Detik-detik Hidupku:Hasan Al-Banna P2

Perkabwinan Hasan Al Banna dan Anak-anaknya.

Hasan Al-Banna sangat disayangi oleh para penduduk Ismailiah. Kehadirannya itu telah menyirami hati mereka dengan kesedaran rohani. Haji Hussin as-Soli adalah seorang yang berperibadi mulia dan beliau sangat tertarik dengan peribadi Hasan Al-Banna serta kegiatannya. Hubungan antara Haji Hussin as-Soli dan Hasan Al-Banna begitu rapat dan kukuh sekali. Haji Hussin membantu Hasan Al- Banna dengan berbagai cara. Anak-anak lelakinya menjadi pengikut Hasan Al-Banna. Hubungan ini menjadi semakin kuat dari sehari ke sehari sehingga akhirnya Haji Hussin as-Soli mengambil Hasan Al-Banna sebagai menantunya. Latifah, anak perempuan Haji Hussin as-Soli, menjadi isteri Imam Hasan Al-Banna. Latifah juga seorang wanita yang berakhlak mulia dan bertakwa. Perkahwinan ini bertepatan dengan ayat Al-Quran yang bermaksud:
... dan wanita wanita yang baik adalah untuk laki laki yang baik dan laki laki
yang baik adalah untuk wanita wanita yang baik (pula).
(Surah An-Nur, ayat 26.)

Latifah sangat setia kepada suaminya dalam berbagai keadaan. Perkongsian hidup mereka telah menghasilkan enam orang anak iaitu lima orang perempuan dan seorang lelaki. Kelima orang anak perempuan mereka bernama Sana’a, Wafaa, Raja’a, Hajir dan Istisy’had. Anak perempuan yang bongsu itu dinamakan Istisy’had oleh Latifah kerana beliau dilahirkan dihari Imam Hasan Al-Banna mati syahid.

Nama anak lelakinya ialah Ahmad Saiful Islam. Beliau juga tabah dan berwibawa seperti bapanya. Ahmad Saiful Islam berkelulusan di bidang ilmu perubatan dari sebuah Kolej Perubatan. Beliau ditahan daripada memegang apa-apa jawatan dan dihukum penjara selama dua puluh lima tahun ketika pemerintahan Jamal Abdul Nasir. Ada pepatah Arab yang bermaksud: ‘Anak seekor singa adalah singa juga’. Ahmad Saiful Islam memiliki segala sifat bapanya.

Hasil Tulisan Imam Hasan Al-Banna.

Imam Hasan Al-Banna adalah seorang pendakwah Islam dan juga tokoh pembaharuan. Beliau tidak menurut cara-cara Syed Rasyid Ridha. Hasan Al-Banna himpunkan sekumpulan orang-orang Islam yang berwibawa serta mempunyai kesanggupan untuk hidup dan mati dalam memperjuangkan Islam. Bellau ingin menegakkan cara hidup Islam di Mesir. Lantaran itu, beliau menumpukan lebih banyak masanya di sudut amali gerakannya, iaitu memberi latihan akhlak dan rohani kepada para anggota Ikhwan. Pernah beliau ditanya, ‘Mengapakah awak tidak mengarang buku?’ Imam Hasan Al-Banna menjawab, ‘Saya ‘menulis’ manusia.’ Ini bermakna beliau melatih manusia dari segi akhlak dan ilmu untuk perjuangan Islam.Walau bagaimanapun beliau ada menulis beberapa buah buku berikut:

I ‘Muzakirat ad-Da’awah wa-Dai’yiah’ (Catatan Dakwah dan Pendakwah).
Inilah hasil karyanya yang terulung. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama menyentuh kehidupan peribadinya dan bahagian kedua pula ialah mengenai kegiatan Ikhwanul Muslimin.

II ‘Risaail-Al-Imamu-Syahid.’
Buku ini ialah himpunan beberapa makalah yang disusunnya pada waktu waktu tertentu sepanjang hayatnya. Buku ini terbahagi kepada tajuk-tajuk yang berikut:

1) 'Risalatu Ta'alim.'
Buku kecil ini mengandungi arahan-arahan yang diberinya kepada orang-orang yang memasuki gerakan Ikhwanul Muslimin. Ia ditunjukkan kepada para ahli Ikhwanul yang telah berbai’ah. Dalam buku kecil ini, dia menjelaskan sepuluh dasar bai’ah:
Seterusnya Imam Hasan Al-Banna menerangkan segala kewajipan ahli-ahli Ikhwan di dalam semua bidang kehidupan selepas sahaja melakukan bai’ah. Beliau juga menetaplcan peraturan-peraturan yang perlu di ikuti dan yang patut ditinggalkan.

2) ‘Risalah Jihad’
Makalah ini menerangkan kewajipan, kepentingan dan kelebihan Jihad. Imam Hasan Al-Banna menulis makalah ini ketika para sukarelawan ‘Ikhwanul Muslimin’ melancarkan Jihad terhadap Yahudi Palestin. Manakala ini merupakan panduan untuk para mujahidin Islam.

3) ‘Da’watuna Fi Taauri Jadid’:
Makalah ini bermaksud ‘Dakwah kami di tahap baru’. Makalah ini ditulis ketika gerakan Ikhwanul Muslimin sedang pesat berkembang dan ramai para belia sedang menganggotainya. Para penentang juga menyatakan keraguan mereka terhadapnya. Imam Hasan Al-Banna juga menjelaskan, setiap kecaman yang ditunjukkan kepada Ikhwan oleh para penentangnya. Beliau menerangkan bahawa gerakan Ikhwan ini tidak terhad kepada mana-mana kumpulan tertentu tetapi ia sebenarnya adalah bercorak sejagat dan merangkumi seluruh umat manusia. Beliau juga menerangkan bahawa gerakan Ikhwan berdasarkan Iman dan akal. Makalah ini juga menerangkan pendapat Ikhwan mengenai fahaman kebangsaan Mesir, fahaman kebangsaan Arab, fahaman Orientalisme (Ketimuran) dan fahaman Universalisme (kesejagatan) yang sedang melanda Mesir. Berhubung dengan perkara ini, Ikhwan berpendapat seperti berikut:
‘Kami ingin menegakkan sebuah negara Islam di Mesir. Negara Islam ini akan mengamalkan dasar-dasar Islam; menyatukan orang-orang Arab dan memelihara kebajikan mereka dan menyelamatkan umat Islam di seluruh dunia daripada penindasan dan kekejaman. Di samping itu, negara Islam ini akan menyebarkan Islam dan menguatkuasakan undang-undang Allah.’ Di akhir makalah ini, Hasan Al-Banna menyatakan hasratnya hendak membina sebuah masyarakat yang terdiri daripada orang-orang perseorangan dan keluarga keluarga yang berpegang teguh kepada Islam.

4) ‘Ar-Risail Ats-Tsalaasah’:
Karya Hasan Al-Banna yang ini pula terdiri daripada tiga makalah. Tajuk makalah yang pertama ialah ‘Apakah tugas kita?’. Tajuk makalah yang kedua ialah ‘Ke arah mana kita menyeru manusia?’. Tajuk makalah yang ketiga pula ialah ‘Risalah Cahaya’. Sebenarnya makalah yang ketiga itu ialah surat Hasan Al-Banna kepada Raja Mesir Shah Faruq, Perdana Menteri Mesir Nihas Pasya dan para pemimpin Negara-negara Muslim yang lain. Surat tersebut ditulis dalam tahun 1936. Surat ini menerangkan dengan panjang dasar-dasar Islam, kebudayaan dan tamadun Islam. Beliau menyatakan kesalnya kerana orang-orang Islam telah mengamalkan cara hidup Barat sedangkan mereka mempunyai dasar fahaman (ideologi) mereka sendiri yang lebih hebat. Beliau juga membuat perbandingan antara cara hidup Islam dengan cara hidup Barat. Sebagai kesimpulan, beliau menegaskan bahawa hanya Islam sahajalah yang merupakan penyelesaian kepada segala masalah dan ia juga boleh menjamin kemajuan dan kebahagian kepada sesebuah negara. Akhir sekali beliau memberi lima puluh cadangan. Sepuluh cadangan berkaitan dengan politik, perundangan dan pentadbiran. Tiga puluh cadangan menyentuh dasar-dasar kemasyarakatan dan pendidikan. Sepuluh cadangan yang terakhir itu berhubung dengan masalah ekonomi.

5) ‘Perbandingan di antara yang dahulu dan sekarang'.
Makalah ini ialah yang pertama sekali ditulis oleh Imam Hasan Al-Banna. Ianya ditulis sejurus sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama. Dalam makalah ini, beliau menerangkan dasar-dasar Islam dan ciri ciri pembaharuan ummah. Pada peringkat awal, beliau membincangkan negara Islam pertama yang berlandaskan Al- Quran di bawah pimpinan baginda Rasulullah (s.a.w.) sendiri. Berikutnya, beliau menyentuh sebab-sebab kejatuhan umat Islam. Akhirnya, beliau mengatakan bahawa Ikhwanul Muslimin mengajak manusia kepada kesejahteraan yang berkekalan.

