Menggigil Lutut Jin Dan Manusia Melihat Neraka Jahanam
Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa pada
disetiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap
gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu
pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith
tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor
pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya
mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadith yang sama
menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka
Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu terbuka, akan
keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan Jin dan Manusia. Dan
sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang
pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka
mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan
dibelakang mereka.
Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila
terpandang akan asap tersebut maka bergementarlah dan mereka berlutut
dan memanggil-manggil: “Ya Tuhan kami selamatkanlah.”
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Akan
didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahanam itu mempunyai 70,000
kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh oleh 70,000 malaikat,
dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada
diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang
bermaksud:“Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”
Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan
setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana
kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya maka nescaya
akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia
akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahanam.
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 08 June 2008