Bercakap Baik Atau Diam
Rasulullah SAW telah bersabda,
Maksudnya:
" Barang siapa percaya dengan Allah dan dengan hari Akhirat, hendaklah dia bercakap baik atau diam."
Kita
manusia ini disuruh oleh Tuhan hidup mengikut pengakuan kita dalam
sembahyang yaitu Inna sholati wanu suki wa mahyaya wa mamati lillahi
robbil `alamin. Kita hidup ini macam manapun aktif, cergas, progresif
hanya dalam 3 kategori saja, tak boleh berbuat lebih dari itu.
1.
Perbuatan atau amalan atau usaha . Itu yang banyak, samada orang Islam
atau bukan Islam. Di sudut politik, ekonomi, pendidikan kebudayaan dan
sebagainya semuanya bersifat perbuatan atau amalan.
2 . Bercakap , kalau kita tidak berbuat maka kita bercakap. Kalau tidak bercakap, maka kita,
3. Diam.
Adakah orang membuat diluar 3 ini?
Hidup manusia ini 3 kategori saja. Kalau tidak bercakap, diam atau berusaha, bertindak, beramal.
Tiga
kategori hidup ini, dia pergi kepada 3 kategori nilaian Tuhan. Tuhan
nilai pun kepada 3 kategori juga, pahala, dosa, tak pahala tak dosa
(mubah/harus).
Dia bertindak, bercakap atau diam samada pahala,
dosa atau masuk kawasan harus. Ada orang Islam berfikir, aku nak jaga
jangan pergi ke dosa, buat yang harus tak mengapa.
Walaupun kita
buat benda yang harus, samada bercakap, diam atau bertindak, Tuhan kira
juga. Tuhan hisab. Bila di hisab tak berdosa. Nampaknya macam mudah.
Benda yang tak berdosa tapi menyusahkan. Macam membawa barang banyak
pergi luar negara. Walaupun bukan barang larangan, tapi bila sampai
dekat border, diperiksa 4 jam. Tak kena tangkap, tak kena jail, tapi
diperiksa 4-5 jam. Menyusahkan. Begitulah kalau kita buat perkara
harus, ianya tak berdosa, tapi kena hisab banyak. 1 hari kena hisab di
sana, 1000 tahun di sini. Tak masuk Neraka, tapi 1000 tahun tersiksa.
Kalau
tindakan, kita mudah faham. Fokusnya pada hadis tadi. Barang siapa yang
percaya dengan Allah dan hari Akhirat hendaklah bercakap baik atau
diam. Maksudnya kalau kita bercakap atau diam, niatkanlah kerana Allah.
Ada hubung kait dengan Tuhan. Kerana Tuhan, untuk mencari keredhoan
Tuhan, selaras dengan kehendak Tuhan. Yang ke-2 selaras dengan nilai
Akhirat. Bila selaras dengan kehendak Tuhan, tentu ada nilai Akhirat,
Syurga. Jadi kalau kita bercakap mesti ada hubung kait dengan keredhoan
Tuhan, mesti sesuai dengan nilai Akhirat . Jangan kita buat nilai dunia
sebab kalaupun tak jatuh harus, dia jatuh dosa.
Begitu juga
diam, biarlah diam kita itu kerana Tuhan atau ada nilai Akhirat dengan
kata-kata lain berpahala. Macam mana bercakap yang ada nilai Akhirat
dan bagaimana diam yang sesuai dengan kehendak Tuhan dan ada nilai
Akhirat?
Kata Rasulullah SAW kalau boleh cakap baik, cakap
kerana Allah kalau tak boleh, kita diam, tapi diam kerana Allah. Macam
mana cakap yang baik itu?
1. Kita memperkatakan ilmu .Ini cakap baik. Kita kuliahkan ilmu, kita membincangkan ilmu.
2. Berdakwah mengenalkan Tuhan, mengenalkan syariat Tuhan, mengenalkan akhlak yang disukai Tuhan .
3.
