Arkib: July 2009
Kekufuran bawa kerugian dunia dan akhirat
![]() |
|
SELAGI manusia berpegang
teguh dengan kitab suci al-Quran dan sunah Rasulullah SAW, mereka tidak
akan `sesat' walaupun Baginda telah tiada. - Gambar hiasan
|
SYEIKH Sya'rawi berkata : "Sesungguhnya risalah yang dibawa Rasulullah SAW amat jelas. Inilah yang termaktub dalam kitab Samawi. Maka apakah yang menjadikan kamu hai ahli Kitab, tidak beriltizam jalan kebenaran sedangkan kamu menjadi saksi? Sudah pasti telah disentuh kepada mereka syubhah. Sesungguhnya Allah tidak lupa apa yang mereka lakukan."
Ayat 100
Firman Allah SWT yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.
Sebab Nuzul
Mengikut riwayat Zaid bin Aslam kerana adanya peristiwa kegemparan besar di antara orang-orang Ansar. Iaitu orang-orang Yahudi (seperti Syas bin Qis) cuba memecahbelahkan persatuan dan kerukunan antara orang-orang Ansar Madinah. Mereka itu telah mengungkit sejarah permusuhan dan peperangan kedua-dua suku orang-orang Ansar yang terdiri dari suku al-Aus dan al-Khazraj yang terjadi kira-kira 120 tahun sebelum kebangkitan Nabi SAW yang lalu. Kejadian membangkitkan permusuhan antara suku-suku tersebut telah menjadikan kegemparan besar hampir mengakibatkan pertumpahan darah di antara orang-orang Ansar.
Iktibar dan fiqh ayat :
i. Ibnu Kathir berkata : "Allah memberi ancaman dan amaran kepada hamba-hamba-Nya yang beriman supaya jangan mentaati golongan ahli Kitab yang berhasad dengki terhadap orang yang beriman."
ii. Ibnu Jauzi berkata : "Kebanyakan ahli tafsir berpendapat ayat ini ditujukan kepada Aus dan Khazraj. Zaid bin Aslam berkata dikehendaki kumpulan ialah Syas bin Qis al-Yahudi dan sahabat-sahabatnya."
iii. Syeikh Sya'rawi berkata : "Orang kafir sentiasa tidak tenang dengan ayat-ayat Allah melainkan cuba menggugat orang beriman pada agama mereka."
iv. Al-Maraghi berkata : "Wahai orang yang beriman, jika kamu mendengar sesuatu perbicaraan yang menimbulkan fitnah daripada golongan Yahudi, lalu kamu berbicara lemah lembut dengan mereka dan bersetuju dengan apa yang diserukan kepadamu nescaya kamu akan kembali menjadi kafir semula padahal sebelum ini kamu sudah beriman. Kekufuran menyebabkan kerugian di dunia dan akhirat. Di dunia ialah timbulnya permusuhan dan kebencian serta berkobarnya fitnah, sehingga menimbulkan peperangan. Di Akhirat tidak perlu diberi penjelasan lagi."
Ayat 101
Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada Rasul-Nya (Muhammad SAW)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus).
Iktibar dan fiqh ayat :
i. Ibnu Kathir berkata : "Berpegang dengan Allah, bertawakal kepada-Nya adalah pokok serta asas dalam hidayah, di samping itu ia menjadi bekalan untuk menjauhkan kesesatan dan wasilah kepada petunjuk."
ii. Ibnu Qutaibah berkata : "Siapa yang enggan atau menegah iaitu yang benar-benar berpegang dengan Allah sudah pasti mendapat petunjuk ke jalan yang lurus."
iii. Al-Maraghi berkata : "Barang siapa berpegang teguh dengan agama Allah SWT, kitab-Nya, dan Rasul-Nya nescaya dia akan memperoleh petunjuk ke jalan yang lurus. Ibaratnya kamu berkata kepada temanmu: "Jika aku mendatangi si fulan, tentulah aku akan gembira kerana ketika itu dia sedang berada di ambang kebinasaan dan perasaan kebimbangan tidak mempengaruhinya lagi."
