Kekayaan harta benda atau wang ringgit hanylah sementara
Suatu masa ketika Harun ar-Rasyid menjadi khalifah di Baghdad, Iraq ada seorang alim lagi faqih dan soleh yang sangat terkenal pada masa itu, bernama Ali Syaqiq bin al-Azdi.
Ketika beliau menunaikan
ibadah haji dan singgah di Iraq, Khalifah Harun al-Rasyid memerintahkan
pengawalnya untuk mengundang Syaqiq ke istananya.
Setibanya Syaqiq di istana, Khalifah Harun al-Rasyid yang memiliki sifat tawaduk meminta nasihat daripada beliau.
Pada
saat itu datang seorang pelayan membawa hidangan berisi segelas air.
Kemudian Syaqiq mengambil gelas itu dan bertanya kepada khalifah.
“Seandainya
khalifah berada di gurun yang sangat tandus dan sangat memerlukan
seteguk air minum, tiada punca air melainkan pada seorang Arab Badwi
dan orang itu mengetahui khalifah yang kaya, lalu ingin menjual air itu
dengan separuh daripada harta tuanku, tuanku hendak beli atau tidak?”
Khalifah
kemudian menjawab akan membayarnya walaupun dengan separuh kekayaan
kerajaannya. Syaqiq lalu meminum segelas air terbabit.
Syaqiq kemudian bertanya kembali kepada khalifah:
“Seandainya air yang tadi diminum tidak dapat dikeluarkan dari tubuh
khalifah, yang ada ialah seorang doktor sanggup merawat penyakit
khalifah tetapi mengenakan bayaran separuh daripada harta yang tinggal?”
Khalifah kembali menjawab akan membayarnya dengan separuh kekayaan kerajaannya.
Syaqiq kemudian menjelaskan, harga sebuah kerajaan ternyata sama dengan harga segelas air.
Di
mana makna yang terkandung di dalamnya adalah jangan bangga dan sombong
dengan segala kekayaan yang kita miliki. Jangan saling merebutnya
dengan menghalalkan segala cara kerana kekayaan material di dunia
sifatnya hanya sementara saja.
Di samping itu cerita ini mengingatkan betapa lemahnya kita sebagai manusia sangat memerlukan nikmat Allah.
Kita
tidak dapat hidup tanpa air. Besar manapun kita, kaya manapun kita,
masih kalah dengan air, kita lemah bukan saja memerlukan air, jauh
sekali hendak mencipta air.
Kita penduduk Malaysia tercinta
banyak mandapat nikmat air, jadi syukuri dan jangan membazir air.
Kadangkala dengan mudah kita membiarkan air mengalir tanpa menutupnya.
Kisah
di atas juga melukiskan betapa tidak berertinya harga kekayaan material
yang dimiliki manusia di dunia. Ini diikuti dengan merasakan segala itu
adalah pinjaman daripada Allah.
Allah boleh memberi pada
bila-bila masa kepada kita dan Allah juga boleh mengambil nikmat
daripada kita bila-bila masa, di mana saja dan apa cara sekalipun.
Justeru,
kita sebaiknya memperkayakan diri kita, tidak hanya dari segi material
saja, namun apa yang ada di sekitar kita dapat dijadikan sumber
kekayaan yang hakiki, seperti kita memiliki keluarga soleh dan
sebagainya.
Sehingga apa-apa yang kita lakukan, insya-Allah akan mendapat keberkatan daripada Allah.
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 08 June 2008