6 perkara Allah sembunyikan
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang cantik,danAllah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan (124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail AS memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada
aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian
Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah
swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai
Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai
Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang
seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia
mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,sekiranya mereka itu
mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja,dan mereka
dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari
solat mu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu,
sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian
Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada
mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang
bermaksud. "Ya Jibrail, akan Akuberikan syurga Ma'waa sebagai tempat
tinggal"
Kemudian Jibrail AS meminta izin kepada Allah untuk
melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail AS mendapat izin dari Allah SWT
maka pergilah Jibrail AS dengan mengembangkan sayapnya dan terbang,
setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak
perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun
sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah
berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT
lalu ia berkata dalam sujud :
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,atau
sepertiganya,
atau seperempatnya?" Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail,kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun
aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki,
lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak
akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat
Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 08 June 2008