INDUSTRI PAJAK GADAI ISLAM BERDAYA MAJU

INDUSTRI PAJAK GADAI ISLAM BERDAYA MAJU             
UTUSAN MALAYSIA
SELASA 13 NOVEMBER 2001

KUALA LUMPUR 12 NOVEMBER – Industri pajak gadai Islam, Ar-Rahnu, berdaya maju dan mempunyai prospek ekonomi yang cerah kerana ia beroperasi pada kos dan risiko yang rendah.
Menurut Bendahari Yayasan Islam Perlis, Mat Nazri Harmine, institusi ini juga merupakan satu sistem yang mampu membantu golongan yang memerlukan wang dalam masa yang singkat. Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Pengalaman Yayasan Islam Perlis dalam mengawal selia pajak gadai Islam’ di seminar dua hari kefahaman mengenai konsep dan aplikasi sistem Ar-Rahnu yang bermula di sini, hari ini. Bagaimanapun, Mat Nazri tidak menolak skim Ar-Rahnu juga terdedah kepada penipuan oleh pihak tertentu ke atas barangan kemas yang digadaikan.
Beliau menambah, terdapat pembuat barangan kemas yang memanipulasikan kandungan emas di dalamnya dengan mencampurkan logam lain untuk menjadikan barang kemas lebih berat. Sementara itu, Penolong Pusat Ekonomi Kajian Sosial dan Teknologi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Nik Mustapha Nik Hassan berkata, industri pajak gadai Islam mampu membasmi kemiskinan dalam masyarakat melalui penyediaan pembiayaan kecil kepada peniaga-peniaga kecil. Katanya, satu kajian yang dijalankan di kawasan Asia Pasifik mendapati 95 peratus daripada 180 juta masyarakat miskin di rantau itu mempunyai peluang terhad kepada perkhidmatan institusi kewangan.
Peluang itu bermaksud kemampuan institusi ‘menyediakan pembiayaan kecil yang boleh membantu golongan daif ekonomi berdikari dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara, kata Nik Mustapha. Beliau yang membentang kertas kerja bertajuk ‘Peranan Ar-Rahnu dalam pembangunan perniagaan kecil Islam’, berkata golongan peniaga kecil perlu diberi perhatian bagi memantapkan sektor perniagaan di kalangan umat Islam. Nik Mustapha menolak tanggapan hanya perniagaan besar sahaja yang penting dalam pembangunan sektor perniagaan negara. Beliau menambah, kajian itu juga mendapati masyarakat Islam cenderung menggunakan pembiayaan Ar-Rahnu kerana ia tidak berasaskan riba. Selain itu, tambah beliau,skim tersebut lebih adil dan lebih bertolak ansur jika peminjamnya gagal membayar balik pinjaman mereka manakala prosedurnya pula telus dan mudah.

PAJAK GADAI-i AR-RAHNU
Skim ini menyediakan sumber kewangan segera untuk membantu individu-individu menangani kehendak aliran tunai.
Konsep
Al-Wadiah and Qardhul Hassan
 
Kelayakan
•    Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
Jumlah Pembiayaan
•    Pembiayaan sehingga 65% nilai emas
•    Maksimum RM5,000.00 sehari sehingga jumlah gadaian terkumpul RM25,000.00
Tempoh Bayaran Balik
•    Maksimum 6 bulan dengan tempoh lanjutan yang tidak melebihi 4 bulan.
Gadaian Diterima
Hanya gadaian emas yang memenuhi syarat ketulenan tertentu.
 
Yuran
Yuran minimum dikenakan untuk simpanan barang kemas.
 
