5. DASAR KEPENDUDUKAN MALAYSIA KE ARAH 70 JUTA PENDUDUK
Latarbelakang
Matlamat kependudukan 70 juta telah disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Seri Dr. Mahathir Mohamed ketika beliau berucap di Perhimpunan Agung UMNO dalam bulan September 1982. Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk sebanyak 70 juta.
Saranan ini kemudiannya telah dijelaskan dan ddikemukakan sekali lagi oleh beliau dalam ucapannya semasa membentangkan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat pada 29hb. Mac 1984. Matlamat kependudukan ini diharapkan dicapai dalam tempoh 115 hingga 120 tahun.
Rasional
Jumlah penduduk Malaysia adalah masih kecil dan ada faedah-faedah besar jika kependudukan Malaysia dibesarkan dalam jangka perancangan di atas. Jika dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia dengan kawasan yang seluas 334,000 km persegi mempunyai penduduk sebanyak 45 juta, Negeri Thai dengan kawasan seluas 514,000 km persegi mempunyai penduduk sebanyak 50 juta dan Republik Indonesia dengan kawasan tanah 22,027,087 km persegi mempunyai sebanyak 150 juta.
Rasional untuk mencapai matlamat kependudukan 70 jjuta adalah untuk menyediakan satu asas permintaan dan pasaran bagi keluaran industri-industri tempatan. Ini akan mengujudkan keadaan persaingan dalam pasaran dan selanjutnya akan meninggikan daya dan mutu pengeluaran untuk eksport. Pertumbuhan adalah dianggap
sebagai modal yang utama untuk kemajuan ekonomi dan sosial sesebuah negara, disamping itu ianya juga dapat meningkatkan daya pengeluaran ekonomi. Dengan yang demikian, adalah wajar angkubah-angkubah demografik ini diambil kira di dalam perancangan pembangunan untuk mempastikan kemajuan ekonomi dan pertumbuhan kebajikan yang berterusan.
Malaysia masakini mengalami kadar pertumbuhan kkependudukan sebanyak 2.5%* bagi jangkamasa 1981- 1985.
Mengikut kadar ini, jumlah penduduk dianggarkan menjadi 15.279 juta dalam tahun 1984, iaitu pertambahan sebanyak 11.2% daripada jumlah 13.745 juta pada tahun 1980. Kadar pertumbuhan bagi jangkamasa-jangkamasa tertentu adalah seperti yang berikut:-
Jangkamasa Kadar Pertumbuhan
---------- -----------------
1957 - 1960 2.8%
1960 - 1870 2.6%
1970 - 1980 2.3%
1980 - 1985 2.5%
Perbandingan antara jangkamasa di atas menunjukkan bbahawa kadar pertumbuhan sekarang ini adalah lebih tinggi sedikit dari kadar pertumbuhan bagi 11970 - 1980.
Ini adalah disebabkan oleh kadar kesuburan yang llebih tinggi dalam tahun lima puluhan dan enam puluhan dan bertambahnya jumlah wanita-wanita muda yang mencapai umur perkahwinan. Walaubagaimana pun berdasarkan kepada arahaliran pertumbuhan penduduk sekarang, adalah dijangkakan bahawa kependudukan Malaysia akan mencapai jumlah kesetabilan dalam linkungan 39 juta orang dalam tahun 2150.
Menurut Laporan Pembangunan Dunia (World Development Report) yang diterbitkan oleh Bank Dunia dalam bulan Julai 1983, penduduk Malaysia akan dijangka menjadi 33 juta dalam tahun 2120. Unjuran-unjuran ini dibuat berdasarkan kepada kadar pertumbuhan kependudukan sebanyak 2.0% setahun (1980-2000) atas andaian kadar kesuburan yang berkurangan secara sederhana. Laporan ini selanjutnya menunjukkan penduduk Malaysia akan bertambah menjadi 17 juta dalam tahun 1990 dan mencapai jumlah 21 juta dalam tahun 2000.
Unjuran-unjuran Bank Dunia ini tidaklah selari dengan matlamat penduduk 70 juta sekarang yang dijangka dicapai dalam tahun 2100. Ini bermakna kependudukan iaitu kadar kesuburan dan kadar kasar kelahiran perlu dipertingkatkan dengan sewajarnya.
