SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W. PENGAJARAN & PEDOMAN - P6

9. Rasulullah dan orang Islam telah mengejar kaum Hawazin yang tewas sehingga mereka tiba ke penempatan kaum Thaqif di Toif. Baginda dan orang Islam mengepung kota itu beberapa hari tetapi gagal membukanya. Setelah itu, Baginda pulang ke Madinah. Dalam perjalanan, Baginda membahagi-bahagikan harta rampasan perang Hunain. la terdiri daripada 6,000 tawanan sahaya dan wanita di samping unta dan kambing yang tidak diketahui jumlahnya. Baginda memberi bahagian yang banyak kepada pemuka-pemuka Arab untuk menarik minat mereka kepada Islam.

Baginda juga memberi harta yang banyak kepada Quraisy. Namun Ansor tidak memperolehi apa-apapun. Sebahagian Ansor memperkatakan hal tersebut. Mereka melahirkan rasa sedih kerana tidak mendapat apa-apa bahagian daripada rampasan tersebut. Hinggakan sebahagian mereka berkata: "Rasulullah s.a.w. telah bertemu kembali kaum Baginda." Maksudnya: Baginda telah melupakan kita setelah Allah membukakan Makkah dan Quraisy memeluk Islam. Oleh yang demikian, Rasulullah s.a.w. mengumpul kaum Ansor dan berucap kepada mereka Setelah Baginda memuji Allah, Baginda bersabda:
"Wahai kaum Ansor! Aku telah mendengar kata-katamu. Ia mengandungi celaan kepadaku. Bukankah kamu sebelumnya sesat, lalu Allah memberi petunjuk kepada kamu? Miskin, lalu Allah menjadikan kamu kaya? Saling bermusuhan, lalu Allah mempertautkan hati-hati kamu?" Mereka menjawab:
"Benar! Allah dan Rasul-Nya lebih berjasa dan lebih berbakti." Kemudian Baginda bersabda lagi: "Wahai kaum Ansor! Kenapa kamu tidak menjawab kata-kataku?" Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah apa lagi yang patut kami katakan? Allah dan Rasul-Nya mempunyai jasa dan bakti." Baginda bersabda: "Demi Allah, kalau kamu mahu, kamu boleh jawab. Jawapan kamu adalah benar dan diterima. Kamu boleh jawab: Kamu (wahai Rasulullah) datang kepada kami dalam keadaan kamu didustai (kaummu), lalu kami yang mempercayai kamu. Terbiar tanpa pertolongan, lalu kami yang menolongmu. Diusir, lalu kami membelamu. Serba kekurangan, lalu kami berkongsikan harta denganmu.

Wahai kaum Ansor, adakah diri kamu merasa tidak puas hati terhadap sisasisa dunia yang aku gunakan untuk menarik minat kaum tersebut agar memeluk Islam. Sedangkan aku serahkan kamu kepada keislaman kamu. Wahai kaum Ansor, tidakkah kamu redha orang ramai kembali bersama kambing dan unta, sedangkan kamu pulang kepada tunggangan kamu bersama Rasulullah? Demi Tuhan yang jiwa Muhammad dalam genggaman-Nya, jika bukan kerana Hijrah, nescaya aku seorang Ansor. Sekiranya orang ramai melalui satu lorong di bukit, sedangkan Ansor melalui lorong yang lain, nescaya aku melalui lorong yang dilalui Ansor. Ya Allah, rahmatilah Ansor, anak-anak dan cucu-cucu Ansor."

Maka kaum Ansor menangis sehingga janggut-janggut mereka basah. Mereka berkata: "Kami redha dengan pembahagian dan habuan yang dilakukan oleh Rasulullah."
Di sini terdapat beberapa permasalahan yang boleh diberi komentar tentangnya:

Pertama: Isu harta rampasan perang sebagai satu bahagian daripada sistem perang dalam Islam. Musuh-musuh Islam menjadikannya sebagai medium untuk menyerang Islam. Mereka mendakwanya ia merupakan salah satu faktor material pengisytiharan perang dalam Islam. Ia juga sebagai insentif yang cukup berkesan kepada tentera-tentera Islam untuk berkorban dan berbakti. Lantaran itu, mereka bermati-matian merebut harta rampasan selepas tamat peperangan sebagaimana yang berlaku dalam pertempuran ini.

Tak diragui bahawa setiap pengkaji yang adil dan sedar menolak dakwaan ini. Ini kerana faktor peperangan dalam Islam berbentuk spiritual. Ia bertujuan menyebarkan kebenaran, menolak gangguan jahat dan pencerobohan. Ini dinyatakan secara jelas dalam ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis. Adalah pelik, seseorang sanggup berkorban nyawa dan mendedahkan keluarganya kepada pengabaian, kerana tamakkan habuan material walau macam mana besar habuan tersebut. Tamak kepada habuan material tidak berupaya melahirkan keperwiraan luar biasa yang terserlah di kalangan pejuang-pejuang Islam pada zaman permulaan Islam. Ia juga tidak dapat melahirkan natijah yang menakjubkan sebagaimana berlaku dalam peperangan Islam dengan Arab semasa hayat Rasulullah. Begitu juga pertempuran Islam dengan Parsi dan Rom selepas itu. Sedangkan pihak musuh-musuh Islam sendiri mempunyai dorongan ketamakan material. Harta-harta dan orang Islam pasti akan menjadi habuan mereka sekiranya orang Islam kalah. Orang Islam bukan satu-satunya pihak yang mengagih-agihkan harta dan memperhambakan musuh mereka apabila menang. Bahkan fenomena ini merupakan tindak tanduk mana-mana angkatan tentera yang berperang. Kenapakah ketamakan material yang dimiliki oleh musuh Islam ini tidak menghasilkan keperwiraan luar biasa atau natijah yang mengkagumkan? Sebagaimana yang terserlah di kalangan tentera Islam dan dipamerkan dalam siri peperangan Islam?

Berbagai peristiwa yang berlaku dalam peperangan menafikan sama sekali dorongan material merupakan pemangkin paling utama dalam jiwa tentera Islam. Dalam pertempuran Badar, Uhud, Mu'tah dan Iain-lain lagi, wira-wira Islam maju ke medan pertempuran mengharapkan kemuliaan mati syahid dan nikmat syurga. Hinggakan salah seorang daripada mereka melemparkan buah-buah tamar daripada mulutnya apabila mendengar janji Rasul s.a.w. tentang balasan syurga bagi para syuhada. Beliau mengharungi pertempuran seraya berkata: "Wah, bagusnya! Tiada apa lagi yang menghalang aku untuk memasuki syurga melainkan tamar-tamar ini? Demi Allah, (Jika aku menghabiskan makan tamar ini), ia adalah kehidupan yang panjang (melambatkan aku ke syurga)!" Selanjutnya, beliau terus berperang sehingga terbunuh. Yang lain pula tampil menyerang musuh seraya berkata: "Syurga! Syurga! Demi Allah aku mencium baunya lebih dekat dari Bukit Uhud." (Peristiwa ini berlaku ketika pertempuran Uhud).

Dalam pertempuran dengan Parsi, Rustum menawarkan harta atau pakaian kepada orang Islam agar mereka membatal-kan rancangan berperang dan pulang semula ke negara mereka. Namun ketua utusan tentera Islam menjawab: "Demi Allah, kami tidak keluar kerana perkara ini. Apa yang kami mahu ialah menyelamatkan kamu daripada penyembahan sesama hamba kepada penyembahan Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan. Sekiranya kamu memeluk Islam, kami akan pulang. Sementara kerajaan dan tanah kamu tetap kekal milik kamu. Kami tidak akan merebut apa-apa pun daripada kamu." Adakah ini jawapan gerombolan tentera yang keluar untuk mendapatkan rampasan perang juga menguasai tanah dan harta benda?!

Peristiwa para pejuang mengharapkan rampasan perang dalam pertempuran Hunain dan ketidakpuasan hati Ansor kerana tidak mendapat agihan dijadikan bukti dakwaan palsu mereka. Mereka sengaja bersikap memejamkan mata terhadap realiti pertempuran dan pihakpihak yang terlibat dalam peperangan. Mereka yang mengharapkan rampasan perang tersebut terdiri daripada mereka yang baru memeluk Islam. Hidayah Islam masih belum bertapak kukuh dalam jiwa mereka sebagaimana golongan Islam yang sebelumnya. Oleh itu, orangorang Islam seperti Abu Bakar, Umar, Othman, Ali, Abdul Rahman bin Auf, Tolhah, az-Zubair dan para sahabat besar yang awal menyahut seruan Islam, tidak mengharap habuan rampasan perang tersebut. Rasa tidak puas hati Ansor pula hanyalah kata-kata sesetengah mereka yang berpandangan pembahagian rampasan perang pada hari tersebut diagih tidak sama rata. Fenomena sebegini berlaku kepada kebanyakan manusia pada setiap zaman dan tempat. la timbul dalam diri mana-mana manusia yang berada dalam situasi seumpama ini. Tangisan mereka apabila Nabi s.a.w. berucap kepada mereka adalah bukti paling jelas tentang keinginan Ansor untuk mencapai redha Allah, pahala dan syurga-Nya, juga ketaatan kepada Rasul-Nya. Antara ucapan Baginda: "Tidak-kah kamu redha orang ramai kembali bersama kambing dan unta, sedangkan kamu pulang kepada tunggangan kamu bersama Rasulullah?" Mereka mengutamakan untuk berdamping dengan Rasulullah dan tinggal berdekatan Baginda berbanding harta benda dan keuntungan. Adakah logik mereka dituduh:
Mereka berjihad hanya untuk mengaut harta dan keuntungan?