Jenis Skim    Jumlah Pinjaman    Kadar upah simpan bagi setiap RM100.00 atas nilai marhum sebulan
Ar-Rahnu    Sehingga RM1,000.00
RM1,001.00 - RM5,000,00    RM0.65
RM0.75
Az-Zahab    RM5,001.00 - RM50,000.00    RM0.75

http://www.bankrakyat.com.my/arrahnu

     PAJAK GADAI-i AZ ZAHAB
Skim lanjutan kepada Ar-Rahnu, Az-Zahab juga menawarkan kewanagan segera. Kemudahan ini menawarkan pembiayaan lebih tinggi dan tempoh bayaran balik lebih lama daripada Skim Pajak Gadai-i Ar-Rahnu.
Konsep

Al-Wadiah and Qardhul Hassan

Kelayakan
•    Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
Jumlah Pembiayaan
•    Pembiayaan maksimum sehingga 65% nilai emas
•    Minimum RM5001.00 sehari sehingga jumlah gadaian terkumpul RM50,000.00
Tempoh Bayaran Balik
•    3 tahun melalui ansuran
Gadaian Diterima

Barangan emas dengan ketulenan minimum 18K
 
Yuran

Yuran minimum dikenakan untuk simpanan selamat barang kemas
 
http://www.bankrakyat.com.my/azzahab
Penebusan
Penebusan gadaian boleh dibuat secara ansuran atau sekaligus atau pada bila-bila masa sebelum atau pada tarikh matang. Penggadai mempunyai pilihan untuk menebus balik gadaian sama ada membayar secara ansuran atau membayar sekaligus (penuh).
POSTED BY NZF AT 11:40 AM 
Pembayaran penuh
Penebusan sekaligus iaitu pembayaran penuh pinjaman termasuk upah simpan yang boleh dibayar pada bila-bila masa dalam tempoh matang atau dalam tempoh lanjutan yang diberikan.
POSTED BY NZF AT 11:37 AM 
Pembayaran Ansuran

Penebusan untuk gadaian boleh dilakukan secara pembayaran ansuran mengikut kemampuan penggadai untuk menjelaskan jumlah pinjaman yang diberikan. Kekerapan untuk membayar ansuran pula terpulang kepada penggadai dan boleh dibayar pada bila-bila masa sepajang tempoh matang (6 bulan). Pembayaran ansuran dalam tempoh lanjutan yang diberikan adalah tidak digalakkan (dalam tempoh ini adalah dinasihatkan untuk menukar surat gadaian baru). Kemudahan pembayaran ansuran ini adalah bertujuan membantu golongan yang tidak mampu menyelesaikan pembayaran penuh untuk tebus barang gadaian. Dengan secara tidak langsung ini dapat meringankan beban penggadai untuk menyelesaikan pinjaman atau sekiranya menghadapi masalah kewangan untuk tebus barang gadaian.
POSTED BY NZF AT 11:20 AM 
Tempoh Gadaian
•    Tempoh gadaian asas selama 6 bulan (Tempoh matang).
•    Tempoh lanjutan pertama selama 2 bulan.
•    Tempoh lanjutan kedua selama 2 bulan.
POSTED BY NZF AT 1:23 PM 
Nilai Pembiayaan
Ar Rahnu YaPEIM membolehkan anda memperolehi wang tunai sehingga 65% daripada nilai emas (marhun). Jumlah pembiayaan maksimum sehingga RM25,000 seorang dengan RM10,000 satu transaksi.
POSTED BY NZF AT 3:37 PM 
Pengenalan Ar Rahnu
Skim Ar Rahnu merupakan Skim Pajak Gadai Islam yang mengabungkan konsep-konsep syariah Ar Rahnu, Al Wadiah Yad Dhamanah dan Al Qard.
•    Ar Rahnu adalah mekanisme di mana satu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan pinjaman secara bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya pinjaman tersebut tidak dapat dijelaskan.
•    Al Wadiah Yad Dhamanah adalah merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.
•    Al Qard adalah merujuk kepada pinjaman yang diberikan mengikut peratusan tertentu daripada nilai marhun dan upah simpan dikenakan tidak berasaskan jumlah pinjaman yang dikeluarkan.
POSTED BY NZF AT 2:22 PM 
Kelebihan Ar Rahnu YaPEIM
•    Pembiayaan berlandaskan Syariah
•    Cepat dan Murah
•    Barang Gadaian dijamin keselamatannya
•    Upah simpan yang rendah
•    Kadar upah tetap (tidak berubah) sehingga penebusan.
•    Tempoh gadaian lebih lama.
•    Tiada caj pemprosesan.
•    Lebihan hasil lelongan dikembalikan kepada penggadai.
http://arrahnu-yapeim.blogspot.com/

Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu:Konsep Dan Perlaksanaannya
Latar Belakang
DI BAWAH Seksyen 46, Akta 81–Akta Pemegang Pajak Gadai 1972,
ianya menyebut bahawa organisasi berikut adakah dikecualikan
daripada peruntukan Akta ini, iaitu :
•    Sebuah bank yang diberi lesen untuk menjalankan perniagaan bank di
Persekutuan;
•    Bank Pertanian Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Pertanian
•    Malaysia 1969; dan
•    Sebuah syarikat kerjasama yang didaftarkan di bawah mana-mana
undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Persekutuan berhubung dengan syarikat kerjasama.
Sehubungan dengan Akta di atas maka wujudlah satu peluang baru yang selaras dengan tuntutan Islam yang mana ianya dinamakan Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu. Skim ini juga merupakan rentetan dari perlaksanaan Syariah dalam sistem perbankan pada awal 1983.
Ianya telah dilaksanakan buat pertama kalinya oleh Majlis Agama Islam Terengganu pada 23 Januari 1993 dengan dikenali sebagai Muassasah Gadaian Islam Terengganu.
Perlaksanaannya yang memenuhi kehendak Syariah Islam telah menarik minat Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan (PKNK). Melalui anak syarikatnya iaitu Permodalan Kelantan Berhad (PKB) ia telah mewujudkan ‘Kedai Ar-Rahn’ yang mula beroperasi pada Mac 1992.
Dari segi perlaksanaan yang lebih meluas, Bank Kerjasama Rakyat dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) telah memperkenalkan skim ini kepada masyarakat umum. Perlaksanaannya mendapat kerja-sama sepenuhnya dari Bank Negara Malaysia yang turut bertindak sebagai badan kawal selia kerajaan.
Sambutan yang baik dan meng-galakkan daripada pelbagai golongan telah memberi peluang kepada YPEIM untuk menjadi pelopor yang berdaya saing. Fasa seterusnya dijalankan dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Bank Pertanian Malaysia (BPM). Sungguhpun begitu, perlaksanaan skim ini di semua institusi kewangan adalah sama kerana hukum Syariah dijadikan landasan dan panduan.
Memandangkan skim ini berdaya maju dan memenuhi kehendak dan hukum Syariah, beberapa badan pergerakan koperasi dan kerajaan negeri telah mula menceburkan diri ke dalam bidang ini. Kerajaan Perlis, sebagai contoh, telah menubuhkan Pajak Gadai Islam pada Januari 1997.
Antara badan pergerakan koperasi yang terawal dalam perlaksanaan skim ini ialah Koperasi Pengguna Pahang Berhad, Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Perak Berhad dan Koperasi Kakitangan Kerajaan Dan Badan-Badan Berkanun Terengganu (KOKANUN).
Sebagai contoh, KOKANUN telah mewujudkan Muassasah Gadaian Islam (Ar-Rahnu) KOKANUN atau 2001. Ianya telah mula beroperasi pada tarikh yang sama setelah mendapat mandat daripada anggota-anggotanya dalam Mesyuarat Agung Tahunan KOKANUN Kali Ke-31 pada 17 Jun 2000.
Namun begitu, secara praktikal-nya, menurut perangkaan oleh Bank Negara Malaysia, nilai pajak gadai Islam hanya merangkumi 15 peratus dari pasaran pajak gadai sedia ada, manakala nilai pinjaman yang ditawarkan hanyalah RM275 juta berbanding dengan jumlah nilai pinjaman sedia ada iaitu RM1.5 bilion.

