Sistem sosial Islam terbena di atas teori: Bahawa zuriat-zuriat manusia di atas muka bumi ini seluruhnya adalah daripada keturunan yang satu. Pada mulanya Allah menciptakan satu jiwa (diri) sahaja. Daripadanya diciptakan pula pasangannya. Dan daripada kedua-duanya itulah disebarkan seluruh zuriat manusia yang kita lihat meneroka dan menghuni di merata pelusuk dunia hari ini. Titihan sepasang manusia ini terus menerus pada mulanya merupakan satu umat dengan agama dan bahasa yang satu, tidak ada sebarang perbezaan dan perpisahan di antara mereka. Tetapi semakin mereka membiak dan bertambah banyak, semakin bertaburanlah mereka di segenap rantau bumi ini, dan kerana ini secara tabi'inya mereka pun berpecahlah kepada bermacam-macam bangsa, umat dan suku. Seterusnya perbezaan juga menjalar kepada bahasa- bahasa, pakaian-pakaian serta cara-cara kehidupan mereka. Keadaan udara berbagai-bagai daerah itu telah mempengaruhi pula terhadap warna kulit serta bentuk muka mereka dengan pengaruh yang besar. Semua perbezaan ini adalah perbezaan-perbezaan tabi'i yang kerana jawatannya. Tidak boleh seseorang mencabul hak-hak yang diuntukkan buat orang lain kerana berbangga dengan satu-satu keturunan atau bersandar kepada satu-satu keluarga atau lapisan yang tertentu di dalam masyarakat. Begitu juga tidak ada di kalangan mereka seorang lelaki menjadi mulia atau hina kerana keluarganya, atau kerana harta dan kekayaan yang dimilikinya. Tetapi di dalam masyarakat ini seseorang menjadi mulia dan terhormat bila mana dia menghiasi dirinya dengan perangai-perangai yang baik dan mempunyai taqwa serta takut kepada Allah, lebih daripada yang dipunyai oleh orang-orang lain.
Masyarakat ini tidak dibataskan dengan batas-batas keturunan dan warna kulit, tidak pula dengan batas-batas geografi. Malah dia melampaui itu semuanya dan boleh tersibar di seluruh penjuru dan pelusuk bumi ini, sehingga terdiri di atasnya persaudaraan manusia antara bangsa. Tetapi masyarakat-masyarakat yang bercorak keturunan dan kebangsaan, ianya tidak dapat disertai melainkan oleh mereka-mereka yang berasal daripada keturunan tertentu sahaja. Pintunya tertutup terhadap anak-anak manusia selain mereka. Masyarakat, fikiran dan akhlak Islam ini sentiasa membukakan pintunya untuk tiap-tiap orang yang percaya dengan satu 'aqidah dan satu pengontrol akhlak yang tertentu di mana dia turut menggabungkan dirinya ke dalam masyarakat ini dan menikmati segala hak yang sama dengan apa yang dini'mati oleh orang lain. Kemudian, orang-orang yang tidak mempercayai 'aqidah dan pengontrol akhlaknya, sungguh pun negara Islam ini tidak memandang mereka sebagai anak-anaknya dan orang-orang yang bernaung di bawah panji-panjinya, namun dia merangkul mereka dengan emosi-emosi kemanusiaan yang menyeluruh dan dia tidak memutuskan hak-hak semulajadi manusia daripada mereka. Jelas dan terang bahawa dua orang adik beradik, bila mana kedua-duanya menganut fikiran dan 'aqidah yang berbeza serta menjalani dua jalan yang berlainan dalam hidup ini, tidaklah bererti bahawa ikatan keturunan di antara kedua-duanya sudah putus. Begitu juga apabila terbahaginya keturunan manusia atau terbahaginya penduduk mana-mana negeri kepada dua golongan: satu golongan percaya kepada 'aqidah dan prinsip-prinsip ini, sedang satu golongan lagi tidak percaya kepadanya, tidaklah diragukan lagi bahawa mereka sudah terpisah begini kepada dua buah masyarakat yang berbeza, tetapi persaudaraan manusia masih tetap juga mengikat antara kedua-duanya. Di atas asas-asas kemanusiaan bersama inilah, masyarakat Islam telah menyerahkan apa yang boleh5 digambarkan sebagai hak-hak manusia dan memberikannya kepada seluruh masyarakat yang bukan Islam.
Sekiranya anda sudah memahami segala tonggak sistem sosial Islam itu, marilah sekarang kita mengkaji dan menyelidiki tentang peraturan-peraturan dan tata cara kerja yang telah digariskan oleh Islam untuk berbagai- bagai rupa gotong-royong atau saling memikulkan tanggungjawab di dalam masyarakat manusia. Institusi pertama dan yang terpenting kedudukannya dalam masyarakat manusia ialah rumahtangga. Institusi nilah yang membangunkan binaan masyarakat dan mengwujudkan anggota-anggotanya dengan jalan perkahwinan antara sepasang manusia. Dengan perkahwinan ini lahirlah ke alam wujud ini generasi baharu yang tercabang daripadanya ikatan-ikatan kerabat, pertalianpertalian adik-beradik dan lainnya dari ikatan- ikatan keluarga. Dan ikatanikatan ini terus berkembang dan meluas sehingga menghamparkan sayapnya ke atas masyarakat yang rendang segi-seginya. Selain dari itu, rumahtangga adalah institusi yang mana di dalamnyalah akhlak setiap generasi itu dilatih dan disediakan untuk memikul tanggungjawab untuk ketamadunan manusia yang...…hadap adik-beradik dan kerabat yang tertentu sahaja. Selain itu dihalalkan untuk seseorang mengahwini sebagaimana yang dikehendaki dan sesiapa yang dikehendaki dari kalangan sanak-saudara dan kerabat dekat atau jauh. Islam sudah melampaui perbezaan-perbezaan perkauman dan meruntuhkan langsung tiangnya. Diizinkannya dengan leluasa untuk orang Islam bernikah-kahwin sesama mereka, disuruhnya mereka bersederhana dalam meletakkan mahar perempuan dan bersederhana dalam menyediakan kelengkapan-kelengkapan-nya sehingga mampu ditanggungi oleh kedua-dua belah pihak. Untuk menjalinkan ikatan perkahwinan dalam pandangan Islam, tidaklah diperlukan seorang qadi, seorang alim atau seorang kerani, malah sebenarnya ikatan perkahwinan di dalam masyarakat Islam hanyalah merupakan satu kerja mudah yang boleh diputuskan dengan saling berkesudian di antara sekelamin manusia yang sudah baligh dengan disaksikan oleh dua orang saksi. Tetapi ikatan ini tidak harus dilangsungkan secara sulit dan rahsia, malah wajib dilangsungkan secara nyata dan terang-terangan.