6) 'Risalatul Mu’tamarul Khamis’.
Makalah ini merupakan syarahan Hasan Al-Banna di dalam Muktamar Kelima Ikhwanul Muslimin. Dalam syarahannya ini beliau menilai kembali pencapaian Ikhwanul Muslimin sepanjang sepuluh tahun yang lepas. Tiga perkara telah dibincangkan:
i) Matlamat Ikhwanul Muglimin dan corak (uslub) dakwahnya;
ii) Dasar dasar dan cara-cara Ikhwanul Muslimin;
iii) Sikap dan dasar Ikhwanul Muslimin terhadap berbagai pertubuhan dan dasar-dasar fahaman lain di Mesir.

7) ‘Ikhwanul Muslimin di bawah panji-panji Al-Quran’.
Makalah ini merupakan syarahan Imam Hasan Al-Banna pada 4hb April, 1939 M., di perhimpunan agung Ikhwanul Muslimin yang diadakan di ibu pejabat Ikhwan di Kaherah. Dalam syarahan ini, matlamat dan tujuan Ikhwan telah dijelaskan. Beliau juga membincangkan tugas serta kewajipan para belia. Makalah ini juga mengemukakan saranan supaya dilakukan pemberontakan terhadap kuasa-kuasa penjajah yang sedang menghancurkan masyarakat Mesir.

8) ‘Persoalan persoalan negara dari segi kaca mata Islam’.
Imam Hasan Al-Banna manulis makalah ini selepas tertubuhnya negara Pakistan. Beliau membincangkan masalah masalah politik negara Mesir dan negara-negara Islam yang lain. Turut dibincangkan ialah negara baru Pakistan yang sedang diancam oteh India dengan bantuan pihak Kornunis. Beliau membahagikan masalah yang dihadapi oleh negara Mesir kepada dua bahagian. Di samping itu, beliau juga membentangkan cara-cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam bahagian pertama, beliau membincangkan segala keburukan yang ada corak kerajaan waktu itu dan kemudian beliau Memberi penyelesaian kepada masalah tersebut menurut dasar dasar Islam. Dalam bahagian kedua, dasar ekonomi diperbincangkan. Seterusnya, beliau menghuraikan sistern ekonomi Islam dan penyelesaian kepada masalah ekonomi Barat.

III Syarahan syarahan Imam Hasan AI Banna.

Buku ini mengandungi syarahan syarahan dan kuliah-kuliah Hasan Al-Banna. Ia merupakan satu khazanah ilmu.

IV Maqalat Hasan Al-Banna.

Buku ini ialah himpunan nasihat nasihat dan arahan arahan Imam Hasan Al-Banna kepada sahabat-sahabat dan para anggota Ikhwanul Muslimin

V Al-Ma’thurat.

Buku ini ialah himpunan do’a-do’a dan zikir yang disusun oleh Imam HasanAl-Banna sendiri. la dibaca beramai-ramai oleh para anggota Ikhwan sebelum solat Maghrib. Ia merupakan pembaharuan ikrar mereka kepada Allah dalam.menjalankan dakwah Islamiah.

Syahidnya Imam Hasan Al-Banna.

Imam Hasan Al-Banna menjalani kehidupan yang penuh cabaran semenjak kecil sehinggalah beliau menemui ajainya. Beliau tiada mempunyai rehat langsung.Keseluruhan hidupnya ditumpukan kepada perjuangan Islam dan kebajikan orang-orang Islam. Beliau khusyu’ beribadat kepada Allah dan selalu mengkaji Al-Quran serta Hadith. Tokoh Islam yang hebat ini mati syahid ditembak pada 12hb Februari, 1949 di Kaherah. Umurnya ketika itu ialah 43 tahun.

Dalam umurnya yang begitu singkat, Imam Hasan Al-Banna telah melancarkan satu gerakan Islam yang benar yang mempengaruhi seluruh Dunia Islam. Gerakan ini membawa perubahan hebat kepada Dunia Arab. Ia telah menegakkan semula kebenaran dan kekuatan Islam. Hasan Al-Banna adalah seorang yang berwibawa dan berhati tabah. Beliau memiliki peribadi Muslim sejati. Setiap tindakannya melambangkan eiri-ciri hidup Islam. Syeikh Muhammad Al-Ghazali, seorang ulamak besar Mesir, telah memuji Hasan Al-Banna dengan berkata demikian:
‘Peluru telah menembusi jasad Hasan Al-Banna yang kurus dan lemah kerana banyak bersolah dan berzikir kepada Allah. Jasadnya itu juga penuh dengan debu lantaran pengembaraannya di jalan Allah. Dahinya melambangkan kebiasaannyadalam memberi pengorbanan-pengorbanan yang besar. Rasulullah (s.a.w.) telah bersabda yang bermaksud; “Apabila seorang Mukrnin meninggal dunia, dia dibebaskan dari dunia dan dipindahkan ke dunia lain yang penuh nikmat dan kegembiraan.”

Peranan keluarga Hasan Al-Banna dalam membina ketokohannya.

Seseorang yang dipilih Allah untuk menegakkan agama (ad-Din)-Nya akan diberi-Nya nilai-nilai peribadi yang melayakkan orang itu melaksanakan tugas berat tadi. Nilai-nilai peribadi itu akan dipupuk semenjak peringkat kanak-kanak lagi. Di antara contoh terbaik di zaman kebelakangan ini ialah As-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Semenjak beliau kanak-kanak lagi, beliau sudah memiliki peribadi yang mulia dan wara’. Nilai peribadi ini semakin matang setelah beliau meningkat dewasa. Beliau benci kepada maksiat dan kegiatan-kegiatan yang bertentangan dengan Islam sejak di peringkat awal lagi.

Imam Hasan Al-Banna dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mulia. Keluarganya hidup dalam keadaan serba sederhana dan mengamalkan Islam di segenap sudut kehidupan mereka. Mereka hidup bebas daripada gejala maksiat yang terdapat di bandarayanya. Bapanya berkelulusan Universiti Al-Azhar dan sangat alim dalam Hadith dan ilmu Fiqh. Imarn Hasan Al-Banna menerima pendidikan bercorak agama dan moden. Adiknya, Abdur-Rahman Al-Banna menyebut mengenainya seperti berikut:
‘Abangku yang dihormati. Ketika kau berumur sembilan tahun, saya baru menjangkau umur tujuh tahun. Kita mengaji Al-Quran dan belajar menulis di sekolah. Apabila kau berjaya menghafal dua pertiga Al Quran saya mampu menghafal sehingga Surah At-Taubah. Ketika kita pulang dari sekolah, bapa kita menyambut dengan penuh kasih sayang. Bapa kita yang dikasihi mengajar kita sirah (riwayat hidup) Rasulullah (s.a.w.), ilmu Fiqh dan nahu. Bapa kita telah menyediakan jadual pengajian kita ketika di rumah. Kau belajar ilmu Fiqh Imam Abu Hanifa manakala saya belajar ilmu Fiqh Imam Malik. Di segi ilmu nahu, kau belajar kitab ‘Alfiyah’ dan saya pula belajar kitab ‘Malhamatul Arab’.

Corak pengajian kita itu memerlukan kita mengulangkaji pelajaran bersama-sama dan bekerja keras. Justeru itu, kita terpaksa menyediakan jadual dan senarai kerja harian. Duhai abangku! Dalam hidupku, tidak pernah saya melihat orang yang begitu banyak berpuasa dan bersolah seperti kau. Kau bangun waktu sahur dan bersolah. Kemudian kau mengejutkan saya daripada tidur untuk menunaikan solah subuh. Selepas solah, kau membaca senarai kerja harian. Suara kau yang manis dan penyayang itu masih bergema di telinga saya. Kau pernah berkata, ‘Pukul lima hingga enam pagi ialah masa mengaji Al-Quran; pukul enam hingga pukul tujuh pagi ialah masa untuk belajar tafsir Al-Quran dan Hadith; pukul tujuh hingga lapan pagi ialah masa untuk belajar Fiqh dan Usul Fiqh.’ Itulah kerja rumah kita. Selepas itu kita pun pergi ke sekolah.

‘Terdapat banyak buku di dalam perpustakaan bapa kita. Kita telah sama-sama meneliti buku-buku tersebut sendiri. Nama buku-buku tersebut dicetak dengan huruf-huruf berwarna emas. Kadangkala kita meneliti kitab ‘Nisapur’; kitab ‘Qustalani’; dan kitab ‘Nail Al-Authar’. Bukan saja bapa kita telah membenarkan kita membaca buku buku diperpustakannya, bahkan beliau juga menggalakkan kita berbuat demikian. Kau selalu mengatasi saya dari segi ini. Saya cuba mengikut jejak langkahmu tetapi saya tidak mampu. Kau adalah seorang yang luar biasa. Walaupun perbezaan umur kita hanya dua tahun, tetapi Allah telah menyediakan engkau untuk pencapaian yang luar biasa.’

