pencapaian taraf sebuah negara yang maju menjelang tahun
2020. Ini bermakna kemajuan penuh dalam semua aspek
kehidupan termasuk dari segi ekonomi, politik, sosial,
kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Menurut Wawasan 2020,
hasrat mencapai taraf yang benar-benar maju hanya boleh
dicapai dengan mengatasi sembilan cabaran strategik yang
telah ditentukan.
Kemajuan keupayaan Sains dan Teknologi (S & T) adalah
cabaran yang keenam di antara sembilan cabaran yang
disenaraikan. Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk
memaju dan menyelaraskan sumber-sumber S & T yang ada dalam
negara supaya mencapai hasrat "menjadikan Malaysia sebuah
masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif, iaitu
satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh,
sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan
teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada
kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan."
Matlamat meningkatkan keupayaan S & T berasaskan kepada
hasrat untuk membentuk satu "ekonomi yang cekap teknologinya
mampu melakukan penyesuaian. pembaharuan dan pelaburan yang
berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan
teknologi yang canggih."
Keupayaan Sains dan Teknologi dan Kaitannya Dengan
Pembangunan Sektor Perindustrian
Pembangunan satu negara yang maju yang berasaskan kepada
keupayaan menjayakan pelaksanaan program dengan segera dan
usaha mempercepatkan perindustrian adalah hasrat utama
Wawasan 2020. Dalam melaksanakan dasar ini, Wawasan 2020
telah mengenalpasti beberapa masalah perindustrian yang
perlu diatasi, antaranya ialah:
(i) Asas sektor pembuatan negara ini terlalu sempit dan
sebahagian besar eksport barangan pengeluaran bergantung
kepada barangan elektrik dan elektronik serta tekstil
sahaja. Kejayaan mewujudkan satu sektor perindustrian yang
dinamik bergantung kepada usaha dan keupayaan untuk
mempelbagaikan asas sektor pembuatan;
(ii) Sungguhpun pelaburan kian bertambah, umpamanya
penambahan industri perkilangan di zon perdagangan bebas,
namun permintaan mereka terhadap barangan perantaraan
tempatan amatlah kecil. Kebanyakan perolehan barang
perantaraan mereka masih diimport berasaskan kepada sebab
pengusaha-pengusaha barangan perantaraan negara ini tidak
berupaya mengeluarkan barangan yang bermutu atau pada kos
dan harga yang berpatutan. Tindakan perlu diambil untuk
mengatasi kelemahan rangkaian antara industri dalam ekonomi
dan juga keupayaan teknologi pengusaha-pengusaha tempatan;
(iii) Peningkatan nilai barangan yang kecil dan tumpuan
industri yang terlalu menekan kepada kerja pemasangan dan
proses pengeluaran yang mudah; dan
(iv) Kos pengeluaran yang kian meningkat disebabkan oleh
kenaikan kos tenaga kerja, bahan mentah dan kos
pengendalian. Peningkatan kos ini perlu diimbangkan dengan
peningkatkan kecekapan dan produktiviti.
Kepentingan peranan S & T dalam usaha mencapai strategi dan
matlamat rancangan pembangunan ekonomi telahpun menerima
pengakuan umum di kalangan pakar-pakar akademik dan
industri. Oleh yang demikian peningkatan tahap kepakaran
pengurusan, pengetahuan dan kemahiran S & T adalah merupakan
satu daripada penyelesaian yang telah ditentukan dalam
Wawasan 2020 untuk mengatasi masalah-masalah di atas.
Kebenaran ini boleh dilihat dalam peranan yang dimainkan
oleh institusi-institusi penyelidikan pertanian seperti
RRIM, PORIM, MARDI dan juga Universiti Pertanian dan
sumbangan mereka kepada pertumbuhan sektor pertanian di
negara ini. Pengurusan S & T yang bijak nyata telah
memberikan hasil kepada ekonomi negara apabila usaha-usaha
penyelidikan ini dapat mengekalkan taraf negara ini sebagai
pengeluar getah, kelapa sawit, koko dan lada yang utama di
dunia. Kejayaan ini telah dicapai hasil dari kesedaran
Kerajaan tentang perhubungan yang rapat antara rancangan
membangunkan keupayaan S & T dengan rancangan pembangunan
ekonomi negara, dan perkaitan ini telah diambilkira mulai
Rancangan Malaysia Kelima apabila S & T diberi peranan yang
diselaraskan dengan pembangunan ekonomi keseluruhan.
