Jika Isteri Sakit

Di
satu petang, kita balik dari pejabat dengan hati yang penuh harapan,
harapan disambut oleh isteri dan anak-anak di depan pintu. Pintu
diketuk dan salam diberi. Apabila pintu dibuka, hanya anak sahaja yang
menjawab salam.
Bagi anak perempuan kita cium pipinya dan anak
lelaki pula kita usap kepalanya. Kebiasaannya, emak mereka juga akan
menyambut dengan tersenyum simpul. Tetapi tiada pada petang ini. Kita
pun terus ke bilik study untuk meletakkan brief case kita. Kita ke
bilik tidur dan dapati isteri kita terbaring berselimut atau yang
serupa dengan itu.
Kita pun bertanya, "Sakit ke?"... Isteri kita
diam aje dengan wajah yang menggambarkan dia memang sakit. Kita pun
terus ke dapur bancuh minuman sendiri dan dan minum depan TV. Lima
minit kemudian isteri kita turun dan terus ke dapur menyediakan makanan
untuk malam. Disebabkan kita nampak dia boleh ke dapur dan sediakan
makanan maka kita pun terus ke bilik study sambung kerja pejabat atau
keluar
rumah untuk bermain badminton atau cuci kereta. Dalam hati
kita berkata,'isteri tu taklah teruk sangat sakitnya, sebab nampak dia
boleh berjalan ke dapur'.
Cuba kita selami, apa pula hati isteri kita berkata.
"Alhamdulillah,
Abang dah balik, nanti nak ajak abang ke klinik jumpa doktor dan ambil
ubat. Badan ni tak larat nak bangun. nanti dia naik ke bilik baru nak
bersiap tukar pakaian ke klinik."
Abang pun tanya, "Sakit ke?"
Dalam hatinya," Hai takkan tak nampak orang tengah sakit ni, tanya
pulak. Tengok tu, dia buat tak peduli aje.. tengok TV pulak...
sepatutnya ajaklah ke klinik......" Sambil turun ke dapur hatinya
berkata, "Orang sakit, dia bukan peduli, tapi kalau dia yang sakit,
macam-macamlah dia suruh kita buat untuk dia. Menyampah.. nanti kita
dah tak bangun sangat, baru terhegeh-hegeh
nak tolong usung ke klinik." Maka diusahakan juga ke dapur walaupun dirinya sakit, untuk berbakti pada anak-anaknya.
Suami-suami
yang dimuliakan, isteri kita mempunyai jiwa 'anak kecil' apabila dia
terkena demam, sakit kepala dan sebagainya dan lebih-lebih lagi
"pening-pening-morning sickness".
Walaupun sakitnya itu tidak
seberapa pada pandangan kita, tetapi sangat besar ertinya di sisi
mereka. Mereka memerlukan kita membelai mereka sebagaimana doktor
membelai pesakitnya yang datang mengadu sakit minta diubati. Mereka
tidak minta di belai berjam-jam. Kalau lebihpun, hanya lebih sikit
daripada doktor aje.
TAK SAMPAI LIMA MINIT PUN.
Kita kena
jadi doktor yang pertama dulu. Bila nampak dia terbaring atau duduk
yang menggambarkan dia sedang sakit. Maka, hendaklah terus mengadapnya
sebaik saja kita masuk ke rumah. . Bila tanya pada anak, "Emak mana?"
Anak jawab, "Dalam bilik ". Maka kita hendaklah terus ke bilik dengan
beg brief case sekali. Dan belailah bagaimana doktor membelai
pesakitnya. Dapatkan suhu badannya walaupun dia tak demam, letaklah
tangan di dahinya atau tengkoknya.
Peganglah lengannya untuk
mengira denyutan jantungnya walaupun kita tak tahu kadar yang
menunjukkan dia tu memang sakit. Dengarlah bunyi paru-parunya bila dia
bernafas dengan meletakkan tapak tangan kita di belakangnya dan urut
sedikit walaupun kita tidak menggunakan alat yang doktor guna itu.
Sentuhan-sentuhan
begini sudah cukup untuk menyembuh psikologinya. Tanyalah dia bila dia
kena demam... dsb supaya dia luahkan penyakit psikologinya dulu dengan
menceritakan puncanya dan offer cepat-cepat nak bawa ke klinik agar dia
boleh berfikir dan menilai tahap sakitnya sama ada berbalui untuk di
bawa ke klinik. Sebab kekuatan psikologinya telah diperolehinya dari
"doktor yang disayangi" ini. Tidak perlu lagi dari doktor perubatan
yang lain.
Biasanya dia akan kata, "Tak apalah bang, demam ni
sikit aje, ...." Jika ini jawapannya, maka Alhamdulillah, ini bermakna
hati dan jiwanya telah puas dan kuat dengan belaian kita dan dia REDHA
akan demamnya itu. Begitu juga kepada si isteri jika suami anda sakit.
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 09 June 2008