‘Bapa kita selalu mengadakan majlis-majlis perbincangan ilmiah. Kita kerap mengikuti dengan teliti perbahasan ilmiah antara beliau dengan para ulama yang lain. Majlis-majlis tersebut dihadiri olch Syeikh Muhammad Zahran dan Hamid Muhsin. Pernah kita mendengar perbahasan mereka mengenai ‘Arasyh Allah’ di langit tinggi. Di antaranya ialah adakah ‘Istiwa’ bermaksud duduk atau tinggal? Apakah pendapat Imam Ghazali dalam hal ini? Apa pula kata Zamakhshari mengenai perkara ini? Apakah pula tafsiran Imam Malik bin Anas? Kita mendengar perbahasan-perbahasan ini dengan penuh minat. Segala apa yang kita fahami telah bersemadi di dalam ingatan kita. Segala masalah dan perkara yang sukar difahami telah kita rujuk kepada bapa kita ataupun kepada kitab-kitab tafsir dan As-Sunnah.’ ‘Saya tidak lupa hari di mana halaman rumah kita dipenuhi kanak-kanak kecil.

Mereka adalah penuntut-penuntut sekolah yang diiringi oleh ketua darjah dan guru mereka. Isteri guru mereka juga turut sama sambil mendukung anaknya. Setiap kanak-kanak membawa ranting-ranting kurma sambil bersyair:
‘Berselawatlah kepada Rasulullah (s.a.w.).’ Guru mereka pula bersyair demikian:
‘Kami tidak akan bergerak sehingga kami menerima kepingan perak di dalam pinggan yang bersih dan berkilat.’ ‘Selepas syair ini, kanak kanak tadi mengulangi rangkap pertama semula. Ibu kita pun keluar membawa kepingan perak di dalam sebuah pinggan yang bersih dan berkilat. Dia mengisi beg isteri guru tersebut dengan kek dan kuih-kuih manis. Guru itu pun pulang ke rumah selepas acara tersebut. Acara itu diadakan kerana kau telah habis menghafal Al-Quran.’ (Petikan daripada buku Al-Imam as-Syahid Hasan al-Banna.)

Yang di Pertua pertama 'Jamiat-usy-Syubbanul Muslimin’ Mesir, Jeneral Muhammad Saleh Harb Pasya, menulis mengenai suasana di rumah Imam Hasan Al-Banna:
‘Saya berpendapat suasana di rumah memainkan peranan penting dalam memina peribadi Imam Hasan Al-Banna. Beliau dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang ‘alim, wara’ dan berpegang kuat kepada agama dan ini memberi kesan yang ketara kepada peribadi Imam Hasan Al-Banna.’ ‘Pendidikan yang diterimanya telah mencorakkan roh dan akhlak Islam yang sebenar ke dalam dirinya. Beliau terlibat di dalam amalan Sufi di peringkat awal lagi. Guru rohaniahnya (atau guru Sufinya mahir dalam ilmu Al-Quran, as-Sunnah dan Fiqh. Ilmunya seumpama sungai yang mengalir tanpa halangan untuk selama-lamanya. Ilmunya ini telah banyak membantunya ketika beliau menyampaikan syarahan dan ceramah. Dengan demikian, beliau berjaya memuaskan dirinya sendiri dan juga orang lain.’ (Al Imam-As-Syahid Hasan Al-Banna.)

Hasan Al-Banna sebagai pendakwah keell di kampungnya.

Allah telah menyemai ke dalam Hasan Al-Banna kecintaan dan kesungguhan untuk menjalankan usaha dakwah Islamiah, membawa pembaharuan kepada mesyarakat dan melancarkan jihad. Setiap sudut hidupnya dipenuhi ciri-ciri tadi. Walaupun Hasan Al-Banna menubuhkan Al-Ikhwanul Muslimin dalam bulan Mac, 1928, namun begitu, beliau telah menunjukkan ketokohannya sejak kanak-kanak lagi. Mutu peribadinya melambangkan ketokohan yang ada padanya. Akhirnya beliau berjaya menjadi Imam bagi seluruh Dunia Arab.

Ketika Imam Hasan Al-Banna menuntut di sekolah kampungnya, beliau telah menubuhkan sebuah persatuan yang bernama ‘Jami’atul Akhlaqui Adabiyah’. Beliau telah dipilih menjadi Yang Di Pertuanya. Persatuan tersebut bertujuan memupuk akhlak yang baik di kalangan para penuntut. Walau bagaimanapun, beliau tidak puas hati dengan kegiatan persatuan tersebut yang terhad itu. Lantaran itu beliau menubuhkan sebuah persatuan lain di luar sekolah. la diberi nama ‘Jami’at Insidad Muharramat’.

Persatuan ini berusaha melarang para penduduk kampung daripada terlibat di dalam amalan-amalan yang bertentangan dengan Islam. Di antara kegiatan mereka ialah menulis surat kepada orang-orang kampung supaya mengamalkan cara hidup Islam agar mereka bahagia di dunia dan akhirat. Suatu hari, ketika Hasan Al-Banna masih menjadi penuntut di Mahmoodiah, beliau telah berjalan di tepi.sungai. Ada sebuah kapal berlabuh, di situ. Sebuah patung kayu bogel terpaku di tiang kapal tersebut. Tempat itu merupakan kawasan lalu lalang kaum wanita. Apabila beliau melihat patung tersebut, hatinya tidak dapat bersabar lagi. Beliau terus pergi ke balai polis untuk membuat pengaduan mengenai perkara tersebut. Pegawai Polis tadi pergi bertemu kelasi itu dan menyuruhnya menurunkan patung bogel tersebut dari tiang kapal. Pada hari berikutnya, pegawai polis tadi melawat sekolah Hasan Al-Banna dan memujinya di hadapan pengetua sekolah.

Berdakwah di Sekolah Latihan Perguruan Damanhur.

Imam Hasan Al-Banna berpeluang melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Latihan Perguruan Damanhur. Berkobar di dalam dirinya semangat ingin membawa pembaharuan. Tumpuan pertamanya ialah masjid. Beliau menyusun solah berjamaah di masjid. Di sinilah beliau bertemu para anggota Tariqat Hasafiyah dan turut menghadiri majlis mereka. Penglibatan ini memberi galakan kepadanya untuk berusaha menyebar kebaikan dan mencegah kemungkaran. Allah memberinya peluang untuk mendalami ilmu rohani.

Imam Hasan Al-Banna berkenalan dengan seorang saudagar ahli sufi, Syeikh Muhammad Abu Syousya. Saudagar ini menjadi kawan rapatnya. Dia membawa Imam Hasan Al-Banna dan rakan-rakannya menziarahi tanah perkuburan seminggu sekali untuk mengingatkan mereka kepada maut. Dia menceritakan kepada mereka kisah-kisah orang Islam yang saleh dan wara’. Kisah-kisah ini membuat mereka menangis dan mendorong mereka mematuhi Allah dan Rasul-Nya. Akhirnya mereka menubuhkan sebuah persatuan yang diberi nama ‘Jamia’tul Hissafiyah Khairiyyah’. Persatuan ini mempunyai dua tujuan. Yang pertama ialah mengajak manusia supaya membina akhlak mulia dan menjauhkan diri daripada amalan yang bertentangan dengan Islam. Yang kedua ialah menyekat kegiatan dakyah (zending) Kristian yang berusaha menyebarkan agama mereka dengan berlagak sebagai pendidik dan pekerja-pekerja kebajikan masyarakat.

Di Damanhur, tanggung jawab Imam Hasan Al-Banna kian bertambah. Beliau bangun sebelum subuh dan menunaikan solah Tahajjud di masjid. Selepas itu, beliau membangunkan para muazzin daripada tidur mereka. Apabila para muazzin ini melaungkan azan, Imam Hasan Al-Banna begitu gembira sekali mendengar suara mereka yang sayup-sayup memecah kesepian waktu subuh. Di Damanhur juga, Imam Hasan Al-Banna belajar mengawal diri dan bersabar. Nilai-nilai peribadi ini banyak membantunya ketika beliau menjalankan usaha dakwahnya.

Imam Hasan Al-Banna di Kaherah.

Apabila Imam Hasan Al-Banna memasuki Darul Ulum, Kaherah, beliau dapati struktur masyarakat di sini lebih rumit daripada yang pernah dihadapinya sebelum ini. Keadaan hidup di Kaherah berbeza daripada di Mahmoodiyah dan Damanhur. Kaherah ialah pusat kegiatan politik, pendidikan dan kebudayaan. Keadaan manusia yang berbagai ragam di Kaherah menguatkan cara hidup Islam walaupun terpaksa menghadapi kesukaran yang hebat.