Tiada guna untuk mempersoalkan: Kenapa Islam menjadikan rampasan perang hak tentera yang berperang bukan hak negara sebagaimana zaman kita ini? Kerana persoalan sebegini menunjukkan mereka alpa tentang tabiat manusia dan adat resam peperangan pada zaman tersebut. Bukan hanya tentera Islam membahagi-bahagikan 4/5 rampasan perang kepada tenteranya, Parsi dan Rom turut berbuat sedemikian. Bahkan pengagihan tersebut digunakan oleh semua angkatan tentera. Sekiranya seseorang mujtahid pada hari ini berpendapat rampasan perang yang diperolehi oleh tentera Islam pada zaman ini perlu diserahkan kepada negara, ia masih dalam lingkungan memahami persoalan ini berdasarkan prinsip dan ruh Islam.

Kedua: Keputusan Nabi s.a.w. memberi agihan rampasan perang lebih kepada mereka yang baru memeluk Islam berbanding tentera lain menunjukkan kebijaksanaan Baginda. Baginda s.a.w. arif dengan personaliti kaumnya dan berpandangan jauh dalam mengurus sesuatu perkara. Mereka merupakan golongan yang sentiasa memerangi Rasulullah dan enggan menerima dakwah sehinggalah pembukaan Makkah. Sebahagian mereka juga gembira dengan kekalahan orang Islam pada permulaan pertempuran ini (Hunain). Oleh itu, usaha menjinakkan hati dan menyemai perasaan tentang keistimewaan mereka memeluk Islam dari sudut material mesti dilakukan. Kerana mereka memerangi Islam disebab faktor material ini. Pada hakikatnya, mereka sebagai pemuka-pemuka kaum, memerangi Islam kerana ingin mengekalkan kepimpinan dan menjaga kepentingan material mereka. Apabila Islam menghancurkan kekuatan mereka dengan pembukaan Makkah, ada kemungkinan masih terdapat dalam jiwa mereka rasa benci terhadap kemenangan tersebut. Mungkin timbul juga rasa tidak puas hati dengan kekalahan dan runtuhnya kekuatan mereka. Islam merupakan agama pembawa petunjuk dan pengislah. Islam tidak berpada dengan hanya memberi tekanan dan menggunakan kekerasan tanpa menghiraukan penerimaan jiwa dan hati, sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan sistem yang bergantung kepada kekerasan untuk tertegak dan kekal. Bahkan hati mesti terbuka untuk menerima Islam, merasa gembira dengan petunjuknya dan rindu kepada prinsip juga teladannya. Pemberian tersebut merupakan tindakan bijak selagi pemberian (kurnia) kepada sesetengah manusia berfaedah untuk memperbaiki hati dan menghapuskan permusuhan mereka. Rasulullah mengambil keputusan yang sangat bijak sehingga mereka redha terhadap apa yang dilakukan oleh Baginda s.a.w..

Allah mengetahui dakwah-Nya pasti berkembang ke timur dan barat dunia setelah ia menguasai semenanjung tanah Arab. Oleh itu, seluruh Arab mesti disediakan untuk memikul risalah ini dan berkorban di jalannya. Sekiranyajiwa para pemuka dipulihkan dengan pemberian ini, hati mereka akan terbuka untuk menerima cahaya dakwah. Mereka juga akan bersedia memikul bebanan dakwah. Inilah yang benar-benar terjadi. Setelah Rasulullah menjinakkan hati para pemimpin tersebut, rasa tidak puas hati dan kebencian kepada Islam dan dakwahnya lenyap daripada diri mereka. Apabila tentera Islam mula menjelajah bumi demi menyampaikan prinsip Islam dan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kesesatan kepada cahaya Islam, semenanjung tanah Arab telah bersedia untuk memikul tugas bersejarah yang agung ini. Para pemimpin yang telah jinak hati mereka ini merupakan golongan pertama yang redha dan mara dalam pertempuran pembebasan tersebut. Sejarah mengesahkan pertarungan hebat mereka dalam siri pembukaan tersebut. Mereka juga mempunyai jasa besar dalam memperkukuhkan tunggak-tunggak Islam di luar semenanjung tanah Arab. Mereka menguruskan kerajaan Islam yang luas dan memimpin tenteranya yang melimpah-limpah. Mereka tetap diiktiraf sebagai mujahid. Meskipun pada permulaan Islam, mereka merupakan golongan yang dijinakkan (melalui berbagai pemberian). Ataupun mereka lambat memeluk Islam sehingga selepas pembukaan Makkah. Kebiasannya, mereka yang terkemudian berjaya menyusul mereka yang terdahulu. Orang yang lemah dapat mencapai keistimewaan orang yang kuat. Begitu juga ramai orang yang memperolehi keikhlasan beramal walaupun memulakannya tanpa ikhlas. Al-Hasan rahimahullah berkata: "Kami menuntut ilmu ini bukan kerana Allah, namun ilmu ini tetap mendorong agar ia dilakukan kerana Allah." Tokoh lain pula berkata: "Kami menuntut ilmu ini tanpa niat, namun niat datang kepada kami selepas itu." Cukuplah Allah menjanjikan kebaikan kepada golongan yang lewat memeluk Islam ini, sebagaimana firman-Nya:

Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Makkah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. Dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu kerjakan.(Al-Hadid: 10)

Ketiga: Tindakan Rasulullah s.a.w. mengumpul dan meredakan rasa terkilan Ansor kerana tidak mendapat apa-apa bahagian daripada rampasan perang, menjadi bukti kebijaksanaan politik dan kelembutan akhlak Baginda s.a.w. Apabila komen sesetengah Ansor berkaitan agihan rampasan perang sampai kepada Baginda, Baginda mengambil langkah proaktif untuk meredakan rasa terkilan tersebut. Baginda mengumpulkan mereka untuk tujuan itu. Baginda menyampai-kan ucapan yang bijaksana sekalipun Baginda tahu mereka mencintai dan setia mengikutinya. Mereka telah mengorban-kan darah dan harta mereka di jalan Allah. Tiada kebimbangan berlaku sesuatu yang mengurangkan iman atau menghumban mereka ke dalam kemarahan Allah dan Rasul-Nya. Namun Baginda memilih untuk menghilangkan prasangka yang mula tersemat dalam fikiran sesetengah mereka tentang isu tersebut. Ini salah satu sunnah terpuji yang mesti diikuti oleh para pemimpin dan ketua bersama penyokong dan pencinta mereka. Musuh menunggu-nunggu untuk mengekploitasi apa-apa kejadian atau kata-kata yang melemahkan pergantungan para pengikut terhadap pemimpin mereka. Syaitan mem-punyai komplot yang jahat dan licik tipudayanya. Oleh itu, para pemimpin tidak boleh cuai mendapatkan dukungan penyokong walau mereka amat mempercayai para penyokong mereka.

Seterusnya, perhatikan teknik bijak lagi berkesan yang digunakan oleh Baginda s.a.w. agar mereka berpuas hati dan yakin terhadap hikmah keputusan Baginda tersebut. Baginda menyebut jasa-jasa mereka kepada dakwah Islam, bantuan mereka kepada Baginda dan inisiatif segera mereka untuk memperbenarkan Baginda. Sedangkan ketika itu kaum Baginda sendiri mendustai dan mengusir Baginda. Baginda menyebut jasa-jasa mereka ini setelah memperingatkan mereka tentang jasa Allah kepada mereka. Allah telah menyelamatkan mereka daripada kesesatan, perpecahan dan permusuhan. Semua ini disebut agar mereka mudah menerima kehilangan semua keuntungan harta dunia (rampasan perang tersebut) jika dibanding dengan kebahagiaan dan petunjuk yang mereka perolehi. Dengan demikian, Baginda menegaskan dua perkara kepada mereka:

a) Baginda tidak menyebelahi kaumnya dengan melupakan Ansor, sebagaimana dakwaan sesetengah mereka.

b) Keputusan Baginda menyekat mereka daripada menerima rampasan perang berdasarkan kepada kekuatan beragama, kehebatan iman dan kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya.

