Bagi kaum wanita, adalah lebih afdal (baik) dikerjakan di rumah.
Jika di masjid ada orang mengajar, memberi ceramah atau peringatan agama, sembahyang di masjid adalah lebih baik, kerana menuntut ilmu agama adalah wajib ke atasnya.
Pada hakikatnya, saya dapati wanita kini ditegah untuk mempelajari ilmu agama seperti mengetahui hukum-hukum Allah dan cara-cara beribadat serta beristiqamah kepada-Nya, Wanita dan anak-anak mesti mentaati suami dan mengikut katanya. Sekiranya si suami tidak mempunyai ilmu di dalam bidang agama, wanita tadi hendaklah mencari jalan untuk mempelajarinya.
Bulan Ramadan adalah masa yang paling baik untuk belajar dan mendengar syarahan agama, dan sebaik-baiknya ialah bersembahyang jemaah di masjid. Sekiranya terdapat halangan-halangan seperti sakit, bolehlah dia mengerjakannya di rumah. Jika si isteri lebih suka untuk berjemaah di masjid, tidak kira bila-bila masa pun, si suami tidak boleh menghalangnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
'Janganlah kamu menghalang wanita-wanita untuk ke masjid.' (Riwayat Muslim)
Walaupun tiada tegahan ke atas wanita untuk ke masjid, dia hendaklah menepati syarat-syarat yang harus dipatuhi, iaitu adab Islam dari segi cara berpakaian dan perjalanannya ke masjid. Dia tidak boleh bersolek, memakai perhiasan dan ditegah berjalan dengan melenggang-lenggok. Pemergiannya hendaklah ikhlas kerana Allah, bukan untuk bersuka-suka atau bermegah-megah. Inilah di antara perkara yang harus dijaga oleh seseorang wanita muslimah.
Rujukan : Dr. Yusuf al-Qardawi,Fatwa Masa Kini (Terjemahan)1&2
Wanita dan Sembahyang Terawih
Sembahyang Terawih boleh dikerjakan oleh kaum lelaki dan wanita, dan ia harus ditunaikan di rumah atau di masjid,Bagi kaum wanita, adalah lebih afdal (baik) dikerjakan di rumah.
Jika di masjid ada orang mengajar, memberi ceramah atau peringatan agama, sembahyang di masjid adalah lebih baik, kerana menuntut ilmu agama adalah wajib ke atasnya.
Pada hakikatnya, saya dapati wanita kini ditegah untuk mempelajari ilmu agama seperti mengetahui hukum-hukum Allah dan cara-cara beribadat serta beristiqamah kepada-Nya, Wanita dan anak-anak mesti mentaati suami dan mengikut katanya. Sekiranya si suami tidak mempunyai ilmu di dalam bidang agama, wanita tadi hendaklah mencari jalan untuk mempelajarinya.
Bulan Ramadan adalah masa yang paling baik untuk belajar dan mendengar syarahan agama, dan sebaik-baiknya ialah bersembahyang jemaah di masjid. Sekiranya terdapat halangan-halangan seperti sakit, bolehlah dia mengerjakannya di rumah. Jika si isteri lebih suka untuk berjemaah di masjid, tidak kira bila-bila masa pun, si suami tidak boleh menghalangnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
'Janganlah kamu menghalang wanita-wanita untuk ke masjid.' (Riwayat Muslim)
Walaupun tiada tegahan ke atas wanita untuk ke masjid, dia hendaklah menepati syarat-syarat yang harus dipatuhi, iaitu adab Islam dari segi cara berpakaian dan perjalanannya ke masjid. Dia tidak boleh bersolek, memakai perhiasan dan ditegah berjalan dengan melenggang-lenggok. Pemergiannya hendaklah ikhlas kerana Allah, bukan untuk bersuka-suka atau bermegah-megah. Inilah di antara perkara yang harus dijaga oleh seseorang wanita muslimah.
Rujukan : Dr. Yusuf al-Qardawi,Fatwa Masa Kini (Terjemahan)1&2
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 09 June 2008