7. DASAR PEMBAHARUAN dan PENINGKATAN PRODUKTIVITI dan KUALITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Latarbelakang
Matlamat kependudukan 70 juta telah disarankan oleh Y.A.B. Perdana
Menteri Seri Dr. Mahathir Mohamed ketika beliau berucap di Perhimpunan
Agung UMNO dalam bulan September 1982. Beliau berpendapat bahawa
Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk sebanyak 70 juta.
Saranan ini kemudiannya telah dijelaskan dan ddikemukakan sekali lagi
oleh beliau dalam ucapannya semasa membentangkan kajian Separuh Penggal
Rancangan Malaysia Keempat pada 29hb. Mac 1984. Matlamat kependudukan
ini diharapkan dicapai dalam tempoh 115 hingga 120 tahun.
Rasional
Jumlah penduduk Malaysia adalah masih kecil dan ada faedah-faedah besar
jika kependudukan Malaysia dibesarkan dalam jangka perancangan di atas.
Jika dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia dengan kawasan
yang seluas 334,000 km persegi mempunyai penduduk sebanyak 45 juta,
Negeri Thai dengan kawasan seluas 514,000 km persegi mempunyai penduduk
sebanyak 50 juta dan Republik Indonesia dengan kawasan tanah 22,027,087
km persegi mempunyai sebanyak 150 juta.
Rasional untuk mencapai matlamat kependudukan 70 jjuta adalah untuk
menyediakan satu asas permintaan dan pasaran bagi keluaran
industri-industri tempatan. Ini akan mengujudkan keadaan persaingan
dalam pasaran dan selanjutnya akan meninggikan daya dan mutu
pengeluaran untuk eksport. Pertumbuhan adalah dianggap
sebagai modal yang utama untuk kemajuan ekonomi dan sosial sesebuah
negara, disamping itu ianya juga dapat meningkatkan daya pengeluaran
ekonomi. Dengan yang demikian, adalah wajar angkubah-angkubah
demografik ini diambil kira di dalam perancangan pembangunan untuk
mempastikan kemajuan ekonomi dan pertumbuhan kebajikan yang berterusan.
Malaysia masakini mengalami kadar pertumbuhan kkependudukan sebanyak 2.5%* bagi jangkamasa 1981- 1985.
Mengikut kadar ini, jumlah penduduk dianggarkan menjadi 15.279 juta
dalam tahun 1984, iaitu pertambahan sebanyak 11.2% daripada jumlah
13.745 juta pada tahun 1980. Kadar pertumbuhan bagi
jangkamasa-jangkamasa tertentu adalah seperti yang berikut:-
Jangkamasa Kadar Pertumbuhan
---------- -----------------
1957 - 1960 2.8%
1960 - 1870 2.6%
1970 - 1980 2.3%
1980 - 1985 2.5%
Perbandingan antara jangkamasa di atas menunjukkan bbahawa kadar
pertumbuhan sekarang ini adalah lebih tinggi sedikit dari kadar
pertumbuhan bagi 11970 - 1980.
Ini adalah disebabkan oleh kadar kesuburan yang llebih tinggi dalam
tahun lima puluhan dan enam puluhan dan bertambahnya jumlah
wanita-wanita muda yang mencapai umur perkahwinan. Walaubagaimana pun
berdasarkan kepada arahaliran pertumbuhan penduduk sekarang, adalah
dijangkakan bahawa kependudukan Malaysia akan mencapai jumlah
kesetabilan dalam linkungan 39 juta orang dalam tahun 2150.
Menurut Laporan Pembangunan Dunia (World Development Report) yang
diterbitkan oleh Bank Dunia dalam bulan Julai 1983, penduduk Malaysia
akan dijangka menjadi 33 juta dalam tahun 2120. Unjuran-unjuran ini
dibuat berdasarkan kepada kadar pertumbuhan kependudukan sebanyak 2.0%
setahun (1980-2000) atas andaian kadar kesuburan yang berkurangan
secara sederhana. Laporan ini selanjutnya menunjukkan penduduk Malaysia
akan bertambah menjadi 17 juta dalam tahun 1990 dan mencapai jumlah 21
juta dalam tahun 2000.
Unjuran-unjuran Bank Dunia ini tidaklah selari dengan matlamat penduduk
70 juta sekarang yang dijangka dicapai dalam tahun 2100. Ini bermakna
kependudukan iaitu kadar kesuburan dan kadar kasar kelahiran perlu
dipertingkatkan dengan sewajarnya.
