Wanita terdiri daripada hampir separuh penduduk Malaysia.
Sumbangan mereka sama ada sebagai isteri, ibu serta pekerja
yang mempunyai gaji, di dalam pembangunan bangsa dan negara
adalah amat penting. Mereka bukan sahaja memainkan peranan
utama di dalam pembentukan generasi akan datang malah
melupakan sumber ekonomi yang penting. Buat masa ini, mereka
merupakan satu pertiga daripada jumlah tenaga buruh. Dari
segi penyertaan buruh, penyertaan wanita meningkat dari 37.2
peratus dalam tahun 1970 kepada 46.7 peratus dalam tahun
1990. Di sektor luar bandar dan pertanian, wanita terus
merupakan faktor penting. Gunatenaga wanita juga telah
bertambah dengan banyaknya di dalam sektor pembuatan
terutamanya dalam sektor tekstail dan elektronik. Di sektor
perkhidmatan seperti perkhidmatan masyarakat, sosial,
persendirian serta sektor awam, penyertaan wanita juga kian
meningkat. Wanita juga telah lama memainkan peranan yang
aktif di bidang politik negara. Mereka merupakan kumpulan
pengundi yang kuat dan sering memainkan peranan sebagai
penarik pengundi.
Kerajaan telah lama mengiktiraf sumbangan besar wanita di
dalam pembangunan negara. Oleh itu kerajaan sentiasa
menggalakkan penyertaan mereka dalam proses pembangunan
negara dengan membuka peluang-peluang yang lebih luas bagi
menceburi bidang sosial, ekonomi dan politik. Beberapa
institusi telah ditubuhkan untuk mengintegrasikan wanita ke
dalam aliran utama pembangunan. Majlis Penasihat Kebangsaan
Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID) di
Jabatan Perdana Menteri telah ditubuhkan pada tahun 1976
bagi menterjemahkan pelan tindakan sedunia mengenai wanita
dalam pembangunan negara. Pada tahun 1983, Urusetia Hal
Ehwal Wanita (HAWA) telah ditubuhkan untuk mengawasi dan
menilai perkhidmatan-perkhidmatan yang dibekalkan oleh
sektor awam dan swasta bagi faedah kaum wanita. Selain
daripada bertindak sebagai pusat maklumat utama mengenai hal
ehwal wanita, HAWA juga berfungsi sebagai urusetia kepada
NACIWID.
Sistem penyampaian pelbagai perkhidmatan sokongan untuk
wanita telah diperkukuhkan lagi melalui aktiviti organisasi-
organisasi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat
(KEMAS), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Pihak
Berkuasa Kemajuan Pekebun-pekebun Kecil Perusahaan Getah
(RISDA) dan beberapa Lembaga Kemajuan Wilayah. Penubuhan
sebuah agensi amanah bukan kerajaan iaitu Amanah Ikhtiar
Malaysia (AIM) turut membantu mempertingkatkan penyertaan
kaum wanita terutamanya di luar bandar di dalam
aktiviti-aktiviti ekonomi bukan ladang.
Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain juga
memainkan peranan yang penting ke arah meningkatkan
penyertaan wanita dalam aktiviti-aktiviti ekonomi dan
sosial.
NGO seperti Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita
(NCWO), Perkumpulan Wanita (Wl), Pertubuhan Tindakan Wanita
Islam (PERTIWI), Pertubuhan Bantuan Wanita Islam dan Lembaga
Kebajikan Perempuan Islam serta pertubuhan-pertubuhan
wanita yang lain telah menyediakan berbagai program
pembangunan berbentuk jayadiri dan kemudahan-kemudahan
sokongan yang lain.