Islam telah menjadikan suami sebagai ketua atas isterinya dan sebagai pengelola atas segala urusan rumahtangga agar diletakkannya di atas asas yang kukuh dan peraturan yang baik. Disuruhkan isteri patuh dan berbakti kepada suaminya seperti mana disuruhkan anak-anak patuh dan berbakti kepada ibu bapa. Islam tidak senang dengan rumahtangga yang tidak kuat tiang serta sendinya; rumah-tangga yang tidak ada ketua dan pengelola, tidak ada di dalamnya orang yang bertanggungjawab terhadap tingkah-laku para anggotanya, juga terhadap pergaulan dan berbagai-bagai urusan mereka. Bila mana sudah termaklum bahawa peraturan rumahtangga tidak mungkin beres, kecuali dengan adanya ketua dan pengelola atas segala urusannya, ketua keluarga adalah lebih patut dan lebih layak disandang oleh suami daripada orang-orang lain di dalam pandangan Islam. Tetapi ini tidaklah bererti bahawa Islam telah menjadikan suami sebagai seorang diktator terhadap anggota-anggota rumah yang boleh mengepalai mereka sekehendak hatinya, sedang isteri hanya diserahkan kepada suami untuk dimilik dan tidak ada peranan dan pengaruhnya dalam mentadbir dan menguruskan rumahtangga. Kasih-sayang dan kasihan-belas adalah merupakan asas yang hakiki bagi pergaulan rumahtangga di dalam Islam. Jika wanita wajib mematuhi keinginan suaminya, demikian jugalah suami wajib menggunakan pengaruhnya untuk kejayaan, kebahagiaan dan keharmonian keluarga, bukan menggunakannya untuk kezaliman dan pencerobohan. Islam tidak ingin mengekalkan hubungan suami-isteri melainkan jika hubungan itu disertai dengan kemanisan kasih-sayang dan kasihan belas, atau sekurang- kurangnya boleh dilangsungkan pergaulan yang baik. Sekiranya pergaulan ini sudah tidak mungkin lagi, Islam memberi pilihan kepada suami supaya menceraikan isterinya dan memberi pilihan kepada isteri supaya berpisah dari suaminya.Begitu juga Islam mengharuskan kepada Mahkamah Islam untuk membatalkan nikah bilamana kasih-sayang dan kasihan-belas itu bertukar menjadi kacau-bilau. Daerah yang paling dekat kita dapati selepas daerah rumah tangga yang sempit itu ialah daerah kaum-kerabat dan sanak-saudara yang mempunyai hubungan darah. Islam mahu melihat mereka yang terbuhul di antara satu sama lain dengan ikatan-ikatan anak-pinak, persaudaraan, atau yang menjadi padanya…
…dia adalah dari ahli neraka." Kata mereka lagi: Ada seorang perempuan lain menunaikan sembahyang fardu dan bersedekah dengan lembu-lembu dia tidak menyakiti sesiapa. Rasul Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda: "Dia adalah dari ahli syurga".6
Pernah juga Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda: "Wahai Abu Zar! Jika engkau memasak sayur, perbanyakkanlah airnya dan bahagi-bahagikanlah kepada jiran tetanggamu."7
Pendek kata, Islam mahu memesrakan di antara mereka yang dibuhulkan oleh ikatan-ikatan jiran-tetangga dan menjadikan mereka saling jamin-menjamin dalam segala suka-duka yang mereka hadapi, dan Islam juga mahu mengadakan ikatan-ikatan percaya-mempercayai dan harap-mengharapi sehingga tiap-tiap seorang dari mereka dapat dipercayakan oleh saudaranya terhadap diri, kehormatan dan harta punyanya. Inilah dia pergaulan Islam dan tatasusilanya. Ada pun pergaulan yang di dalamnya kita dapati dua orang tetangga yang hanya dipisahkan oleh sekeping dinding sahaja, sedang mereka tidak kenal-mengenal meski pun sudah sekian lama mereka berdekatan, pergaulan yang tidak terdapat di antara penduduk satu kawasan itu sedikit pun kemesraan, kasih sayang dan saling percaya-memperpayai, maka tidaklah boleh dianggap sama sekali dari pergaulan Islam.
Kemudian selepas ikatan-ikatan yang agak berhampiran ini, kita menemui satu daerah hubungan-hubungan yang luas, iaitu hubungan-hubungan yang merangkum jama'ah Islam seluruhnya. Inilah sedikit prinsip- prinsip dan lunas-lunas yang di atasnya Islam mendirikan penghidupan sosial kita di dalam daerah yang luas ini:
(1) Maksudnya: Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat kami, mereka itu adalah penghuni neraka. (Surah al-Maidah: Ayat 10).
(2) Kamu adalah umat yang paling terbaik yang dilahirkan untuk manusia. Kamu menyuruh dengan kebajikan dan kamu melarang dari kemungkaran. (Surah Ali 'Imran: Ayat 110).8
(3) Awasilah kamu dari sangka mara, kerana sangka mara itu adalah percakapan yang paling dusta. Dan jangan kamu mengintip, jangan berlawan-lawan, jangan hasad-menghasad, jangan dengki-mendengki dan jangan kamu mengadakan pakatan yang jahat. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.9
(4) Barang siapa kasih kerana Allah, marah kerana Allah, memberi kerana Allah dan menengah kerana Allah, sesungguhnya dia sudah menyempurnakan keimanannya.10
(5) Barang siapa berjalan bersama seorang zalim dengan tujuan untuk menolongnya, pada hal dia tahu yang…
KELIMA: SISTEM EKONOMl11
Islam mengadakan batas-batas serta meletakkan lunas-lunas untuk menetapkan segala urusan ekonomi manusia di atas prinsip-prinsip kebenaran, keadilan dan amanah, dan dia memutuskan bahawa sistem ekonominya itu hanyalah akan berjalan dan bekerja di dalam mengurus dan membelanjakan kekayaan di dalam lingkungan batas-batas yang digariskan ini, tidak akan menyimpang buat selama-lamanya daripadanya. Adapun cara-cara melaburkan kekayaan dan bentuk-bentuk pengurusan serta pengusahaannya, maka tidaklah diberi perhatian sedikit pun oleh Islam, malah dibiarkannya berlaku dan membaharui mengikut putaran zaman dan hari; kerana hal itu adalah di antara perkara-perkara yang menjajari kemajuan yang sentiasa timbul dan berubah-ubah dari sehari ke sehari di mana ianya terbentuk dan tercorak mengikut keadaan-keadaan dan suasana-suasana manusia, juga mengikut hajat-hajat yang menemui mereka di dalam…
Barang siapa mendapat hak-hak milik dengan jalan-jalan halal yang diharuskan di dunia ini, maka tidak syak lagilah bahawa hak-hak ini patut dihormati dan dipelihara dalam segala keadaan. Samada pemilikan ini mempunyai syarat-syarat 'sah'nya yang penuh pada pandangan syarak atau tidak, maka bolehlah disiasat dan diselidiki. Sekiranya tidak penuh syarat-syarat sahnya pada pandangan syarak, maka mestilah ianya dicabut daripada tuannya, tetapi hak-hak milik yang diakui oleh syara' dan undang-undang, tidaklah harus bagi mana-mana Dewan Perundangan atau mana-mana kerajaan merampaskannya daripada pemilik-pemiliknya ataupun menokok dan mengurangkan sesuatu dari hak-hak mereka yang halal itu. Tidak harus sekali-kali lahir di bumi ini satu sistem - dengan nama kepentingan umum - mahu menghapuskan hak-hak yang telah diakui oleh syari'at Islam. Seperti mengabaikan ikatan-ikatan yang dikenakan oleh syari'at Islam terhadap hak-hak milik individu untuk menjaga kepentingan orang ramai itu dianggapkan sebagai satu kezaliman dan pencabulan terhadap kebenaran, maka begitu jugalah - terlalu berlebih-lebihan dalam mengenakan ikatan ini, tidak kurang pula kezaliman dan pencabulannya.Adalah merupakan di antara tanggungjawab- tanggungjawab kerajaan Islam supaya menghormati hak-hak para individu yang halal dan mengambil daripada mereka hak-hak orang ramai yang diwajibkan oleh syari'at Islam ke atas mereka.