Imam Hasan Al-Banna menganggotai sebuah pertubuhan yang bernama ‘Jamaiatul Makarimul Akhlaq’. Inilah satu satunya pertubuhan yang sanggup menentang kemungkaran dan membawa pembaharuan kepada masyarakat Kaherah. Imam Hasan Al-Banna selalu menghadiri mesyuarat atau perjumpaan yang diadakan oleh pertubuhan tersebut.

Dakwah Islamiah di Kedai-kedai Kopi.

Keruntuhan akhlak, kekacauan dan kebudayaan Barat telah merebak di Kaherah. Imam Hasan Al-Banna sedar mengenai perkara ini. Beliau berpendapat ceramah dan khutbah di masjid sahaja tidak cukup untuk menyekat arus kemungkaran yang kian menular itu. Beliau pun menubuhkan sebuah pertubuhan yang menggabungkan tenaga para penuntut Darul Ulum dan Al-Azhar dan menyusun satu rancangan dakwah. Mereka yang terlibat ini menjalankan usaha dakwah Islamiah di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat awam. Beliau sendiri, sebagai ketua pertubuhan tersebut dan dengan bermodalkan Ilmu Al-Quran dan Hadith yang ada padanya, telah menyampaikan ceramah di kedai-kedai kopi. Beflau menasihati para pelanggan yang mengunjungi tempat tempat itu supaya meninggalkan kegiatan yang sia-sia dan mengajak mereka menunaikan kewajipan agama. Cara dakwahnya ini mendapat tentangan daripada para ulamak. Namun begitu, usahanya ini mendapat kejayaan. Bahkan cara berdakwah itu telah merebak ke Bandar-bandar dan kampong-kampung. Pertubuhan tersebut telah melantik satu jawatankuasa untuk menguruskan kegiatan dakwah Islamiah.

Pertubuhan tersebut memperhebatkan kegiatannya apabila tiba cuti musim panas. Sebaik saja cuti musim panas bermula, para anggotanya pun melawat Bandar-bandar dan kampong-kampung untuk berdakwah. Imam Hasan Al-Banna mendapat dua keuntungan daripada cara berdakwah tadi. Yang pertama ialah beliau dapat membina keyakinan diri sendiri dan yang kedua ialah beliau dapat mengkaji sifat dan corak pemikiran orang awam.

Seruan kepada para ulamak dan pemimpin.

Hasan Al-Banna mendapati gerakannya itu lebih lemah jika dibandingkan dengan gerakan sekular Turki yang mempunyai pengaruh yang kuat di Mesir. Hasan Al-Banna pun mula merancang untuk melancarkan satu gerakan yang lebih kuat, yang mampu menghadapi kegiatan gerakan-gerakan yang menggugat Islam. Beliau mendekati para ulamak dan mengingatkan mereka kepada kewajipan-kewajipan mereka terhadap Islam. Beliau menemui Syed Rasyid Ridha dan ulamak Al-Azhar yang terkenal, Syeikh Yusuf as-Dajwi. Dia mengingatkan mereka kepada kewajipan yang perlu mereka lakukan untuk Islam. Hasan Al-Banna menekankan betapa perlu diterbitkan sebuah majalah Islam yang berkesan untuk membalas serangan daripada majalah-majalah golongan mulhid (atheis) yang menghentam Islam. Seterusnya beliau menghubungi pemilik syarikat penerbitan ‘Al-Maktaba-tus-Salfiyah’; membuat pengaduan kepada Canselor Universiti Al-Azhar dan menghadiri majlis-majlis perjumpaan yang diadakan oleh Farid Wajdi. Mereka ini semua adalah orang-orang alim terkemuka Mesir. Beliau menemui mereka seorang demi seorang tetapi hasilnya kurang memuaskan. Namun begitu, Muhibuddin Al-Khatib menerbitkan majalah mingguan bernama ‘Al Fatah’ yang memainkan peranan penting dalam menghadapi kegiatan-kegiatan yang bertentangan dengan Islam.

Imam Hasan Al-Banna mempunyai nilai peribadi yang melayakkan beliau menjadi seorang pendakwah dan tokoh pembaharuan yang baik. Syeikh Muhammad Al Ghazali iaitu salah seorang sahabatnya, menulis mengenai beliau seperti berikut:
‘Seorang pemimpin yang mampu menggunakan segala sumber bahan yang ada dengan teratur adalah seorang pemimpin yang berjaya. Seorang pemimpin yang lebih berjaya adalah seorang pernimpin yang berupaya mengadakan sumber bahan. Imam Hasan Al-Banna termasuk di dalam golongan pemimpin yang boleh mengadakan sumber bahan.’

Di dalam peperiksaan di Darul Ulum, Imam Hasan Al-Banna pernah diminta menulis sebuah karangan bertajuk, ‘Apa yang akan anda buat selepas menamatkan pengajian dan apakah cara yang anda gunakan?’ Imam Hasan Al-Banna menulis seperti berikut:
'Saya ingin menjadi seorang guru dan pendakwah. Saya akan mendidik para pemuda pada waktu siang, malam dan waktu cuti. Saya akan mengajak keluarga mereka mengamalkan cara hidup Islam dan menunjukkan kepada mereka jalan untuk mendapatkan kegembiraan dan kebahagiaan hidup yang sebenar. Saya akan menggunakan cara-cara yang paling baik yang termampu oleh saya untuk mencapai tujuan ini melalui syarahan, penulisan dan pengembaraan di jalan raya dan lorong-lorong.’

Begitulah semangat yang ada pada seorang pendakwah muda bernama Hasan Al-Banna. Adiknya, Abdur-Rahman Al-Banna menulis mengenainya: ‘Ketika kami masih kanak-kanak, Hasan Al-Banna memegang tangan saya sambil berkata: “Bukankah kita telah menghafal suruhan Allah di dalam ayat 104, Surah ketiga (Ali Imran)?”
Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah daripada yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung.” Penjelasan: ‘Ma’ruf; segala perbuatan yang mendekatkan kita kepada Allah, sedangkan munkar ialah segala perbuatan yang menjauhkan kita daripada-Nya.

Penubuhan Ikhwanul Muslimin di Ismailiah.

Sebaik sahaja Imam Hasan Al-Banna menamatkan pengajiannya di Darul Ulum, Kaherah, beliau telah dilantik menjadi guru di sebuah sekolah di Ismailiah (iaitu pada tahun 1927). Di Ismailiah, beliau mula mencari peluang untuk melancarkan usaha dakwahnya. Selepas mengkaji suasana di Ismailiah dengan teliti, beliau pun mengambil keputusan tidak akan berdakwah kepada para pengunjung rnasjid. Beliau memilih kedai-kedai kopi dan tempat-tempat lain yang seumparna itu sebagai sasaran dakwahnya.

Dalam masa yang singkat sahaja, Imam Hasan Al-Banna telah berjaya menawan hati para penduduk Ismailiah. Beliau juga berpeluang melihat sendiri kebiadapan penjajah ketika memerintah Ismailiah. Ismailiah ialah kubu tentera British. Hasan Al-Banna benci dengan keadaan politik yang wujud di Ismailiah ketika itu. Ada dua tugas penting menunggunya. Pertama, beliau. perlu menghilangkan pengaruh kuasa penjajah. Yang kedua pula beliau harus berdakwah untuk menjelaskan dasar-dasar Islam kepada para penduduk Ismailiah. Kebanyakkan masanya adalah di dalam. melaksanakan tugas tadi. Usahanya itu telah mendatangkan hasil yang baik. Akhir sekali, ‘Al Ikhwan Muslimin’ pun ditubuhkan di rumahnya. Ikhwanul Muslimin bertujuan membawa pembaharuan Islam kepada kehidupan perseorangan dan masyarakat Ismailiah. Penekanan Al Ikhwanul Muslimin ialah kepada pengislaman masyarakat Mesir seluruhnya.

Hasan Al-Banna menggunakan empat cara dalam melaksanakan tugasnya di Ismailiah. Langkah pertama ialah menjadikan setiap orang perseorangan itu Muslim yang sebenar. Langkah kedua ialah mewujudkan keluarga Muslim yang sebenar. Langkah ketiga pula ialah mendirikan sebuah Ummatul Muslimin (masyarakat Islam sebenar). Manakala langkah keempat ialah menegakkan sebuah negara Islam sejagat di Mesir. Selepas penubuhan Al Ikhwan Muslimin, Imam Hasan Al-Banna tinggal di Ismailiah selama lima tahun. Beliau telah membawa perubahan yang besar kepada masyarakat Ismailiah sepanjang tempoh tersebut. Sebuah pusat gerakan dan masjid yang diberi nama ‘Darul Ikhwan’ telah didirikan di Ismailiah dalam tempoh dua tahun sahaja. Cawangan-cawangan Ikhwanul Muslimin telah dibuka di Abu Suwair, Pelabuhan Sa’id, Balah dan Syabrakhit. Sebuah cawangan telah dibuka di Suez pada tahun ketiganya. Pada tahun keempat, sepuluh cawangan lagi telah dibuka. Sebuah sekolah lelaki yang diberi nama ‘Sekolah Hira’ dan sebuah sekolah perempuan yang diberi nama ‘Sekolah Ummatul Mu’minin’ telah didirikan di Ismailiah. Setiap cawangan Ikhwan membina masjid sendiri dan kadang kala kelab Ikhwan juga didirikan.

