Fakta Kesihatan:Khasiat minyak ikan kod

Kajian Sejarah
Sejak
turun temurun minyak ikan kod dipercayai boleh digunakan sebagai ubat,
walaupun rasanya teruk dan berbau busuk, kerana ia melalui proses
pereputan secara semula jadi dan berwarna hampir kehitaman.
Pada
abad ke-18, minyak ikan kod melalui proses pemanasan dengan wap yang
menghasilkan warna lebih pudar. Walaupun minyaknya lebih berkualiti,
rasanya masih tidak sedap dan ia digunakan untuk merawat kanak-kanak
yang mengalami penyakit riket.
Menjelang abad ke-19, The British
Cod Liver Oil Producers (Hull) Ltd mengambil pendekatan berbeza. Mereka
melakukan kaedah mengukus cerek mengandungi minyak ikan kod. Kemudian
mereka menyedari beberapa syarikat menangkap ikan menggunakan pukat
tunda yang beroperasi di Hull, England menggunakan teknik merebus di
laut.
Teknik itu menghasilkan minyak berwarna coklat keemasan, rendah kandungan asidnya dan rasa lembut.
Kenneth
McLennan yang pernah bertugas dengan Lever Brothers mencadangkan minyak
ikan kod boleh diperoleh dalam bentuk lebih kecil dan mewujudkan jenama
dikenali sebagai ‘Seven
Minyak ikan untuk sendi sihat
Orang Eskimo jarang mengalami artritis reumatoid
kerana mereka banyak makan ikan. Orang Jepun juga mengamalkan diet yang
mengutamakan ikan. Itu sebabnya kes artritis (sakit sendi) di dua
negara itu jauh lebih rendah berbanding negara lain.
Kajian
menunjukkan bagi pesakit yang mengalami artritis reumatoid ringan,
pengambilan minyak ikan kod boleh mengurangkan keperluan ubat
anti-keradangan bukan steroid (NSAIDs).
Minyak ikan kod yang kaya dengan asid lemak Omega-3
penting untuk orang dewasa yang mengalami artritis dan masalah lain
yang berkaitan tulang. Penggunaan asid lemak Omega-3 boleh mengurangkan
pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi.
Bagi
pesakit arthritis, keradangan adalah seperti pisau bercerancang kerana
enzim boleh menyebabkan masalah serius. Keadaan ini berbeza pada orang
sihat kerana enzim tidak aktif. Di samping mengurangkan pengeluaran
bahan kimia yang menyebabkan keradangan, asid lemak Omega-3 boleh
merendahkan risiko kerosakan rawan.
Osteoartritis
Artritis
adalah jenis paling biasa di kalangan penyakit lemah sendi. Satu bentuk
artritis paling biasa ialah osteoartritis. Osteoartritis adalah
penyakit sendi degeneratif yang boleh menyerang semua orang.
Penyakit
ini hasil daripada proses ‘haus dan lusuh’ sendi, biasanya ia
membabitkan orang tua, namun ada juga orang muda menderita penyakit
sama. Ia lebih ketara pada sendi yang mengalami pelbagai tekanan dan
‘penderaan’ seperti sendi kaki iaitu lutut dan buku lali.
Artritis reumatoid
Artritis
reumatoid adalah penyakit sistem imun yang menyakitkan, menyebabkan
pesakit berasa tidak selesa dan mengalami bengkak pada sendi, saraf,
otot, tendon, pembuluh darah dan tisu perantara di dalam badan.
Artritis
reumatoid boleh menyerang individu tanpa mengira peringkat umur, tetapi
kebanyakannya membabitkan kumpulan usia antara 25 hingga 40 tahun.
Ratusan ribu penduduk di United Kingdom, termasuk kanak-kanak,
mengalami masalah ini.
Bagi sesetengah orang, arthritis
reumatoid hanya menyerang sekali seumur hidup. Namun ada yang
menghadapi serangan penyakit sepanjang hayat kerana ia penyakit
bersifat progresif dan jangka panjang, merebak dari satu sendi ke sendi
lain dan boleh menyebabkan kecacatan tangan serta kaki.
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 08 June 2008