Pengenalan
Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ditubuhkan atas dasar Fardhu Kifayah dan bukan atas dasar keuntungan semata-mata oleh pelaksanaannya. Antara tujuan utamanya ialah untuk menghapuskan riba atau hasil bunga (faedah) dan gharar yang dikenakan oleh pengusaha kedai pajak gadai secara konvensional. Walaupun menurut Akta Pajak Gadai 1972, had maksimum caj faedah bulanan adalah sebanyak 2.5 peratus, namun secara realitinya, jumlah yang dikenakan ialah sekitar tiga hingga empat peratus sebulan.
Skim ini memberikan kemudahan alternatif kepada kemudahan pin-jaman yang sedia ada di samping memberi pilihan kepada peminjam untuk menuruti kehendak dan hukum Syariah.
Skim ini beroperasi dengan memberi pinjaman ihsan sementara kepada yang memerlukan, dengan cagaran atau barang sandaran yang di-namakan ‘marhun’. Di dalam konsep ini, sesuatu barang yang berharga dijadikan sebagai cagaran yang terikat dengan hutang. Secara ringkasnya, sekiranya hutang tersebut tidak dijelaskan, maka ‘marhun’ itu tadi boleh digunakan untuk menjelaskan baki hutang tersebut.
Tujuan ‘marhun’ ini ialah untuk meyakinkan tuan punya hutang/pemiutang bahawa risiko pembayaran semula hutang tadi dapat dikurangkan. Sementara di pihak penghutang, mereka ini tidak perlu menanggung beban pembayaran semula yang tinggi, sebaliknya jalan penyelesaian terbaik telahpun dipersetujui.
Bagi hutang tadi pula, skim ini melaksanakan prinsip Al-Qardhul Hasan (bantuan ihsan), iaitu pinjaman tanpa faedah yang lebih bersifat kepada sikap tolong menolong dan bantu membantu sesama Islam.
Sementara prinsip Al-Wadiah pula ialah akad di antara tuan punya barang dengan pihak yang menyimpan barang gadaian tersebut.
Atas dasar Al-Wadiah inilah, skim ini akan mengenakan bayaran upah simpan selamat (safe custody fee) ke atas barang gadaian tadi.
Secara ringkasnya, skim ini tidak akan mengenakan faedah kepada pinjaman tetapi hanya mengambil upah untuk menyimpan dengan selamat ke atas barang gadaian.
Menurut perspektif Islam, skim ini memenuhi ciri-ciri berikut:
•    Bebas dari unsur-unsur riba, selari dengan kehendak dan hukum Islam.
•    Ianya berkonsepkan fardhu kifayah; iaitu membantu sesama umat yang memerlukan pertolongan.
•    Meletakkan tanggungjawab sosial ke atas peminjam dan pemberi
pinjaman yang mana ianya hanya menggunakan konsep upah perniagaan yang dibenarkan oleh Syarak.
•    Paduan yang syumul antara sifat-sifat komersil dan amal jariah; adil dan tidak membebankan peminjam.
•    Meningkatkan sikap amanah kepada pengusaha; menyimpan
barang gadaian tersebut dengan baik.
•    Transaksi perniagaan yang lebih telus; bersandarkan kepada harga
semasa barang gadaian (kebiasaannya barang gadaian ialah emas).
Sementara dari perspektif pergerakan badan koperasi pula, Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ini memenuhi ciri-ciri berikut :
•    Mempelbagaikan aktiviti perniagaan, yang mana ianya boleh
mendatangkan pulangan yang baik ke atas pelaburan yang dibuat oleh koperasi.
•    Mengurangkan risiko hutang tidak berbayar (NPL) kerana semua hutang yang diberikan adalah terjamin.
•    Memecahkan monopoli pajak gadai konvensional yang biasanya
membebankan para penggadai yang memerlukan wang.
•    Memberi pilihan pinjaman yang bebas riba’ kepada semua anggota
koperasi khasnya dan umat Islam, amnya.
•    Membantu mereka yang terdesak atau memerlukan dengan memberikan pinjaman yang lebih mudah urusan transaksinya.
•    Meningkatkan keperibadian yang baik kepada pengusahanya; dari segi sifat amanah, jujur, telus, kemahiran dalam keilmuan dan pengurusan dan sebagainya.
Konsep, Rukun Dan Ciri-Ciri Perlaksanaan