Penukaran Imam Hasan Al-Banna ke Kaberah.

Dalam tahun 1933, Imam Hasan Al-Banna meminta ditukarkan ke Kaherah. Beliau ingin menjadikan Kaherah sebagai gerakan Ikhwanul Muslimin. Oleh itu, beliau menjalankan usaha yang gigih untuk mencapai tujuan itu. berikut ini ialah kata kata Hasan Al-Banna sendiri yang ditulisnya dalam tahun 1934:
‘Risalah dan fahaman Ikhwan telah merebak ke lebih lima puluh tempat di Kaherah. Penubuhan cawangan-cawangan ini telah diikuti oleh pelancaran rancangan-rancangan yang berfaedah. Contohnya di Ismailiah, sebuah masjid telah dibina beserta pusat gerakan Ikhwan. Di samping itu, sebuah kelab dan sekolah Latihan Kemahiran (Vokesyenal) telah didirikan di Syabrakhit. Para penuntut yang tidak berupaya menamatkan pengajian mereka dibenarkan masuk ke sekolah Latihan Kemahiran. Berikutan itu, sebuah kilang kain dan sebuah kilang permaidani telah dibina di Mahmoodiyah. Di samping itu, sebuah Madrasah untuk mengajar Al-Quran dan ASunnah juga telah dibuka di Mahmoodiyah. Madrasah yang serupa juga telah dibuka di Daqahliyah.’

Gerakan yang berjaya.

Pada mulanya kegiatan pimpinan Imam Hasan Al-Banna terhad kepada usaha pembaharuan masyarakat umum sahaja. Tetapi dalam tahun 1935, Imam Hasan Al- Banna mula bergiat dalam politik. Beliau memberi syarahan-syarahan dan menulis surat menyeru pihak kerajaan agar menumpukan perhatian kepada usaha pembaharuan masyarakat. Isi surat-surat tersebut membayangkan keinginannya hendak membawa perubahan menyeluruh dalam corak pendidikan, ekonomi, masyarakat dan politik agar bertepatan dengan dasar dasar Islam. Hasan Al-Banna meneruskan perjuangannya semenjak zaman Muhammad Mahmood Pasya sehinggalah ke detik pecahnya Perang Dunia Kedua. Al Ikhwanul Muslimin menjadi sebuah gerakan revolusi sepenuhnya dalam tahun 1938. Pada tahun yang sama, Hasan Al-Banna pernah berkata:
‘Gerakan ini berlandaskan rancangan-rancangan yang mencakupi setiap sudut pembaharuan masyarakat. Ikhwan ialah sebuah gerakan keagamaan kerana ia mempertahankan Al-Quran dan As-Sunnah. Ia bertujuan membentuk masyarakat menurut dasar-dasar Islam dan merupakan satu sistem Sunnah di mana setiap ahlinya berusaha dengan gigihnya untuk mengikuti Sunnah Rasulullah (s.a.w.). Ikhwan juga adalah satu rangkaian tasawwuf kerana ia tahu bahawa setiap perkara yang baik itu berdasarkan taqwa dan kecintaan kepada Allah. Ikhwan juga ialah sebuah pertubuhan politik kerana ia ingin pembaharuan politik berlaku di dalam dan di luar negeri. Ia ingin melatih negara (Mesir) supaya mendapat tempat yang mulia dan tinggi di dunia. Ia merupakan satu kumpulan latihan jasmani di mana para anggotanya menjalani latihan jasmani secara berpasukan untuk memelihara kesihatan mercka. Mereka juga mengadakan pertandingan dengan pasukan pasukan lain. Ikhwan juga ialah sebuah pertubuhan yang terlibat dalam pendidikan dan kebudayaan yang sihat. Ikhwan Muslimin merupakan Bank Kerjasama Kewangan kerana Islam juga mampu menyelesaikan masalah kewangan. Al-Ikhwanul Muslimin berusaha membuka bank-bank Islam dan mengukuhkan ekonomi negara. Ikhwan juga merupakan satu pertubuhan kemasyarakatan kerana para anggotanya menjalankan usaha mengesan kemungkaran-kemungkaran di dalam masyarakat dan mengemukakan cara-cara untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah tersebut.’

Kemajuan Gerakan Ikhwanul Muslimin.

Muhammad Syauqi Zaki menulis seperti berikut: ‘Dari tahun 1939 sehinggalah tahun 1945, Ikhwanul Muslimin telah memasuki satu tahap baru dalam arena politik. Kegiatan dan rancangannya telah berkembang luas dengan kadar yang luarbiasa sekali. Ramai penuntut Universiti Al-Azhar dan Universiti Kaherah memasuki Al Ikhwanul Muslimin. Di samping itu, buruh-buruh, para saudagar, guru guru. Para doktor dan peguam juga turut menyertai gerakan Ikhwanul Muslimin. Justeru itu, Al Ikhwanul Muslimin merupakan satu: gerakan yang mewakili hampir semua peringkat masyarakat. Di samping usaha membaiki keadaan ekonomi negara, Ikhwanul Muslimin juga terlibat di dalam kegiatan sukan dan latihan jasmani. Semua cawangan Ikhwan di Mesir mempunyai jentera pentadbiran yang tersusun rapi dan berjalan lancar. Akhirnya, Al Ikhwanul Muslimin menjadi satu gerakan yang disegani.’ (Al Ikhwanul Muslimin Wal Mujtami’ Al Misri).

Dalam tempoh ini juga (1939-1945), Ikhwan terpaksa menghadapi berbagai kesukaran. Ianya bermula di zaman pemerintahan Sirri Pasya. Kedutaan British dan Pemerintahan Tertinggi British mengenakan tekanan terhadap Kerajaan Mesir agar mengawal pertumbuhan pesat gerakan Ikhwan. Berikutan itu, dua majalah mingguan Ikhwan, iaitu ‘Al Syua’ra’ dan ‘At Ta’aruf’ telah diharamkan. Alat pencetakannya dirampas dan semua akhbar telah dilarang menerbitkan sebarang berita mengenai kegiatan Ikhwan. Pihak kerajaan juga tidak membenarkan Ikhwan mengadakan sebarang mesyuarat atau perjumpaan di seluruh negara. Akhirnya pihak kerajaan menyusun rancangan untuk mengasing-asingkan para pemimpin Ikhwan. Imam Hasan Al-Banna yang masih bertugas sebagai guru itu telah ditukarkan (dari Kaherah) ke Qina. Setiausaha Asung Ikhwan telah ditukarkan ke Damyat. Apabila Parlimen Mesir membantah, mereka pun dipanggil semula. Mereka telah ditangkap sebaik sahaja mereka tiba di Kaherah. Namun begitu, suasana ketika itu memaksa pihak berkuasa membebaskan mereka selepas beberapa waktu.

Apabila Nihas Pasya memegang teraju pemerintahan, beliau menunjukkan sikap yang lembut terhadap Ikhwan. Dalam tahun 1944, Nihas Pasya telah dipecat dan kekuasaan telah beralih ke tangan Ahmad Mahir Pasya. (Ahmad Mahir Pasya gerakan Ikhwan.) Beliau juga mengisytiharkan perang terhadap Itali dan Jerman atas desakan British. Ikhwan membangkang keputusan tersebut dan meminta ianya ditarik balik. Tidak lama kemudian, scorang lelaki bernama Alyeeswi telah membunuh Ahmad Mahir Pasya. Nuqrasyi Pasya menggantikan tempat Ahmad Mahir Pasya. Beliau menangkap Imam Hasan Al-Banna, Setiausaha Agung Ikhwan dan para pemimpin Ikhwan yang lain.

Gerakan Menentang Penjajahan British.

Sebaik saja Perang Dunia Kedua berakhir dalam tahun 1945 pihak Ikhwan terpaksa menghadapi beberapa masalah yang genting. Kerajaan British berjanji hendak memberi kemerdekaan kepada Mesir jika ia menyebelahi British di dalam Perang Dunia Kedua. Selesai saja Perang Dunia Kedua, Ikhwan. Muslimin menjalankan usaha besar-besaran menentang pihak British dan mendesaknya supaya menunaikan janji yang telah dibuatnya. Disamping itu, Ikhwan juga memulakan kegiatannya di dalam keadaan baru di Mesir.