Bahawa Allah Subhanahu Wata'ala telah menciptakan manusia ini dan dia tidak menjadikan mereka sama-rata di dalam pembahagian ni'mat, malah dilebihkan setengah atas setengah mengikut hikmat dan kehendakNya. Perbezaan di antara hamba-hamba Allah ini ternyata di dalam ketampanan dan kecantikan mereka, di dalam kemerduan suara mereka, di dalam kegagahan tubuh-badan mereka dan di dalam kecekapan fikiran mereka dan seterusnya dari perkara-perkara yang seumpama itu yang mana persediaannya sudah ada sejak mereka diperanakkan lagi. Begitu juga tentang masalah rezeki itu. Fitrah (hal semulajadi) yang di atasnya Allah ciptakan manusia, menghendaki agar ada perbezaan dan berlebih-kurang dalam rezeki manusia yang mana keadaannya serupalah dengan bakat-bakat yang lain lagi. Tiap-tiap rancangan yang dipilih dan ditadbirkan urusannya untuk mengadakan persamaan ekonomi di antara hamba-hamba Allah seperti mana yang didakwakan itu adalah palsu dari asasnya lagi mengikut apa yang dilihatkan oleh Islam; kerana Islam tidak pernah mengatakan dengan persamaan dalam rezeki itu sendiri, tetapi dia mengatakan dengan persamaan dalam peluang-peluang berusaha dan bekerja untuk mencari kehidupan dan menuntut rezki. Matlamat yang ditujukan oleh Islam ialah supaya dapat dihapuskan dari dalam masyarakat manusia segala sekatan dan rintangan undang-undang atau tradisi yang menyekat manusia dan membantutnya daripada menjalankan usaha dan mengerahkan daya-tenaganya pada jalan pencarian rezki mengikut tenaga-tenaga dan bakat-bakat yang telah disediakan oleh Allah baginya. Begitu juga Islam bermaksud hendak melenyapkan daripada masyarakat manusia segala keistimewaan dan keutamaan yang menjaminkan kekayaan turun-temurun untuk stengah-setengah lapisan, keturunan atau keluarga tertentu, di mana Islam melingkunginya dengan meletakkan pengawasan terlebih dahulu. Kedua-dua jalan ini (jalan menyama- ratakan rezki manusia dan jalan penjaminan kekayaan turun-temurun) mengalihkan perbezaan semulajadi serta berlebih-kurangan yang tabi'i itu secara paksa kepada perbezaan yang sedikit dan tidak semulajadi. Kedua-dua jalan ini ditolak oleh Islam dan mahu dihapuskannya. Dan Islam menetapkan satu sistem ekonomi masyarakat di atas satu methode semulajadi yang padanya dibuka pintu-pintu kerja dan usaha kepada tiap-tiap orang dari anggota masyarakat. Mereka yang mahu mempersamakan di antara hamba sebagai zakat yang wajib. Hasil bijian-bijian serta buah-buahan yang dikeluarkan oleh bumi adalah diambil sebanyak 10% atau 5%. Begitu juga Syan'ai telah mewajibkan 20% dari hasil setengah-setengah logam dan diambil juga kadar-kadar yang difardukan daripada hasil-hasil binatang dan ternakan mengikut bilangannya masing-masing. Syariat juga telah memfardukan supaya harta-harta yang telah diperolehi dengan jalan-jalan ini dibelanjakan dalam usaha menolong orang-orang fakir miskin, anak-anak yatim, orang-orang dhaif dan susah. Ini adalah satu jaminan sosial yang kerananya mustahil didapati di dalam masyarakat Islam itu seorang manusia yang tidak mendapat sesuatu yang termesti dari hajat-hajat penghidupan. Begitu juga mustahil terdapat ketika itu seorang pekerja yang terpaksa mencari rezki dengan keringat dahinya kerana takutkan kebuluran sehingga dia sanggup menerima sahaja apa-apa syarat upahan yang amat kerdil yang dikemukakan kepadanya oleh para pemilik dan majikan. Oleh yang demikian, tenaga mana-mana individu dari anggota- anggota masyarakat itu tidaklah boleh jatuh lebih rendah daripada garis 'minimum' yang masih membolehkannya memberi sumbangan di dalam perjuangan ekonomi.
Barang siapa mendapat sesuatu dari perbendaharaan Tuhannya sebagai modal, lalu dia membaikinya dan menjadikannya perkara yang manfaat dan berguna dengan usaha dan kerjanya sendiri, dialah yang menjadi tuan dan pemiliknya. Contohnya ialah seperti tanah mati yang hak milik atasnya tidak dipunyai oleh sesiapa pun. Bilamana ada seseorang mengambil dan membaikinya, lalu menggunakannya pada jalan yang memberi manfaat serta membuahkan hasil - tanah itu tidak boleh direbutkan dari miliknya. Begitulah bermulanya segala hak-hak milik di bumi ini seperti mana yang dilihatkan oleh Islam. Tatkala manusia meneroka bumi ini pada mula-mulanya, adalah segala sesuatu itu merupakan pengharusan yang menyeluruh buat sekalian anak-anak Adam 'Alaihissalam. Sesiapa yang mendapatkan sesuatu, lalu membaiki dan menjadikannya benda yang berguna dan manfaat, dialah yang menjadi tuan dan pemiliknya; ertinya dia berhak mengkhusus- kan pemakaiannya buat dirinya sahaja, dan dia berhak meminta sewa daripada orang yang mahu mengambil manfaat dengan harta itu. Ini adalah asas semulajadi yang di atasnya terdiri binaan segala soal-soal ekonomi manusia. Kerana itu munasabahlah bahawa asas ini terus tinggal dengan tetapnya, dijaga dan dihormati.