Sepanjang usiaku, tiada teknik lain yang lebih berkesan daripada teknik ini untuk memuaskan hati mereka yang berjasa dan lama dalam dakwah. Iaitu di kalangan mereka yang beriman dengannya, ikhlas, jujur serta tidak mengharapkan balasan mahupun terima kasih. Selawat dan salam Allah ke atas Baginda. Alangkah benar firman Allah berkenaan Baginda:
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.(Al-Qalam: 4)

Keempat: Reaksi Ansor setelah mendengar ucapan Baginda s.a.w. merupakan contoh kejujuran iman dan kehalusan jiwa yang paling menarik. Mereka juga mengenang jasa Allah kerana memberi petunjuk dan menganugerahkan taqwa kepada mereka. Mereka menyifatkan usaha mereka menolong, menyokong dan berjihad sebagai kurniaan Allah dan Rasul-Nya. Mereka juga menyatakan bahawa, jika bukan kerana Allah, nescaya mereka tidak mendapat petunjuk. Jika bukan kerana Rasul-Nya, nescaya hati dan pandangan mereka tidak mendapat cahaya petunjuk. Jika bukan kerana Islam, nescaya Allah tidak akan menyatukan kembali kaum mereka setelah berpecah, atau memelihara darah mereka yang mengalir tanpa nilai. Jika bukan kerana Islam, pasti Allah tidak akan menyelamatkan mereka daripada penguasaan Yahudi kepada kemuliaan Islam, atau membebaskan mereka daripada jiran mereka (Yahudi) yang memperkudakan mereka. Mereka juga mengisytiharkan; mereka mengutamakan Rasulullah mengatasi segala limpahan harta dan keseronokan dunia Apabila Rasulullah s.a.w. mendoakan kerahmatan untuk mereka, anak-anak dan cucu-cucu mereka, air-air mata mereka bercucuran gembira kerana keprihatinan Rasulullah s.a.w.. Apatah lagi doa Baginda merupakan doayang mustajab. Adakah lagi bukti lain kepada kejujuran iman? Adakah di sana cinta yang lebih mulia dan indah daripada cinta ini? Semoga Allah meredhai mereka dan menjadikan mereka redha. Semoga Dia mengabadikan nama mereka di dunia dan menyertakan kita bersama mereka dalam syurga an-Naim. Hidup di samping Rasul-Nya yang dicintai lagi agung dan golongan yang Allah telah kurniakan nikmat ke atas mereka di kalangan para nabi, siddiqin, syuhada' dan mereka yang hampir dengan-Nya.

Akhimya, peristiwa yang berlaku antara Rasulullah s.a.w. dan Ansor ini, mestilah diingati oleh setiap pendakwah dan dihafal oleh setiap penuntut ilmu. la antara peristiwa yang dapat menambahkan iman serta menggelorakan rasa cinta dan rindu kepada Rasulullah s.a.w. dan sahabatnya r.a..

(B) MERUNTUHKAN PATUNG BERHALA

Nabi Ibrahim a.s. (bapa para nabi selepas nabi Nuh a.s.) merupakan antara mereka yang memerangi ajaran keber-halaan anutan kaumnya. Sehingga kaumnya cuba membakarnya sebagaimana yang diceritakan oleh al-Quran al-Karim. Apabila Baginda datang ke Makkah, Baginda meninggalkan anaknya, Ismail a.s. dan ibunya di situ. Setelah Ismail meningkat remaja, mereka berdua sama-sama membina Kabah untuk dijadikan rumah ibadat Allah dan destinasi haji kepada orang ramai. Anak-anak Ismail semakin ramai (mereka dikenali sebagai Arab Musta'ribah, sebagaimana yang dinamakan oleh ahli-ahli sejarah). (Dari zaman ke zaman) Mereka masih tidak mengenali ajaran menyembah berhala dan patung. Kemudian menjadi satu ibadat kepada sesiapa yang mengembara meninggalkan Makkah, membawa seketul batu daripada Tanah Haram sebagai memuliakannya dan tanda kerinduan kepada Makkah. Di mana sahaja mereka singgah, mereka akan meletakkan dan bertawaf mengelilinginya sebagaimana mereka mengelilingi Kaabah. Mereka berbuat demikian untuk mengambil keberkatan dengannya, juga tanda cinta dan rindu mereka kepada Tanah Haram. Amalan ini berterusan sehinggalah 'Amru bin Luhayy membawa masuk amalan menyembah berhala kepada mereka (ahli sejarah mengatakan kejadian ini berlaku 500 tahun sebelum perutusan Nabi). Dia merupakan orang pertama yang mengubah agama Ismail a.s..

Asal-usulnya adalah seperti berikut: Dia merupakan penjaga pintu Kaabah selepas pengusiran Jurhum dari Makkah dan kawasan sekitarnya. Tak lama selepas itu, dia ditimpa sakit yang teruk. Dia diberitahu: "Di Balqa', Syam terdapat sebuah mata air panas (sekarang ini, tempat itu dikenali sebagai al-Hammah), jika kamu ke sana, kamu akan sembuh." Lalu dia ke sana dan mandi di situ. Dia kemudiannya sembuh. Dia mendapati penduduk di situ menyembah berhala, lantas bertanya: "Apa ini?" Mereka menjawab: "Kami meminta hujan turun dan kemenangan menewaskan musuh dengan patung-patung ini." Lantas, dia meminta mereka memberikan sebahagian patung tersebut kepadanya. Mereka memberikan kepadanya. Kemudian dia membawa patung itu ke Makkah dan menegakkannya di sekeliling Kaabah. Selepas itu. penyembahan berhala tersebar luas di semenanjung tanah Arab, hinggakan setiap penghuni rumah di Makkah mempunyai sebuah berhala yang mereka sembah di rumah. Apabila mereka mahu bermusafir, perkara terakhir yang diperlakukan di rumahnya ialah mengusap-usap berhala tersebut. Apabila pulang daripada musafir, perkara pertama yang dilakukan setelah memasuki rumahnya ialah mengusap-usap berhala tersebut.

Setelah itu, penyembahan berhala di kalangan Arab menjadi-jadi. Ada di antara mereka yang membina rumah berhala. Ada pula yang membina patung. Sesiapa yang tidak mampu membina patung mahupun rumah berhala, dia mendirikan seketul batu di Tanah Haram atau di mana-mana yang mereka rasa bagus untuk menempatkannya. Dia kemudiannya mengelilinginya sebagaimana dia mengelilingi Baitullah. Ketika muisafir dan singgah di sesuatu tempat, seseorang itu akan mengutip empat ketul batu. Dia akan memilih batu manakah yang paling bagus, lalu menjadikannya sebagai tuhan. Tiga ketul batu lagi dijadikan sebagai batu alas periuk. Apabila berangkat, dia meninggalkannya. Apabila berhenti di perhentian yang lain, dia akan melakukan perbuatan yang sama. Arab mempunyai tiga berhala terbesar yang diagung-agungkan. Mereka mengerjakan haji dan menyembelihkan korban untuknya. Berhala yang paling tua ialah "Manat". la dibina di pinggir pantai menghala ke arah al-Musyallal di Qadid yang terletak antara Madinah dan Makkah. Semua Arab mengagungkannya dan yang paling mengagungkannya ialah kaum Aus dan Khazraj. Apabila Rasulullah s.a.w. keluar untuk membuka Makkah pada tahun ke-8 hijrah, Baginda mengutuskan Ali r.a. ke tempat berhala tersebut. Ali telah meruntuhkannya, seterusnya mengambil barang-barang yang dipersembahkan kepada berhala itu, lalu membawanya kepada Nabi s.a.w.. Antara barang yang diambilnya ialah; dua bilah pedang yang dihadiahkan untuk berhala itu oleh al-Harith bin Abi Syamir al-Ghassani, raja Ghassan. Al-Harith merupakan raja yang membunuh Syuja' bin Wahb al-Asadi r.a., utusan Nabi s.a.w. kepadanya yang mengajak kepada Islam. Tiada utusan Nabi s.a.w. yang dibunuh selain Syuja'.

Berhala kedua bernama "al-Lat". Ia terletak di Toif. Merupakan sebongkah batu empat segi. Quraisy dan semua Arab mengagungkannya. Selepas Nabi s.a.w. pulang ke Madinah daripada pembukaan Makkah, rombongan Thaqif datang menemui Baginda. Mereka meminta Baginda s.a.w. membiarkan al-Lat tidak diroboh selama tiga tahun. Namun Baginda enggan menerima permintaan mereka. Mereka terus memohon penangguhan daripada Baginda dengan mengurangkan tempohnya setahun demi setahun, tetapi Baginda tetap enggan. Sehinggalah mereka meminta penangguhan untuk tempoh sebulan sahaja, namun Baginda masih enggan menerimanya.