Pada 8hb Oktober, 1945, Ikhwan telah mengadakan satu mesyuarat agung. Beberapa pindaan perlembagaan telah dibuat untuk menyesuaikannya dengan keadaan yang telah berubah itu. Ikhwan juga telah menubuhkan beberapa syarikat baru dan hal ini telah menambahkan lagi pendapatannya. Pihak Ikhwan juga menerbitkan akhbar harian bernarna ‘Al Ikhwan’. Pasukan sukarelawan Ikhwan juga telah disusun. Pusat latihan ketenteraan telah dibuka di berbagai tempat di Mesir. Pihak Ikhwan telah menjalankan usaha yang ikhlas untuk menyatupadukan Negara-negara Arab. Tugas dan tanggungjawab telah dibahagi-bahagikan. Para anggota Ikhwan memperbaharui baiah (sumpah setia) mereka dengan Hasan Al-Banna dan memilihnya sebagai pemimpin seumur hidup.

Ikhwan Muslimin kian maju.

Kemajuan Al Ikhwan Muslimin telah dicatitkan oleh Muhammad Syauqi Zaki seperti berikut:
‘Di Mesir saja, jumlah anggota, lkhwan yang betul betul bergiat (aktif) menjangkau angka setengah juta (yakni 500,000) orang. Jumlah penyokong dan pembantu pula melebihi setengah juta orang. Terdapat dua ribu cawangan di Mesir dan lima puluh cawangan di Sudan. Banyak lagi cawangan dibuka di Negara-negara Arab yang lain.’

Penglibatan Al Ikhwan dalam Perang Palestin.

Imam Hasan Al-Banna mengisytiharkan jihad terhadap British ketika Nuqrasyi Pasya memerintah Mesir. Hal ini membangkitkan semangat kemerdekaan di seluruh negara. Kerajaan Nuqrasyi Pasya tidak mampu menghadapi gerakan Ikhwan dan terus meletak jawatan. Teraju kerajaan seterusnya diambil abh oleh Ismail Sidqi Pasya. Beliau juga menzalimi dan menindas Al Ikhwanul Muslimin. Akhirnya, Ismail Sidqi Pasya juga meletak jawatan. Sekali lagi Nuqrasyi Pasya mengambil alih kerajaan pada 10hb Disember, 1946. Berlakulah pertentangan antara pihak Ikhwan yang memperjuangkan kebebasan dengan Nuqrasyi Pasya dan pihak British. Pertentangan antara kedua pihak ini memakan masa yang lama dan merumitkan lagi masalah Palestin.

Ikhwan ialah pembela Palestin yang utama. Ikhwan telah mengadakan satu perarakan besar-besaran pada 12hb Disember, 1947. Perarakan itu bermula di Universiti Al-Azhar di bawah pimpinan Imam Hasan Al-Banna. Beliau menaiki sebuah kereta sambil membawa satu pembesar suara untuk memberi arahan. Dalam satu mesyuarat pada 6hb Mei, 1948, pihak Ikhwan telah mendesak Mesir dan Negara-negara Arab lain supaya mengisytihar jihad terhadap Israel serta menggunakan apa saja cara yang mungkin untuk menyelamatkan Palestin daripada kepupusan. Al Ikhwan telah menghantar beribu-ribu mujahidin (sukarelawan) ke Palestin tanpa menunggu pihak lain berbuat demikian. Mereka telah berjuang dengan berani sekali sehingga dapat memberi tentangan yang sangat hebat kepada Yahudi dan British. Keadaan ini membimbangkan Nudrasyi Pasya. Beberapa kedutaan asing telah mengadakan mesyuarat di kubu tentera British di Mesir dan sebulat suara mendesak Nuqrasyi Pasya mengharamkan Ikhwan kerana hebatnya kemampuan Ikhwan menentang Yahudi. Imam Hasan Al-Banna selalu menghantar kumpulan-kumpulan pejuang (mujahidin) ke Palestin untuk berjihad. Akhirnya Nuqrasyi Pasya mengharamkan Al Ikhwan Muslimin di bawah Undang-undang Tentera nombor 73 lantaran tekanan dan desakan daripada kuasa-kuasa asing.

Syahidnya Imam Hasan AI Banna.

Selepas pengharaman itu, para anggota Ikhwan di seluruh Mesir telah dikenakan tindakan kejam. Seluruh cawangan dan pusat-pusat kegiatannya telah dirampas. Beribu-ribu belia terpelajar telah dipenjarakan. Para pemuda dan pemudi tersebut ditindas ketika berada di dalam penjara. Semasa kekecohan ini berlaku, Nuqrasyi Pasya naik menjadi Perdana Menteri Mesir. Ketika inilah Hasan Al-Banna telah dibunuh. Imam Hasan Al-Banna mati syahid pada 15hb Februari 1949 di hadapan ibu pejabat Ikhwanul Muslimin. Hari kematiannya disambut meriah oleh Yahudi, pihak British dan pihak-pihak lain yang bermusuh dengan Islam.

Pencapaian Hasan Al-Banna.

Hasan Al-Banna yang dilahirkan daripada keluarga miskin di sebuah kampung sunyi bernama Mahmoodiyah, telah syahid di jalanraya terbesar di Kaherah. Pembunuhannya telah dirancang oleh pihak British, Yahudi dan kerajaan Mesir sendiri. Beliau hidup hanya selama 43 tahun. Al Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan pada tahun 1928 M. oleh Hasan Al Banna di mana dalam masa dua puluh tahun sahaja, beliau telah membawa pembaharuan kepada masyarakat Mesir yang sedang mengalami kemerosotan budaya, politik dan agama. Beliau telah mengembalikan masyarakat Mesir ke landasan Islam semula. Maka berkumandanglah cogan-cogan kata seperti: ‘Mencari keredhaan Allah ialah matlamat kami’, ‘Al-Quran ialah perlembagaan kam’, ‘Jihad ialah jalan kami’ dan ‘Syahid di jalan Allah ialah cita-cita kami’.

Adiknya, Abdur-Rahman Al-Banna menulis mengenai Hasan Al-Banna, ‘Hassan Al Banna suka bersolah dan berpuasa semenjak kecil lagi. Kami selalu ke masjid untuk menunaikan solah Isya’. Selepas itu beliau menghadiri majlis Tariqat Hasafiyah.. Kami beribadat di situ agak lama juga. Ketika itu, tiada seorang pun orang luar di situ. Waktu malam di situ selalunya sunyi senyap. Yang kedengaran hanyalah suara orang beribadat.’

‘Berkali-kali Hasan Al-Banna berkata, ‘Jika kau ingin mencapai kesempurnaan sembahlah Allah sahaja dan jauhkan daripada menyembah benda-benda lain. Jika kau mencari kebenaran, maka kau dapati setiap benda lain tidak kekal. Yang kekal hanyalah Allah.’

Imam Hasan Al-Banna suka kepada orang-orang yang warak dan soleh. Semenjak kecil lagi beliau suka bergaul dengan mereka. Beliau pernah berkata, ‘Nikmat hidup yang sebenar boleh didapati melalui pergaulan dengan orang yang soleh. Merekalah raja, ketua dan bangsawan yang sebenar.’

Imam Hasan Al-Banna adalah seorang yang sangat pemurah. Amin Ismail seorang anggota Ikhwan telah menyebut sifat pemurah Hasan Al-Banna:
‘Suatu hari beliau membawa saya menemui seorang tukang jahit. Beliau telah menyerahkan jubahnya kepada tukang jahit tersebut untuk dijahit. Kami berjalan melalui sebuah lorong yang sempit dan gelap di kawasan Al Maghrabeen. Tukang jahit itu bangun dan menyerahkan jubah Hasan Al-Banna tanpa mengalu-alukan kedatangan kami. Dia terus meminta upah sebanyak tiga paun. Imam Hasan Al-Banna memberinya lima paun, mengambil jubah tadi dan bersedia untuk beredar dari situ. Terfikir saya hendak mengambil baki wang dua paun itu tetapi Hassan Al-Banna menahan saya. Sedarlah saya bahawa Imam Hasan Al-Banna tidak mahu saya mengambil baki wang: dua paun itu. Dalam perjalanan pulang, kami bertemu seorang pengemis, Imam Hasan Al-Banna menyuruh saya memberi satu riyal kepada pengemis tersebut. Baru saya tahu bahawa Imam Hasan Al-Banna ada wang sebanyak lima paun saja dan kesemua wang itu telah diberikan kepada tukang jahit tadi. Kini dia tidak berwang lagi. Imam Hasan Al-Banna bersifat pemurah sehingga ke akhir hayatnya.’

Seorang anggota Ikhwan terkenal, Bahi Al Khouli ada menyebut mengenai Hasan Al-Banna:
‘Dalam tahun 1932, beberapa tahun selepas tertubuhnya Al Ikhwanul Muslimin, Hasan Al-Banna telah ditawarkan satu jawatan tinggi oleh pihak kerajaan. Tawaran itu dibuat untuk memesongkan fikiran Hasan Al-Banna daripada usaha dakwah Islamiahnya. Hasan Al-Banna menolak tawaran itu secara kasar dan pegawai kerajaan yang mengemukakan tawaran tersebut berasa malu. Jika beliau menerima tawaran tersebut, anak-anaknya sudah tentu akan hidup mewah sehingga menimbulkan iri hati orang lain. Namun begitu, Imam Hasan Al-Banna tidak inginkan keuntungan duniawi.’