Perlu dijelaskan bahawa kajian kependudukan memerlukan pengetahuan
mengenai arahaliran perkembangan masa lepas dan masa kini. Ketetapan
unjuran besar bergantong kepada kefahaman yang mendalam terhadap
fakta-fakta dinamik kependudukan pada pada keseluruhannya, terutama
mengenai pola-pola kesuburan, kematian dan kekeluargaan.
___________________________________________________
* Lapuran Ekonomi 1984/85 Kementerian Kewangan Malaysia
Objektif
Objektif dasar ini adalah untuk mengujudkan jumlah penduduk Malaysia seramai 70 juta.
Strategi Pelaksanaan
Untuk mencapai matlamat dasar kependudukan 70 juta, beberapa alternatif telah dikaji seperti yang berikut:-
i. Sekiranya JKK*(jumlah kadar kesuburan) sekarang iaitu sebanyak 4
dibiarkan turun perlahan-perlahan sebanyak 0.1 mata setiap 5 tahun
sehingga ia sampai ke paras penggantian, matlamat ini akan dicapai
dalam lingkungan tahun 2100 (iaitu dalam tempuh 115 tahun) dan penduduk
akan stabil pada atau dalam lingkungan 73 juta.
ii. Sekiranya JKK sekarang iaitu sebanyak 4 dapat dikekalkan, matlamat
ini akan dicapai dalam lingkungan tahun 2045 (iaitu 70 tahun).
iii. Sekiranya JKK sekarang diturunkan kepada 3 dan seterusnya
dikekalkan kepada paras tersebut, matlamat ini akan dicapai dalam
lingkungan 2085 (iaitu dalam 100 tahun).
iv. Sekiranya JKK dinaikkan kepada 5 dan terus dikekalkan pada paras
ini, maka matlamat penduduk akan dicapai dalam dalam lingkungan tahun
2031 (dalam 50 tahun).
v. Tempoh yang paling cepat sekali matlamat ini akan dicapai ialah
dalam tahun 2010, (atau dalam 30 tahun) jika sekiranya JKK ditingkatkan
kepada 10 dan seterusnya dikekalkan pada paras sekarang.
vi. Sekiranya JKK dibiarkan meningkat kepada 5.2 dalam tahun 2000 dari
4.0 (1980) dan kemudiannya dibiarkan menurun ke paras penggantian maka
matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan tahun 2070 dan akan stabil
pada 79 juta.
vii. Tempoh masa yang paling lama untuk mencapai 70 juta ialah dengan
membiarkan aliran sekarang menurun dan meningkat secara pusingan
sehingga mencapai paras penggantian. Matlamat ini akan dicapai dalam
lingkungan tahun 2125 iaitu dalam 135-140 tahun dan penduduk akan
stabil pada 73 juta.
Salah satu daripada masalah utama, dalam membuat unjuran berasaskan
kepada andaian JKK yang malar ialah, sungguhpun jumlah penduduk secara
teorinya boleh
mencapai 70 juta, pertumbuhan kependudukan tidak akan berhenti pada
jumlah tersebut tetapi akan terus bertambah. Jadi langkah-langkah yang
wajar dan perlu diberi pertimbangan adalah alternatif yang pertama
iaitu memperlambatkan JKK sekarang supaya penggantian penduduk di paras
kesuburan boleh dilewatkan selama kira-kira 40 tahun daripada tahun
2030 kepada tahun 2070. Dengan cara ini, saiz kependudukan yang
muktamat bagi Malaysia dijangka akan mencapai jumlah kira-kira 73 juta
dalam tahun 2150, di mana 70 juta kependudukan akan tercapai dalam
lingkungan tahun 2100.
Alternatif ini juga akan mempastikan kadar pertumbuhan kependudukan
tahunan adalah rendah daripada kadar pertumbuhan keluaran negara supaya
usaha-usaha pembangunan tidak terjejas oleh pertumbuhan kependudukan.
Jangkamasa untuk mencapai matlamat ini adalah mencukupi untuk memberi
masa kepada pembangunan sosial dan ekonomi dari segi kepadatan
penduduk, taburan penduduk, sumber keluaran dan alam melebihi 70 juta.
Jumlah 70 juta ini dianggap optima selepas mengambilkira faktor-faktor
dinamik kependudukan berasaskan saiz tanah dan sumber-sumber yang ada.
