Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”
Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan
aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan
minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul
maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang
tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu
nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan
lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah
tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang
yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang
yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa.
Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja
kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati.
Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka
matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa
kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke
nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Iblis
mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu
dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada
orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat
kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan
Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika
dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung
yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba
kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun
mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada
Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah
tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan
dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati,
seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam
sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu
kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang
dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang
hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman,
sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan
minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil
makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai
oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja
makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa
engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya
kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam
syurga.”
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa
berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di
dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua
amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan
datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa
banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami
menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu
sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan
bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka
hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu
datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini
kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam
keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”
Berkata
ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi
dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat
syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan
untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu
patuh kepada kami.”
Ketika itu orang yang dalam sakaratul
maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya
sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga
palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang
sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam
sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat
Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.”
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni
itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu
benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Iblis: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”
Berkata
orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang
benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda
besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya,
mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai
makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi
sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi
sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut
nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan
kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama
hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Iblis yang
ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan
ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad
akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar
(ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam
dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia
sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang
hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk
menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan
berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul
maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud:
“Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir
mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”
Iblis Datang Mengganggu Ketika Sakaratul Maut
Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.Di pos oleh Arbain Muhayat pada 08 June 2008