Sebagai blok yang boleh disifatkan bukan komunis di Asia
Tenggara, ASEAN sebenarnya lebih berpegang kepada dasar
berkecuali. Malaysia telah menyarankan supaya
diwujudkan 'kawasan awam, bebas dan berkecuali (Zone of
peace, Freedom and Neutrality atau ZOPFAN) telah
diterima sebagai pendirian ASEAN. Konsep dan dasar ini
telah diumumkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada
27hb. November, 1971.
Rasional
Beberapa faktor dan peristiwa penting yang telah
berlaku di Asia Tenggara telah mendorongkan timbulnya
konsep ZOPFAN ini. Faktor-faktor dan peristiwa itu
ialah:
(i) Kedudukan Asia Tenggara yang agak strategik
kepada kuasa-kuasa besar dalam konteks
ketegangan politik Timur-Barat; pergolakan
politik di Vietnam serta keputusan peng-
unduran tentera-tentera British dari Asia
Tenggara dan Amerika dari Vietnam pada awal
70an. Perkembangan-perkembangan tersebut
telah menimbulkan kecurigaan di kalangan
negara-negara ASEAN, kerana ianya mungkin
menjejaskan kestabilan serantau.
(ii) Peperangan-peperangan di Korea dan di Vietnam
telah menyakinkan ASEAN bahawa campurtangan
dan sokongan tentera kuasa-kuasa besar dalam
pertelingkahan negara-negara kecil Asia
Tenggara sering menjejaskan kestabilan di-
rantau ini.
(iii) Semangat 'regionalisma' masa itu telah meng-
hasilkan pertubuhan kerjasama ekonomi se-
rantau ASEAN yang dapat digunakan sebagai
jentera untuk mencapai tujuan ZOPFAN.
Objektif
Objektif ZOPFAN adalah untuk menjadikan Asia Tenggara
satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali daripada
pertelingkahan politik kuasa-kuasa besar khususnya
Amerika Syarikat, Russia dan Republik Rakyat China.
Strategi Pelaksanaan
Antara strategi-strategi utama yang telah digubal dan
dilaksanakan untuk mencapai objektif tersebut adalah:-
i) Mendapatkan persetujuan, pengiktirafan dan
jaminan kuasa-kuasa besar tentang objektif
atau usaha menjadikan.
ii) Mengundurkan tentera asing dari kawasan Asia
Tenggara dalam jangka panjang.
iii) Menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai
kawasan yang bebas daripada senjata
nuklear.
Penutup
Dapat dirumuskan bahawa ZOPFAN tidak mungkin dapat
dilaksanakan tanpa kesanggupan kuasa-kuasa besar untuk
mengiktiraf dan menjamin ZOPFAN dan sokongan padu
kesemua anggota negara-negara ASEAN. Walau
bagaimanapun, usaha ASEAN mencari penyelesaian politik
di Kampuchea berdasarkan Resolusi Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi Persidangan
Antarabangsa mengenai Kampuchea (1981) mencerminkan
tekad ASEAN untuk terus berusaha mencapai konsep
ZOPFAN.
19. KONSEP KAWASAN AMAN, BEBAS & BERKECUALI (ZOPFAN) DI ASIA TENGGARA
LatarbelakangSebagai blok yang boleh disifatkan bukan komunis di Asia

Di pos oleh Arbain Muhayat pada 20 December 2008