Islam ingin membangunkan orang perseorangan dan masyarakat di atas neraca yang lurus dan mahu mengembelingkan kedua-duanya di atas keseimbangan yang secukup-cukupnya di mana hak-hak perseorangan - dari segi hak perseorangannya - masih ada dan kebebasannya masih dipelihara, sedangkan kebebasan itu tidak pula merosakkan masyarakat malah manfaat untuknya.
Islam tidak memandang baik kepada satu sistem politik atau ekonomi yang menghancurkan hak-hak perseorangan untuk kepentingan masyarakat serta tidak meninggalkan langsung untuknya kebebasan yang tidak boleh tidak buat menyempurnakan segala bakat semulajadi dan teras keindividuannya. Natijah yang mesti berlaku dari pengambilan seluruh jalan kehidupan serta saluran prodaksi sebagai milik bersama itu ialah, bahawa sekalian warganegara itu terikat dengan tali-tali pengontrol masyarakat sehingga tidak dapat lagi mereka menceraikan diri daripadanya dan tidak dapat bergerak. Ternyata sangat payah, malah mustahil, dalam keadaan seumpama ini, bahawa hak perseorangan warganegara itu akan terus subur serta mencapai ketinggiannya. Apa yang termaklumnya ialah, bahawa memelihara hak perseorangan itu adalah berkehendakkan kepada kebebasan ekonomi yang begitu luas sepertimana juga berkehendakkan kepada membelanjakan harta-harta yang diperolehi dengan jalan-jalan yang halal itu melainkan ke dalam jalan-jalan yang halal juga. Untuk tujuan ini, Islam telah meletakkan batas-batas untuk pengeluaran biaya di mana seseorang boleh hidup dengan kehidupan yang baik dan bersih, tetapi dia tidak boleh membelanjakan harta-hartanya ke dalam jalan-jalan keji dan berpoya-poya, pun dia tidak boleh mengeluarkannya untuk menonjol-nonjolkan kemewahan dan kelumayanannya supaya dia meninggikan diri di atas sesama sebangsanya dan supaya dia dipandang oleh orang sekelilingnya seperti mereka memandang kepada pembesar-pembesar yang bongkak. Di sana terdapat beberapa rupa pemborosan dalam membelanjakan harta yang diharamkan oleh undang-undang Islam dengan jelas dan terang, dan di sana terdapat pula beberapa rupa pemborosan lain, sekalipun tidak diharamkan dengan terang oleh Islam, tetapi dia memberi pilihan tentangnya kepada kerajaan Islam sekiranya dia mahumengenakan undang-undang ke atas manusia dan menengah mereka daripada membelanjakan harta mereka dengan berlebih-lebihan. Jika seseorang mempunyai harta yang lebih selepas dibelanjakan di dalam perkara- perkara harus dan teliti, dia boleh pula memilih sama ada hendak mengumpul dan menyimpannya atau pun hendak mengalihkannya ke dalam bidang-bidang perusahaan dan perniagaan dengan maksud menambah serta memperbanyakkan -nya. Cuma Islam meletakkan sempadan-sempadan dan ikatan-ikatan tertentu di dalam kedua-dua keadaan ini. Jika dia ingin mengumpulnya, dia mestilah menunaikan zakat pada tiap-tiap tahun daripada hartanya yang lebih dari nisab.
Dan jika dia mahu mengalihkannya, dia tidak boleh mengalih kecuali ke dalam perusahaan yang halal serta perniagaan yang harus. Kemudian perniagaan ini sama ada diuruskan sendiri oleh perseorangan atau pun dia memperkongsikan keuntungan dari kerugiannya dengan orang lain bila mana dia menyerahkan harta dan barang-barangnya kepada orang itu atas jalan syarikat samada berupa mata - wang, tanah atau perkakas-perkakas. Jika seseorang mendapat kekayaan yang bertimbun di dalam sempadan-sempadan dan ikatan-ikatan ini setelah sekian lama berusaha, dia tidaklah berdosa apa-apa pada pandangan Islam; malah itu merupakan satu ni'mat yang dikurniakan oleh Allah ke atas hambaNya dan satu kemuliaan yang dianugerahkan kepadanya. Dalam pada itu pun, Islam mensyaratkan kepadanya dua syarat untuk menjamin entiti masyarakat. Pertama: Tiap-tiap tahun hendaklah dia menunaikan zakat hartanya dan juga satu per sepuluh daripada hasil-hasil pertaniannya yang telah diwajibkan oleh Allah. Kedua: Hendaklah dia melayani dengan baik dan insaf akan orang-orang yang berkongsi dengannya atau orang-orang yang mengambil upah daripadanya dalam usaha perniagaan, perindustrian atau pertanian. Sekiranya dia tidak melayani mereka dengan adil dan saksama, kerajaan Islam akan memaksanya untuk itu.
Kemudian kekayaan yang terkumpul di dalam lingkungan sempadan-sempadan yang diharuskan ini pula, tidak direlai oleh Islam tinggal tersimpan buat masa yang lama. Malah Islam memutuskan dengan hukum undang-undang (undang-undang pusaka) untuk menyibar dan membahagi-bahagikannya pada tiap-tiap generasi. Aliran undang-undang Islam di dalam masalah ini adalah sangat berlainan daripada segala aliran mana-mana undang-undang lain di dunia ini. Apa yang ditujukan oleh undang-undang lain ialah, bahawa kekayaan yang sekali sudah terkumpul itu berhak terkumpul terus untuk beberapa jenerasi. Tetapi Islam sesebaliknya telah membawa satu undang-undang syumul yang menengaskan bahawa harta yang telah dikumpulkan oleh seseorang di dalam hidupnya itu, hendaklah dibahagi-…
KEENAM: SISTEM KERUHANIAN12
Apakah dia sistem Islam tentang hubungan di antara hamba dan Tuhannya? Dan apakah hubungan di antara sistem ini dengan sistem-sistem lain di dalam penghidupan ini? Untuk memahami dan mengetahui makna masalah ini, kita mestilah mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai perbezaan di antara gambaran hubungan antara hamba dan Tuhannya di dalam Islam dengan gambaran hubungan ini di dalam segala agama dan sistem-sistem filsafat yang lain. Ini ialah kerana seseorang itu, jika tidak mengerti perbezaan ini dan tidak mengkaji dalam masalah ini, selalulah terlintas di dalam fikirannya - sama ada dengan bermaksud atau tidak - bermacam-macam gambaran dan khayalan yang selalunya melekat dengan apa yang dinamakan hari ini sebagai perkara-perkara keruhanian. Di sinilah dia akan terkeliru dan tidak dapat mengetahui dari jenis manakah sistem keruhanian yang aneh ini yang mana pengaruhnya melampaui kawasan ruh yang termaklum itu kepada kawasan benda dan tubuh-badan serta masuk-campur dalam hal-halnya, bahkan mahu menguasainya dan mengendalikan segala urusan-urusannya.