Walau bagaimanapun beberapa masalah baru telah timbul
apabila orientasi dan pendekatan pembangunan negara yang
selama ini menekankan pembangunan sektor pertanian semakin
bertukar kepada pembangunan sektor perindustrian.
Masalah utama adalah jentera, dasar dan institusi-institusi
sokongan S & T yang ditubuhkan lebih menekankan kepada
pembangunan sektor pertanian. Ini bermakna strategi
mempelbagaikan ekonomi negara dengan pemindahan penekanan
rancangan daripada membangunkan sektor pertanian kepada
sektor perindustrian sepatutnya diikuti oleh pemindahan
jentera dan dasar S & T yang sedia ada atau menubuhkan
infrastruktur S & T yang baru untuk menyokong usaha-usaha
pembangunan sektor perindustrian.
Sebenarnya pada peringkat awal, perkembangan dan kemajuan
sektor perindustrian tidak mendapat sumbangan yang sama
daripada sumber-sumber S & T seperti dalam pembangunan
sektor pertanian. Pendapat ini disokong oleh penemuan-
penemuan yang terkandung dalam Kajian Pelan Induk
Perindustrian (PIP) yang dijalankan bersama oleh Kementerian
Perdagangan dan Perindustrian dan UNIDO. Kajian ini telah
mengenalpasti antara masalah utama yang dihadapi oleh sektor
perindustrian di negara ini ialah terlalu bergantung kepada
jenis-jenis pengeluaran yang tertentu, kekurangan keupayaan
untuk meningkatkan mutu pengeluaran dan daya saing, dan
terlalu bergantung kepada pengimport teknologi dan
perkhidmatan teknik akibat kekurangan keupayaan sendiri
untuk membangunkan S & T dalam sektor perindustrian. Antara
sebab yang dinyatakan dalam laporan PIP adalah seperti
berikut:
(i) Kekurangan keupayaan teknologi dalam industri-industri
tempatan iaitu keupayaan untuk memilih, memperolehi,
menyerap dengan jayanya, mencipta dan memperdagangkan
teknologi moden;
(ii) Kadar pemindahan teknologi yang tidak memuaskan dari-
pada akibat keengganan pembekal teknologi untuk
memindahkan teknologi dan juga keupayaan teknologi
yang dibekalkan adalah rendah;
(iii) Peruntukan yang tidak mencukupi untuk menjalankan
aktiviti-aktiviti penyelidikan khasnya Penyelidikan
dan Pembangunan (P & P) perindustrian sebagai
sumbangan kepada pembangunan sektor perindustrian;
(iv) Tiada insentif untuk menggalakkan pembangunan
teknologi tempatan dan penggunaannya;
(v) Walaupun ada beberapa institusi,agensi dan kementerian
terlibat dengan P & P, perolehan teknologi dan
pemindahan, namun tidak ada satu mekanisma yang
berkesan untuk menyelaraskan dasar S & T,
memperuntukkan tanggungjawab dan tugas P & P,
menentukan keutamaan dan mengawal pemindahan
teknologi dengan cara yang lebih berkesan; dan
(vi) Kekurangan tenaga saintifik dan teknik untuk
menjalankan aktiviti P & P yang berterusan. Nisbah
penyelidik dalam 10,000 penduduk di negara ini adalah
sangat rendah (0.3%) berbanding dengan 15-18 peratus
di Perancis dan Jerman Timur serta antara 28-30
peratus di Jepun dan Amerika Syarikat.
Dengan itu, PIP telah memperakukan bahawa satu tindakan yang
berterusan untuk pembangunan teknologi bersama-sama dengan
pelaksanaan program pembangunkan sektor perindustrian adalah
perlu dilaksanakan. Untuk mencapai strategi ini PIP telah
menekankan bahawa program dan dasar membangunkan keupayaan
S & T perlu dijadikan sebagai satu faktor asas kepada
rancangan membangunkan sektor perindustrian.
