Semasa membentangkan kajian Separuh Penggal
rancangan Malaysia Ke IV di Parlimen pada 29hb Mac,
1984 Y.A.B. Perdana Menteri telah menekankan bahawa
Kerajaan akan terus berusaha sedaya upaya bagi
memperbaiki keadaan hidup penduduk-penduduk luar
bandar. Selanjutnya, beliau menegaskan bahawa Malaysia
mencapai kemerdekaan pembangunan luar bandar telah
diberi tekanan yang istimewa oleh Kerajaan. Dalam
ertikata luas, takrif luar bandar yang dimaksudkan oleh
Y.A.B. Perdana Menteri bukanlah merujuk kepada lokasi
dari segi fizikal dan geografi tetapi kepada
kawasan-kawasan di mana terdapat petani dan nelayan
miskin, penduduk miskin di kampung-kampung baru dan
estet-estet. Membangunkan masyarakat miskin sedemikian
adalah merupakan pembangunan luar bandar.
Untuk menegaskan lagi pencapaian matlamat ini,
Y.A.B. Perdana Menteri telah memanggil satu mesyuarat
Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha-setiausaha
Kerajaan Negeri dan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan
pada 10hb April, 1984 dengan tujuan menegaskan lagi
komitmen Kerajaan serta membuktikan halacara baru dalam
pembangunan luar bandar. Halacara baru ini adalah
merupakan 'concerted effort' pihak Kerajaan dalam
kesungguhannya bekerja bagi memperbaiki masyarakat luar
bandar.
Rasional
Dasar ini adalah berasaskan kepada:
(a) Ekoran daripada hasrat Kerajaan untuk melatih
dan memupuk pemahaman di kalangan masyarakat
kampung mengenai aspek-aspek pelaburan yang
merangkumi konsep kos pulangan dan keuntungan
(b) Penyemaian pengetahuan kepada penduduk-
penduduk di luar bandar supaya mereka dapat
menganggap bahawa wang bukan sahaja sebagai
satu medium pertukaran tetapi juga alat
pelaburan. Oleh itu, adalah didapati perlu
mengubah keadaan masyarakat desa supaya
menjadi lebih monetised.
(c) Di zaman moden ini, tidak lagi boleh diterima
sistem 'peasantry' atau sistem di mana petani
cuba menampung sara hidup dengan memiliki dan
mengerjakan tanah sebesar 'kankang kera'.
Kerajaan berpendapat bahawa masyarakat petani
tidak wajar dijadikan mangsa kepentingan
strategi makanan negara. Mereka hendaklah
dipelihara daripada nasib yang buruk ini
dengan kesanggupan mereka menukar, secara
beransur-ansur cara dan pergantungan mereka
kepada pengeluaran padi.
(d) Tujuan untuk mengatasi masalah saiz kebun
yang tidak ekonomik dalam mana sistem
pertanian kecil-kecilan diubah kepada sistem
pelaburan besar-besaran, teratur dan
berbentuk perniagaan.
Objektif
Dasar ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu
dan daya pengeluaran pertanian, meninggikan pendapatan
petani dan pekerja di desa dan memudahkan penyampaian
perkhidmatan-perkhidmatan serta lain-lain prasarana.
Matlamat dasar ialah untuk mengurangkan kemiskinan di-
kalangan penduduk di luar bandar dengan memupuk di
kalangan penduduk tersebut semangat berusaha,
bekerjasama di samping menimbulkan sifat-sifat jaya
diri dalam usha ekonomi yang menguntungkan.
ASPEK-ASPEK DASAR
Halacara baru ini melibatkan tiga aspek iaitu:
(i) Kemajuan pertanian dengan mengadakan cara
pengurusan perladangan bagi kebun-kebun kecil
dan bendang-bendang.
(ii) Perwujudkan industri kampung dan perusahaan
kecil atau lain-lain kegiatan ekonomi bukan
pertanian.
(iii) Pengelompokan dan penyusunan semula
kampung-kampung secara teratur untuk
membibitkan pusat-pusat pertumbuhan baru.
Strategi Pelaksanaan
Strategi perlaksanaan yang dikemukakan ialah
mengadakan program pertanian berkelompok dan
pengumpulan kampung-kampung yang berdekatan untuk
dijadikan bandar kecil. Pesawah-pesawah akan
mencantumkan tanah mereka yang sebelah menyebelah untuk
dijadikan estet-estet padi. Estet-estet padi ini akan
diselenggarakan oleh koperasi. Pengurus-pengurus
estet akan dilatih oleh Kerajaan dan dibayar gaji oleh
koperasi pemilik tanah. Jentera-jentera juga akan
dimiliki oleh koperasi estet. Pemilik tanah akan
mendapat saham dalam estet mengikut saiz tanah mereka
sebagai peraturan daripada saiz estet. Sementara sawah
mereka disatukan dan diurus sebagai estet, peserta
sesuatu skim akan ditempatkan semula dalam satu kawasan
yang sesuai dalam estet itu. Oleh kerana rumah-rumah
yang akan diwujudkan tidak akan dibazirkan.
Bandar-bandar ini akan dibekalkan dengan kemudahan
air, elektrik, jalan dan lain-lain. Di samping itu,
kedai-kedai dan perkhidmatan lain seperti klinik dan
pejabat pos akan diadakan. Industri kecil yang sesuai
dengan sumber alam tempatan akan dikenalpasti dan
didirikan. dalam ertikata lain bandar-bandar kecil ini
akan menjadi pusat perkhidmatan kepada penduduk
sekitarnya.
Jabatan perancang Bandar dan desa telah
mengemukakan cadangan mengenai pendekatan bagi
mengelompokan kampung-kampung tradisi mengikut lima
model iaitu:
(i) Model pemusatan;
(ii) Model tarikan;
(iii) Model gabungan;
(iv) Model pengembangan;
(v) Model perubahan.
Penutup
Adalah menjadi penghargaan Kerajaan bahawa halacara
baru ini akan dapat mengurangkan masalah kemiskinan
yang masih mengkongkong penduduk-penduduk luar bandar.
Menerusi pendekatan baru ini, penduduk-penduduk desa
tidak sahaja akan menikmati perkhidmatan-perkhidmatan
dan kemudahan-kemudahan moden tetapi juga berpeluang
untuk mengubah tahap kedudukan ekonomi mereka.
Kejayaan halacara baru ini akan banyak bergantung
kepada kerjasama yang erat di antara agensi-agensi
Kerajaan yang terlibat dan juga penduduk-penduduk desa
selaku Kumpulan Sasarannya. Peranan komunikasi dan
perhubungan awam dalam mendapatkan penerimaan Kumpulan
Sasaran ini adalah syarat utama yang akan menentukan
kejayaan halacara baru ini.
18. HALACARA BARU DALAM PEMBANGUNAN KAMPUNG dan LUAR BANDAR
LatarbelakangSemasa membentangkan kajian Separuh Penggal

Di pos oleh Arbain Muhayat pada 20 December 2008