Perlu dijelaskan bahawa kajian kependudukan memerlukan pengetahuan mengenai arahaliran perkembangan masa lepas dan masa kini. Ketetapan unjuran besar bergantong kepada kefahaman yang mendalam terhadap fakta-fakta dinamik kependudukan pada pada keseluruhannya, terutama mengenai pola-pola kesuburan, kematian dan kekeluargaan.
___________________________________________________
* Lapuran Ekonomi 1984/85 Kementerian Kewangan Malaysia
Objektif
Objektif dasar ini adalah untuk mengujudkan jumlah penduduk Malaysia seramai 70 juta.
Strategi Pelaksanaan
Untuk mencapai matlamat dasar kependudukan 70 juta, beberapa alternatif telah dikaji seperti yang berikut:-
i. Sekiranya JKK*(jumlah kadar kesuburan) sekarang iaitu sebanyak 4 dibiarkan turun perlahan-perlahan sebanyak 0.1 mata setiap 5 tahun sehingga ia sampai ke paras penggantian, matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan tahun 2100 (iaitu dalam tempuh 115 tahun) dan penduduk akan stabil pada atau dalam lingkungan 73 juta.
ii. Sekiranya JKK sekarang iaitu sebanyak 4 dapat dikekalkan, matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan tahun 2045 (iaitu 70 tahun).
iii. Sekiranya JKK sekarang diturunkan kepada 3 dan seterusnya dikekalkan kepada paras tersebut, matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan 2085 (iaitu dalam 100 tahun).
iv. Sekiranya JKK dinaikkan kepada 5 dan terus dikekalkan pada paras ini, maka matlamat penduduk akan dicapai dalam dalam lingkungan tahun 2031 (dalam 50 tahun).
v. Tempoh yang paling cepat sekali matlamat ini akan dicapai ialah dalam tahun 2010, (atau dalam 30 tahun) jika sekiranya JKK ditingkatkan kepada 10 dan seterusnya dikekalkan pada paras sekarang.
vi. Sekiranya JKK dibiarkan meningkat kepada 5.2 dalam tahun 2000 dari 4.0 (1980) dan kemudiannya dibiarkan menurun ke paras penggantian maka matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan tahun 2070 dan akan stabil pada 79 juta.
vii. Tempoh masa yang paling lama untuk mencapai 70 juta ialah dengan membiarkan aliran sekarang menurun dan meningkat secara pusingan sehingga mencapai paras penggantian. Matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan tahun 2125 iaitu dalam 135-140 tahun dan penduduk akan stabil pada 73 juta.
Salah satu daripada masalah utama, dalam membuat unjuran berasaskan kepada andaian JKK yang malar ialah, sungguhpun jumlah penduduk secara teorinya boleh
mencapai 70 juta, pertumbuhan kependudukan tidak akan berhenti pada jumlah tersebut tetapi akan terus bertambah. Jadi langkah-langkah yang wajar dan perlu diberi pertimbangan adalah alternatif yang pertama iaitu memperlambatkan JKK sekarang supaya penggantian penduduk di paras kesuburan boleh dilewatkan selama kira-kira 40 tahun daripada tahun 2030 kepada tahun 2070. Dengan cara ini, saiz kependudukan yang muktamat bagi Malaysia dijangka akan mencapai jumlah kira-kira 73 juta dalam tahun 2150, di mana 70 juta kependudukan akan tercapai dalam lingkungan tahun 2100.
Alternatif ini juga akan mempastikan kadar pertumbuhan kependudukan tahunan adalah rendah daripada kadar pertumbuhan keluaran negara supaya usaha-usaha pembangunan tidak terjejas oleh pertumbuhan kependudukan.
Jangkamasa untuk mencapai matlamat ini adalah mencukupi untuk memberi masa kepada pembangunan sosial dan ekonomi dari segi kepadatan penduduk, taburan penduduk, sumber keluaran dan alam melebihi 70 juta.
Jumlah 70 juta ini dianggap optima selepas mengambilkira faktor-faktor dinamik kependudukan berasaskan saiz tanah dan sumber-sumber yang ada.