Fikiran yang masih lagi ghalib terdapat di dalam gelanggang filsafat dan agama sekarang ini ialah, bahawa ruh dan tubuh itu merupakan dua unsur yang bertentang dan tidak boleh berhimpun sekali; yang ini di satu pihak dan yang itu di pihak yang lain. Apa yang diminta dan dikehendaki oleh yang ini bukan di minta dan dikehendaki oleh yang itu. Lantaran itu, mustahillah kedua-duanya maju dan mencapai kegemilangan bahu- membahu. Tubuh dan alam kebendaan adalah merupakan penjara bagi ruh. Segala kehendak dunia dan karam di dalam kelazatan dan keinginannya adalah belenggu-belenggu dan rantai-rantai yang mengikat ruh manusia. Demikian juga perkara-perkara keduniaan dan jalan-jalan pencarian rezki dan kehidupan dunia ini adalah merupakan dinding-dinding dan rintangan-rintangan yang menyekat ruh serta menghalanginya daripada mendaki ketinggian dan kemajuan.
Jusetru natijah-natijah yang termesti bagi fikiran ini, ialah terbuntunya jalan-jalan keruhanian dan kebendaan serta terpisah jalan-jalan dan methode-methode keduanya. Orang-orang yang mencari benda dan berusaha di dalam hal-hal keduniaan berasa kecewa sejak langkah pertama lagi dari menjajari keruhanian serta menyelaraskan diri dengannya di dalam bidang ini. Justru tenggelamlah mereka sedalam-dalamnya di dalam penyembahan benda, dan tergelunsurlah segala masyarakat mereka, kemajuan mereka, politik mereka, - kehidupan mereka dan seluruh penghidupan dunia mereka daripada keruhanian, dan tersingkirlah semua itu daripada pertunjuk-pertunjuknya sehingga bumi ini dipenuhi oleh kezaliman dan kekejaman.
Orang-orang yang mencari keruhanian pula telah berusaha mempertinggikan ruh-ruh mereka dengan memilih jalan-jalan serta cara-cara yang menjadikan mereka tersisih daripada hal-hal keduniaan. Ini ialah kerana untuk mempertinggikan ruh mengikut pandangan mereka, mustahil didapati satu jalan yang melalui di antara penghidupan dunia yang berliku-liku dan bersimpang-siur itu, dan mereka berpendapat, tidak ada salah apa-apa dalam usaha membangun dan mempertinggikan ruh jika diabaikan tubuh-badan serta tidak memberikannya perhatian yang wajar. Kerana itu kita lihat mereka telah merekakan riadah-riadah ruhani yang payah-payah sehingga memusnahkan segala nafsu serta keinginan manusia, dan meninggalkan tubuh bagaikan bangkai-bangkai yang kaku, tidak mempunyai perasaan dan tidak boleh bergerak. Dari sana mereka berpendapat, bahawa lorong-lorong gunung, penjuru-penjuru padang pasir dan gua-gua bukit adalah tempat-tempat yang paling dekat dan paling sesuai untuk pendidikan ruhani. Mereka pun menyerbu ke gunung-ganang dan gua-gua bukit melarikan diri masing-masing dari hiruk-pikuk penghidupan moden dan mereka lebih suka memencilkan diri tinggal sendirian beribadat kepada Allah. Semakin banyak mereka berfikir dan merenung, semakin tidak mereka nampak satu jalan ke arah kesuburan ruh dan kemajuannya melainkan memisahkan diri mereka daripada dunia, menyingkirkan segala pergantungan-pergantungannya dan memutuskan segala pertalian dan perhubungan yang menambat mereka dengan sesuatu dari alam kebendaan ini.
Kelebihan dari segi keduniaan dan kesampaian kepada batas kesempurnaan yang paling tinggi di dalam lapangannya sudah membawa pengertian, bahawa seseorang itu harus mengecap keenakan-keenakan material dan ni'mat-ni'mat lahir yang boleh disentuh dan yang bergemerlapan. Sudah menjadi tujuanya bahawa manusia harus bertukar menjadi seekor burung yang comel dan seekor ikan yang cantik, seekor kuda yang tangkas atau seekor serigala pemburu yang pandai membunuh dan menyiksa. Ini dari satu segi. Dari segi yang lain pula, makna kelebihan dan kesempurnaan dari sudut keruhanian ialah, bahawa manusia memiliki sejumlah dari kekuatan-kekuatan luar biasa yang terkeiuar daripada kawasan kejadian manusia dan melampauinya. Tujuannya ialah supaya manusia bertukar menjadi alat microscope yang seni, atau pun segala pandangan dan kata-katanya menjadi sebuah hospital yang cukup kelengkapankelengkapannya.