_________________________________________________
* JKK (Jumlah kadar kesuburan) ialah alah satu daripada ukuran ke
atas status esuburan bagi satu-satu kumpulan, komuniti atau egara
(purata bilangan anak bagi setiap wanita alam lingkungan umur subur (15
- 49)uk
Pelaksanaan
Di sebalik tanggapan-tanggapan rumit mengenai isu ependudukan ini,
Kerajaan mempunyai sebab-sebab ang munasabah berhubung dengan
pembesaran saiz kependudukan terutamanya dalam usaha mengujudkan
penduduk yang rajin, berdisiplin dan produktif.
Ini adalah asas penting bagi perkembangan perindustrian dan pengujudan pasaran untuk barang keluaran tempatan.
Pertambahan penduduk sebanyak empat atau lima kaliganda semestinya
menimbulkan beberapa implikasi sosio-ekonomi. Kesan pembesaran
kependudukan sebegini rupa akan dirasai disemua peringkat kehidupan
khususnya terhadap sumber-sumber negara.
Di antara bidang-bidang yang akan terlibat adalah seperti berikut:-
i. Bekalan Makanan: sebahagian besar barang-barang makanan
terpaksa di import dan ini akan menimbulkan masalah jaminan makanan dan
pertukaran masing. Dengan itu kajian yang sepatut nya perlulah dibuat
mengenai keupayaan kegunaan tanah dan penggunaan sumber-sumber lain.
ii. Perumahan: sekurang-kurangnya sebanyak 10 juta unit perumahan akan
diperlukan untuk menampung tambahan penduduk sebanyak 50 juta dan ini
akan mengambil masa selama 100 tahun mengikut kadar pembinaan sekarang
ini.
iii. Pekerjaan: lebih daripada 20 juta pekerjaan baru perlu diujudkan.
Dengan demikian adalah penting untuk menggerakkan tenaga buruh menjadi
berdisiplin, bermotivasi dan produktif.
iv. Kesihatan: Bilangan katil-katil hospital perlu ditambah dari 25
ribu sekarang ini kepada 140,000 jika matlamat jangka panjang iaitu 2
katil bagi tiap-tiap 1,000 penduduk hendak dicapai.
Bilangan doktor-doktor pun perlu ditambah daripada 4,200 kepada lebih 30,000.
v. Pelajaran: Tempat bagi 15 juta hendaklah disediakan dan sekurang-kurangnya 4000,000 guru diperlukan.
vi. Bekalan Air: Penggunaan air adalah dijangkakan sebanyak 15.6
billion meter padu. Kekurangan air telah pun dijangkakan pada tahun
2000 bagi jumlah penduduk sebanyak 21 juta.
vii. Penggunaan Tenaga: Penggunaan tenaga akan meningkat sebanyak 4
atau 5 kali ganda ini akan berlipat ganda lagi dengan adanya ekonomi
perindustrian.
Masalah ini akan bertambah rumit keranapencapaian 70 juta akan berlaku
dalam masa Malaysia mengalami kehabisan minyak dan gas
(post-hydrocarbon).
Berikutan dari masalah-masalah di atas, adalah penting agar dasar-dasar
yang sewajarnya diberi perhatian yang utama. Di antara dasar-dasar
tersebut adalah seperti berikut:-
i. Dasar pembangunan ekonomi, yang mengambilkira pertalian antara
pembangunan dan kesuburan, kematian, penghijrahan di samping
pertumbuhan, komposisi dan taburan penduduk serta peningkatan
pendapatan daya pengeluaran.
ii. Dasar tenaga manusia, yang mengambilkira pertumbuhan tenaga buruh
dan perubahan kadar penyertaan tenaga buruh mengikut jantina dan juga
keperluan yang meningkat untuk latihan teknologi yang termaju.
iii. Dasar sosial yang memberi tumpuan kepada aspek-aspek seperti
kesihatan, pelajaran, perumahan, pembangunan keluarga (termasuk
perancang kelauarga) peningkatan kebudayaan, keseimbangan sosial dari
segi kumpulan ethnik dan jantina, kebajikan kanak-kanak dan orang-orang
tua dan lain-lain kerana kesemuanya ini akan dipengaruhi oleh arus
pembangunan sosio-ekonomi, pertumbuhan dan taburan penduduk.
iv. Dasar makanan, air dan pertanian haruslah memberi tekanan ke atas
kecukupan dari segi taburan, perubahan corak penggunaan dan juga ke
atas peningkatan cara-cara penghasilan.
v. Dasar Tenaga haruslah dan mengenalpasti sumber-sumber tenaga baru.
iv. Dasar alam sekitar yang mengambil kira bahaya-bahaya akibat
kerosakan eko-sistem dengan peningkatan penduduk yang pesat.