_________________________________________________
* JKK (Jumlah kadar kesuburan) ialah alah satu daripada ukuran ke atas status esuburan bagi satu-satu kumpulan, komuniti atau egara (purata bilangan anak bagi setiap wanita alam lingkungan umur subur (15 - 49)uk
Pelaksanaan
Di sebalik tanggapan-tanggapan rumit mengenai isu ependudukan ini, Kerajaan mempunyai sebab-sebab ang munasabah berhubung dengan pembesaran saiz kependudukan terutamanya dalam usaha mengujudkan penduduk yang rajin, berdisiplin dan produktif.
Ini adalah asas penting bagi perkembangan perindustrian dan pengujudan pasaran untuk barang keluaran tempatan.
Pertambahan penduduk sebanyak empat atau lima kaliganda semestinya menimbulkan beberapa implikasi sosio-ekonomi. Kesan pembesaran kependudukan sebegini rupa akan dirasai disemua peringkat kehidupan khususnya terhadap sumber-sumber negara.
Di antara bidang-bidang yang akan terlibat adalah seperti berikut:-
i. Bekalan Makanan: sebahagian besar barang-barang makanan terpaksa di import dan ini akan menimbulkan masalah jaminan makanan dan pertukaran masing. Dengan itu kajian yang sepatut nya perlulah dibuat mengenai keupayaan kegunaan tanah dan penggunaan sumber-sumber lain.
ii. Perumahan: sekurang-kurangnya
sebanyak 10 juta unit perumahan akan diperlukan
untuk menampung tambahan penduduk sebanyak 50 juta
dan ini akan mengambil masa selama 100 tahun
mengikut kadar pembinaan sekarang ini.
iii. Pekerjaan: lebih daripada 20 juta
pekerjaan baru perlu diujudkan. Dengan demikian
adalah penting untuk menggerakkan tenaga buruh
menjadi berdisiplin, bermotivasi dan produktif.
iv. Kesihatan: Bilangan katil-katil
hospital perlu ditambah dari 25 ribu sekarang ini
kepada 140,000 jika matlamat jangka panjang iaitu 2
katil bagi tiap-tiap 1,000 penduduk hendak dicapai.
Bilangan doktor-doktor pun perlu ditambah
daripada 4,200 kepada lebih 30,000.
v. Pelajaran: Tempat bagi 15 juta
hendaklah disediakan dan sekurang-kurangnya
4000,000 guru diperlukan.
vi. Bekalan Air: Penggunaan air adalah
dijangkakan sebanyak 15.6 billion meter padu.
Kekurangan air telah pun dijangkakan pada tahun
2000 bagi jumlah penduduk sebanyak 21 juta.
vii. Penggunaan Tenaga: Penggunaan tenaga
akan meningkat sebanyak 4 atau 5 kali ganda ini
akan berlipat ganda lagi dengan adanya ekonomi
perindustrian.
Masalah ini akan bertambah rumit keranapencapaian
70 juta akan berlaku dalam masa Malaysia
mengalami kehabisan minyak dan gas
(post-hydrocarbon).
Berikutan dari masalah-masalah di atas, adalah
penting agar dasar-dasar yang sewajarnya diberi
perhatian yang utama. Di antara dasar-dasar
tersebut adalah seperti berikut:-
i. Dasar pembangunan ekonomi, yang
mengambilkira pertalian antara pembangunan dan
kesuburan, kematian, penghijrahan di samping
pertumbuhan, komposisi dan taburan penduduk serta
peningkatan pendapatan daya pengeluaran.
ii. Dasar tenaga manusia, yang
mengambilkira pertumbuhan tenaga buruh dan
perubahan kadar penyertaan tenaga buruh mengikut
jantina dan juga keperluan yang meningkat untuk
latihan teknologi yang termaju.
iii. Dasar sosial yang memberi tumpuan
kepada aspek-aspek seperti kesihatan,
pelajaran, perumahan, pembangunan keluarga (
termasuk perancang kelauarga) peningkatan
kebudayaan, keseimbangan sosial dari segi kumpulan
ethnik dan jantina, kebajikan kanak-kanak dan
orang-orang tua dan lain-lain kerana kesemuanya ini
akan dipengaruhi oleh arus pembangunan
sosio-ekonomi, pertumbuhan dan taburan penduduk.
iv. Dasar makanan, air dan pertanian
haruslah memberi tekanan ke atas kecukupan dari
segi taburan, perubahan corak penggunaan dan juga
ke atas peningkatan cara-cara penghasilan.
v. Dasar Tenaga haruslah dan
mengenalpasti sumber-sumber tenaga baru.
iv. Dasar alam sekitar yang mengambil kira
bahaya-bahaya akibat kerosakan eko-sistem y
penduduk yang pesat.
