tahun 1983 apabila Y.A.B.
Perdana Menteri melancarkan Dasar Persyarikatan
Malaysia yang juga telah menyentuh peranan pihak swasta
dalam pembangunan dan pengurusan negara.
Pengswastaan adalah bertentangan dengan
pemiliknegaraan (nationalization), iaitu satu proses
yang menambahkan pemilikan dan penguasaan Kerajaan
dalam ekonomi. Pada dasarnya, pengswastaan melibatkan
beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang
tertentu kepada sektor swasta.
Rasional
Y.A.B. Perdana Menteri dalam ucapan perasmian con-
ference The Securities Industri in Malaysia pada 28hb
April, 1984 menyatakan..... Goverment the world over
are notorious for inefficiency when running enter-
prises, even aided by monopoly and the authority of
Government. On the other hand, the private sector is
better motivated and generally more efficient. It is
hoped that privatisation will improve the economic and
general performance of the services, resulting in a
more rapid growth of the nation as a whole'.
Sektor Awam bukan sahaja terlibat dalam menyediakan
dasar utama dan menentukan arah dan penyediaan
perkhidmatan tetapi telah juga terlibat secara aktif
dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan di Malaysia.
Saiz sektor awam telah berkembang dengan begitu pesat
sekali dalam 10 tahun yang lalu. Perbelanjaan sektor
awam telah meningkat dengan begitu besar sekali dari
28% pada tahun 1975 kepada 36% pada tahun 1982 dan ini
merupakan satu beban kewangan yang besar untuk
ditanggung oleh Kerajaan.
Keadaan ekonomi meleset juga menjadi faktor-faktor
utama yang membawa kepada Dasar Pengswastaan ini
diperkenalkan.
Objektif
Dasar Pengswastaan diperkenalkan dengan mempunyai
objektif seperti berikut:
(i) Mengurangkan Bebanan Kewangan Kerajaan
Pada masa yang lepas, pihak Kerajaan telah
membelanjakan ribuan juta ringgit dalam
sektor kesihatan, pertahanan, air, api, jalan
keretapi, pelabuhan, lapangan terbang dan
sebagainya, dan perbelanjaan tersebut terus
meningkat dari masa ke semasa dan kadar
pulangan balik kepada Kerajaan adalah lambat
dan sangat rendah.
Di samping itu, Kerajaan juga terpaksa
menyelenggarakan perkhidmatan dan pelaburan-
pelaburan tertentu. Jumlah emolumen merupakan
satu item yang terbesar iaitu lebih satu
pertiga daripada keseluruhan perbelanjaan
mengurus. Perbelanjaan dalam bentuk pindahan
juga telah meningkat dengan pesatnya sejak
akhir-akhir ini dan sekarang telah menjadi
hampir setengah daripada perbelanjaan
mengurus.
(ii) Meninggikan Kecekapan Dan Penghasilan Kerja
Pencapaian kebanyakan daripada perusahaan
awam yang terlibat dalam bidang perdagangan
dan perindustrian masih tidak memuaskan
walaupun mereka mempunyai kedudukan
monopolistik dan menikmati berbagai sokongan
Kerajaan. Dengan mengswastakan beberapa
perkhidmatan Kerajaan yang tertentu, serta
dengan kepakaran dan peluang yang lebih baik
yang boleh di beri oleh pihak swasta, adalah
dijangka perkhidmatan tersebut dapat di
tingkatkan dengan lebih baik lagi.
(iii) Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi Dan
Kekesanan Negara
Harta-harta atau kekayaan yang dimiliki oleh
negara masih belum diusahakan sepenuhnya.
Halangan-halangan yang terdapat dalam sektor
awam tidak menggalakkan penggunaan sumber-
sumber kekayaan negara ini dengan cekap dan
sepenuhnya.
Lebih banyak syarikat swasta yang dapat di
wujudkan yang dengan secara tidak langsung
dapat meninggikan pertumbuhan ekonomi negara.
Di samping itu, pihak Kerajaan pula dapat
mengecap nikmat bersama dengan mengutip cukai
pendapatan dari syarikat-syarikat yang
berkenaan.
