Daya pengeluaran dihuraikan oleh pelbagai pakar
atau penulis dengan pelbagai cara. Satu daripada
takrif-takrif daya pengeluaran yang diketengahkan
ialah nisbah di antara jumlah pengeluaran dan
faktor-faktor pengeluaran. Ada juga yang
mentakrifkannya sebagai pengukuran nilai barang yang di
keluarkan dengan kos yang rendah. Daya pengeluaran
juga telah ditakrifkan sebagai nisbah hasil dan jumlah
kos buruh. Ini bermakna daya pengeluaran tidak serupa
dengan jumlah pengeluaran dan peningkatan daya
pengeluaran tidak semestinya dicapai melalui
peningkatan jumlah pengeluaran semata-mata.
Pada masa ini, kadar pertumbuhan ekonomi dunia
telah mengalami kemerosotan dan ini disertai pula
dengan kadar pertumbuhan perdagangan antarabangsa
yang lembab. Oleh itu untuk mencapai kadar
perkembangan ekonomi yang berterusan di dalam suasana
yang mencabarkan ini, setiap negara baik negara
perindustrian ataupun negara membangun seperti Malaysia
perlulah meningkatkan pendapatan masing-masing ke tahap
yang paling maksima. Satu daripada pendekatan yang
sesuai bagi mencapai matlamat ini ialah melalui
peningkatan daya pengeluaran negara yang mana ianya
menglibatkan kedua-dua sektor awam dan sektor swasta
serta meliputi semua jenis dan peringkat pekerjaan.
Rasional
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun,
Malaysia memerlukan penambahan hasil pendapatan yang
meningkat supaya kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi
dapat dicapai. Dalam konteks ini pengembelingan tenaga
daripada sektor awam dan swasta adalah diperlukan. Di
samping itu kedua-dua sektor ini perlu juga
meningkatkan daya pengeluaran bagi menentukan
sumber-sumber ekonomi negara digunakan dengan cara yang
optima.
Daya pengeluaran sektor awam adalah penting untuk
menjayakan pencapaian matlamat pembangunan negara.
Dengan demikian ianya perlu terus dipertingkatkan
memandangkan bahawa tanggungan perbelanjaan sektor ini
adalah tinggi. Di samping itu memang terdapat
persoalan terhadap mutu perkhidmatan yang diberi.
Peningkatan daya pengeluaran di sektor swasta
adalah sama pentingnya. Untuk mempastikan sektor ini
dapat bersaing di pasaran bebas antarabangsa, buat masa
ini kebanyakan syarikat besar dalam negara terutama
sektor pembuatan, diberi bantuan dan sokongan sama ada
dari segi perlindungan pasaran atau galakan cukai.
Sekiranya peningkatan daya pengeluaran ini tidak
diusaha, kecekapan dan keupayaan sektor perindustrian
untuk bersaing sama ada di dalam atau di luar negeri
mungkin terhad apabila perlindungan atau galakan yang
diberi oleh Kerajaan tamat.
Objektif
Matlamat peningkatan daya pengeluaran negara boleh-
lah dikategorikan kepada berikut:-
(a) Untuk meninggikan kadar pertumbuhan ekonomi
dan menyusun semula struktur dan ketidak-
seimbangan ekonomi dalam negara.
(b) Untuk mempastikan penggunaan sumber-sumber
negara dengan optima dan mengelakkan pem-
baziran yang merugikan.
(c) Untuk memperkukuhkan asas perindustrian supaya
ianya dapat bersaing di pasaran bebas
antarabangsa dengan berkesan.
Strategi Pelaksanaan
Secara kasar pendekatan untuk meningkatkan daya
pengeluaran negara dilaku melalui beberapa cara-cara
berikut:-
(a) Pembaikan kepada Sistem dan Organisasi
Cara ini melibatkan pembaikan keseluruhan
terhadap sesuatu organisasi dari segi
objektif, strategi dan tatacara kerja, sistem
maklumat, sistem fail dan lain-lain. Pendekat-
an ini didapati perlu untuk menghapuskan
kelambatan kerja(bottleneck), pembaziran masa,
peranan yang bertindih (overlapping),
penyelarasan yang kurang memuaskan, kekurangan
perancangan dan sebagainya. Latihan di pering-
kat pengurusan dan kakitangan rendah dibidang-
bidang tertentu juga diadakan di dalam
pelaksanaan strategi ini.
(b) Penggunaan teknologi yang sesuai
Dalam menggalakkan penggunaan teknologi yang
sesuai, penekanan dibuat kepada pemindahan
teknologi dengan berkesan supaya negara kurang
bergantung kepada sumber-sumber teknologi dari
luar negeri. Teknologi yang dimaksudkan ini
bukanlah terhad kepada jentera dan kemahiran
sahaja tetapi juga pengurusan organisasi yang
termoden.
(c) Penerapan nilai baru
Strategi ini melibatkan penyemaian di kalangan
pemimpin-pemimpin, pengurus-pengurus, pekerja-
pekerja dan rakyat terhadap nilai-nilai dan
etika kerja yang menitikberatkan kerja ber-
sungguh-sungguh, kesetiaan kepada perusahaan,
dedikasi dan sikap berdikari. Antara lain
strategi ini mengutarakan slogan Kepimpinan
melalui teladan, Bersih, Cekap dan Amanah dan
Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam.
(d) Dasar-dasar baru
Pada masa ini Kerajaan telah menggubalkan
dasar baru yang boleh membantu pencapaian
matlamat peningkatan daya pengeluaran. Di
antara dasar-dasar yang penting ialah:-
(i) Dasar Memandang ke Timur - usaha untuk
mengubah sikap pekerja dan majikan ke
arah pencapaian yang baik serta
kepentingan golongan yang mana akan
meningkatkan daya pengeluaran di dalam
masyarakat Malaysia.
(ii) Dasar Perindustrian Berat - menggalakkan
serta menggunakan kemajuan teknologi
yang sesuai dan mengandungi cara-cara
yang baik dan moden yang cekap dan
berkesan.
(iii)Dasar Pengswastaan - mengswastakan
sebahagian daripada aktiviti-aktiviti
yang dijalankan oleh pihak awam bagi
menggalakkan persaingan dan menambahkan
daya pengeluaran agensi berkenaan.
(iv) Dasar Persyarikatan Malaysia - mewujud-
kan suasana kerja yang harmoni di antara
sektor awam dan sektor swasta.
(v) Dasar Sogoshosha - untuk mendapatkan
'synergy' dalam aktiviti perdagangan
luar.
(vi) Dasar Pertanian Negara - untuk menggubal
strategi dan halacara baru dalam men-
capai pembangunan pertanian dan luar
bandar.
Penutup
Untuk mencapai matlamat peningkatan daya
pengeluaran, ianya bukanlah melibatkan proses yang
senang dan mengambil masa yang pendik. Pencapaiannya
memerlukan daya usaha yang gigih dan menyeluruh bukan
sahaja dari segi menggubalkan dasar tertentu tetapi
juga mendapatkan kerjasama keseluruhan masyarakat di
dalam negeri. Oleh itu peningkatan daya pengeluaran
hendaklah dianggap sebagai satu pendekatan atau
falsafah dalam pengurusan dan nilai kerja yang
sewajarnya berlaku secara berterusan.
20. PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN NEGARA
LatarbelakangDaya pengeluaran dihuraikan oleh pelbagai pakar

Di pos oleh Arbain Muhayat pada 20 December 2008