Rasional
Menyedari pelbagai peranan wanita dalam keluarga,
masyarakat, ekonomi dan politik negara, kerajaan mengakui
bahawa strategi-strategi yang khusus perlu dibentuk bagi
melibatkan wanita secara berkesan dalam proses pembangunan
supaya potensi wanita dapat dioptimumkan. Usaha gigih perlu
diambil untuk membantu wanita melibatkan diri dalam
kegiatan-kegiatan sosial dan ekonomi yang utama. Ini
memerlukan satu dasar bagi memberi panduan serta arah haluan
dalam segala usaha pembangunan supaya kepentingan dan
penyertaan wanita tidak terabai dan diintegrasikan sumbangan
mereka dalam proses pembangunan negara.
Menyedari hakikat inilah kerajaan telah menggubal Dasar
Wanita Negara (DWN) dalam tahun 1989. Penggubalan dasar ini
memperjelaskan kesungguhan kerajaan ke arah membantu
penyertaan wanita dalam arus pembangunan negara dengan lebih
bermakna. DWN menyediakan garis panduan bagi
mengintegrasikan sumbangan wanita dalam proses pembangunan
negara.
Objektif-objektif Dasar Wanita Negara ialah:
(i) untuk menjamin perkongsian yang saksama di antara lelaki
dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat, di samping
mendapatkan peluang dan faedah dari pembangunan; dan
(ii) untuk mengintegrasikan kaum wanita ke dalam semua
sektor pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan
keperluan mereka bagi tujuan meningkatkan mutu kehidupan,
membasmi kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan buta huruf
serta memastikan negara berada dalam keadaan aman dan
makmur.
Strategi-strategi Pelaksanaan
Bagi membantu pihak perancangan dan pelaksanaan Dasar Wanita
Negara (DWN), beberapa strategi dibentuk bagi menjamin
kecekapan, keberkesanan, keselarasan dan keseragaman dasar
dan tindakan sperti berikut:
(a) Memperkukuhkan Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA) Sebagai
Jentera Pembangunan Negara
Jentera negara bagi kemajuan wanita ialah HAWA yang kini
diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Sosial. Adalah wajar HAWA dipertingkatkan kuasa
dan tarafnya dengan mewujudkan perhubungannya dengan setiap
Kementerian, mengadakan penyelaras di setiap negeri supaya
dapat bertindak dengan lebih berkesan mengenai hal ehwal
wanita.
(b) Mengorientasikan Dasar dan Tindakan Agensi Kerajaan
Supaya Memasukkan Proses Perancangan, Pelaksanaan dan
Pengawasaan Program-program Pengintegrasian Wanita
Dalam penggubalan dasar, perundangan, peraturan dan program
oleh apa juga sektor atau agensi, pertimbangan mestilah
dibuat tentang sumbangan dan implikasinya terhadap wanita;
impak dan kesan yang negatif terhadap wanita hendaklah
diawasi. Satu sistem penyelarasan dan kawalan bagi program-
program yang komprehensif hendaklah diwujudkan bagi
mengelakkan kesan-kesan negatif dan juga bagi mengesani
rintangan dan masalah, sama ada dari segi undang-undang,
mahupun dari segi amalan, supaya tindakan sewajarnya dapat
diambil bagi mengatasinya.
Semua program pembangunan mestilah mempunyai strategi yang
menguntungkan wanita; penglibatan wanita di semua peringkat,
daripada peringkat awal perancangan hingga ke peringkat
penilaian, di peringkat nasional dan di peringkat tempatan
hendaklah terjamin.
(c) Pendidikan dan Latihan Untuk Menyedarkan Pihak
Pentadbiran Kerajaan Mengenai Isu Wanita
Bagi membangkitkan kesedaran dan komitmen institusi dan
agensi kerajaan, program latihan kepekaan jantina gender
sentisizing dipelbagai peringkat hendaklah diadakan. Program
latihan mengenai wanita dan pembangunan hendaklah diadakan
berterusan untuk kakitangan kerajaan.