Kita bermesyuarat, berbincang, misalnya bagaimana Tuhan sampai
dibesarkan orang. Macam mana nak suburkan syariat, macam mana supaya
manusia berakhlak seperti yang Tuhan mahu.
4. Menasehatkan orang
dengan bermacam-macam bentuk nasehat, supaya orang ikut Tuhan,
berakhlak ikut Tuhan, hidup yang betul, berekonomi yang betul
5.
Bercakap dengan tujuan hendak mendamaikan dua orang atau dua puak yang
sedang begaduh, yang sedang berkrisis, yang sedang berbalah. Begitu
juga kalau kita terpaksa berbahas, berbincang, hendaklah dengan
kata-kata yang baik, jangan maki hamun, jangan kasar
Kalau kita
tak boleh cakap baik, nak mengajar tak pandai, nak berdakwah tak
pandai, nak mesyuarat orang tak panggil, nak nasehatkan orang tak
berani, kita orang biasa, lebih baik diam. Macam mana diam kerana
Tuhan, diam yang bernilai Akhirat? Diam itu biarlah berisi, diam ubi,
jangan diam tin kosong. Ubi diam saja tapi berisi. Mungkin diam lebih
banyak dari pada bercakap, kalau ada ilmu kalau faham
1. Diam ingat dosa . Dalam diam kita kenang dosa-dosa sejak baligh sampai sekarang, kita hitung dosa-dosa kita
2. Diam berfikir , apa lagi kebaikan-kebaikan yang aku nak buat
3.
Diam berzikir , bukan membaca zikir tapi ingat Tuhan, takut Tuhan, rasa
bertuhan, rasa hina dengan Tuhan, rasa kehebatan keagungan Tuhan, ingat
kebesaran Tuhan, rasa kehebatan Tuhan, cintakan Tuhan.
4. Termasuk diam memikirkan ilmu . Bila dia berfikir keluar ilmu.
5.
Termasuk d iam menulis perkara yang disukai Tuhan dan bernilai Akhirat
.Diam yang ada hubungan dengan Allah dan ada hubungan dengan Akhirat.
Kita
yang sedar ni agak takut dengan Tuhan, banyak diam terutama waktu nak
tidur, tapi masuk kawasan harus, rugilah. Kalau 3 jam kita gelisah tak
dapat tidur, ia tak dosa. Berfikir tidak, bertindak tidak, tapi kena
hisab. Tak masuk Neraka tapi hisab 1 hari di sana macam 1,000 tahun di
sini. Kalau kena tahan 1 minggu? Sudah kena azab.
Setengah orang
bila diam, nampak Siti Nurhaliza, Mawi dan lain-lain.Orang yang tak
tahu kata, elok dia ini, tak banyak cakap. Diapun nak cakap banyak tak
pandai, sesuailah dia tidur banyak. Rupanya dalam tidur dia khayal. Apa
yang ditengok dalam surat khabar nampak balik. Sebab tu kalau kita diam
tak boleh datangkan pahala, dah terlanjur fikir benda harus, ingat
isteri. Nak ingat kebesaran Tuhan tak pandai, nak fikir keadilan Tuhan
tak pandai, fikir isteri masing-masing. Bila isteri nak balik? ini
harus daripada fikir yang bukan-bukan.
Rasulullah SAW pesan
kalau kita pandai cakap, cakaplah, bagi ilmu, mengajar, ada nilai
Akhirat. Kalau kita cakap tak pandai, lebih baik diam untuk berfikir
atau berzikir. Orang yang tak takut Tuhan, tak kenal Tuhan, kemudian
dia nak buat secara zahir tak boleh, sebab dia orang biasa, duit tak
ada, kemampuan tak ada, bila dia nak tidur, macam-macam datang.
Sebenarnya walau nampak baik, dia bukan baik. Dia sedang menempah
Neraka. Dia buat nilai Neraka. Janganlah diam kita itu menipu diri
kita. Kita sangka kita tak jahat tapi kita fikir benda jahat. Jahatlah
kita.
Sekian.
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 09 June 2008