Konsep:
Berlandas dan berpandukan kepada hukum Syariah iaitu :
•    Ar-Rahnu: mekanisma di mana sesuatu barang yang berharga dijadikan sandaran ke atas hutang. Tidak ada unsur riba’ ke atas pinjaman tetapi hanya upah menjaga barang cagaran sahaja dikenakan.
•    Al-Qardhul Hasan: pinjaman ihsan yang diberikan adalah bebas dari
unsur riba’atau faedah.
•    Al-Wadiah: akad untuk menjaga keselamatan barang yang dicagar.
Rukun:
Rukun Ar-Rahnu terbahagi kepada:
•    Penggadai: orang yang menggadai/orang yang berhutang.
•    Penerima Gadaian: pemegang gadaian/pemberi pinjaman.
•    Barang Gadaian : barang yang berharga yang terletak di bawah
simpanan penerima gadaian.
•    Tanggungan Gadaian: jumlah yang terhutang.
•    Sighah/Perjanjian: perjanjian berkaitan pinjaman yang diberikan atau hutang dan gadaian.
CIRI-CIRI PERLAKSANAAN (PENGURUSAN)
Di Peringkat Ahli Exco Lembaga Pengarah
Ianya akan dikendalikan oleh Ahli Exco Lembaga yang dilantik dari kalangan Anggota Lembaga Koperasi (ALK). Mereka yang dilantik ini akan menentukan hala tuju sebenar skim ini sebelum ianya dilaksanakan sepenuhnya. Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah:
•    Jumlah modal kerja yang akan disumbangkan.
•    Modus operandi skim ini; termasuk kumpulan sasaran.
•    Penyediaan pusat/bilik operasi; termasuk dari segi perlaksanaan dan
pengurusan, keselamatan operasi, peralatan dan perkakasan yang
diperlukan, insurans ke atas pekerja dan barangan yang disimpan, laporan perjalanan dan kewangan operasi dan sebagainya.
•    Kawal selia operasi.
•    Lain-lain yang berkaitan.
Peringkat Pentadbiran
Urusan pentadbiran amat penting bagi memastikan operasi harian berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Secara ringksnya adalah seperti di bawah:
•    Pengurus Operasi (Seorang)
Pengurus Operasi bertanggung-jawab dalam menilai perkem-bangan dan pembangunan skim ini. Beliau juga bertanggung-jawab dalam melaksanakan keputusan Ahli Exco Lembaga Pengarah, memastikan sistem pentadbiran operasi mengikut perancangan, memastikan urus-niaga berlaku secara telus dan tanpa penipuan. Secara amnya, tugas ini melibatkan satu tanggungjawab yang besar.
•    Penilai (Seorang)
Penilai bertanggungjawab untuk menilai barang gadaian (ke-biasaannya emas) mengikut nilai semasa di pasaran, menentukan kesahihan barang gadaian, kecekapan dalam menggunakan peralatan dan perkakasan dan sebagainya. Secara amnya, penilai merupakan nadi utama dalam pelaksanaan operasi skim ini.
•    Kerani Operasi (Dua Orang)
Ditempatkan di kaunter urus niaga bagi menguruskan proses gadaian dan juga penebusan harian. Mereka ini terletak sepenuhnya di bawah tanggung-jawab Pengurus Operasi yang mengawal selia semua urusan yang terbabit dengan kewangan dan barang gadaian.
CIRI-CIRI PERLAKSANAAN (OPERASI)
•    Tujuan
Memberi pinjaman bersandarkan nilai semasa di pasaran ke atas cagaran (emas).
•    Margin Pinjaman
50 peratus nilai semasa di pasaran ke atas cagaran.
•    Kadar Upah Simpan
RM0.60 sebulan setiap RM100 nilai marhun (nilai marhun yang kurang daripada RM1000).RM0.70 sebulan setiap RM100 nilai marhun (nilai marhun yang lebih daripada RM1000).
* Bagi meningkatkan prestasi operasi, ianya banyak bergantung kepada ‘volume of sales’.
•    Tempoh Pinjaman
Maksimum tempoh bayaran semula ialah enam bulan.
Tempoh peringatan pertama akan dilanjutkan kepada dua bulan.
Tempoh peringatan kedua/terakhir akan dilanjutkan kepada dua bulan lagi.
* (Tempoh pinjaman: enam bulan + dua bulan + dua bulan).
•    Sekuriti/Cagaran
Emas Tulen (bergantung kepada keadaan fizikal dan jenisnya).
•    Bayaran Balik