Kerajaan dalam usaha mencapai dasar
kependudukan ini telah memperkenalkan beberapa
langkah, di antaranya dasar percukaian dan
faedah-faedah bersalin yang akan memberi munafaat
kepada keluarga beranak lima.
Kerajaan juga telah mengkaji semula dan
menyelaraskan fungsi-fungsi dan peranan Lembaga
Kependudukan dan Pembangunan Keluarga Negara
(LPPKN) dan lembaga ini diharap dapat memainkan
peranan yang penting dalam mencapai matlamat dasar
ini.
PENCAPAIAN DASAR SEHINGGA 1990
Berasaskan kepada data-data semasa,
jumlah kadar kesuburan telah menurun daripada 3.8
bagi setiap wanita dalam tahun 1981 kepada 3.6
dalam tahun 1990. Laluan pertumbuhan penduduk ini
adalah seperti yang ditunjukkan di Rajah 1.
Pertumbuhan penduduk negara pula mencatitkan
penambahan daripada 13.8 juta dalam tahun 1980
kepada 17.8 juta dalam tahun 1990. Pada
keseluruhannya, tren ini adalah selaras dengan
matlamat dasar ini. Walau bagaimanapun, penurunan
kadar kesuburan ini adalah berbeza di antara
kumpulan-kumpulan ethnik negara ini. Jumlah kadar
kesuburan Melayu dalam tahun 1990 adalah melebihi
matlamat, iaitu 4.3, berbanding dengan jumlah kadar
kesuburan Cina dan India yang kini menghampiri
paras penggantian.
RAJAH 1
Laluan Pertumbuhan Penduduk ke
Arah Pencapaian Matlamat 70 Juta Penduduk
---------------------------------------
Tahun Jumlah Kadar Pertumbuhan
Kesuburan Penduduk
(Juta)
1990 3.6 17.6
2000 3.5 22.3
2010 3.3 27.7
2020 3.1 33.6
2030 2.9 39.8
2040 2.7 46.0
2050 2.5 51.9
2060 2.3 57.5
2070 2.05 62.1
2080 2.05 65.8
2090 2.05 68.7
2100 2.05 70.8
Dari segi penyelarasan perlaksanaan Dasar
ini pula, pada keseluruhannya faktor-faktor
kependudukan mengikut matlamat Dasar ini telah
dapat diambilkira dan diintegrasikan di peringkat
perancangan sektor-sektor pembangunan. Ini
dihasilkan menerusi kerjasama yang rapi dengan
agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.
Dalam sektor kesihatan, Kementerian yang
berkenaan telah menyatukan strategi-strategi dan
objektif-objektifnya dengan Dasar Kependudukan
Negara dalam merancang dan melaksanakan
perkhidmatan-perkhidmatannya. Bagi tempoh 1984-89,
Kementerian ini telah dapat memenuhi keperluan
kesihatan untuk penduduk negara yang telah
bertambah.
Pencapaian ini dapat ditinjau melalui
kadar kematian kasar yang telah menurun daripada
12.4 setiap 1,000 penduduk dalam tahun 1957 kepada
4.6 dalam tahun 1989. Kadar kematian bayi pula
telah menurun daripada 75.5 setiap 1,000 kelahiran
kepada 13.2 dalam tempoh yang sama. Sementara
kadar kematian ibu bersalin mencatitkan penurunan
kepada 0.24 setiap kelahiran dalam tahun 1988,
berbanding dengan 1.48 dalam tahun 1970. Akibat
daripada penurunan kadar kematian ini, jangka
hayat penduduk negara telah meningkat daripada
55.8 tahun (1957) kepada 68.8 tahun (1989) bagi
lelaki dan dari 58.2 kepada 73.3 bagi wanita.
Bagi sektor pendidikan pula,
faktor-faktor kependudukan telah digunakan sejak
tahun 1984 bagi menganggarkan bilangan murid-murid
yang akan memasuki Darjah 1, bilangan bilik darjah
dan guru, bilangan yang akan menamatkan
persekolahan dan menyertai pasaran buruh serta
daripada itu, aspek-aspek kependudukan juga telah
diperkenalkan di dalam kurikulum-kurikulum seperti
Alam dan Manusia, Kemahiran Hidup, Ilmu Alam
dan Statistiks.
Untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan
dalam bidang-bidang kependudukan dan kekeluargaan,
LPPKN juga telah menghasilkan beberapa usaha kajian
dan penyelidikan. Penemuan-penemuan kajian ini
menyediakan sumber rujukan dan input yang penting
kepada perancangan, pengawasan dan penilaian
pencapaian perlaksanaan Dasar Kependudukan Negara.
Di bawah program Pembangunan Keluarga pula,
pencapaian yang diperolehi sehingga kini adalah
pada keseluruhannya memuaskan. Di antara
aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah
perkhidmatan perancang keluarga yang bertujuan
untuk menjaga kesihatan ibu dan anak serta
kesejahteraan keluarga melalui amalan penjarakan
kelahiran yang lebih baik. Untuk tempoh Rancangan
Malaysia Kelima (19860-90), seramai 380,621
penerima baru perancang keluarga telah didaftarkan.
Ini merupakan penambahan sebanyak 19.3% berbanding
dengan pencapaian di bawah Rancangan Malaysia
Keempat (1991-95).
Di bawah program ini juga beberapa aktiviti
penyelidikan telah dan sedang dilaksanakan dalam
bidang-bidang biomedikal dan perubatan reproduksi
manusia. Ini meliputi kajian-kajian mengenai
kaedah-kaedah dan teknologi kontraseptif serta
aspek kemandulan dan kebakaan. Hasil-hasil kajian
ini digunakan bagi merumus satu program
kebangsaan perkhidmatan perancang keluarga untuk
digunakan oleh agensi-agensi yang berkenaan.
Untuk meningkatkan kesedaran masyarakat
mengenai kepentigan peranan institusi keluarga,
LPPKN juga telah menjalankan aktiviti-aktiviti
pendidikan dan kaunseling keluarga yang merangkumi
perkara-perkara seperti perkahwinan, penjagaan anak
dan keibubapaan. Pada awal bulan Mac, 1990, Lembaga
ini dengan kerjasama Kementerian Kebajikan
Masyarakat telah melancarkan Kempen Keluarga
Bahagia di peringkat seluruh negara.
Kemuncak kempen ini yang telah mendapat
sambutan baik di kalangan orang ramai ialah
pelancaran Hari Keluarga Kebangsaan pada 11
November, 1990. Perayaan ini yang akan diadakan
setiap tahun pada tarikh berkenaan merupakan satu
pengiktirafan rasmi oleh pihak Kerajaan mengenai
pentingnya institusi keluarga di dalam proses
pembangunan negara. Pelancaran Hari Keluarga
Kebangsaan juga meletakkan Malaysia di antara
negara yang pertama yang menetapkan satu hari yang
khusus untuk merayakan institusi keluarga.
Pihak LPPKN kini sedang berusaha untuk
memantapkan lagi perlaksanaan program Pembangunan
Keluarga di masa-masa akan datang. Dalam hubungan
ini keutamaan ditumpukan kepada usaha menyelaraskan
aktiviti-aktiviti kekeluargaan yang dijalankan
oleh pelbagai agensi ke arah pencapaian matlamat
pengekalan dan pengukuhan institusi keluarga
sebagai unit asas masyarakat.
Masalah-masalah Yang Dihadapi
Di antara masalah-masalah yang dihadapi
dalam perlaksanaan Dasar Kependudukan Negara ialah
:-
i. Tahap Pemahaman Mengenai Dasar Yang
Rendah.
Hasil daripada kajiselidik yang telah
dijalankan oleh LPPKN dan Jabatan Penerangan
Malaysia menunjukkan bahawa masih terdapat banyak
perbezaan dalam tanggapan dan persepsi masyarakat
mengenai Dasar ini. Di antara lain, Dasar ini
disalah anggap sebagai satu rancangan untuk
menggalakkan kadar kelahiran yang lebih tinggi.
Di samping itu masih juga terdapat keadaan
di mana isikandungan mesej-mesej yang disiarkan
kepada orangramai oleh beberapa agensi Kerajaan
sering bertentangan antara satu dengan lain
atau dengan objektif-objektif Dasar Kependudukan
Negara .
