Damai yang abadi.
"Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan.
"Cantik macam syurga ker ummi?" adik tanya lagi. Ummi senyum.
Adik
bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk
sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila
nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi.
Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya
Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai
baju buruk, walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik
mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.
Walid pimpin
tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil.
Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La
ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbarwallilla hilham..
Adik
khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ketelinga,lagak seperti bilal
masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat
gelagat adik.
Di
persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik
pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar
walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama
negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma
mendengar. Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam
indah.Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa. Walid pernah
beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah.
MasjidilAqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi
Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini.
Adik
buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya
duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid,kemudian
walid solat tahiyatul masjid. Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri
betul-betul dekat dengan walid.Adik pandang walid. Bila walid angkat
tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca
sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca.
Walid rukuk, adik rukuk. Walid sujud, adik sujud.
Adik
membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman
dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik.Suasana ketika itu
tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup
dalam-dalam udara pagi.
Tiba-tiba
ketenangan itu diragut.Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik
juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju
ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung
adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adiktakut. Adik pejam
mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan
walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh
tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik
terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik
menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu
persatu dari kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi
adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan
walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut
walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid
tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiii iiiiiiiiiiiiiiii
id!!!!!!! " Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak
menoleh kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi
hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di
hantar kerumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok
ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba
tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis.
Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,
abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat
walid keluar rumah Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk
rumah dengan ummi.Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik
tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi.
Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat
cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk."Adik nak ikut walid".
Ummi
geleng kepala dan peluk adik. Adik lap airmata di pipi ummi. Adik
senyum. Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke
belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang
tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma
duduk diam dan tengok.Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik
menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja.
Tidak keletah adik dibuatnya.
Mata
adik melilau-lilau mencari barang mainan.Adik nampak benda bulat
seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan
belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik
masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang
tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi
montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya
bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari
mendapatkan ummi. Merajuk. Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti
hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat
walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki.
Orang lelaki tidak boleh menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah.
Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua
benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun
abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah.
Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang, cium
abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil.
Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang
dukung adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang
nak pergi mana" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi
berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara. Kelibat abang
hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi
pemergian abang.
Lepas
abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel,
pasal syurga, pasal jihad dan banyaklagi. Semuanya adik tidak faham.
"Isra..Israfil. " terkial-kial adik menyebutperkataan itu dalam pelat
yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan namamalaikat. Malaikat yang tiup
sangka kala. Israel." Ummi membetulkansebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya
adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa
menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat.
Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israelyang
mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid.Adik
benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah. Adik lari
keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik
di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang
bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang
bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram.Adik capai batu,
adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang dikepala adik
peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain;
membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang
balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu.
Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di
sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama
seorang kawan adik.Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya
juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali
lagi.
Apabila
keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adikberjanji dengan Jamal
untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya. Sesampai di rumah
adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur.Adik buka almari,
adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adikmula berbunyi minta
diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar
lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang
tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi.
Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya
tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan kemulut
adik. Adik kunyah dengan gelojoh.
"Ummi,
kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulutdipenuhi
roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembutrambut adik.
"Kita
kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam
syurga ke ummi?" adik tanya lagi. Ummi senyum. "Nabi Muhammad pun hidup
susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif.
Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar, nabi tak
cepat putus asa" sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik
nak jadi baik macam Nabi Muhammad.Nama adik pun Muhammad. Walid yang
cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi
Muhammad. Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan
memegangAl-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka
hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan.
Kadang-kadangserban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban
ke atas ketika hendak membaca Al-Quran.
"Bismillahirrahmani
rrahim.." Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab
Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan
adik.Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam
Al-Quran.Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin
kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan
ummi.Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga.
Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca
Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi
dilaung-laungkan dari luar.
"Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid"muncul Mak Cik Fatima didepan rumah.
"Anakmu,
anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya
menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh.Yassin dan
tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semogasyurga menanti
mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.
Ummi
panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan
orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil.bukan..Israel
disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik
meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata
ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik
mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di
sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi
semakin adik kejar semakin mereka menghilang.
Keesokkan
harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yangdijanjikan. Lima
minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampirsetengah jam adik
tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang
mungkir pada janji.
Adik
ingat lagi, salah satu ciri org munafik ialah mungkir apabila berjanji.
Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang
lain.Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke
satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya.
Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu.
Mula-mulawalid,kemudian abang dan akhirnya Jamal.
Adik
pulang ke rumah awal.Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik
dikepung askar Israel.Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran
tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil
memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah.Adik nampak ummi
terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera
itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi.Tapi ummi masih
bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat… Ahad...
Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul
ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel
mengacukan pistol kearah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada
pun segaris garisan gusar terpancar di wajah ummi. Ketika peluru
dilepaskan, tiba-tiba... .. "Muhammad!!! !!!!" Ummi menjerit sambil
memegang tubuh adik. Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik
raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika
tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya
peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi
menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit.
"Ummi.
adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid,adik nak
ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran dicuping
telinga ummi.
Ummi
angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh
bercucuran. Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal
melambai-lambai ke arah adik....
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 08 June 2008