Wuduk (Mengambil air sembahyang)
Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-
* 1. Sembahyang-sembahyang sunat.
* 2. Thawaf di Baitullah.
* 3. Menyembahyangkan mayat.
* 4. Sujud tilawah atau sujud syukur.
* 5. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan,
diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu
lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.
Rukun Wuduk
Rukun berwuduk ada 6 (enam);
1. Berniat untuk wudhu, dan melafazkan
"Nawaitu
rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat
hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala"
bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta'ala".
Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta
mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.
1. Membasuh muka (dengan merata)
2. Membasuh tangan hingga sampai dengan kedua siku (dengan merata)
3. Mengusap sebagian kepala
4. Membasuh kaki hingga sampai dengan kedua mata kaki (dengan merata)
5. Tertib (berurutan)
Sunat-Sunat Wuduk
Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwuduk:-
* 1. Menghadap ke arah Kiblat.
* 2. Membaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
* 3. Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwuduk.
* 4. Berkumur atau bersugi.
* 5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
* 6. Menyapu air ke kepala.
* 7. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
* 8. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
* 9. Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
* 10. Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
* 11. Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
* 12. Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwuduk.
* 13. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wuduk dengan kain atau sebagainya.
* 14. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
* 15. Berjimat ketika menggunakan air.
* 16. Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wuduk.
* 17. Membaca Doa Selepas Wuduk setelah selesai berwuduk.
"Asyhadu
an laa ilaaha illalaahu wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa Rasuuluh,
Allahummaj'alnii minat tawwaa biinaa waj'alnii minal mutathahhiriin.",
artinya: "Aku bersaksi bahwa Tidak ada Tuhan selain Allah, dan aku
bersaksi bahwa sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba-Nya dan
rasul-Nya. Ya allah, masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang
bertaubat, dan masukkanlah ke dalam golongan orang-orang yang suci."
* 18. Kemudian dilanjutkan dengan sholat sunnat wudhu sebanyak 2 (dua) raka'at.
Bahawa
Ia (Usman ra.) minta air lalu berwudu. Beliau membasuh kedua telapak
tangannya tiga kali lalu berkumur dan mengeluarkan air dari hidung.
Kemudian membasuh wajahnya tiga kali, lantas membasuh tangan kanannya
sampai siku tiga kali, tangan kirinya juga begitu. Setelah itu mengusap
kepalanya, kemudian membasuh kaki kanannya sampai mata kaki tiga kali,
begitu juga kaki kirinya. Kemudian berkata: "Aku pernah melihat
Rasulullah saw. berwudu seperti wuduku ini, lalu beliau bersabda:
Barang siapa yang berwudu seperti cara wuduku ini, lalu salat dua
rakaat, di mana dalam dua rakaat itu ia tidak berbicara dengan hatinya
sendiri, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni." (H.R. Usman bin
Affan ra).
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 09 June 2008