Kerajaan dalam usaha mencapai dasar kependudukan ini telah
memperkenalkan beberapa langkah, di antaranya dasar percukaian dan
faedah-faedah bersalin yang akan memberi munafaat kepada keluarga
beranak lima. Kerajaan juga telah mengkaji semula dan menyelaraskan
fungsi-fungsi dan peranan Lembaga Kependudukan dan Pembangunan Keluarga
Negara (LPPKN) dan lembaga ini diharap dapat memainkan peranan yang
penting dalam mencapai matlamat dasar
ini.
PENCAPAIAN DASAR SEHINGGA 1990
Berasaskan kepada data-data semasa, jumlah kadar kesuburan telah
menurun daripada 3.8 bagi setiap wanita dalam tahun 1981 kepada 3.6
dalam tahun 1990. Laluan pertumbuhan penduduk ini adalah seperti yang
ditunjukkan di Rajah 1.
Pertumbuhan penduduk negara pula mencatitkan penambahan daripada 13.8
juta dalam tahun 1980 kepada 17.8 juta dalam tahun 1990. Pada
keseluruhannya, tren ini adalah selaras dengan matlamat dasar ini.
Walau bagaimanapun, penurunan kadar kesuburan ini adalah berbeza di
antara kumpulan-kumpulan ethnik negara ini. Jumlah kadar kesuburan
Melayu dalam tahun 1990 adalah melebihi matlamat, iaitu 4.3, berbanding
dengan jumlah kadar kesuburan Cina dan India yang kini menghampiri
paras penggantian.
RAJAH 1
Laluan Pertumbuhan Penduduk ke Arah Pencapaian Matlamat 70 Juta Penduduk
--------------------------------------
| Tahun | Kadar Pertumbuhan |
Jumlah Kesuburan Penduduk(Juta) |
| 1990 | 3.6 | 17.6 |
| 2000 | 3.5 | 22.3 |
| 2010 | 3.3 | 27.7 |
| 2020 | 3.1 | 33.6 |
| 2030 | 2.9 | 39.8 |
| 2040 | 2.7 | 46.0 |
| 2050 | 2.5 | 51.9 |
| 2060 | 2.3 | 57.5 |
| 2070 | 2.05 | 62.1 |
| 2080 | 2.05 | 65.8 |
| 2090 | 2.05 | 68.7 |
| 2100 | 2.05 | 70.8 |
Dari segi penyelarasan perlaksanaan Dasar ini pula, pada keseluruhannya
faktor-faktor kependudukan mengikut matlamat Dasar ini telah dapat
diambilkira dan diintegrasikan di peringkat perancangan sektor-sektor
pembangunan. Ini dihasilkan menerusi kerjasama yang rapi dengan
agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.
Dalam sektor kesihatan, Kementerian yang berkenaan telah menyatukan
strategi-strategi dan objektif-objektifnya dengan Dasar Kependudukan
Negara dalam merancang dan melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatannya.
Bagi tempoh 1984-89, Kementerian ini telah dapat memenuhi keperluan
kesihatan untuk penduduk negara yang telah bertambah.
Pencapaian ini dapat ditinjau melalui kadar kematian kasar yang telah
menurun daripada 12.4 setiap 1,000 penduduk dalam tahun 1957 kepada 4.6
dalam tahun 1989. Kadar kematian bayi pula telah menurun daripada 75.5
setiap 1,000 kelahiran kepada 13.2 dalam tempoh yang sama. Sementara
kadar kematian ibu bersalin mencatitkan penurunan kepada 0.24 setiap
kelahiran dalam tahun 1988, berbanding dengan 1.48 dalam tahun 1970.
Akibat daripada penurunan kadar kematian ini, jangka hayat penduduk
negara telah meningkat daripada 55.8 tahun (1957) kepada 68.8 tahun
(1989) bagi lelaki dan dari 58.2 kepada 73.3 bagi wanita.