Dasar Sains dan Teknologi
Selaras dengan strategi mengutamakan pembangunan S & T,
Kerajaan pada bulan April 1986 telah mengumumkan Dasar Sains
dan Teknologi Negara. Dasar Sains dan Teknologi Negara
adalah bertujuan "menggalakkan penggunaan S & T sebagai satu
alat untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal
dan kesejahteraan rakyat dan untuk melindungi kedaulatan
negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar pembangunan
sosioekonomi negara."
Dasar Sains dan Teknologi Negara memberi fokus kepada
usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang
saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi
dengan cara mewujudkan suasana yang baik untuk menggalakkan
penciptaan saintifik dan memperbaiki infrastruktur dalam
bidang saintifik, pelajaran dan lain-lain bidang yang
berkaitan.
Strategi Penentuan Keutamaan
Untuk mencapai matlamat dasar S & T yang disebutkan di atas
tindakan pertama adalah untuk mengintegrasikan rancangan
pembangunan S & T dengan rancangan pembangunan ekonomi
dengan tujuan mengorientasikan sumber-sumber S & T kepada
aspek-aspek penggunaan secara praktis. Tindakan ini adalah
bertujuan membangunkan sektor perindustrian supaya berupaya
memilih, memperolehi, menyerap, menginovasi dan mengubahsuai
pengetahuan S & T untuk membangunkan satu sektor pengeluaran
yang setanding dengan sektor perindustrian di negara-negara
maju.
Rancangan untuk membangunkan keupayaan S & T adalah
berasaskan kepada matlamat meningkatkan keupayaan S & T
negara sebagai sumbangan kepada pembangunan negara.
Matlamat asas ini boleh dipecahkan kepada dua, iaitu:
(i) Pembangunan keupayaan sumber-sumber S & T negara ini
seperti tenaga teknik dan saintifik, institusi-
institusi penyelidikan,institusi-institusi pengajian
tinggi, dan lain-lain ke arah pembentukan keupayaan
teknologi tempatan (develop indigeneous technology
capability); dan
(ii) Pembangunan keupayaan pengusaha-pengusaha tempatan
dalam memilih, merunding, menyerap, menyesuaikan,
membaih dan menginovasikan teknologi asing
(keupayaan menerima pemindahan teknologi) yang
mengalir masuk ke dalam negeri ini melalui perjanjian
kerjasama, pembelian terus, kerjasama teknik,
projek-projek usahasama, penggunaan lesen atau
franchise dan lain-lain.
Strategi pembangunan S & T yang menjadi asas kepada
keupayaan memajukan satu sektor perindustrian yang dinamik
akan meliputi beberapa faktor utama seperti berikut:
(i) Pembangunan, Keselamatan dan Kesejahteraan Sosial
S & T akan diberi keutamaan dalam dasar pembangunan
negara. Sumber S & T akan digunakan untuk
mempertingkatkan kesejahteraan rakyat menjamin
pekerjaan, keselamatan dan kekayaan negara ini.
(ii) Perkaitan Dasar Sains dan Teknologi Negara Dengan
Dasar-Dasar Lain
Dasar S & T akan diintegrasikan dalam Rancangan
Pembangunan dan akan diberi keutamaan yang sama seperti
Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pertanian Negara, dan
lain-lain.
(iii)Peningkatan Perkhidmatan Saintifik
Perkhidmatan S & T di negara ini yang meliputi
beberapa bidang saintifik dan perkhidmatan teknik
sokongan akan dipertingkatkan lagi untuk menyumbangkan
kepada kejayaan rancangan pembangunan negara.
iv) Berdikari
Matlamat berdikari akan menjadi matlamat utama dalam
usaha membangunkan kemahiran S & T supaya mengelakkan
keadaan terlalu bergantung kepada keupayaan S & T
negara-negara maju.
v) Maklumat S & T
Satu pusat maklumat S & T perlu ditubuhkan untuk
memudahkan pengumpulan data mengenai sumber-sumber
S & T. Maklumat sumber-sumber S & T adalah mustahak
untuk memudahkan tugas-tugas pengurusan, perancangan,
Penyelarasan dan pengawasan pelaksanaan dasar.
vi) Penyelidikan dan Pembangunan (P & P)
Keutamaan akan diberikan kepada
(a) Penggunaan P & P dalam memajukan sumber-sumber
pertanian, teknologi pengeluaran barangan dan memajukan
proses yang sesuai serta juga bidang kesihatan.