Ibnu Hisyam berkata: (Berdasarkan penjelasan mereka), Mereka ingin pemusnahan berhala tersebut ditangguhkan agar mereka terselamat daripada tindak tanduk golongan yang bodoh, wanita dan anak-pinak mereka. Mereka juga meminta penangguhan sehingga seluruh penduduk Taif memeluk Islam agar pemusnahan al-Lat tidak menimbulkan kejutan kepada kaum mereka. Namun Rasulullah enggan menerima permo-honan itu. Baginda mengutuskan Abu Suffian bin Harb dan al-Mughirah bin Syu'bah agar meruntuhkannya. Apabila al-Mughirah mula memukul dengan cangkulnya, wanita-wanita Thaqif keluar menangis meratapkan al-Lat seraya bersyair:

Hendaklah kamu menangis sungguh-sungguh untuk si pembela, (Lantaran) mereka yang keji telah menyerahkannya
(untuk diruntuhkan),
Mereka (yang keji) itu tidak pandai berlawan pedang (mempertahankannya). Maksudnya: Alangkah hibanya! Al-Lat sebelum ini menjadi pembela kami daripada musuhmusuh dan menolak bala bencana, telah diserahkan oleh orang-orang yang keji untuk diruntuhkan. Orang-orang yang keji tersebut tidak memper-tahankannya mahupun bertarung pedang demi untuknya.

Berhala ketiga bernama "al-'Uzza"13. Ia berada di sebelah kanan sesiapa yang bermusafir dari Makkah ke Iraq. Kaum Quraisy mengagungkannya. Apabila al-Quran turun mengutuk berhala itu juga berhala-berhala yang lain, Quraisy merasa amat marah. Ketika Abu Uhaihah iaitu Said bin al-'As bin Umaiyah bin 'Abd Syams bin 'Abd Manaf sakit nazak, Abu Lahab datang menziarahinya. Abu Lahab mendapatinya menangis, lantas bertanya:
"Apakah yang menyebabkan kamu menangis wahai Abu Uhaihah? Adakah kamu menangis kerana kematian yang pasti?" Dia menjawab: "Tidak. Tetapi aku bimbang al-'Uzza tidak akan disembah lagi selepas (kematian) aku!" Abu Lahab berkata: "Demi Allah! Semasa hayatmu ia tidak disembah keranamu. Begitu juga selepas ketiadaanmu, penyembahannya tidak akan ditinggalkan kerana kematianmu." Lantas Abu Uhaihah berkata: "Sekarang, aku tahu bahawa aku mempunyai pengganti!" Kesungguhan Abu Uhaihah berpenat lelah menyembah berhala 13 Uzza adalah batang pohon kurma yang disembah oleh Bani Ghatfan. Mereka mendirikan di atasnya sebuah pondok. Uzza mempunyai penjaga. (Mu'jam Buldan). (pent.).
itu menakjubkan Abu Lahab.14
Pada tahun pembukaan Makkah, Nabi s.a.w. memanggil Khalid bin al-Walid dan memerintahkannya untuk bertolak memusnahkan berhala tersebut. Apabila Khalid sampai kepada berhala itu, penjaganya, Dubayyah bin Harami asy-Syaibani berseru:
Wahai Uzza lawanlah dengan keras, janganlah kamu mendustakan, Lemparkan kain selendang dan sinsingkan baju untuk melawan Khalid, Sekiranya kamu tidak membunuh Khalid pada hari ini, Kamu akan menanggung kehinaan segera dan membantunya mengalahkanmu.

Lantas Khalid berkata:
Wahai 'Uzza, keingkaran untuk kamu bukan keampunan, Aku lihat Allah telah menghinamu. Mereka mendakwa berhala itu berupa seorang wanita habsyi yang berambut kusut masai. Wanita itu meletakkan tangannya di atas bahunya dan berada dalam batang pokok yang ditebang oleh Khalid. Dia telah menentang Khalid dalam rupa bentuk sedemikian. Khalid memenggalnya mengakibatkan kepalanya terbelah. Rupa-rupanya wanita itu hitam seperti arang. Apabila Khalid memberitahu Rasulullah tentang perlaksanaan tugas tersebut, Baginda a.s. bersabda: "Itulah al-Uzza. Tiada lagi al-Uzza selepas ini bagi Arab. Ia tidak akan disembah lagi selepas hari ini".15

Inilah berhala-berhala Arab yang paling terkenal pada zaman jahiliah. la disebut oleh al-Quran melalui firman Allah:
(Setelah kamu - wahai kaum musyrik Makkah -mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa "Al-Lat" dan "Al-Uzza". Serta "Manat" yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anakanakperempuan Allah)? (An-Najm: 19-20)

Ketika Rasulullah memasuki Baitul Haram pada hari pembukaan Makkah, Baginda menemui gambar-gambar malaikat dan lain-lain lagi. Baginda juga mendapati gambar nabi Ibrahim a.s. dalam bentuk memegang anak-anak panah yang digunakan untuk tilikan nasib. Baginda lantas bersabda: Semoga Allah memerangi mereka. Mereka menjadikan syeikh kami (nabi Ibrahim) tempat menilik nasib menggunakan anak panah. Apa kaitan nabi Ibrahim dengan panah-panah tilikan nasib? "Bukanlah nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah dia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi dia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada 14 Kitab al-Asnam, Hisyam bin Muhammad bin as-Sa-ib al-Kalby, m.s 23.

15 Dalam Mu'jam al-Buldan menukilkan satu riwayat daripada Abu Soleh daripada Abdullah bin Abbas r.a., beliau berkata: Uzza merupakan syaitan betina yang mendiami antara tiga batang pokok di tengah-tengah kebun tamar. Apabila berlaku pembukaan Kota Makkah, Rasulullah s.a.w. telah mengutus Khalid bin al-Walid. sabdanya: "Pergilah kamu ke tengah-tengah kebun tamar dan kamu akan berjumpa dengan tiga batang pohon tamar. Tembanglah batang yang pertama." Lalu Khalia pergi dan menebang pohon yang pertama. Kemudian beliau kembali bertemu dengan Rasulullah, lalu Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?" "Tidak"; jawab Khalid. "Tebang pohon yang kedua."; arah Baginda s.a.w.. Beliau pergi melaksanakan arahan tersebut dan kembali bertemu dengan Rasulullah. Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?" "Tidak"; jawab Khalid "Tebang pohon yang ketiga."; arah Baginda s.a.w. lagi. Apabila beliau berhadapa-dengan pohon ketiga, keluar seekor syaitan betina berambut kusut masai dan meletakkan dua tangannya di atas bahu sambil menampakkan taringnya. Lalu Khalid memancung kepalanya (pent.).
Allah), dan dia pula bukanlah dari orang-orang musyrik." (maksud Ali Imran: 67)
Baginda memerintahkan agar semua gambar-gambar tersebut dipadamkan. Perintah Baginda itu terus dilaksanakan.

Ibnu Abbas berkata: Rasulullah s.a.w. memasuki Makkah pada hari pembukaannya dengan menaiki tunggangan Baginda. Baginda juga melakukan tawaf menggunakan tunggangannya itu. Di sekeliling Baitullah terdapat patung-patung berhala yang diikat dengan timah. Nabi s.a.w. menunjuk isyarat kepada berhala-berhala itu menggunakan sebatang ranting kayu di tangannya, seraya berkata:
Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap. (Al-Isra’: 81)

Mana-mana berhala yang ditunjuk oleh Baginda dari arah hadapan akan tumbang terlentang ke belakang. Sementara mana-mana berhala yang ditunjuk dari arah belakang akan tumbang tersungkur ke depan. Sehingga tiada lagi berhala yang tinggal tegak. Kesemuanya tumbang.

Selepas beberapa bulan pembukaan Makkah, semua berhala di semenanjung tanah Arab telah diruntuhkan dari singgahsananya. Para penyembahnya telah mengkufurinya. Mereka yang pernah menyembah berhala kelmarin, bertukar menjadi malu kerana kecetekan pemikiran mereka hingga sanggup menyembah batu yang tidak memberi mudarat atau manfaat, mahupun menolak sesuatu kejadiari.

Sejak awal risalah Islam, Islam bertindak menyebarkan keburukan berhalaberhalayang dijadikan tuhan ini, mencela penyembahannya serta menyeru kepada agama fitrah; menyembah Allah Pencipta alam kejadian dan Tuhan sekalian alam. Semenanjung tanah Arab, diketuai oleh Quraisy telah menentang dakwah ini. Mereka melihat dakwah ini sebagai satu seruan yang amat pelik.