Apa yang dilihat oleh Islam dalam hubungan ini adalah berlainan daripada yang dilihat oleh sistem-sistem agama dan filsafat-filsafat lain di dunia ini. Dia mengatakan bahawa ruh manusia itu dijadikan Allah sebagai penggantiNya di bumi ini; kepadanya telah diserahkan sejumlah hak-hak yang sesuai dari tindak-tanduk, kewajipan dan tanggungjawab. Untuk menunaikan itu semua, dia telah dikurniakan sebatang tubuh dari rupa-bentuk yang seindah-indahnya. Ruh tidak didatangkan ke dalam tubuh ini melainkan ialah supaya dia menggunakan -nya dalam tindak-tanduk yang dianugerahkan oleh Allah untuknya, dan supaya dia menunaikan dengan tubuh itu segala tanggungjawab yang diletakkan di atasnya. Oleh itu, tubuh bukanlah merupakan penjara bagi ruh, malah ‘makmal’ untuknya. Sekiranya ada apa-apa kesuburan dan ketinggian yang ditaqdirkan untuk ruh, ianya boleh dicapai dengan melahirkan bakat-bakat dan persediaan-persediaan semulajadinya dengan menggunakan segala perkakas dan tenaga makmal ini. Selain dari itu, dunia ini bukanlah merupakan tempat penyiksaan dan kesengsaraan bagi nafsu di mana ruh telah terbenam di dalam lumpurnya kerana sebab-sebab tertentu. Tetapi sebenarnya, dia adalah sebuah medan untuk kerja, sebuah gelanggang untuk usaha, untuk perjuangan dan kesungguhan yang mana Allah telah membangkitkan ruh manusia kepadanya untuk menjalankan tanggungjawab. Dan kerana ini, dia mempunyai hak bertindak tentang kebanyakan perkara-perkara yang lahir di dunia ini. Begitu juga telah dijadikan bersamanya manusia-manusia yang begitu ramai supaya mereka sama-sama menjalankan tanggungjawab- tanggjungjawab khilafah ini serta menanggung bebanannya. Berbagai-bagai cabang peradaban, sosial, ekonomi, politik dan lain-lain lagi telah lahir untuknya di alam wujud ini, sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh tabiat semulajadi manusia. Selagi mana ketinggian ruhani dan pertumbuhan jiwa boleh didapati dengan mudah di dunia ini, bukanlah jalannya bahawa seseorang itu harus memencilkan diri daripada lapangan ini dan berkurung di satu-satu sudut tertentu, tetapi jalannya ialah melahirkan kecekapan serta bakat semulajadinya dengan bekerja, berusaha dan berjuang di dalam dunia ini. Rumah, kedai, pasar, pejabat, makmal, sekolah, mahkamah, balai-polis, camp-tentera, dewan parlimen, persidangan damai, medan perang dan seterusnya semua itu adalah bermacam-macam soalan untuk menguji hamba Allah di dalam berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan pelajaran. Apakah yang akan menjadi akibat dan kesudahan nasibnya, jika dia tidak memberi perhatian terhadap sesuatu dari soalan-soalan itu atau meninggalkan kebanyakannya begitu sahaja tanpa memberi apa-apa jawapan? Bukankah markah yang akan menjadi habuannya itu kosong? Kemungkinan berjaya dan maju tidak boleh diperolehi melainkan bila mana seseorang memberi perhatiannya terhadap peperiksaan dan bila mana dia sungguh-sungguh bersedia untuk menghadapi ujian dan bersiap sedia untuk menjawab segala soalan yang akan dikemukakan kepadanya nanti.
Demikian juga Islam tidak suka kepada 'monachism'13 dan menolaknya sama sekali; kerana Islam berpendapat tidak ada jalan untuk ketinggian ruhani manusia di luar daripada kehidupan masyarakat, tetapi di dalamnya. Ketinggian ruh, kesuburannya, kemajuannya, kegemilangannya, keheningannya, kebahagiaan dan kejayaannya, bukanlah tempatnya di pinggir-pinggir masyarakat, tetapi mengikut pandangan Islam, tempat itu semuanya adalah di dalam dasar masyarakat. Sekarang kita harus memandang dan meneliti terhadap criterion yang dikemukakan oleh Islam kepada kita untuk kemajuan dan kejatuhan ruh itu. Jawapan kepada pertanyaan ini tersimpan di dalam gambaran khilafah yang telah disebutkan dahulu. Manusia dari segi ianya khalifah Allah 'azza wa jalla di dunia ini, adalah bertanggungjawab di hadapan Tuhannya tentang apa yang diusaha dan dikerjakan di dalam hidupnya. Fungsinya di dunia tidak lain melainkan menggunakan segala hak, kuasa dan saluran yang dikurniakan oleh Allah kepadanya itu dengan penggunaan yang Sesuai dengan keredaan Allah dan mengikut hidayat serta kehendakNya. Segala bakat, tenaga dan kecekapan yang dianugerahkan kepadanya hendaklah dicurahkan sekadar daya dan kemungkinannya dalam menuntut wajah Allah Taala dan mencari keredaanNya. Dan di dalam berbagai-bagai perhubungan yang mengikatnya dengan manusia-manusia lain hendaklah dia melalui langkah dan aliran yang direlai oleh pencipta dan pemiliknya. Pendek kata, hendaklah dia mencurahkan segala usaha dan kerjanya untuk membaiki bumi ini dan membaiki cara hiduppenghuni-penghuninya sepertimana yang Allah mahu melihat bumiNya ini dihiasi dan diperindahkan dengan kebaikan-kebaikan serta kebajikan-kebajikan. Makin bertambah seseorang manusia melakukan bakti ini kerana merasai tanggungjawab dan menyedari kewajipan, kerana patuh kepada Tuhan serta taat setia kepada suruh perintahNya, kerana mencari keredaanNya, maka semakin bertambah hampirlah dia kepada Allah dan semakin dekatlah dia kepada rahmatNya yang sempurna itu. Pendekatan diri kepada Allah inilah merupakan ketinggian ruhani di dalam pandangan Islam. Sebaliknya pula kian manusia malas dan segan untuk bekerja dan berusaha, jahil dengan tanggungjawabnya, atau kian bertambahnya dia degil, sombong dan angkuh, maka kian menjauhlah dia daripada Allah. Penjauhan diri daripada Allah inilah yang merupakan kejatuhan ruhani sepertimana yang dilihatkan oleh Islam.
Apa yang ternyata daripada huraian ini adalah, bahawa lapangan kerja dan usaha bagi orang yang beragama dan orang yang keduniaan tidak berbeza pada pokoknya dari segi pandangan Islam. Malah kedua-duanya sama bekerja dalam satu medan dan sebuah gelanggang. Tetapi sebenarnya orang yang beragama menunaikan kewajipannya dalam lapangan ini dengan perhatian dan kewaspadaan yang selama-lamanya tidak akan sampai oleh orang yang keduniaan. Dia (orang yang beragama) menyedari dengan segala kewajipan yang diutarakan kepadanya tentang berbagai-bagai soal di dalam penghidupan dunia ini dan di dalam berbagai-bagai peringkatnya dari pergaulan rumahtangga membawa kepada pertubuhan antarabangsa sama sahaja dengan apa yang disedari oleh orang yang keduniaan, malah melebihinya. Apa yang memisahkan di antara kedua-duanya hanyalah perbezaan dalam hubungan kedua-duanya dengan Tuhan dan cara hubungan ini. Orang beragama tidak bekerja melainkan dia merasai bahawa dia bertanggungjawab di hadapan Tuhannya. Dia tidak menghendaki dan tidak bermaksud daripada kerjanya itu kecuali wajah Tuhan dan keredaanNya sahaja. Sebaliknya orang keduniaan, dia sentiasa melihat dirinya, dia lepas bebas, tidak bertanggungjawab tentang kerjanya di hadapan sesiapa. Oleh itu dia tidak membuat satu-satu kerja melainkan mengikut apa yang diwahyukan oleh keinginan-keinginan dan kecenderungan-kecenderungan dirinya sendiri; tidak peduli terhadap apa yang disuruhkan oleh Tuhan dan apa yang dilarangNya. Jadi, perbezaan dalam hubungan kedua-duanya dengan Tuhan Maha Pencipta inilah yang mengalihkan seluruh penghidupan material orang yang berugama kepada penghidupan ruhani yang baik, dan inilah juga yang melenyapkan sinar penghidupan ruhani orang yang keduniaan dan meninggalkannya hidup di dalam gelap yang tidak ada jalan keluarnya. Sekarang saya mahu bentang dan jelaskan kepada anda, bagaimana Islam melukiskan jalan ketinggian ruhani manusia di dalam lubuk penghidupan material dunia ini, dan bagaimana Islam membukakan di hadapannya pintu-pintu pertumbuhan dan kesempurnaannya.
