Di dalam dekad 50-an dan 60-an, program perindustrian di
negara ini dijalankan sebagai usaha untuk mempelbagaikan
ekonomi negara yang pada masa itu amat bergantung kepada
getah dan bijih timah. Memandangkan harga kedua-dua komoditi
ini tidak stabil, kerajaan telah melancarkan program
perindustrian untuk mencetuskan perkembangan ekonomi yang
lebih pesat dan stabil. Dasar pembangunan perindustrian pada
masa itu adalah tertumpu kepada industri-industri yang
bercorak gantian import.
Sejak tahun 70-an, kerajaan di samping mempelbagaikan
ekonomi telah menitikberatkan pertumbuhan industri yang
lebih pesat untuk menampung keperluan pekerjaan dan Dasar
Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini, tumpuan telah diberikan
kepada industri-industri yang berasaskan eksport dan
industri yang mengunakan ramai buruh.
Mulai tahun 80-an pula, program perindustrian negara
mengalami satu lagi perkembangan meneeusi penggalakan
industri berat. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi asas
perindustrian negara dan menambahkan kemahiran rakyat di
bidang teknologi yang lebih tinggi. Ia juga bertujuan untuk
mempercepatkan lagi proses perindustrian. Kerajaan memainkan
peranan secara langsung di dalam merancang, melaksana,
membiayai dan mengurus industri-industri berat memandangkan
sektor swasta tidak mampu menanggung perbelanjaan atau
menghadapi risiko dalam mengendalikan projek-projek yang
bukan sahaja melibatkan modal yang besar, tetapi juga hanya
dapat memberi pulangan dalam tempoh masa yang panjang.
Walaupun pada keseluruhannya perkembangan industri negara
dalam tahun-tahun 60-an, 70-an dan awal 80-an adalah
memuaskan tetapi banyak masalah dan kelemahan masih wujud di
dalam sektor ini. Misalnya, pertumbuhan sektor eksport
adalah tidak begitu memuaskan jika dibandingkan dengan
sektor dalam negeri. Eksport barang-barang pembuatan
Malaysia terlalu bergantung kepada segelintir industri
sahaja seperti elektrik dan elektronik dan tekstil. Mutu
keluaran juga pada keseluruhannya tidak begitu memuaskan dan
tidak dapat bersaing dengan keluaran negara-negara asing.
Ini disebabkan tahap teknologi yang masih rendah dan
kurangnya kemahiran rakyat tempatan untuk mempertingkatkan
atau memperbaharui teknologi yang diterima dari luar. Satu
masalah besar ialah kurangnya hubungkait di antara sektor
perindustrian dengan sektor-sekctor lain menyebabkan tidak
wujudnya integrasi ke hadapan dan ke belakang (back-ward and
forward integration.) Industri-industri yang ditubuhkan
juga kurang mempunyai nilai ditambah (value added) kerana
banyak menumpukan kepada aktiviti pemasangan sahaja. Oleh
itu, sekiranya sektor perindustrian dikehendaki terus
memainkan peranan utama dalam pembangunan negara, perlulah
diwujudkan matlamat- matlamat jangka panjang yang disokong
dengan dasar dan strategi pembangunan yang baru.
Selaras dengan hasrat untuk mengenalpasti kelemahan
ciri-ciri struktur serta mengatasinya, kerajaan telah
melancarkan dua kajian utama pada tahun 1983, iaitu Kajian
Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM) dan Pelan Induk
Perindustrian (PIP). KDPM benujuan untuk menyemak dan
mengubahsuai dasar-dasar perindustrian negara yang sedia
ada dan mengkaji semula galakan-galakan pelaburan dan
dasar-dasar peningkatan eksport. PIP pula bertujuan untuk
menggubal objektif pembangunan perindustrian secara am dalam
mengenalpasti strategi-strategi untuk sektor-sektor kecil
yang berpotensi untuk tumbuh dengan pesat. Dasar utama
perindustrian telah mengambil kira beberapa prinsip asas
yang terkandung di dalam perakuan-perakuan kedua-dua kajian
ini.dal
Rasional
Pengguba!an dasar perindustrian negara melambangkan keazaman
kerajaan untuk mempergiatkan lagi proses industrialisasi
negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan
ekonomi negara. Kemelesetan ekonomi yang melanda negara pada
tahun 1985 - 1986 telah menunjukkan kelemahan dalam struktur
industri negara. Pengalaman dalam dekad 80-an di mana semua
harga komoditi utama telah jatuh secara serentak mendorong
kerajaan memikirkan strategi-strategi ekonomi jangka panjang
untuk mengenalpasti dan mengatasi kelemahan-kelemahan
struktur sektor pembuatan ini. Seandainya masalah-masalah
ini dapat diatasi, kerajaan yakin sektor ini boleh memainkan
peranan yang lebih dinamik lagi melalui sumbangan-sumbangan
yang lebih besar dari segi menambah eksport, mengadakan
lebih banyak peluang-peluang pekerjaan serta memperbanyakkan
peluang-peluang latihan teknikal dan kemahiran.
Pada jangka panjangnya, PIP diharapkan dapat meletakkan asas
yang kukuh bagi negara ini menjadi sebuah negara
perindustrian yang maju. Jelas di negara-negara
perindustrian yang ada sekarang, sektor perkilangan (selain
daripada sektor perkhidmatan) merupakan sektor yang
terpenting dalam menggerakkan jentera pembangunan negara.