(b) Menubuhkan satu sistem pengurusan P & P yang
berkesan dan juga membangunkan infrastruktur sokongan
S & T seperti pejabat patent, institusi P & P,
institusi rekabentuk perindustrian, perundingan teknik
dan maklumat dengan tujuan memperkukuhkan kemudahan
asas untuk menjamin pemindahan teknologi dan
memperkenalkan produk yang baru.
(c) Menggalakkan sektor perindustrian melabur dalam
usaha-usaha P & P melalui insentif, menubuhkan jentera
perhubungan antara sektor swasta dengan institusi S & T
awam, menggalakkan usahasama dalam memperdagangkan
hasil-hasil penyelidikan dan menekankan usaha-usaha
dalam P & P gunaan dan penyesesuaian.
(vi) Tenaga Manusia
Satu rancangan pembangunan tenaga manusia jangka masa
panjang yang saintifik dan teknikal akan digubal untuk
memenuhi keperluan sektor perindustrian yang kian
berkembang. Ini melibatkan perubahan dalam sistem
pelajaran, usaha membangunkan kesedaran di kalangan
rakyat terhadap potensi S & T serta juga menjamin
supaya tenaga teknik dan saintifik dikekalkan dalam
bidang yang sesuai.
(vii)Peranan Sektor Swasta
Sektor swasta akan digalakkan untuk berunding dan
bekerjasama dengan jentera S & T sektor awam untuk
memenuhi keperluan P & P mereka.
(viii)Pemindahan Teknologi
Pemindahan teknologi akan digalakkan dan disokong
dengan latihan, perjanjian kerjasama, usaha P & P dan
satu mekanisma perlu ditubuhkan untuk mengkaji kemajuan
pemindahan teknologi melalui aktiviti pengawasan,
penilaian dan kajian.
(ix) Komputerisasi
Usaha untuk meningkatkan kemahiran menggunakan komputer
dalam pelajaran, industri dan pengurusan penyelidikan
akan diberi keutamaan.
(x) Pusat-Pusat Kecemerlangan Sains
Akademi Sains akan ditubuhkan dan mekanisma untuk
mengawasi kemajuan S & T di dunia khasnya dalam bidang
kejuruteraan genetik, bioteknologi, komunikasi,
elektronik dan kajihayat dan lain-lain bidang S & T
juga akan ditubuhkan.
(xi) Pelan Tindakan
Satu pelan tindakan akan digubal untuk melaksanakan
strategi-strategi tersebut.
Pelaksanaan
Untuk melaksanakan Dasar Sains dan Teknologi, Rancangan
Malaysia Kelima (RMS) telah memperuntukkan sebanyak $4146
juta di bawah tanggungjawab Majlis Penyelarasan dan Kemajuan
Sains Negara (MPKSN). Majlis ini dipengerusikan oleh Ketua
Setiausaha Negara dan anggotanya terdiri daripada wakil
agensi-agensi pusat dan juga saintis-saintis terkenal.
Seterusnya dalam Rancangan Malaysia Keenam (RM6), Sektor
S & T telah diperuntukkan sebanyak $600 juta. Peruntukan ini
ditujukan kepada rancangan memaju dan menyelaraskan projek-
projek P & P dengan tujuan mempertingkatkan keupayaan
teknologi tempatan. Implikasi yang penting berkaitan dengan
tindakan ini adalah rancangan pembangunan S & T pada pertama
kalinya disatukan dalam rancangan pembangunan ekonomi negara
di bawah RM5. Integrasi rancangan pembangunan sumber-sumber
S & T dalam RMS5dan RM6 akan menumpukan sumbangannya kepada
usaha-usaha Pembaunan ekonomi.
