Fadhilat Membaca Bismillah

Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau
perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri
memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia
yang membaca Bismillah.
Seseorang yang membaca Bismillah
sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan
syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang
membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan
bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.
Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah
dia akan segera sedar. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali
selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari
terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang
tidak terduga.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal,
eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air
lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit,
insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan
kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.
Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim,
akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil,
tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di
atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah
hidup anak yang dikandung itu.
Mereka yang berniaga, bacalah
786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari.
Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 08 June 2008