Langkah yang pertama sekali ialah iman. Iaitu tertanam di dalam hati seseorang dan terpaku difikirannya bahawa tidak ada Tuhan, tidak ada pemilik dan tidak ada pemerintah selain daripada Allah sahaja, dan bahawa tidak ada tujuan yang dicarinya di dalam hidup ini dengan segala usaha dan kerjanya melainkan wajah Allah serta keredaanNya, dan tidak ada undang-undang baginya di dalam hidup ini melainkan suruhan dan tegahan Allah. Maka semakin tertanam dan bertunjangnya fikiran ini di dalam 'aqal seseorang, semakin tercoraklah dia dengan corak mentaliti Islam, dan semakin bertambahlah kemungkinan meningkatnya ketinggian ruhani sedikit demi sedikit sehingga sampai kepada setinggi-tinggi darjatnya.
Peringkat kedua ialah 'ta'at-setia'. Artinya seseorang itu menyingkirkan segala kebebasan dan kemerdekaan pada segala perbuatan dan pekerjaan yang dilakukannya, dan di dalam segala kerjanya itu dia hanya mematuhi Allah, Tuhan yang diyakininya dan yang dipercayainya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Dia sahaja. Ta'at-setia ini ialah 'Islam' mengikut istilah Al-Qur'an. Peringkat ketiga ialah taqwa yang boleh kita unggapkannya dengan menyedari kewajipan dan merasakan tanggungjawab. Taqwa ertinya, bahawa seseorang hamba Allah itu tidak melakukan satu-satu kerja di dalam mana-mana segi penghidupannya melainkan dia yakin yang dia akan diadili di hadapan Tuhannya mengenai kepercayaan-kepercayaannya, perbuatan-perbuatannya, dan perkataan-perkataannya. Dan hendaklah dia menahan dirinya daripada segala apa yang didapati Allah melarangnya, tetapi bersungguh-sungguh melakukan apa yang Allah perintahkan. Oleh itu, dia menjalani hari-hari hidupnya dengan membezakan di antara halal dan haram, di antara betul dan salah, di antara baik dan jahat, dan ini semuanya dengan kesedaran yang cukup dan pilihan yang penuh dari dirinya sendiri.
Peringkat keempat dan yang paling tinggi sekali di antara peringkat-peringkat ini ialah 'ihsan'. Ertinya bahawa kehendak hamba itu disebatikan dengan kehendak Tuhan, sehingga dia tidak menyukai melainkan apa yang disukai oleh Allah dan tidak membenci melainkan apa yang dibencikan oleh Allah. Tidak sahaja dia memadai dengan menghindarkan dirinya daripada kejahatan-kejahatan dan kemungkaran-kemungkaran sepertimana yang dikehendaki oleh Allah supaya bumi ini bersih daripadanya, malah dia juga tidak mengenal penat berusaha dan berjuang untuk membungkaskan pokok dan akar-umbinya daripada bumi ini. Dia tidak sahaja memadai sekadar menghiaskan hidupnya dengan kerja-kerja mulia dan kebajikan sepertimana yang Allah mahu supaya bumi ini terhias dengannya, malah dia juga mencurahkan segala kekuatan yang dimilikinya tanpa bakhil dan kikir untuk menyibarkan segala kebaikan dan kebajikan di bumi Allah yang luas ini. Sekiranya dia ditakdirkan sampai kepada darjat yang tinggi ini, berjayalah dia mendampingi diri dengan Tuhan. Kerana itu, ihsan adalah setinggi-tinggi tingkatan yang boleh dicita-citakan oleh seseorang dalam ketinggian ruhaninya.
Inilah dia jalan ketinggian ruhani dan kegemilangannya di dalam Islam. Ianya tidak sahaja terbatas di sisi para individu, malah melampaui mereka kepada kelompok-kelompok manusia dan bangsa-bangsa. Tiap-tiap umat boleh melewati peringat-peringkat iman, taat-setia dan taqwa, lantas sampai ke kemuncak ihsan seperti individu itu juga. Begitu juga tiap-tiap negara boleh menjadi negara Islam, beriman, bertaqwa dan sampai kepada darjat ihsan dengan sistemnya yang sempurna, bahkan Islam tidak mungkin sampai kepada cita- citanya dan matlamatnya yang ditujukan itu melainkan bilamana umat Islam seluruhnya berjalan di atas jalan ini, dan bila mana terbentuknya di bumi Allah ini sebuah negara yang terhias dengan taqwa dan ihsan.
Sekarang patutlah kita menguji dan memahami sistem pendidikan ruhani yang dipilih oleh Islam dan yang telah dilukiskan plannya dan dibangunkan tonggak-tonggaknya supaya para anggota masyarakat dilahir serta diasuh di atas ketinggian ruhani yang khusus ini. Sistem ini mempunyai empat rukunnya: Pertamanya sembahyang: Ianya memperbaharui ingatan kepada Allah Yang Maha Esa di dalam fikiran seseorang sebanyak lima kali dalam sehari semalam, menakutkannya daripada kemurkaan dan siksaan Allah yang bersangat, menggemarkannya terhadap rahmat Allah serta pendekatan diri kepadaNya, membentangkan kepadanya hukum-hukum Allah dari semasa ke semasa dan melatihkannya agar taat dan patuh terhadap segala titah perintahNya. Kemudian sembahyang ini tidak difardukan ke atas hamba-hamba Allah dengan sifat individu mereka sahaja, malah Allah mewajibkan juga ke atas mereka supaya menunaikan sembahyang-sembahyang mereka itu secara berjamaah. Keduanya puasa: Ianya melatihkan orang-orang Islam dan masyarakat Islam atas taqwa kepada Allah Subhanahu Wata'ala selama sebulan cukup pada tiap-tiap tahun.