Bagi sektor pendidikan pula, faktor-faktor kependudukan telah digunakan
sejak tahun 1984 bagi menganggarkan bilangan murid-murid yang akan
memasuki Darjah 1, bilangan bilik darjah dan guru, bilangan yang akan
menamatkan persekolahan dan menyertai pasaran buruh serta daripada itu,
aspek-aspek kependudukan juga telah diperkenalkan di dalam
kurikulum-kurikulum seperti Alam dan Manusia, Kemahiran Hidup, Ilmu
Alam dan Statistiks.
Untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam bidang-bidang
kependudukan dan kekeluargaan, LPPKN juga telah menghasilkan beberapa
usaha kajian
dan penyelidikan. Penemuan-penemuan kajian ini menyediakan sumber
rujukan dan input yang penting kepada perancangan, pengawasan dan
penilaian pencapaian perlaksanaan Dasar Kependudukan Negara.
Di bawah program Pembangunan Keluarga pula, pencapaian yang diperolehi
sehingga kini adalah pada keseluruhannya memuaskan. Di antara
aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah perkhidmatan perancang
keluarga yang bertujuan untuk menjaga kesihatan ibu dan anak serta
kesejahteraan keluarga melalui amalan penjarakan kelahiran yang lebih
baik. Untuk tempoh Rancangan Malaysia Kelima (19860-90), seramai
380,621 penerima baru perancang keluarga telah didaftarkan.
Ini merupakan penambahan sebanyak 19.3% berbanding dengan pencapaian di bawah Rancangan Malaysia Keempat (1991-95).
Di bawah program ini juga beberapa aktiviti penyelidikan telah dan
sedang dilaksanakan dalam bidang-bidang biomedikal dan perubatan
reproduksi manusia. Ini meliputi kajian-kajian mengenai kaedah-kaedah
dan teknologi kontraseptif serta aspek kemandulan dan kebakaan.
Hasil-hasil kajian ini digunakan bagi merumus satu program
kebangsaan perkhidmatan perancang keluarga untuk digunakan oleh agensi-agensi yang berkenaan.
Untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentigan peranan
institusi keluarga, LPPKN juga telah menjalankan aktiviti-aktiviti
pendidikan dan kaunseling keluarga yang merangkumi perkara-perkara
seperti perkahwinan, penjagaan anak dan keibubapaan. Pada awal bulan
Mac, 1990, Lembaga ini dengan kerjasama Kementerian Kebajikan
Masyarakat telah melancarkan Kempen Keluarga Bahagia di peringkat
seluruh negara. Kemuncak kempen ini yang telah mendapat sambutan baik
di kalangan orang ramai ialah pelancaran Hari Keluarga Kebangsaan pada
11 November, 1990. Perayaan ini yang akan diadakan setiap tahun pada
tarikh berkenaan merupakan satu pengiktirafan rasmi oleh pihak Kerajaan
mengenai pentingnya institusi keluarga di dalam proses
pembangunan negara. Pelancaran Hari Keluarga Kebangsaan juga meletakkan
Malaysia di antara negara yang pertama yang menetapkan satu hari yang
khusus untuk merayakan institusi keluarga.
Pihak LPPKN kini sedang berusaha untuk memantapkan lagi perlaksanaan
program Pembangunan Keluarga di masa-masa akan datang. Dalam hubungan
ini keutamaan ditumpukan kepada usaha menyelaraskan aktiviti-aktiviti
kekeluargaan yang dijalankan boleh pelbagai agensi ke arah pencapaian
matlamat pengekalan dan pengukuhan institusi keluarga sebagai unit asas
masyarakat.
Masalah-masalah Yang Dihadapi
Di antara masalah-masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan Dasar Kependudukan Negara ialah :-
i. Tahap Pemahaman Mengenai Dasar Yang Rendah.
Hasil daripada kajiselidik yang telah dijalankan oleh LPPKN dan Jabatan Penerangan
Malaysia menunjukkan bahawa masih terdapat banyak perbezaan dalam
tanggapan dan persepsi masyarakat mengenai Dasar ini. Di antara lain,
Dasar ini disalah anggap sebagai satu rancangan untuk menggalakkan
kadar kelahiran yang lebih tinggi.
Di samping itu masih juga terdapat keadaan di mana isikandungan
mesej-mesej yang disiarkan kepada orangramai oleh beberapa agensi
Kerajaan sering bertentangan antara satu dengan lain atau dengan
objektif-objektif Dasar Kependudukan Negara .