‘Pihak British juga menawarkan kepadanya beribu ribu paun ketika bermulanya Perang Dunia Kedua. Wakil British memberitahu Hasan Al-Banna bahawa pihak British bersedia memberi wang yang diperlukannya. Hasan Al-Banna menghalau wakil British tadi yang cuba membeli maruahnya. Akhirnya British membuat kesimpulan bahawa Hasan Al-Banna tidak dapat dipengaruhi emas atau perak.’ ‘Al Ikhwanul Muslimin menubuhkan banyak syarikat perdagangan. Imam Hasan Al-Banna menjadi ahli Lembaga Pengarah kesemua syarikat-syarikat tersebut. Lantaran itu, beliau juga bersusah payah dalam kerja-kerja pengurusan syarikat-syarikat tersebut agar semuanya berjalan licin. Pihak Ikhwan cuba menawarkan gaji dan saguhati kepadanya tetapi beliau selalu menolak sambil berkata, ‘Saya tidak akan menerima sebarang ganjaran daripada manusia. Saya akan menerima ganjaran daripada Allah sahaja.’ Beliau menunjukkan satu contoh yang ulung dalam bidang perdagangan dan perniagaan.’

‘Pihak musuh telah melemparkan berbagai tuduhan terhadap Imam Hasan Al- Banna. Di antara tuduhan tuduhan tersebut ialah:
i) Dia adalah seorang pengintip upahan dan perasuah; ii) Dia menerima bantuan asing berjumlah beribu-ribu paun; iii) Dia memiliki banyak kereta dan saham di dalam banyak syarikatsyarikat.’ ‘Begitu hebat sekali tuduhan mereka. Tetapi apabila beliau mati dibunuh oleh musuh-musuhnya, beliau miskin sekali sehingga beliau tidak mampu memiliki sebuah rumah pun di Kaherah. Beliau menyewa sebuah rumah dengan membayar 1 paun 80 Qursh sebulan. Ketika beliau syahid, anak-anaknya tidak mempunyai sumber pendapatan langsung.’ (Al Imam-us-Syahid)

Mufti Besar Palestin, Haji Amin Al Hussaini memberi pandangannya: ‘Saya menemui Imam Hasan Al-Banna buat pertama kalinya pada tahun 1946, ketika saya kembali ke Mesir dari Eropah. Saya berbual dengannya dan dapati beliau seorang manusia yang berhati bersih. Hubungan kami pun semakin erat. Beliau memiliki sifat dan akhlak yang mulia. Di samping itu, beliau juga seorang yang lemah lembut, bijaksana dan berazam kuat. Kesemua ciri-ciri peribadi ini berakar umbi di dalam dirinya lantaran kuat imannya terhadap Allah. Beliau juga seorang juga sangat tabah dan mampu berkorban. Nilai-nilai peribadi yang unggul ini menjadikannya seorang pemimpin Islam yang terkenal dan diminati. Saya pernah menziarahinya dan mendapati rumahnya sangat sederhana sekali.’

‘Saya pernah bertemu Hasan Al-Banna dalam satu majlis. Majlis itu dianjurkan oleh bekas Setiausaha Negara, Abdur-Rahman Azzam untuk meraikan Muhammad Ali Jinnah. Muhammad Ali Jinnah diiringi oleh Nawabzada Liaquat Ali Khan. Saya dan Hasan Al-Banna merupakan orang yang pertama sampai ke majlis. Kami berbual dengan para pernimpin Pakistan agak lama juga. Kemudian para jemputan lain pun tiba seorang demi seorang. Saya lihat Hasan Al-Banna mempelawakan tempat duduknya kepada setiap tetamu yang baru tiba dan beliau beredar ke belakang. Hal ini berterusan sehingga akhirnya beliau mendapat tempat duduk yang berdekatan dengan pintu masuk dewan makan. Apabila semua tetamu sudah tiba, Abdur-Rahman Azzam menjemput mereka masuk ke dewan makan, Imam Hasan Al-Banna yang duduk di hujung sekali berada berdekatan dengan dewan makan. Saya terus mernerhatikan dan sedarlah saya bahawa beliau adalah seorang yang berperibadi mulia. Beliau juga mempunyai kepandaian luar biasa dalam menyelesaikan masalah-masalah sukar. Setiap kali saya terkenangkannya, saya akan menyuarakan kata-kata berikut:
‘Alangkah baiknya jika masa dapat menghasilkan orang yang seperti itu sekali lagi. Tetapi masa terbukti terlalu kedekut untuk berbuat demikian.’

Abdur-Rahman Al-Banna menulis mengenai peribadi Imam Hasan Al-Banna seperti berikut:
‘Jika mesyuarat diadakan di atas tanah, Hasan Al-Banna akan duduk di atas guni. Hasan Al-Banna suka duduk di kerusi belakang. Wajahnya selalu kelihatan riang dan berseri-seri. Biasanya beliau memakai jubah dan kepalanya berserban. Beliau menggunakan bahasa yang mudah dan fasih ketika berbual dengan orang lain. ketika berbincang, beliau kerap menyebut ayat-ayat Al-Quran. Beliau telah menghafal seluruh Al-Quran dengan baik sekali dan membaca Al-Quran dengan suara yang merdu.’

Bahi al Khouli menulis mengenai Hasan Al-Banna seperti berikut: ‘Imam Hasan Al-Banna menjalani kehidupan dengan penuh kemuliaan. Beliau berpuas hati dengan makanan yang didapatinya dan juga pakaian yang mampu dimilikinya. Rumahnya kecil dan tidak mencukupi untuk menampung keluarganya yang ramai itu. Corak hidupnya sederhana sekali. Behau tidak pernah terfikir untuk meninggalkan harta pesaka yang banyak untuk isteri dan anak-anaknya. Beliau menyampaikan risalah Allah kepada orang ramai dan hal ini menyejukkan matanya dan menyenangkan hatinya.’

‘Imam klassan Al-Banna adalah seorang yang berfikiran luas. Beliau mengajak manusia mencintai Allah dan melakukan kebaikan. Satu hari, beliau telah melawat ke kawasan hulu Mesir. Sekumpulan paderi Kristian dan para pengikut mereka telah datang menemui Hasan Al-Banna. Ketika berbual, Hasan Al-Banna telah menyebut ayat-ayat Al-Quran yang menyentuh Nabi Isa (a.s.) dan Siti Mariam (a.s.). Mula-mula beliau mernbaca ayat-ayat tersebut, kemudian barulah mentafsirkannya. Orang-orang Kristian itu menyangka pertemuan tersebut diatur khas untuk mereka kerana tidak disentuh langsung masalah orang-orang Islam. Mereka begitu tertarik sekali dengan Imam Hasan Al-Banna kerana beliau tidak menunjukkan sikap prasangka atau sikap buruk terhadap mereka seperti kebanyakan ulamak Islam yang lain.’

Imam Hasan Al-Banna sangat baik dan sayang kepada rakan-rakan sepejabatnya Amin Ismail, salah seorang sahabatnya telah berkata, ‘Beliau selalu rnenyemak kerja-kerja saya di pejabat dan membetulkan sebarang kesilapan yang ada. Ketika beliau membetulkan kesilapan saya, saya tidak berasa diri saya telah melakukan kesilapan. Ketika itu saya berasa segala kata-katanya adalah betul. Apabila beliau mengambilkan surat-surat yang telah disemak dan diperbetulkannya, beliau pun berkata dengan penuh kasih sayang, ‘Awak boleh menyemak pembetulan yang saya lakukan. Awak juga bolch menambah atau memotong yang mana awak suka. Saya bersumpah bahawa saya tidak suka menambah atau memotong sesuatu.’ Beliau selalu menziarahi rumah saya setiap kali saya mendapat cahaya mata. Beliau merawat saya ketika saya jatuh sakit. Ketika saya berada di dalam kesusahan beliau mententeramkan saya walaupun saya hanya seorang kerani biasa di pejabat. Beliau adalah seorang yang sangat sibuk dan hanya tidur beberapa jam sahaja pada waktu malam. Beliau makan dua kali sehari dan makanannya pun sedikit sahaja. Ketika membuat lawatan, beliau mengucapkan salam kepada setiap anggota rombongan sambil bertanya khabar anak-anak mereka dengan menyebut nama-nama mereka dan mengenai pelajaran anak-anak mereka. Bahkan saya telah melihat beliau bertanya khabar keadaan binatang-binatang yang mereka miliki. Daya ingatannya sangat kuat hingga mampu mengingati butir-butir yang terperinci.’

