Nikmatnya khusyuk solat
Antara tip untuk khusyuk solat ialah:
1)
Ketika solat kita mesti beritahu hati betapa bahayanya sekiranya kita
tidak khusyuk. Kerana kalau tidak khusyuk nanti solat tidak punya upaya
mengubah perangai dan akhlak buruk yang kita lakukan.
Dalam
al-Quran Allah berfirman maksudnya: “Sesungguhnya solat itu boleh
mencegah fahsya dan mungkar.” Kalau masih berterusan berdosa kita dalam
keadaan bahaya. Dosa ke neraka. Solat tapi tak berubah adalah bahaya.
2)
Kita mesti hadirkan tiga rasa iaitu al-tolab (dalam solat kita hendak
minta-minta dengan Allah.) Sebab itulah bacaan dalam solat semuanya ada
unsur meminta dengan Allah, seterusnya kena ada rasa al-khudhu iaitu
rasa hina diri, apabila rukuk rasa hinanya diri lebih-lebih lagi ketika
sujud, kemudian kena ada rasa al-takzim (betapa agungnya Allah).
3)
Kena ada rasa bertemu dengan al-Rasul terutama ketika membaca tasyahud.
Ayat yang kita baca assalaamualaika...seolah kita berada di hadapan
nabi.
4) Bacaan tasyahud juga perlu digambarkan seolah kita sedang menghadap Allah.
Bacaan inilah yang dibaca oleh al-Rasul ketika menghadap Allah ketika peristiwa Israk dan Mikraj.
5)
Dalam sebuah hadis Allah sangat berbangga apabila mendapati solat
hamba-Nya yang khusyuk. Jadi beritahu hati kita betapa kecewanya Allah
kalau kita main-main dalam solat.
Antara tip khusyuk solat selepas selesai solat ialah:
1) Kita hendaklah banyak membaca istighfar selepas selesai solat. Minta ampun kepada-Nya segala kelalaian ingatan dan perbuatan.
2) Jangan lupa berdoa lagi supaya Allah beri kekuatan untuk bersolat lebih berkualiti pada solat yang akan datang.
3)
Kita juga jangan lupa perkataan salam yang kita baca sebagai penutup
solat adalah janji kita mahu jadi orang yang akan menunaikan segala
ikrar yang kita ucapkan ketika solat. Salam juga maknanya kita hendak
menjadi orang yang selamat dan menyelamatkan.
Cakap kita tidak
mengganggu orang, perbuatan kita tidak menyusahkan orang, dengan kita
keluarga selamat, syarikat selamat, negara selamat dan selamat dunia
akhirat.
4) Barang diingat tanda utama solat yang khusyuk ialah
akhlak yang baik. Jika solat banyak tetapi akhlak tidak berubah itu
indikator solat tak betul. Semoga kita khusyuk dalam solat.
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 08 June 2008