3. DASAR EKONOMI BARU

LATAR BELAKANG

Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan.

Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar.

Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan konomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa enjajahan masih berterusan

RASIONAL

Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan i bawah garis miskin.Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan andar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah saperti berikut:

kaum
kadar kemiskinan
(%)

endapatan purata
keluarga sebulan (RM)

Melayu
64.8
172.00
Cina
26.0
394.00
India
39.2
304.00
Lain-lain
44.8
813

Dari kajian Tahunan Hakmilik Syarikat-syarikat Berhad yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan dan rekod dari Pendaftar Syarikat adalah didapati hakmilik dan penguasaan sektor syarikat-syarikat pada tahun 1971
adalah seperti berikut:

    Pemilikan
( RM juta )
Jumlah Pemilikan
%
1. Bumiputera perseorangan
dan agensi amanah
279.6
4.3
  a) Bumiputera Perseorangan 168.7
2.6
  b) Agensi Amanah
110.9
1.7
2. Bukan Bumiputera
2,233.2 34.0
  Warganegara asing
4,051.3 61.7
  Jumlah 6,564.1
100.0

Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut:

Sektor
Melayu Cina India
Lain-lain
1.Pertanian 67.6
19.9 11.5 1.0
2.Perlombongan
32.1
58.7 8.5
0.7
3.Perniagaan/
Perdagangan,
Pentadbiran Awam,
Pelajaran,
Pertahanan dan
Kemudahan Awam.
42.6 45.5
10.7
1.2

Kepincangan di atas dipercayakan telah merupakan suatu sebab utama berlakunya peristiwa 13 mei 1969. eristiwa ini merupakan satu perusuhan perkauman yang telah memaksa satu dasar yang bersepadu diwujudkan. asar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru ini adalah satu dasar yang dilancarkan oleh kerajaan dalam ahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) untuk membetulkan ketidakseimbangan sosial ekonomi yang wujud di Malaysia di antara kaum-kaum, di antara wilayah-wilayah dan di antara kawasan di wilayah yang ama.


OBJEKTIF

Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu , kerajaan telah mengusahakan supaya satu endekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar konomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan engurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.

STRATEGI PELAKSANAAN

Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi erampang dua mata:

i. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut ungsi-fungsi ekonomi.

Membasmi kemiskinan

Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puashati di kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha elah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya:

i. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.
ii. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
iii. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.
iv. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luarbandar dan antara wilayah.
v. Memodenkan kehidupan di luarbandar.
vi. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.
vii. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.
viii. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

Penyusunan Semula Masyarakat

Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang ahun 1990 pemilikan saham / ekonomi Malaysia akan elambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ni , di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30% , 40% ukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri.

Dalam mencapai matlamat penyusunan semula asar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun :
i. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan olongan miskin melalui proses memodenkan kawasan uarbandar.

ii. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam truktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan ara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi eluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga uruh mencerminkan bilangan kaum.

iii.Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat
Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan ertumbuhan ekonomi.

iv. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan per industrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan,Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional.

v. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur elalui pembangunan wilayah baru seperti DARA,KESEDAR, EJORA dan sebagainya.

Penutup

Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara elalui prosespembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan negara ang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar erajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas.

Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih ari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan erubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari ektor swasta.

Di pos oleh Arbain Muhayat pada 20 December 2008