Bagi mengatasi masalah ini, LPPKN akan meneruskan usaha-usaha
penyebaran maklumat mengenai Dasar ini kepada semua lapisan masyarakat
menerusi media cetak dan lain-lain aktiviti seperti seminar, bengkel,
kursus dan majlis-majlis taklimat. Dalam usaha ini, peranan lain-lain
agensi yang terlibat dengan penyiaran dan penerangan kepada orang ramai
juga adalah sangat mustahak untuk mengurangkan kekeliruan dan masalah
salah tafsiran Dasar ini.
ii. Keperluan Memperkukuhkan Penyelarasan Perlaksanaan Dasar.
Faktor-faktor Kependudukan mempengaruhi dan juga dipengaruhi oleh
pembangunan sosioekonomi. Walaupun pada keseluruhannya pencapaian
agensi-agensi sektoral dalam melaksanakan Dasar Kependudukan Negara
adalah memuaskan, aspek penyelarasan antara agensi ini masih perlu
dipertingkatkan. Usaha ini perlu dilaksanakan
lebih-lebih lagi dengan adanya beberapa Dasar baru yang telah digubal
oleh Kerajaan, seperti, Dasar dan Plan Induk Penswastaan, Dasar
Pendidikan Negara, Dasar Pertanian dan lain-lain. Untuk memperkukuhkan
lagi mekanisme penyelarasan perlaksanaan Dasar Kependudukan semula
Jawatankuasa Penasihat Penduduk.
Jawatankuasa ini telah ditubuhkan oleh Kerajaan dalam tahun 1985 untuk
tempoh 2 tahun bagi mengkaji aliran pertumbuhan kependudukan negara
serta aspek-aspek yang berkaitan dengan perlaksanaan Dasar ini.
Keanggotaan Jawatankuasa ini akan terdiri daripada mereka yang
mempunyai pengalaman dalam bidang kependudukan pengajian
tinggi. Satu daripada fungsi utama Jawatankuasa ini kelak ialah
pembentukan satu Pelan Indikatif yang akan merangkakan
keperluan-keperluan sumber mengikut sektor bagi tempoh-tempoh jangka
panjang, pertengahan dan jangka pendek selaras dengan perlaksanaan
Dasar Kependudukan Negara.
Selain daripada itu, LPPKN juga akan terus menjalankan aktiviti-aktiviti kajian untuk
mendapatkan maklumat yang lebih kemaskini mengenai kependudukan. Dalam
hubungan ini, bermula dengan Rancangan Malaysia Keenam (1991-95), satu
usaha
mengumpul data-data demografi akan dilaksanakan di peringkat-peringkat
Negeri dan juga Daerah. Usaha ini dijangka akan memperkukuhkan lagi
sumber data dan juga penyelarasan perlaksanaan Dasar Kependudukan
Negara.
Malaysia adalah dalam golongan negeri-negeri yang kecil yang
secara tegasnya mempunyai dasar kependudukan. Untuk matlamat dasar
kependudukan ini secara berkesan, adalah penting mengadakan dasar-dasar
serentak dalam bidang-bidang
ekonomi, sosial,gunatenaga, alam sekitar, makanan, air, pertanian, tenaga dan lain-lain secara menyeluruh.
Dengan itu adalah perlu supaya semua pihak iaitu Kerajaan, sektor
swasta dan yang paling penting daripada rakyat sendiri, memainkan
peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab.
Dasar ini sebenarnya memperlihatkan satu perubahan pemikiran yang
penting dan radikal mengenai kependudukan iaitu daripada dasar
pertumbuhan yang berbentuk 'restrictive' kepada yang berbentuk
'promotive'. Dasar seperti ini diharap memelihara kepentingan jangka
panjang negara memandangkan hakikat bahawa rakyat bukanlah merupakan
'tanggungan' negara tetapi sebaliknya dianggap sebagai harta-harta
produktif yang penuh berpotensi. Seperti yang telah dihuraikan oleh
Y.A.B. Perdana Menteri sendiri, sebarang pertambahan dari segi
kependudukan sepatutnyalah diiringi dengan pertambahan daya pengeluaran
yang seimbang di segenap bidang. Perkara yang utama dalam hal ini ialah
untuk mempastikan kadar pertumbuhan ekonomi mendahului kadar
pertumbuhan kependudukan.
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 20 December 2008