Bagi mengatasi masalah ini, LPPKN akan
meneruskan usaha-usaha penyebaran maklumat
mengenai Dasar ini kepada semua lapisan masyarakat
menerusi media cetak dan lain-lain aktiviti seperti
seminar, bengkel, kursus dan majlis-majlis
taklimat. Dalam usaha ini, peranan lain-lain agensi
yang terlibat dengan penyiaran dan penerangan
kepada orang ramai juga adalah sangat mustahak
untuk mengurangkan kekeliruan dan masalah salah
tafsiran Dasar ini.
ii. Keperluan Memperkukuhkan Penyelarasan
Perlaksanaan Dasar.
Faktor-faktor Kependudukan mempengaruhi dan
juga dipengaruhi oleh pembangunan sosioekonomi.
Walaupun pada keseluruhannya pencapaian
agensi-agensi sektoral dalam melaksanakan Dasar
Kependudukan Negara adalah memuaskan, aspek
penyelarasan antara agensi ini masih perlu
dipertingkatkan. Usaha ini perlu dilaksanakan
lebih-lebih lagi dengan adanya beberapa Dasar
baru yang telah digubal oleh Kerajaan, seperti,
Dasar dan Plan Induk Penswastaan, Dasar Pendidikan
Negara, Dasar Pertanian dan lain-lain.
Untuk memperkukuhkan lagi mekanisme
penyelarasan perlaksanaan Dasar Kependudukan
semula Jawatankuasa Penasihat Penduduk.
Jawatankuasa ini telah ditubuhkan oleh Kerajaan
dalam tahun 1985 untuk tempoh 2 tahun bagi
mengkaji aliran pertumbuhan kependudukan negara
serta aspek-aspek yang berkaitan dengan
perlaksanaan Dasar ini. Keanggotaan Jawatankuasa
ini akan terdiri daripada mereka yang mempunyai
pengalaman dalam bidang kependudukan pengajian
tinggi. Satu daripada fungsi utama Jawatankuasa
ini kelak ialah pembentukan satu Pelan Indikatif
yang akan merangkakan keperluan-keperluan sumber
mengikut sektor bagi tempoh-tempoh jangka panjang,
pertengahan dan jangka pendek selaras dengan
perlaksanaan Dasar Kependudukan Negara.
Selain daripada itu, LPPKN juga akan terus
menjalankan aktiviti-aktiviti kajian untuk
mendapatkan maklumat yang lebih kemaskini mengenai
kependudukan. Dalam hubungan ini, bermula dengan
Rancangan Malaysia Keenam (1991-95), satu usaha
mengumpul data-data demografi akan dilaksanakan di
peringkat-peringkat Negeri dan juga Daerah. Usaha
ini dijangka akan memperkukuhkan lagi sumber data
dan juga penyelarasan perlaksanaan Dasar
Kependudukan Negara.
Malaysia adalah dalam golongan
negeri-negeri yang kecil yang secara tegasnya
mempunyai dasar kependudukan. Untuk matlamat dasar
kependudukan ini secara berkesan, adalah penting
mengadakan dasar-dasar serentak dalam bidang-bidang
ekonomi, sosial,gunatenaga, alam sekitar, makanan,
air, pertanian, tenaga dan lain-lain secara
menyeluruh.
Dengan itu adalah perlu supaya semua pihak
iaitu Kerajaan, sektor swasta dan yang paling penting daripada rakyat sendiri, memainkan peranan
masing-masing dengan penuh tanggungjawab.
Dasar ini sebenarnya memperlihatkan satu perubahan
pemikiran yang penting dan radikal mengenai kependudukan iaitu daripada dasar pertumbuhan yang
berbentuk 'restrictive' kepada yang berbentuk 'promotive'. Dasar seperti ini diharap memelihara kepentingan jangka panjang negara memandangkan
hakikat bahawa rakyat bukanlah merupakan
'tanggungan' negara tetapi sebaliknya dianggap sebagai harta-harta produktif yang penuh berpotensi. Seperti yang telah dihuraikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri sendiri, sebarang pertambahan dari segi kependudukan sepatutnyalah diiringi dengan pertambahan daya pengeluaran yang
seimbang di segenap bidang. Perkara yang utama dalam hal ini ialah untuk mempastikan kadar
pertumbuhan ekonomi mendahului kadar pertumbuhan
kependudukan.
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 20 December 2008