(d) Penglibatan Badan-badan Bukan Kerajaan
Kerajaan hendaklah berusaha melibatkan semua organisasi
bukan kerajaan dan badan-badan sukarela dalam program dan
tindakan pembangunan wanita. Bantuan kewangan, teknikal,
nasihat dan institusi hendaklah diperuntukkan berterusan
kepada persatuan-persatuan wanita bagi menggalakkan dan
mempertingkatkan perkhidmatan mereka.
(e) Membasmi Diskriminasi dan Mengambil Tindakan Tegas
Langkah-langkah khusus hendaklah diambil bagi membasmi
diskriminasi terhadap wanita. Kelemahan-kelemahan
undang-undang bagi menjamin hak wanita hendaklah dibaiki.
Tumpuan khas hendaklah dihalakan kepada kawasan-kawasan
kurang maju di luar bandar, wanita yang tidak berdaya dan
cacat serta wanita diberi peluang pendidikan.
(f)Memajukan dan Menyelaras Penyelidikan Mengenal Isu Wanita
Menyedari hakikat bahawa kurangnya data dan maklumat
mengenai kedudukan wanita sebenarnya, maka kerajaan
hendaklah menggalak dan membantu penyelidikan dan kajian
mengenai wanita. Di samping itu kerajaan hendaklah
menentukan bahawa segala pengumpulan data dan maklumat oleh
pelbagai sektor dan agensi kerajaan mengasing-asingkan
butiran maklumat mengikut jantina.
(g) Peruntukan Anggaran Belanjawan
Kerajaan hendaklah menentukan bahawa Kementerian-kementerian
dan Agensi-agensi yang berkenaan menggunakan peruntukan yang
telah diluluskan dengan mengubahsuai tindakan bagi memenuhi
program dan projek pembangunan wanita.
Pelan Tindakan Mengikut Sektor
(i) Jentera Nasional Bagi Pengintegrasian Wanita Dalam
Pembangunan
(a) HAWA hendaklah mempunyai hubungan yang berfungsi dengan
semua Kementerian lain. Ia hendaklah bertindak sebagai pusat
penyelaras, pengesan, dan pemeroses isu-isu untuk
dikemukakan kepada NACIWID untuk mendapat pandangan, nasihat
dan syor-syor untuk tindakan pihak kerajaan dan pihak-pihak
lain yang berkenaan;
(ii) Usaha bagi memperkukuhkan HAWA hendaklah termasuk
program-program latihan pegawai dan kakitangan urusetia
supaya HAWA akan bertambah cekap dan dinamik; dan
(iii) Pengagihan bekalan kewangan sewajar dengan tugas dan
fungsi HAWA yang lebih luas ini hendaklah ditentukan.
(b) Kesihatan
(i) Mewujudkan satu dasar kesihatan negara yang
mengambil-kira keperluan dan taraf kesihatan kaum wanita.
Konsep kesihatan yang komprehensif hendaklah meliputi aspek
kesihatan jasmani, mental dan emosi;
(ii) Satu mekanisma hendaklah diwujudkan bagi memudahkan
penyertaan berbilang sektor bagi menjamin penyebaran
perkhidmatan kesihatan yang sama rata di semua kawasan,
serta menentukan usaha yang cekap dan berkesan sejajar
dengan prioriti-prioriti tempatan;
(iii) Menggalakkan perkembangan ilmu dan amalan perubatan
cara moden dan tradisional;
(iv) Melaksanakan dasar yang berkesan tentang penagihan dan
penggunaan dadah dengan melibatkan semua pihak dan lapisan;
(v) Mengadakan undang-undang yang dapat memberi perlindungan
kepada pesakit daripada pihak-pihak yang tidak
bertanggunjawab dalam memberi rawatan dan ubatan. Mangsa-
mangsa rogol dan keganasan hendalah diberi perlindungan
daripada publisiti yang meruntuhkan maruah dan keperibadian
mereka; dan
(vi) Mengkaji undang-undang yang sedia ada, atau menggubal
undang-undang baru bagi melindungi wanita akan
pekerjaan-pekerjaan yang membahayakan kesihatan.