Sekali gus atau ansuran (bergantung pada budi-bicara pihak pengurusan).
•    Kelulusan
Serta-merta atau semua urusan penggadaian atau penebusan selesai.
•    Hasil Lelongan
Barang gadaian yang tidak ditebus selepas tamat tempoh pinjaman akan dilelong mengikut harga pasaran semasa. Hasil lelongan akan ditolak pinjaman yang tidak berbayar, upah simpan dan kos-kos lain yang terbabit. Bakinya akan dipulangkan kepada penggadai.
•    Peralatan Ujikaji
Penggunaan batu hitam, kanta pembesar dan asid.
* Peralatan yang lebih sofistikated adalah dicadangkan namun ianyaterbatas dari segi prestasi operasi, harga/kos pembelian, penggunaan yang maksimum memerlukan seorang yang terlatih dan lain-lain faktor yang terlibat.
•    Perkakasan Penimbangan
Electronic Balance dan Electronic Densimeter.
* Perkakasan yang lebih sofistikated adalah dicadangkan namun ianya terbatas dari segi prestasi operasi, harga/kos pembelian, penggunaan yang maksimum memerlukan seorang yang terlatih dan lain-lain faktor yang terlibat.
•    Peralatan Dan Perkakasan Keselamatan
Pejabat operasi, peti besi (dua unit), kabinet kalis api (untuk menyimpan dokumen-dokumen) dan bilik kebal.
•    Insurans
Merangkumi insurans pengurusan wang tunai,pemindahan wang tunai, perlindungan kebakaran, perlindungan kecurian dan sebagainya.
PERMASALAHAN, HAD ATAU BATASAN
1. Secara keseluruhannya, pentadbiran dan pengurusan perlaksanaan skim ini memerlukan hala tuju yang selari dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh hukum syarak khususnya dan undang-undang awam atau pihak berwajib, amnya. Ini kerana per-laksanaan skim gadaian memerlukan pemantauan yang meluas terutamanya dari segi kewangan yang mana ianya melibatkan barangan gadaian (emas) dan juga tunai.
2. Pemilihan aset atau barangan gadaian. Ini meliputi penyenaraian jenis aset yang boleh digadaikan. Apakah hanya terhad kepada emas? Bagaimana dengan aset lain yang mempunyai harga di pasaran? Contohnya tanah, rumah, sijil-sijil saham, sijil-sijil pelaburan?
3. Penilaian aset yang terdedah kepada kemeruapan, contohnya emas, yang mana ini akan menimbulkan sedikit masalah dari segi operasi sekiranya kakitangan yang ditugaskan tidak cukup kemahiran dan latihan. Kualiti emas, rupa bentuk dan sifat fizikalnya juga memainkan peranan dalam urusan penggadaian.
4. Adakah caj marhun yang dikenakan, jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman yang diberikan kepada penggadai adalah sama? Proses ini memerlukan pertimbangan yang adil dan sewajarnya dari pihak pengurusan terutamanya Pengurus Operasi.
Semua permasalahan, had dan batasan ini hendaklah dikaji, diteliti dan diperhalusi sebelum Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu dapat dilaksanakan dengan seadilnya; baik kepada pemberi pinjaman, penggadai, masyarakat dan mereka yang berkaitan.
Namun begitu, untuk renungan bersama, permasalahan, had dan batasan di atas hanyalah sebahagian dari rangka kerja dan rangka operasi skim ini. Ianya hanya panduan kecil sebelum perlaksanaan skim ini dipertimbangkan.

KESIMPULAN
Semoga dengan adanya Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ini, ia dapat memberi pilihan kepada masyarakat Islam, amnya dan anggota-anggota koperasi, khususnya dalam mengatasi masalah kewangan. Dengan ini, mereka yang memerlukan pinjaman segera tidak lagi terbelenggu dengan sistem pajak gadai sedia ada konvensional yang lebih bersifat menekan dan menindas. Selain dari itu, kemudahan ini selaras dengan dasar dan prinsip perjalanan sistem berkoperasi; tolong-menolong dan bantu-membantu antara satu sama lain.
 
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 12 February 2010