‘Saya sangat sayang pada Imam Hasan Al-Banna. Saya pernah mengadu kepadanya, ‘Ya sayyidi, Allah belum memaafkan saya dan tidak sukakan saya. Buktinya ialah saya telah berusaha menghafal satu muka surat kitab suci Al-Quran sepanjang malam tetapi gagal. Ini bermakna saya masih tidak diberkati Allah.’ Melihat keadaan saya yang sedih itu, Imam Hasan Al-Banna menepuk belakang saya sambil menyapu air mata saya yang sedang mengafir itu, lalu berkata, ‘Apabila seorang manusia menangis kerana Allah, maka Allah sentiasa bersedia untuk memaafkannya. Saidina Umar Al-Khattab (r.a.) sendiri tidak dapat menghafal seluruh Al-Quran.’ Saya puas hati dengan jawapannya itu.’

‘Beliau pernah menjemput saya ke rumahnya. Sebaik sahaja beliau nampak saya, beliau terus memegang tangan saya sambil berkata. ‘Mari kita memperbaharui bai’ah (sumpah setia kita.)’ Saya pun meletakkan tangan saya atas tangan Imam Hasan Al-Banna dan kami pun memperbaharui sumpah setia kepada Allah dan Rasul-Nya. Selepas itu beliau berkata, ‘Saya melantik awak menjadi anggota Majlis Tertinggi.’

‘Imam Hasan Al-Banna telah mengetuai tunjuk perasaan mengenai masalah Palestin yang dianjurkan olch Ikhwan di Kaherah. Ketika kami tiba di ‘Al Mutabatul Khizra’, pihak polis pun menyerang para penunjuk perasaan. Imam Hasan Al-Banna tampil ke hadapan dan meminta polis jangan melepaskan tembakan. Namun begitu, pihak polis terus melepaskan tembakan dan Hasan Al-Banna mengangkat tangannya. Kedua dua tangannya itu cedera parah kena tembakan. Beliau menenteramkan kami dengan mengatakan tidak ada apa yang perlu dibimbangkan tapi kami sedar bahawa kedua tangannya telah cedera kena peluru.’

‘Imam Hasan Al-Banna menyampaikan ceramah mengenai Al-Quran pada setiap hari Rabu di kawasan ‘Al Hilmiyah’. Pernah seorang pemuda mengemukakan satu soalan yang menarik, seperti berikut; ‘Adakah bercinta itu halal atau haram?’ Hasan Al-Banna tersenyum lama dan kemudian menjawab, .Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram.’

‘Imam Hasan Al-Banna sangat kasih kepada para anggota bawahan Ikhwan. Orang lain pulang ke rumah untuk makan tengahari tetapi beliau makan dengan orang bawahannya.’

Kata Abdur-Rahman Al-Banna; Imam Hasan Al-Banna sangat gigih berdakwah. Kami menghadiri ceramah ceramahnya. Kami begitu tertarik dengan kegigihan dan kesungguhannya sehingga kan kami lupa kepada dunia. Beliau pernah berkata, “Duhai manusia, datanglah kepada kami. Sesiapa yang tidak boleh menziarahi Rasulullah (s.a.w.) datanglah kepada kami. Kami adalah pengemis di pintu Rasulullah (s.a.w.). Sesiapa yang tidak pernah mendengar kisah hidup Rasulullah (s.a.w.), patut sekali datang mendengarnya daripada kami.” ‘Baginda Rasulullah (s.a.w.) hidup di dalam hati kami dan baginda mendengar segala-galanya. Rasulullah (s.a.w.) hidup di dalam hati-hati yang mempertahankan Islam dan juga di dalam hati yang penuh dengan kasih sayang serta iman yang datang daripada ajarannya.’

‘Setiap kali Imam Hasan Al-Banna melakukan lawatan kerana kerja dakwahnya, beliau tinggal di masjid. Kerap kali beliau melakukan lawatan tersebut pada bulan Ramadhan. Beliau tinggal di masjid dan juga berpuasa di situ. Beliau berbuka puasa dengan buah tamar dan air. Apabila orang datang ke masjid untuk bersolah, mereka melihat ada orang baru di situ. Imam Hasan Al-Banna pun menyampaikan ceramahnya selepas saja bersolah. Tidak lama kemudian, barulah orang sedar bahawa penceramah tersebut adalah Imam Hasan Al-Banna.’

‘Apabila Imam Hasan Al-Banna melawat Ismailiah, beliau dapati para penduduk di situ terlibat di dalam pertikaian agama. Mereka terbahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan bernama ‘Salafi’ dan yang satu lagi ialah ‘Soofi’. Ketika bersolah, anggota salah satu kumpulan tidak mahu berimamkan anggota daripada kumpulan yang satu lagi. Dalam suasana beginilah Imam Hasan Al-Banna memulakan tugas dakwah Islamiahnya. Tempat beliau memulakan tugas dakwahnya bukanlah di masjid tetapi di kedai-kedai kopi. Dasar dasar dakwahnya ialah:
1) Perpaduan ummah mesti dikekalkan;
2) Kesernua kumpulan perlu sepakat di dalam perkara-perkara dasar Islam;
3) Kata-kata Imam Syafi’e yang ini perlu menjadi dasar: ‘Setiap kali saya bertikai dengan seseorang, saya sentiasa berharap agar Allah menjelaskan kebenaran melalui lidah lawan saya itu’;
4) Tujukan segala saranan yang baik kepada orang lain dan tujukan segala kesilapan kepada diri sendiri;
5) Orang lain perlu dihormati ketika berlaku perbezaan pendapat;
6) Sebarang perbalahan perlu dielakkan;
7) Perlulah diingat bahawa usaha yang baik itu boleh berbeza-beza (caranya);
8) Sebarang persefahaman harus menghasilkan kerjasama. Dalam sebarang perselisihan, kita hendaklah menganggap pihak yang satu lagi itu
berkemungkinan melakukan kesilapan;
9) Perlu bersatu ketika menentang musuh bersama;
10) Ruang lingkup tindakan perlu diperluaskan;
11) Perlu ada rasa kasihan dan sedih kepada orang yang menyimpang dari jalan kebenaran. Janganlah dia dikecam dan disindir.’

Imam Hasan Al-Banna adalah seorang yang benar-benar beriman. Allah telah melimpahkan berkat kasih-Nya kepada Hasan Al-Banna. Beliau telah menunjukkan arah perjuangannya kepada para sahabatnya semenjak sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Ketika itu, perjuangan Al Ikhwanul Muslimin masih di peringkat awal dan belum lagi melalui ujian dan cabaran yang hebat. Berikut ialah kenyataannya ketika itu, yang ditujukan kepada para sahabatnya:
‘Wahai anggota Ikhwan, ramai daripada kamu semua masih belum menyedari sepenuhnya perjuangan Al Ikhwan. Ketika tiba hari kamu menyedari dan memahami perjuangannya, maka kamu akan menghadapi banyak penentangan dan permusuhan. Kamu dapati diri kamu diselubungi oleh kesukaran dan kesusahan. Perjalanan kamu akan dirintangi oleh banyak halangan. Apabila kamu berjaya mengatasi halangan-halangan ini barulah kamu akan menjadi pembawa panji-panji Islam yang sebenar.

Hari ini kamu tidak dikenali, tetapi kamu akan merintis jalan perjuangan Ikhwan. Perjuangan ini memerlukan banyak pergorbanan. Oleh itu, kita haruslah bersedia. Kejahilan orang terhadap Islam juga merupakan halangan perjalanan kamu. Para ulamak rasmi akan menunjukkan rasa terkejut apabila melihat cara kamu berdakwah. Jihad yang kamu lancarkan atas nama Allah tidak akan dihargai. Para pemerintah, pemimpin dan golongan kaya akan berasa iri hati terhadap kamu. Kerajaan akan menentang kamu dan akan berusaha menyekat segala kegiatan kamu serta melempar onak dan duri di sepanjang perjalanan perjuangan kamu. Pihak yang berkepentingan akan menggunakan segala cara yang mungkin untuk menggagalkan perjuangan kamu. Pihak yang lemah dan pengecut akan menggunakan kerajaan untuk tujuan tersebut. Orang-orang yang berakhlak buruk akan sentiasa menentang kamu. Ada pula golongan yang meragui perjuangan kamu lalu melemparkan berbagai tuduhan. Mereka akan memberi gambaran yang salah terhadap perjuangan kamu dan di samping itu, mereka juga memiliki kuasa, kekayaan dan pengaruh. Dalam keadaan beginilah kamu dikira benar-benar telah memasuki gelanggang pengalaman dan ujian. Kamu akan dipenjarakan, dibuang dan dihalau dari rumah kediaman. Harta kamu akan dirampas, rumah kamu digeledah dan tempoh ujian ini mungkin memakan masa yang lama. Namun begitu, Allah telah berjanji bahawa Dia akan membantu para Mujahidin dan memberi ganjaran kepada para mukmin.’ (Risaail Imam Al-Banna)

Di pos oleh Arbain Muhayat pada 17 March 2012