Untuk menyelaras dan menguruskan pembahagian peruntukan RM5
dan RM6, MPKSN telah memperkenalkan satu skim khas, Program
Penekanan Penyelidikan Di Bidang Keutamaan (IRPA:
Intensification of Research in Priority Areas). Matlamat
skim ini adalah untuk menentukan supaya projek-projek
penyelidikan yang dijalankan oleh institusi-institusi
diselaraskan untuk mencapai matlamat membangunkan keupayaan
teknologi. Di bawah strategi ini, projek-projek P & P
dibahagikan kepada 4 sektor iaitu, pertanian, industri,
strategik dan perubatan. Berdasarkan statistik yang
terkandung dalam RM6, 50 peratus daripada jumlah peruntukan
P & P di RM5 telah digunakan dalam sektor pertanian, 34
peratus sektor perindustrian dan 17 peratus sektor-sektor
lain.
Skim ini telah memperkenalkan sistem pengurusan P & P yang
lebih terpusat. Mekanisma IRPA juga telah menggerakkan
proses rundingan dan pencapaian kata sepakat di kalangan
ahli sains dari sektor awam dan swasta. Tambahan pula, MPKSN
telah disusun semula dan satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai
Sains dan Teknologi telah dibentuk.
Selaras dengan strategi meningkatkan keupayaan teknologi,
Majlis Penyelarasan dan Pemindahan Teknologi Perindustrian
yang dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Alam
Sekitar dan dianggotai oleh pengusaha-pengusaha tempatan
yang terkenal, pegawai-pegawai agensi pusat dan pakar-pakar
teknik dan saintifik daripada institusi-institusi
penyelidikan, telah menubuhkan satu Jawatankuasa pada tahun
1987 untuk menggubal Pelan Tindakan Pembangunan Teknologi
Perindustrian.
Pelan tindakan ini digubal khas dengan tujuan menyokong
pelaksanaan PIP. Walaupun teknologi dan masalah pembangunan
keupayaan teknologi perindustrian telah dikenalpasti dalam
PIP, pelan ini masih belum menyenaraikan tindakan-tindakan
atau strategi-strategi yang jelas untuk diambil bagi
mengatasi masalah tersebut. Pelan Tindakan Pembangunan
Teknologi Perindustrian9 digubal khas untuk menentukan
strategi dan rancangan teknologi yang perlu dilaksanakan
bersama-sama dengan pelaksanaan PIP. Dua puluh sembilan
kajian yang melibatkan setiap sektor perindustrian telah
dijalankan oleh pakar-pakar tempatan dan ini diikuti dengan
perbincangan oleh ahli-ahli Konsortium Penyelidikan
Kebangsaan yang ditubuhkan khas untuk tujuan membincang dan
mendapatkan persetujuan melaksanakan Pelan tersebut. Pelan
itu dibentang dan dipersetujui oleh Kerajaan pada 30hb. Mei
1990. Kerajaan telah menerima 42 syor yang terkandung dalam
Pelan tersebut yang dikumpulkan di bawah 5 Penekanan
Strategik. Rancangan Malaysia Keenam telah memperuntukkan
sebanyak $166 juta untuk melaksanakan syor- syor tersebut.
Penutup
Pembangunan sektor perindustrian adalah unsur penting dalam
hasrat negara ini mencapai taraf negara maju. Perindustrian
membawa pertambahan nilai yang tinggi, pendapatan dan
pekerjaaan kepada tenaga manusia negara ini lebih dari
aktiviti-aktiviti pertanian, harga pasaran pengeluarannya
juga adalah lebih stabil dan faktor produktiviti yang
tinggi. Keupayaan untuk membangunkan satu sektor
perindustrian yang dinamik, yang berupaya bersaing dalam
pasaran dunia, yang mengeluarkan barangan yang setanding
dari segi kos dan mutu dengan barangan negara-negara maju,
bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan keupayaan
menggunakan atau menginovasikan teknologi-teknologi
pengeluaran. Dasar Sains dan Teknologi yang semakin dititik
beratkan oleh Kerajaan menunjukkan minat dan responsif
kepada usaha membangunkan keupayaan sumber-sumber S & T ke
arah mempertingkatkan sumbangannya dalam proses melahirkan
sektor perindustrian yang dinamik.
Sumber : Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
14. DASAR SAINS dan TEKNOLOGI NEGARA
Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialahpencapaian taraf sebuah negara yang maju menjelang tahun

Di pos oleh Arbain Muhayat pada 20 December 2008