(iv) Pembahagian Sumber Serta Kecekapan
Lebih banyak penglihatan Kerajaan dalam
ekonomi bermakna lebih banyak penguasaan
Kerajaan terhadap sumber-sumber negara.
Keputusan pula biasanya dibuat berasaskan
pertimbangan yang bukan bercorak pasaran.
Sebahagian besar daripada barang-barang dan
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Kerajaan
mencerminkan nilai pasaran. Harga barangan
tersebut adalah berasaskan subsidi dan sumber
yang diuntukkan itu untuk pengeluarannya
tidak dapat diagihkan dengan cekap.
Subsidi dan pengekalan sikap yang
berkehendakkan kebajikan, akan menggalakkan
rakyat Malaysia terlalu bergantung kepada
bantuan Kerajaan. Keadaan ini tidak sesuai
dengan kepentingan jangka panjang perseorang-
an dan negara keseluruhannya.
(v) Mempercepatkan Pencapaian Matlamat dasar
Ekonomi Baru
Dengan memberi lebih banyak peluang kepada
pihak swasta, Kerajaan dapat mengwujudkan
lebih banyak penyertaan syarikat swasta Bumi-
putera atau bilangan pengurus-pengurus
Bumiputera bagi memenuhi kehendak-kehendak
Dasar Ekonomi Baru itu.
Strategi Pelaksanaan
Beberapa isu penting perlu diselidiki, dikaji dalam
menimbangkan cadangan-cadangan pengswastaan sesuatu
perkhidmatan itu. Kabinet telah mengarahkan satu
Jawantankuasa ditubuhkan di Unit Perancang Ekonomi
(EPU) dengan dianggotai oleh Unit Penyelarasan dan
Pelaksanaan (ICU), Kementerian Kewangan dan Jabatan
Awam (PSD) dengan dipengurusikan oleh Unit Perancang
Ekonomi bagi menyediakan satu garis panduan yang
lengkap untuk memudahkan Kementerian/Jabatan
mengswastakan beberapa perkhidmatan di bawah
Kementerian/Jabatan masing-masing. Antara isu-isu yang
perlu di pertimbangkan ialah:
(a) Pemecahan sesuatu khidmat (fragmentation);
(b) Soal keselamatan;
(c) Perundingan;
(d) Implikasi kewangan;
(e) Penentuan harga;
(f) Implikasi kepada kakitangan;
(g) Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru;
Berdasarkan kepada angka perbelanjaan dan
peruntukan-peruntukan pembangunan awam, sektor swasta
pula mengkaji keupayaan mereka dalam mengurus dan
mengambilalih harta-harta yang akan diswastakan.
Pengawasan dan penilaian yang rapi terhadap
perkhidmatan-perkhidmatan yang diswastakan juga
merupakan sebahagian dari program pengswastaan.
Tingkat kecekapan daya pengeluaran, daya persaingan
yang sihat serta tingkat harga yang dikenakan terhadap
perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan perlu diawasi untuk
menilai kos dan faedah dari perkhidmatan yang
diswastakan.
Penutup
Kebimbangan-kebimbangan terhadap Dasar Pengswastaan
timbul kerana akan berlakunya beberapa pemindahan
hakmilik 'national monopoly' yang sepatutnya
dikendalikan oleh sektor awam kepada syarikat swasta.
Pemindahan itu dikuatiri boleh menyebabkan kenaikan
kos, harga dan agihan pendapatan yang tidak serata
disebabkan oleh pemonopolian tersebut.
Walaubagaimanapun, jika dasar ini dikaji secara
mendalam dan dipraktikkan secara sempurna selepas
mengambil kira kemungkinan penyalahangunaan kuasa
monopoli di atas, ianya akan dapat menyediakan satu
perkhidmatan yang lebih cekap, cepat dan murah pada
pengguna-penggunanya, yang mana secara tidak langsung
akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan
negara.
21. PENSWASTAAN
LatarbelakangPengswastaan mula mendapat perhatian yang wajar di

Di pos oleh Arbain Muhayat pada 20 December 2008