Khasiat daun teh

Sumber : Berita Harian

DAUN teh diakui sains boleh mengelakkan pelbagai penyakit seperti kanser, kencing manis, penyakit hati, mengurangkan kolesterol dan atherosclerosis. Oleh itu, sejak berzaman lagi orang Jepun dan China mengamalkannya dalam pemakanan mereka.

Jika anda seorang penggemar minuman berasaskan teh, jangan dibuang daun teh selepas menggunakannya. Tahukah anda, selain daripada menjamin kesihatan, daun teh mempunyai khasiat untuk menyuburkan pokok tanaman. Ia boleh dijadikan baja humus (baja akibat daripada pencernaan daun tumbuhan mati) untuk menambah kesuburan tanah.

Apa yang perlu dibuat, selepas digunakan, basuh daun teh dengan air paip untuk membersihkannya. Ini untuk mengelakkan tanaman anda dikerumuni oleh semut akibat penggunaan gula ketika menyediakan minuman.

Letakkan daun teh tadi di atas tanah tanaman anda. Anda pasti berpuas hati dengan hasilnya. Anda bukan saja boleh menikmati kenikmatan meminum teh dan menjaga kesihatan malah tanaman anda juga akan hidup subur.

Di pos oleh Arbain Muhayat pada 08 June 2008