"Patutkah dia menafikan tuhan-tuhan yang berbilang itu dengan mengatakan:
Tuhan hahya Satu? Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang menakjubkan!" (Sad: 5)

Semenanjung tanah Arab saling bertelagah dan kacau bilau ekoran agama baru ini. Mereka cuba membunuh dan menghapuskan Rasulnya dengan segala cara. Namun akhirnya kemenangan berpihak kepada Rasulullah s.a.w. selepas perjuangan yang berlarutan selama 21 tahun. Baginda membuka ibu kota keberhalaan (Makkah), memusnahkan tuhan-tuhannya, menewaskan bala tenteranya dan menumpaskan konspirasi para pemimpinnya. Adakah akal dapat mempercayai semua ini lantaran ia berjaya disempurnakan dalam tempoh sesingkat ini? Ketika Rasulullah s.a.w. memulakan dakwah, tiada seorang manusia pun bersama Baginda. Bolehkah kejayaan ini tercapai, jika bukan kerana Allah yang menjadi Pengatur di belakang dakwah ini, mempersiapkan ketumbukan tenteranya dan memandu perjalanan pertempurannya?

Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir). (Al-Anfal: 17)

Muhammad bin Abdullah telah menamatkan tragedi pemikiran Arab yang berterusan hampir 500 tahun atau lebih. Baginda membebaskan akal Arab daripada belenggu dan khurafat keberhalaan. Baginda juga menyelamatkan kehormatan mereka daripada penghinaan dan kekejian kepercayaan itu. Baginda membuka pintu-pintu kemerdekaan dan kemulian abadi untuk Arab. Mereka memasuki pintu-pintu itu tanpa keluar kembali. Rasulullah s.a.w. telah berkata benar dengan sabda Baginda:
“Selepas ini tiada lagi al-Uzza untuk Arab. Ia tidak akan disembah lagi selepas hari ini.”

Semenanjung tanah Arab telah mengucapkan selmat tinggal kepada kehidupan keberhalaan untuk selama-lamanya. Pemikiran Arab telah mencapai usia matang. Mereka tidak rela untuk kembali semula ke zaman kanak-kanak; zaman keberhalaan yang mendorong penganutnya meletakkan dahinya ke kaki batu yang tuli lagi bisu. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., peperangan dan fitnah telah berlaku. Ada di kalangan mereka yang mengaku nabi. Ada pula yang membangkang al-Quran. Akan tetapi kita tidak mendengar seorang Arab pun yang berfikir untuk kembali kepada kepercayaan keberhalaan dan tuhantuhannya. Ini kerana seorang yang berusia matang tidak akan kembali menjadi kanak-kanak lagi. Semua perubahan ini dicapai dengan sempurna hasil jasa nabi Muhammad s.a.w. dan risalah Baginda. Setiap orang Arab (sejak zaman nabi) sehingga tamatnya dunia ini terhutang budi kepada Baginda kerana menyelamat dan membebaskan mereka daripada keberhalaan.
Baginda juga berjasa dalam meningkatkan petunjuk kepada bangsa-bangsa di muka bumi ini, sama ada mereka yang mengikuti petunjuk itu, mahupun yang menolaknya. Allah telah menjelaskan perkara ini dengan firman-Nya:
Dia-lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w.) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya), dan membersihkan mereka (dari i’tiqad yang sesat), seta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Al-Jumuah: 2)

(C) GHAZWAH TABUK
Secara ringkas, pengajaran dan pedoman yang paling penting dalam Ghazwah ini ialah:
Pertama: Sebab ghazwah ini berlaku; Rom telah mengumpulkan angkatan tentera yang besar di Syam. Maharajanya, Herkules telah memberi upah kepada pendudukpenduduknya selama setahun. Kablah-kabilah Arab juga telah bergabung dengan tentera ini. Mereka terdiri daripada kabilah: Lakhm, Juzam, Ghassan dan Amilah. Rom kemudiannya menghantar pasukan tentera hadapan mereka al-Baqa’ (kawasan perkampungan yang dibina oleh penduduk Damsyiq. Terletak antara Syam dan Wadi al-Qura). Apabila berita itu sampai kepada Rasulullah s.a.w., Baginda mengajak orang ramai untuk keluar berperang ke Tabuk. Baignda menyeru mereka supaya bersiap sedia, di samping menyeru golongan kaya untuk meyumbang dan menderma.

Ini menjelaskan kepada kita tabiaat peperangan dalam Islam. Peperangan dalam Islam bukan bersikap menceroboh atau provokasi. Tetapi bertujuan mempertahankan agama dan negara, mencegah penceroboh serta menghalang mereka daripada mengganggu dan membuat kerosakan. Ini dinyatakan secara jelas oleh banyak ayat al-Quran. Kami telah memperkatakan tentang sebab-sebab disyariatkan perang dalam Islam, objektif dan jalan-jalannya. Kami telah terangkan perkara-perkara tesebut dalam nota kuliah untuk tahun satu. Keberangkatan Rasulullah s.a.w. untuk keluar ke Tabuk selepas persiapn dan perhimpunan angkatan Rom menjadi penyokong kepada kata-kata kami ini.

Kesediaan sesetengah kabilah Arab untuk bersama Rom menentang orang Islam menjadi bukti bahawa mereka berada jauh daripada kefahaman dan risalah pembebasan yang dibawa oleh Islam kepada manusia secara umum dan Arab secara khusus. Jika mereka mengetahuinya, nescaya mereka akan menolak untuk emnajdi pembantu Rom melawan anak bangsa mereka sendiri di kalangan orang Arab Islam.

Kedua: Seruan Rasul s.a.w. agar bersiap sedia untuk berperang dibuat ketiak waktu susah, panas dan musim buah-buahan dipetik. Orang-orang beriman yang jujur dan segera menyahut seruan Rasul tersebut tanpa mempedulikan kesusahan mahupun kemiskinan. Orang-orang munafik pula menarik diri. Mereka mengemukakan pelbagai alasan. Demikianlah, hakikat orang-orang yang ikhlas dan orang-orang munafik akan jelas terserlah pada waktu-waktu genting. Mereka yang berlagak akan terbongkar pekungnya pada waktu dugaan. Allah Taala telah berfirman:
Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman,” sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang sebenarsebenarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 1-3)

Dakwah dan bangsa hanya tertegak dan bangkit melalui pembersihan saf-safnya daripada golongan munafik dan penipu. Hanya orang yang mempunyai keazaman yang benar, niat yang ikhlas dan prinsip yang kukuh akan tetap teguh menghadapi kesusahan. Alangkah ramai orang yang lemah iman dan para penipu menghalang perjalanan dakwah islah dalam umat. Mereka berusaha menyekat Islam daripada meraih atau melambatkan kemenangan walau seketika. Angkatan tentera Islam dalam ghazwah Tabuk telah emnyinkirkan mereka yang seumpama ini. Pekung mereka terbongkar. Kelemahan iman dan kerapuhan azam mereka terserlah. Satu angkatan tentera yang mempunyai saf yang tersusun, bersatu padu, iman yang kukuh dan setia kepada janji lebih berfaedah kepada umat walaupun bilangan mereka kecil. Mereka lebih hampir kepada kemenangan berbanding dengan tentera yang bilangannya besar tetapi berbeza gagasan, kemampuan dan keteguhan.
"Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa)
bersama-sama orang-orang yang sabar". (Al-Baqarah: 249)

Ketiga: Para sahabat yang kaya segera menyumbang menderma. Contohnya Abu Bakar, Umar, Othman dan lain-lain. Ini menjadi bukti terhadap tindak tanduk keimanan dalam jiwa orang-orang mukmin. Iman mendorong mereka untuk segera melakukan kebaikan, juga melawan hawa nafsu dan naluri diri. Iman ini diperlukan oleh setiap umat dan setiap dakwah untuk menjamin kemenangan ke atas musuh dan menjamin kewujudan sumber-sumber danayang mereka perlukan. Kita dapati umat kita pada hari ini amat memerlukan keimanan sebegini. Kerana kita berdepan dengan berbagai musuh, bebanan berat, pertempuran dahsyat dan, kekuatan dan kelicikan musuh. Oleh itu, kita tidak dapat menewaskannya melainkan dengan menggandakan pengorbanan harta, jiwa, hawa nafsu dan syahwat. Ini hanya dapat dicapai oleh agama yang mempunyai kefahaman sahih tentang hakikat keimanan. Agama ini mendidik jiwa-jiwa untuk ikhlas menyumbang dan berpenat lelah untuk umat mereka. Mereka melakukannya sebagai satu jihad yang diberi ganjaran oleh Allah, sebagaimana Dia memberi ganjaran kepada mujahidin di medan perjuangan.
Usaha terbaik yang sepatutnya dilakukan oleh para pengislah dan pemimpin kebangkitan ialah menyemai agama dalam jiwa-jiwa manusia dengan baik. Setiap penentangan kepada agama, seruan untuk membebaskan diri daripadanya atau reaksi mempersendakan agama merupakan jenayah nasional yang boleh mengakibatkan natijah paling buruk dan kesan paling bahaya. Demikianlah yang diajarkan oleh Allah kepada kita. la disahkan oleh sejarah lalu dan dibuktikan oleh pengalaman masa kini. Penafian tentang hakikat ini merupakan kesilapan yang hanya dilakukan oleh merekayang jiwanya tidak ikhlas kepada kebenaran, hatinya tidak terbuka kepada kebaikan dan peribadinya tidak dihiasi sifatsifat ketinggian mahupun kemuliaan.