(c) Pendidikan dan Latihan
(i) Menhapuskan gambaran-gambaran yang merendahkan maruah
dan imej wanita;
(ii) Memudahkan penyertaan wanita dalam bidang-bidang yang
diminati;
(iii) Meyakinkan wanita untuk mengambil peluang latihan bagi
menceburkan diri dalam lapangan sains dan teknologi moden;
(iv) Memasukkan pendidikan kekeluargaan dalam semua kursus
pendidikan dan latihan kerjaya untuk lelaki dan wanita;
(v) Menyemak dasar pengambilan dan pelaksanaan tugas
institusi bagi menjamin diskriminasi terhadap wanita tidak
diamalkan;
(vi) Meluaskan lagi peluang-peluang latihan vokasional untuk
wanita serta mengiktiraf kemahiran-kemahiran wanita dalam
bidang latihan dan pekerjaan;
(vii) Menekankan institusi pendidikan dewasa serta peluang
pendidikan sepanjang hidup agar kaum wanita dapat terus
mengembangkan pengetahuan dan kemahiran mereka; dan
(viii) Institusi-institusi swasta hendaklah diawasi supaya
mereka tidak meneruskan diskriminasi terhadap wanita ataupun
mengekalkan gambaran-gambaran yang menghinakan penyertaan
wanita. Dasar Wanita Negara hendaklah meliputi semua sektor,
baik kerajaan mahupun bukan kerajaan.
(d) Undang-undang
(i) Menyemak dan mengemaskini undang-undang yang kurang
berkesan;
(ii) Melibatkan wanita dalam penggubalan pelaksanaan
undang-undang;
(iii) Mengadakan biro pengaduan dan nasihat yang mudah
didapati untuk wanita;
(iv) Memberi pengetahuan mengenai hak individu disisi
undang-undang;
(v) Menggubal undang-undang perlindungan daripada keganasan
rumahtangga, pemberhentian dan eksploitasi dalam pekerjaan
dan bagi mangsa rogol dan keganasan; dan
(vi) Mewujudkan undang-undang keluarga yang saksama yang
memelihara dan mempertahankan hak ibu kandung dan bagi
menyelesaikan pertikaian keluarga dengan adil dan
berperikemanusiaan.
(e) Pekerajan
(i) Dipertingkatkan penyertaan wanita dalam bidang
pekerjaan, sosial, ekonomi dan politik.
(ii) Perlu diadakan perkongsian saksama tentang manfaat
pembangunan;
(iii) Perlu diperbanyakkan peluang pekerjaan, khususnya bagi
wanita yang miskin dan tidak mempunyai punca pencarian
nafkah hidup;
(iv) Perlu ada 'job description' bagi semua jenis pekerjaan
dan penentuan gaji yang sewajamya, tanpa perbezaan jantina;
(v) Perlu diadakan undang-undang perlindungan untuk semua
jenis pekerjaan;
(vi) Perlu diamalkan prinsip gaji sama untuk pekerjaan yang
sama; dan
(vii) Perlu dihapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam
peluang-peluang kenaikan pangkat, latihan lanjutan dan
pembuatan keputusan.
(f) Politik
(i) Kerajaan hendaklah mengadakan perundangan dan
pentadbiran untuk menentukan penglibatan wanita sepenuhnya
dalam bidang politik negara, dan untuk menambahkan
pengambilan, pencalonan dan penempatan wanita pada kedudukan
penentuan dasar di peringkat kebangsaan, negeri dan tempatan
sehingga perwakilan saksama tercapai; dan
(ii) Kerajaan hendaklah juga menentukan sokongannya terhadap
kemunculan lebih ramai wanita ke peringkat perundangan dan
eksekutif dalam Parlimen, Dewan Undangan Negeri, KerajaanDi pos oleh Arbain Muhayat pada 20 December 2008
17. DASAR WANITA NEGARA
LatarbelakangWanita terdiri daripada hampir separuh penduduk Malaysia.