Banyak negara maju dan negara perindustrian dahulunya
merupakan negara- negara pertanian yang mundur, tetapi oleh
kerana mereka memasuki bidang perindustrian dengan
bersungguh-sungguh, hari ini mereka telah maju.
Walaupun bidang pertanian di Malaysia merupakan satu
kegiatan ekonomi yang penting namun demikian pertanian tidak
mungkin dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan bagi
puluhan ribu lulusan sekolah dan institusi pengajian tinggi
setiap tahun.
Objektif
Objektlf Pelan Induk Perindustrian (PIP)
Pelan Induk Perindustrian yang telah diumumkan oleh Menteri
Perdagangan dan Perindustrian pada 3 Februari, 1986 telah
menggariskan tiga matlamat iaitu:
(a) Menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuh
perindustrian negara;
(b) Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara;
dan
(c) Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R & D)
teknologi tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi
sebuah negara perindustrian.
Strategi Pelaksanaan
Strategi Pelan Induk Perindustrian
Untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut, PIP telah
mengenalpasti 12 sektor industri yang patut diberi
penekanan. Tujuh daripada sektor-sektor ini adalah yang
berasaskan sumber tempatan iaitu industri yang berasaskan
getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan
ferus dan keluaran- keluaran galian bukan logam. Lima sektor
lagi merupakan industri yang bukan berasaskan sumber iaitu
eletrik dan eletronik, peralatan pengangkutan, mesin dan
kejuruteraan, logam-logam ferus, dan tekstil dan pakaian.
Kesemua industri ini telah dipilih berasaskan kepada potensi
untuk mencapai matlamat memperluaskan asas industri negara.
PIP juga telah mencadangkan langkah-langkah berikut diambil
supaya Malaysia dapat mencapai taraf sebuah negara
perindustrian:
(a) Melaksanakan dasar perindustrian yang berpandangan ke
luar. Untuk mengekalkan kadar pertumbuhan perindustrian yang
tinggi, Malaysia harus menumpukan kepada pengeksportan
keluaran-keluaran perkilangan secara besar-besaran. Masalah
pasaran yang kecil telah menjadi satu faktor penghalang bagi
industri-industri tempatan mencapai produktiviti yang lebih
tinggi dan lebih kompetitif;
(b) Memajukan secara intensif industri-industri berasaskan
sumber untuk eksport dan mempelbagai serta meningkatkan
industri-industri bukan berasaskan sumber untuk eksport.
Dari 12 sektor industri yang terpilih, beberapa
keluaran/industri telah dikenalpasti sebagai
keluaran/industri keutamaan untuk dimajukan;
(c) Memajukan industri-industri berat terpilih untuk
menyokong industri-industri eksport. Strategi ini dipilih
memandangkan kerajaan sudahpun membuat pelaburan yang banyak
dalam beberapa jenis industri berat. Usaha-usaha perlu
ditumpukan kepada memastikan kejayaan projek-projek itu
dahulu sebelum menceburi bidang-bidang industri berat yang
lain;eg
(d) Memaju dan menggunakan sistem perkhidmatan maklumat
yang bersepadu;
(e) Membangunkan teknologi dan
tenaga rakyat;
(f) Mengurangkan perbelanjaan dalam pembinaan infrastruktur
dengan memberi tumpuan kepada pertumbuhan industri-
industri di kawasan yang telah sedia mempunyai kemudahan
infrastruktur yang diperlukan. Penubuhan industri-
industri diutamakan di sepanjang western corridor di
pantai barat Semenanjung yang mempunyai hampir 75 - 80
peratus penduduk dan di mini corridor di pantai timur.
Semenanjung, dengan tumpuan di kawasan sekitar Kota
Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan, dan di bandar-
bandar di Sabah dan Sarawak seperti Kota Kinabalu,
Sandakan, Tawau, Labuan, Kuching, Sibu dan Bintulu;
(g) Memoden dan menyusun semula struktur perindustrian
dengan mempertingkatkan pembangunan industri-industri
kecil dan sederhana kerana sektor ini merupakan tulang
belakang proses perindustrian seperti yang ternyata di
negara Taiwan dan menyusun semula industri-industri
yang kurang berkesan tetapi penting dalam ekonomi
negara;
(h) Memperkukuhkan institusi-institusi yang bertanggungjawab
kepada pembangunan sektor pembuatan; dan
(i) Menyusun semula sistem galakan perindustrian yang sedia
ada untuk memupuk kecekapan dan daya bersaing yang
lebih tinggi.
Penutup
PIP merangkumi strategi-strategi dan langkah-langkah yang
boleh membawa Malaysia ke dalam era sebuah negara
perindustrian dan seterusnya menjadi teras kepada sebuah
negara maju. Melaluinya, pertumbuhan ekonomi Malaysia akan
lebih diterajui oleh pertumbuhan dalam sektor eksport yang
berlandaskan strategi industrialisasi yang outward-looking.
Sejauh mana ini akan mencapai hasil yang baik bergantung
kepada keupayaan pekilang-pekilang di Malaysia mengekal,
jika tidakpun meningkatkan lagi, daya saing di pasaran
antarabansa yang penuh cabaran itu.
13. DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA
LatarbelakangDi dalam dekad 50-an dan 60-an, program perindustrian di

Di pos oleh Arbain Muhayat pada 20 December 2008