Keempat: Terdapat mereka yang datang menemui Rasulullah s.a.w., meminta keizinan Baginda untuk berperang tetapi terpaksa ditolak kerana Baginda tidak memperolehi tunggangan yang boleh membawa mereka. Mereka telah beredar dengan linangan air mata kerana sedih disebabkan terhalang daripada memperolehi kemuliaan berjihad bersama Rasulullah s.a.w.. Peristiwa yang diceritakan oleh Allah dalam kitab-Nya ini merupakan contoh paling indah tentang kehebatan iman mencipta perkara yang luar biasa. Kebiasaan manusia akan gembira apabila dia terselamat daripada bahaya dan jauh daripada peperangan.
Namun orang-orang mukmin yang jujur ini menangis. Mereka menganggap diri mereka telah terlepas daripada memperolehi habuan pahala Allah yang besar dan peluang mencapai mati syahid di jalan-Nya. Adakah terdapat prinsip yang bertindakbalas dalam jiwa sebagaimana tindakbalas iman dalam jiwa mereka ini? Apakah pula kerugian yang menimpa umat apabila mereka ketiadaan tokoh-tokoh sebegini?

Kisah tiga orang yang tidak pergi berjihad kerana mengutamakan kerehatan, tidak mahu berpanas dan lebih suka tinggal di rumah, padahal mereka adalah orang-orang mukmin yang jujur, mengandungi pengajaran yang banyak. Selepas beberapa ketika, iman dalam jiwa mereka tersedar. Lantas mereka mengetahui bahawa mereka telah melakukan dosa yang besar kerana tidak turut serta bersama Rasulullah s.a.w. dan orang-orang mukmin. Namun begitu, keinsafan ini tidak menyebabkan mereka terlepas daripada hukuman. Hukuman mereka cukup keras dan membuatkan mereka serik. Seluruh masyarakat memboikot mereka. Orang ramai hinggakan isteri-isteri mereka dilarang bercakap dan berbicara dengan mereka. Setelah terbukti kejujuran taubat, penyesalan, kesedihan dan dukacita mereka, Allah mengurniakan keampunan kepada mereka. Apabila mereka diberitahu tentang khabar gembira tersebut, mereka girang tidak terhingga. Sesetengah mereka mensedekahkan harta dan pakaian mereka sebagai tanda kesyukuran kepada Allah di atas nikmat keredhaan dan keampunan-Nya.
Pengajaran sebegini menghalang mukmin yang jujur keimanannya daripada culas dalam kerja-kerja yang wajib. Dia tidak akan rela berehat sedangkan orang ramai berpenat lelah. Apatah lagi bersenang lenang sedangkan orang ramai bersusah payah. Inilah tabiat iman; kamu sentiasa merasakan bahawa kamu merupakan ahli dalam satu kumpulan atau sebahagian daripada keseluruhan bahagian. la juga menye-babkan kamu merasakan apa yang menimpa kumpulan turut menimpa kamu. Begitu juga, apa yang berfaedah kepada mereka, turut berfaedah kepada kamu. Kesenangan tiada erti jika umat dalam kesusahan dan penderitaan. Rehat tiada lazat-nya sekiranya orang lain penat dan letih. Kamu juga merasakan sikap meninggalkan kewajipan merupakan satu tanda kekurangan iman dan kecacatan agama. Ia juga merupakan dosa yang perlu bertaubat dan kembali kepada Allah.

Kisah ini juga memberi pengajaran kepada kita, bahawa akidah mengatasi hubungan kerabat. Begitu juga, perlaksanaan sistem yang diakui syarak didahulukan daripada mematuhi hawa nafsu dan emosi. Hubungan kerabat pula tidak dapat membantu apa-apa di hadapan kemarahan dan kemurkaan Allah.
Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (An-Nur: 63)

(D) HAJJATUL WADA (HAJI SELAMAT TINGGAL)

Hajjatul Wada merupakan satu-satunya haji yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. selepas diutuskan sebagai Rasul. Apabila orang ramai mendengar Rasulullah s.a.w. akan mengerjakan haji pada tahun tersebut, mereka berbondong-bondong datang dari pelbagai pelusuk semenanjung tanah Arab untuk sama-sama mengerjakan haji. Hinggakan bilangan mereka (mengikut sesetengah ahli sejarah) mencapai jumlah 114 ribu orang. Kami anggap bilangan ini adalah bilangan anggaran. Jika tidak, bagaimanakah mereka boleh dihitung dan ditentukan bilangan seramai itu?

Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan khutbah Baginda yang masyhur. Setiap penuntut wajib menghafalnya kerana ia mengandungi pengisytiharan prinsip-prinsip umum Islam, la juga merupakan khutbah terakhir Baginda. Di dalamnya terkandung:
"Wahai manusia! Dengarlah sabdaku. Aku tidak tahu, boleh jadi aku tidak akan menemui kamu selepas tahun ini di tempat ini untuk selama-lamanya. (Ramalan ini adalah antara mukjizat Rasulullah s.a.w.). Wahai manusia! Darah dan harta kamu mesti dihormati sehingga kamu bertemu kembali dengan Tuhan kamu. la mesti dihormati sebagaimana kehormatan hari kamu ini (Hari Arafah) dan kehormatan bulan kamu ini (bulan haram Zulhijjah). Kamu akan bertemu dengan Tuhan kamu, lalu Dia akan menyoal kamu tentang amalan-amalan kamu. Sesungguhnya aku telah menyampaikan.

Sesiapa yang mempunyai amanah, hendaklah dia menunaikan amanah itu kepada pemberi amanah. Semua amalan riba dihapuskan. Namun kamu berhak memiliki modal kamu tanpa kamu menzalimi atau dizalimi. Allah telah menetapkan tiada riba (lagi diamalkan). Oleh itu, semua riba kepunyaan Abbas bin Abdul Muttolib dihapuskan. Setiap tuntutan darah pada zaman jahiliah digugurkan. Tuntutan darah pertama yang aku gugurkan ialah darah Ibnu Rabiah bin al-Harith bin Abdul Muttolib (dia disusukan oleh Bani Laith dan telah dibunuh oleh Huzail). Dia merupakan tuntutan darah jahiliah pertama yang aku mulakan pengguguran tuntutannya.

Wahai manusia! Syaitan telah berputus asa buat selama-lamanya untuk dia disembah lagi di bumi kamu ini. Namun sekiranya dia dipatuhi dalam perkara lain yang kamu anggap lekeh, ia sudah cukup untuk menyenangkan hatinya.
Oleh itu, berwaspadalah terhadap agama kamu.

Wahai manusia! Perbuatan menangguh tarikh bulan-bulan haram adalah penambahan kepada kekufuran. Orang-orang kafir menyesatkan orang ramai dengan perbuatan itu. Mereka menghalalkan bulan tersebut untuk setahun dan mengharamkannya untuk setahun yang lain dengan tujuan melakukan perkara-perkara yang Allah haramkan. Justeru itu, mereka menghalalkan perkara yang diharamkan Allah dan mengharamkan perkara yang dihalalkan Allah. Waktu telah berputar sebagaimana keadaan asalnyapada hari Allah menciptakan langit dan bumi. Bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan. Empat bulan daripadanya adalah bulan haram: tiga bulan berturut-turut dan satu lagi ialah Rajab Mudhar1 yang berada antara Jamadil Akhir dengan Syaaban.

Wahai manusia! Kamu mempunyai hak ke atas isteri-isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu. Hak kamu ke atas mereka ialah mereka tidak boleh membenarkan sesiapa yang kamu bend (sama ada lelaki mahupun wanita, mahram mahupun ajnabi) memasuki rumah kamu. Mereka juga tidak boleh Kaum Mudhar amat memuliakan bulan Rajab. Oleh kerana itu, bulan tersebut dikaitkan dengan mereka. melakukan perkara keji. Sekiranya mereka melakukannya, Allah membenarkan kamu untuk meninggalkan tidur dengan mereka dan memukul mereka dengan pukulan yang tidak keras. Sekiranya mereka berhenti daripada perbuatan-perbuatan ini, mereka berhak mendapatrezeki dan pakaian yang baik. Terimalah pesanan aku untuk berbuat baik dengan wanita ini. Mereka adalah pembantu kamu. Mereka tidak memperolehi apa-apa bagi diri mereka. Kamu mengambil mereka sebagai amanah Allah serta menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah. Fahamilah sabdaku ini, wahai manusia! Sesungguhnya aku telah menyampaikan. Aku telah tinggalkan kepada kamu satu perkara yang jelas,jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selamalamanya:
Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Wahai manusia! Dengar dan fahamilah sabdaku. Kamu tahu bahawa setiap orang Islam saudara kepada orang Islam yang lain. Sesungguhnya orang Islam bersaudara. Milik saudaranya tidak halal bagi seseorang kecuali apa yang diberikannya dengan rela hati. Oleh itujangan kamu menzalimi diri-diri kamu. Ya Allah, adakah aku telah menyampaikan?"