Ketiganya zakat: Ianya menimbulkan rasa persaudaraan dan persamaan di dalam hati orang-orang Islam dan menggalakkan mereka mengeluar belanja dan bantu-membantu sesama mereka. Di antara yang dikesalkan di dalam hubungan ini ialah, bahawa banyak orang dewasa ini memanggil zakat itu dengan perkataan cukai, padahal makna yang sangat luhur yang ada pada zakat dan yang dikehendaki oleh Tuhan itu pada pokoknya tidak ada apa-apa hubungan pun dengan makna kebendaan yang ada pada cukai. Zakat dari segi bahasanya membawa erti tumbuh, subur, berkembang, bersih dan suci. Apa yang dikehendaki oleh Islam dengan penggunaan perkataan zakat itu ialah supaya tertanam di dalam fikiran seseorang, bahawa engkau tidak mengeluarkan belanja mata-benda, sedikit atau banyaknya, dalam usaha membantu saudaramu kerana menuntut keredaan Allah, melainkan belanja tersebut akan kembali semula kepadamu dengan keteguhan dan kekuatan hatimu dan dengan kejernihan sifat-sifat akhlakmu juga kebersihan tingkah-lakumu seluruhnya.
Keempatnya haji: Ianya menjadikan orang-orang Mu'min di berbagai-bagai pelusuk bumi ini sebagai satu block yang kental dan sebagai satu jamaah antarabangsa yang berasaskan tauhid dan penyembahan Allah yang Esa. Dengan itu dia membentukkan di kalangan mereka persaudaraan international yang Syumul, dan menunjangkan tonggak-tonggak gerakan international yang sejak zaman silam sampai sekarang masih lagi menerima seruan kebenaran di bumi ini, dan akan terus menerimanya buat selama-lama - Insya'Allah. Wa akhiru da'wana anil hamdulillahi rabbil 'alamin.
----------------------------------------------------------------------------
1 Terjemahan suatu syarahan yang telah disampaikan oleh Pengarang melalui radio Pakistan, Lahore, pada 6hb. Januari, 1948M. Untuk lobih detail sila lihat bukunya: The Ethical Viewpoint of Islam, oleh Abul A'la Al-Mawdudiyy, Islamic Publication Ltd., Lahore, I 965M — Penterjemah.
2 Terjemahan suatu syarahan yang telah disampaikan oleh Pengarang melalui radio Pakistan, Lahore pada 20hb. Januari, 1948M. Untuk lebih detail sila baca buku: Islamic Law and Constitution, Lahore, 1960M. Ch. 4 - Penterjemah.
3 Seperti membunuh musuh-musuh kerana mempertahanKan diri, agama Islam, negara dan hartanya. Ataupun melakukan hukum Qis;u, (Bunuh Balas) ke atas seseorang yang thabit melakukan jinayah membunuh yang kejam itu.
4 Terjemahan suatu syarahan yang telah disampaikan oleh Pengarang melalui radio Pakistan, Lahore, pada lOhb. Februari, 1948M. Untuk lebih detail sila baca buku: Studies in the Family Laws of Islam oleh saudara Prof. Khurshid Ahmad, Karachi, 1961 — Penterjemah.
5 Ini tidaklah mcnafikan pertukaran fikiran dan pendapat di antara suami isteri dalam menyelesaikan segala persoalan rumahtangga yang timbul. Begitu juga suami tidak boleh menyalah gunakan hak keketuaan ini lantas menindas isterinya. Apa yang dikehendaki oleh Islam di sini ialah supaya suami menjalankan tanggungjawabnya dengan wajar dan dengan cara yang sebaik-baiknya. — Penterjemah.
6 Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam kitab al-Adab dari Ibnu Zubayr.
7 Abu Zar Al-Ghiffari (Radiyallahuanhu): Ialah salah seorang sahabat Nabi (sallallahu 'alaihi wasallam), yang besar dan masyhur. Beliau telah berjihad dengan penuh jiwa keperwiraan di zaman Nabi dan Khalifah al-Rasyidin ke III dan telah menempuh berbagai tribulasi perjuangan. Beliau juga terkenal dengan sifat kezuhudannya - Penterjemah.
8 Riwayatkan oleh Bukhari dalam kitab al-Adab.
9 Hadith Sahih Muslim, bab Tahrim al-Zani wal-Tajassus
10 Misykatul Masabih, bab al-lman
11 Terjemahan suatu syarahan yang telah disampaikan oleh Pengarang melalui radio Pakistan, Lahore, pada 2hb. Mac, 1948M. Untuk lebih detail sila baca buku: Economic Problem of man and its Islamic Solution, Islamic Publication Ltd. Lahore - Penterjemah.
12 Terjemahan suatu syarahan yang telah disampaikan oleh Pengarang melalui radio Pakistan, Lahore, pada 16hb. Mac, 1948M - Penter-jemah.
13 MONACHISM: Satu cara hidup zahid yang menolak segala keenakan hidup, hanya beribadat sahaja tanpa memperdulikan perkara-perkara lain. Cara hidup begini selalu kedapatan di dalam agama-agama Kristian, Hindu dan Budha - Penterjemah.
CARA HIDUP ISLAM P3
KEEMPAT: SISTEM SOSIAL4Sistem sosial Islam terbena di atas teori: Bahawa zuriat-zuriat manusia di atas muka bumi ini seluruhnya adalah daripada keturunan yang satu. Pada mulanya Allah menciptakan satu jiwa (diri) sahaja. Daripadanya diciptakan pula pasangannya. Dan daripada kedua-duanya itulah disebarkan seluruh zuriat manusia yang kita lihat meneroka dan menghuni di merata pelusuk dunia hari ini. Titihan sepasang manusia ini terus menerus pada mulanya merupakan satu umat dengan agama dan bahasa yang satu, tidak ada sebarang perbezaan dan perpisahan di antara mereka. Tetapi semakin mereka membiak dan bertambah banyak, semakin bertaburanlah mereka di segenap rantau bumi ini, dan kerana ini secara tabi'inya mereka pun berpecahlah kepada bermacam-macam bangsa, umat dan suku. Seterusnya perbezaan juga menjalar kepada bahasa- bahasa, pakaian-pakaian serta cara-cara kehidupan mereka. Keadaan udara berbagai-bagai daerah itu telah mempengaruhi pula terhadap warna kulit serta bentuk muka mereka dengan pengaruh yang besar. Semua perbezaan ini adalah perbezaan-perbezaan tabi'i yang kerana jawatannya. Tidak boleh seseorang mencabul hak-hak yang diuntukkan buat orang lain kerana berbangga dengan satu-satu keturunan atau bersandar kepada satu-satu keluarga atau lapisan yang tertentu di dalam masyarakat. Begitu juga tidak ada di kalangan mereka seorang lelaki menjadi mulia atau hina kerana keluarganya, atau kerana harta dan kekayaan yang dimilikinya. Tetapi di dalam masyarakat ini seseorang menjadi mulia dan terhormat bila mana dia menghiasi dirinya dengan perangai-perangai yang baik dan mempunyai taqwa serta takut kepada Allah, lebih daripada yang dipunyai oleh orang-orang lain.

Di pos oleh Arbain Muhayat pada 15 March 2012