Perkara pertama yang menarik perhatian dalam peristiwa Hajjatul Wada ialah kehadiran manusia yang begitu ramai bersama Rasul s.a.w.. Mereka datang dari segenap pelusuk semenanjung tanah Arab. Mereka beriman dengan Baginda, membenarkan risalahnya serta patuh kepada arahan-nya. Sedangkan 23 tahun sebelum itu, mereka semuanya berpegang kepada keberhalaan dan syirik. Mereka mengingkari prinsip-prinsip risalah Baginda dan merasa pelik dengan seruan tauhid yang disampaikan oleh Baginda. Mereka juga menjauhkan diri daripada kritikan Baginda terhadap nenek moyang mereka yang menyembah berhala, juga hujah Baginda memperbodohkan khayalan mereka. Bahkan ramai antara mereka yang menentang dan menunggu-nunggu masa untuk bertindak kepada Baginda. Bahkan mereka merancang untuk membunuh, mempersiapkan angkatan untuk menyerang dan bertarung dengan Baginda menggunakan pedang juga lembing.

Bagaimanakah revolusi perubahan yang mengkagumkan ini berlaku dalam tempoh sesingkat ini? Bagaimanakah Rasulullah s.a.w. dapat menukar kelompok manusia yang ramai ini daripada pegangan keberhalaan, jahiliah, kerosakan dan perpecahan kepada mentauhidkan Allah, mengenali zat dan sifat-Nya, bersatu padu dan mempunyai satu objektif juga matlamat? Bagaimana mereka boleh mencintai Baginda sedangkan sebelum ini mereka memusuhi, kuat menentang dan terus bertelingkah dengan Baginda? Seorang manusia, walau sepintar, selicik dan sehebat mana peribadinya, adalah mustahil dia mampu mencapai perubahan ini dalam masa ratusan tahun. Kita tidak pernah mendengar fenomena sebegini pada umat terdahulu mahupun kini. Perubahan ini pasti disebabkan oleh kebenaran risalah, sokongan langit, pertolongan Allah dan mukjizat agama yang syumul lagi sempurna. Agama ini dijadikan sebagai penyempur-naan nikmat Allah ke atas hamba-hamba-Nya dan penutup risalah-Nya kepada manusia. Allah menghendaki agama ini berperanan menghentikan kesengsaraan umat yang sesat di celah lorong-lorong kehidupan, juga yang hina kerana hawa nafsu dan sentimen 'asobiyyah. Dia juga mahu menunjukkan mereka jalan hidayah dan membuka mata mereka kepada cahaya kebenaran. Dia ingin melantik mereka sebagai pemimpin bangsa-bangsa dan perubah perjalanan sejarah. Dia juga mahu mereka menghapuskan kehinaan manusia, seterusnya mewariskan kepada mereka, hikmah dan Kitab yang menjadi petunjuk dan peringatan kepada orang-orang yang berakal.

Seratus empat belas ribu orang manusia yang sebelumnya mendustai, memerangi, membenci dan memberontak terhadap Baginda, bertukar menjadi mereka yang mempercayai, mematuhi, mencintai dan mentaati Baginda. Semua itu dalam tempoh 23 tahun. Ini adalah perbuatan Allah Yang Maha Benar lagi Maha Nyata. Maha suci Allah daripada apa yang mereka sekutukan. Maha suci zat Rasul-Nya daripada apa yang dikatakan oleh para atheis. Maha Suci Tuhan kamu, Tuhan Yang Maha Mulia daripada apa yang mereka sifatkan. Selamat ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam.

Perkara kedua yang menarik perhatian dalam peristiwa hajjatul Wada ini ialah khutbah yang bertenaga lagi jitu yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada semua manusia. Begitu juga dengan pengisytiharan prinsip-prinsip selepas sempurna risalah dan kepimpinan Baginda. la merupakan penegasan terhadap prinsip-prinsip yang diisytiharkan sejak permulaan dakwahnya. Iaitu ketika Baginda masih keseorangan, ditindas, sedikit dan lemah. la adalah prinsip yang tetap dan tidak berubah, sama ada ketika sedikit mahupun ramai, ketika perang mahupun aman, kalah mahupun menang, dunia menentang mahupun menerimanya, musuh kuat mahupun lemah. Sedangkan kita mengetahui terdapat di kalangan pemimpin-pemimpin dunia, mereka yang berbolak balik ialam pegangan akidah dan prinsip. Pegangan mereka bercanggah ketika lemah dan ketika kuat. Cara dan objektif mereka pula berubah-ubah. Mereka menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang mereka sembunyikan dalam diri. Mereka juga mengajak kepada perkara yang mereka tidak percayai.
Mereka memakai pakaian pendeta ketika lemah dan kulit serigala ketika kuat. Fenomena ini adalah kerana mereka itu "rasul" kepada maslahat, sedangkan para Nabi adalah rasul kepada Allah. Amat jauh beza antara mereka yang mengerumuni bangkai busuk dengan mereka yang berenang dalam lautan cahaya petunjuk. Begitu juga terlalu jauh beza mereka yang bekerja untuk diri sendiri dengan mereka yang bekerja untuk kemanusiaan. Juga amat jauh beza antara penyokong-penyokong syaitan dengan penyokong-penyokong Tuhan ar-Rahman.

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah: 257)

(E) PENGUTUSAN TENTERA USAMAH

Usaha terakhir Rasulullah s.a.w. ialah mempersiapkan satu angkatan tentera ke Syam di bawah pimpinan Usamah bin Zaid bagi menyebar dan mempertahankan dakwah. la juga merupakan usaha menghalang serangan penceroboh dan tindakan proaktif untuk berhadapan dengan musuh yang menunggu-nunggu peluang menyerang negara Islam yang baru ditegakkan. Baginda memerintahkan beliau untuk menginjakkan kaki di sempadan al-Balqa' dan ad-Darum di bumi Palestin. Angkatan tentera tersebut terdiri daripada golongan Muhajirin, Ansor dan orang Islam yang tinggal di sekeliling Madinah. Tiada seorang pun yang terkecuali. Ketika angkatan tersebut berkumpul di Madinah bersedia untuk berangkat, Rasulullah s. a.w mula jatuh sakit; Sakit yang berakhir dengan kewafatan Baginda. Oleh itu, bala tentera tersebut menangguhkan perjalanan mereka kerana menunggu sehingga Rasul sembuh. Mereka juga ingin mendapat saranan dan petunjuk Baginda. Namun beberapa hari selepas itu Rasulullah s.a.w. wafat. Allah telah memilih Baginda untuk kembali ke pangkuan-Nya. Iaitu setelah Baginda menunaikan amanat, menyampaikan risalah dan mempersiapkan seluruh semenanjung tanah Arab untuk membawa panji-panji Islam. Mereka telah bersedia untuk menyebarkan peradaban dan ajarannya ke segenap ceruk bumi. Ketika itu tentera Islam juga telah mampu untuk memikul beban amanah yang membawa impak besar kepada sejarah.
Baginda diwafatkan selepas tersedia anggota tentera yang layak untuk mengharungi siri pertempuran demi amanah tersebut. Para panglima berkaliber untuk memimpin peperangan dan tokoh-tokoh agung lagi soleh untuk menguruskan negara telah berjaya dilahirkan.
Selawat dan salam Allah ke atas Rasul-Nya. Semoga Allah membalas Baginda dengan sebaik-baik balasan bagi pihak kita dan kemanusiaan. Jika bukan kerana Baginda dan tenteranya yang setia, jika bukan kerana tenteranya menunaikan amanah selepas Baginda, nescaya sekarang ini kita berada dalam kesesatan yang nyata.

Allah telah memuliakan Rasul-Nya dengan kemuliaan yang tidak pernah diberikan kepada para Nabi sebelum Baginda. Usia Baginda dipanjangkan sehingga Baginda dapat menyaksikan hasil dakwah dan perjuangannya melitupi seluruh semenanjung tanah Arab.
Dakwah Baginda membersihkan bumi Arab daripada berhala untuk selama-lamanya. Dakwah Baginda juga menjadikan mereka yang meruntuhkan berhala dengan tangan-tangan mereka sendiri merasa gembira dengan nikmat Allah yang telah menyelamat-kan mereka daripada kesesatan. Padahal merekalah yang menyembah, sujud dan memohon pendampingan dengan berhala tersebut. Baginda juga membentuk mereka agar bersedia menjelajah muka bumi membawa cahaya petunjuk yang dikurniakan Allah kepada mereka untuk manusia. Generasi yang menyembah dan mempertuhankan berhala. Hidup semasa jahiliah dalam keadaan alpa di samping memiliki keupayaan dan bakat yang tidak tersusun. Kemudian generasi inilah yang bertindak memecahkan berhala dan membangunkan negara Arab yang pertama dalam keseluruhan sejarah Arab. Negara yang ditegakkan tersebut berperanan memikul risalah, menggariskan objektif dan bertindak sebagai guru juga penyelamat kepada bangsa lain di sekelilingnya. Mereka merupakan peneroka yang bangga dengan petunjuk, cahaya dan kebaikan yang dibawa. Mereka bersimpati dengan kejahilan, kegelapan dan keruntuhan yang dialami oleh bangsa-bangsa lain. Sedangkan sebelum ini, Arab kagum dan mengagungkan bangsa-bangsa tersebut. Bahkan mereka tunduk kepada mereka dalam politik, pemikiran dan sosial. Ini merupakan peristiwa yang unik dalam sejarah dahulu mahupun moden. Pengutusan Usamah merupakan simbol kepada peristiwa tersebut dan hasil produk risalah yang bertuah lagi berkat ini.

Selanjutnya, Rasulullah s.a.w. telah melantik Usamah bin Zaid memimpin angkatan tentera tersebut padahal beliau adalah seorang remaja berusia 20 tahun. Di bawah kepimpinannya terdapat tokoh veteran Muhajirin dan Ansor seperti Abu Bakar, Umar, Othman, Ali dan lain-lain tokoh yang terlebih dahulu memeluk Islam dan telah terbukti keperwiraan mereka. Mereka juga lebih tua dan berkedudukan berbanding Usamah. Tindakan Rasulullah ini mempamerkan salah satu sunnah Islam yang terpuji. la memansuhkan perbezaan antara manusia yang berdasarkan kemegahan, usia dan jasa. la juga mengutamakan keupayaan yang baik tanpa mengira usia dan kedudukannya. Seterusnya, sejarah telah mengesahkan bahawa ia tidak pernah melahirkan tokoh yang agung dan berkaliber seperti tokoh-tokoh agung ini. Namun mereka redha untuk berada di bawah kepimpinan Usamah yang muda belia. Ini menunjukkan sejauh mana tahap penga-suhan jiwa dan akhlak yang telah mereka capai, hasil daripada usaha, petunjuk, didikan dan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w. Melantik Usamah menjadi ketua kepada tokoh-tokoh seperti Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali merupakan peristiwa besar yang tak pernah dialami oleh mana-mana bangsa.

Ia merupakan sejarah pertama yang menunjukkan kewajipan membuka ruang kepada keupayaan dan kepintaran para remaja, juga kewajipan membenarkan mereka memimpin urusan-urusan jika mereka berkelayakan. Sekiranya orang Islam selepas itu sentiasa mengingati pengajaran besar ini, nescaya bencana dan mala petaka akan lenyap daripada sejarah Islam. Begitu juga keributan dan fitnah yang mengganggu gugat tiang negara Islam dan melemahkan kekuatannya akan hilang. Alangkah bijaknya tindakan Rasulullah yang disokong oleh wahyu langit. Baginda juga dikurniakan kebijaksanaan, pendapat yang tepat, pandangan yangjauh dan kemampuan politik yang hebat. Keistimewaan ini tidak diberikan kepada para nabi sebelum Baginda. la juga tidak diketahui terdapat pada mana-mana tokoh besar sejarah sebelum dan selepas Baginda. Semoga Allah meredhai Usamah yang masih muda belia. Tahniah kepada beliau kerana mendapat kepercayaan Rasulullah berkenaan keupayaannya untuk memimpin, kejujuran azamnya dan keislamannyayang baik. Tahniah sekali lagi kepada beliau kerana telah dijadikan Baginda sebagai contoh teladan kepada remaja-remaja kita yang beriman lagi beramal.

(F) KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W.

Rasulullah s.a.w. wafat setelah Baginda mengetahui ajalnya telah hampir melalui jalan wahyu. Baginda mengucap selamat tinggal kepada orang ramai pada Hajjatul Wada'.
Hati-hati para sahabat berdebar-debar, gelisah dan bimbang sekiranya ajal Baginda telah hampir. Namun apabila ajal yang ditetapkan oleh Allah datang, ia tidak dapat ditangguhkan.
Apabila berita kewafatan Rasul s.a.w. tersebar, semua para sahabat menjadi kacau bilau kerana tragedi yang dahsyat itu. Madinah bergegar hebat. Ramai para sahabat yang besar dan mereka yang terdahulu memeluk Islam hilang kewarasan akalnya. Ada di kalangan mereka yang lidahnya kelu. Ada yang jatuh lumpuh tak berdaya bergerak. Ada pula (iaitu Umar) yang menghunus pedangnya seraya melarang orang ramai mengatakan Rasulullah s.a.w. telah wafat. Beliau mendakwa Baginda sekadar koma dan akan kembali semula kepada mereka.

Hanya Abu Bakar seorang sahaja yang masih teguh jiwanya. Beliau masuk menziarahi Rasulullah s.a.w. sedang Baginda kaku diselubungi (selimut) di atas katilnya. Beliau lantas mengucupi Baginda seraya berkata: "Aku tebus kamu dengan bapa dan ibuku, wahai Rasulullah! Alangkah eloknya kamu ketika hidup mahupun mati! Kematian yang Allah suratkan kepadamu telah kamu rasai. Kamu tidak akan ditimpa kematian lagi selepas ini untuk selama-lamanya. Wahai Rasulullah, ingatilah kami di sisi Tuhanmu." Kemudian Abu Bakar keluar menemui orang ramai. Beliau berucap kepada mereka seraya berkata: "Wahai manusia! Sesiapa yang menyembah Muhammad. Muhammad telah mati. Sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah Maha Hidup dan tidak mati." Kemudian dia membacakan firman Allah:
Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu). (Ali Imran: 144)

Apabila Abu Bakar membaca ayat al-Quran tersebut, mereka tersedar daripada kejutan yang dahsyat itu. Mereka seolah-olah tidak pernah mendengar ayat tersebut sebelum itu. Kata Abu Hurairah: Umar berkata: "Demi Allah, tidak terlintas firman Allah yang demikian melainkan apabila aku mendengar Abu Bakar membacanya. Lantas aku terkejut dan kebingungan sehingga aku terduduk ke bumi kerana kedua kaki ku tidak berdaya menanggungku. Ketika itu aku tahu bahawa Rasulullah s.a.w. telah mati."

Pengajaran

Terdapat dua pengajaran yang cukup mendalam di sini:

Pertama: Para sahabat terkejut dengan kematian Rasulullah s.a.w. hingga seolah-olah kematian tidak mungkin berlaku kepada Baginda. Padahal kematian itu penghujung kepada setiap kehidupan. Fenomena ini berlaku kerana mereka amat mencintai Rasulullah s.a.w.. Cinta mereka itu menyerap ke dalam darah dan urat saraf mereka. Kehebatan kejutan kerana kehilangan kekasih adalah mengikut kadar kecintaan tersebut. Kita lihat orang yang kehilangan anak atau bapa, masih tidak mempercayai dia telah kehilangannya berhari-hari lamanya. Apakah cinta di dunia ini yang mencapai kehebatan cinta para sahabat yang baik ini kepada Rasulullah s.a.w.? Allah telah memberi petunjuk kepada mereka melalui Baginda.
Baginda juga telah menyelamatkan mereka daripada kegelapan kesesatan kepada cahaya kebenaran, mengubah kehidupan mereka, membuka pemikiran dan pandangan mereka, serta mengangkat mereka ke tahap tokoh pemimpin yang agung. Selanjutnya lagi, Baginda juga berperanan sebagai pendidik, hakim dan pemberi panduan kepada mereka. Mereka merujuk kepadanya ketika malapetaka, meminta panduan ketika berhadapan dengan peristiwaperistiwa dan mengambil firman Allah untuk mereka melalui Baginda. Mereka juga mengambil hadis-hadis dan pengajaran Baginda untuk mereka. Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, semua ini telah terputus. Kejutan apakah lagi yang lebih hebat dan dahsyat daripada kejutan ini?

Kedua: Pendirian Abu Bakar menunjukkan beliau seorang yang memiliki jiwa yang teguh dan bersemangat waja ketika berhadapan dengan malapetaka. Kriteria ini tidak dimiliki oleh sahabat lain. Ini menjadikan beliau orang yang paling layak untuk menggantikan Rasulullah s.a.w.. Sifat ini juga terbukti ketika beliau menangani gerakan murtad di semenanjung tanah Arab.

Di pos oleh Arbain Muhayat pada 10 March 2012