iv. Qatadah berkata : "Pada ayat ini disebutkannya dua perkara yang dapat mencegah seseorang daripada terjerumus ke lembah kekafiran. Pertama, dengan cara membaca kitab Allah yang benar. Kedua, perutusan rasul kepada mereka. Meskipun Rasulullah SAW telah pergi menghadap Allah SWT, namun al-Quran tetap kekal sampai tibanya Hari Kiamat."
v. Al-Sonhadji berkata : "Pertanyaan yang dikemukakan oleh Allah dalam ayat ini merupakan "Istifham Ta'ajub dan Taubikh" ertinya pertanyaan yang mengandungi rasa kehairanan dan celaan ditujukan kepada sahabat-sahabat Nabi kaum Ansar daripada suku kaum al-Aus dan al-Khazraj yang disebutkan kisahnya dalam huraian ayat yang lalu."
vi. Muhammad Quraish Shihab berkata: "Penutup ayat ini memberi isyarat bahawa Rasulullah SAW akan meninggalkan mereka. Namun kesesatan tidak akan menyentuh mereka selama berpegang teguh dengan kitab suci al-Quran dan sunah Rasulullah SAW walaupun baginda telah pergi meninggalkan sekalian manusia."
Marilah kita berpegang teguh dengan ajaran Islam iaitu mengikut al-Quran dan sunnah Nabawiyah yang menjadi sumber utama bagi mencapai hidayat Allah. Inilah sebesar-besar nikmat. Semoga kita mencapainya. Amin.
[Baca]
Solat duha sebagai roh rezeki
![]() |
|
|
REZEKI melimpah, halal dan berkat adalah dambaan atau keinginan setiap orang, apatah lagi disertakan dengan kedudukan yang mulia dan ilmu yang bermanfaat.
Namun untuk mencapai kenyataan itu bukanlah mudah. Ini kerana wang yang melimpah dan kedudukan yang tinggi bukanlah sesuatu yang dapat membawa serta menjamin keberkatan hidup yang sejati.
Ini membuktikan rezeki yang melimpah tidak menjamin kehidupan yang berkat. Rezeki yang melimpah juga tidak menjamin hidup yang harmoni, bahagia dan tenang.
Allah berfirman: Sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya tentulah mereka melampaui batas pada muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran tertentu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat keadaan hamba-hamba-Nya. (asy-Syura: 27)
Kita sering melihat orang yang diberi rezeki yang melimpah tetapi menggunakan kekayaan mereka bagi mengingkari Allah, membelanjakan pada jalan sesat dan digunakan bagi mencari tempat di neraka. Bukankah itu kebodohan yang nyata?
Sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya memakan rezeki yang baik dan jangan mengikut jejak syaitan. Sesungguhnya, syaitan adalah musuh yang nyata.
Rezeki yang halal dan berkat dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati. Ia juga dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat duha.
Solat Duha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki yang diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.
Hal ini telah dijelaskan dalam banyak hadis Rasulullah SAW. Nabi pernah berwasiat kepada sahabat terdekatnya iaitu Abu Dzar al-Ghifari supaya melaksanakan solat Duha, solat Witir dan puasa tiga hari dalam setiap tengah bulan.
Kekasihku Muhammad berwasiat kepadaku supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur. (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud daripada Abu Hurairah)
Pun begitu, kita perlu menyedari bahawa solat duha dilakukan bukan semata-mata mengharapkan rezeki, ia dapat mendekatkan diri kepada Allah.
Yang pasti, solat duha menambah amal soleh. Malah Allah turut akan mengampunkan dosa-dosa kita, seandainya ia dikerjakan secara istiqamah.
Lantaran itu, kekuatan spiritual yang terdapat dalam solat ini mempengaruhi kepentingan duniawi dan ukhrawi. Secara tidak langsung, ia memenuhi dua aspek iaitu kepentingan bagi kejayaan di dunia dan kebahagiaan
di akhirat kelak.
Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Nabi Muhammad SAW banyak menganjurkan amalan solat duha ini. Bertepatan dengan seruan itu, PTS Millennia Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif menerbitkan buku berjudul Magnet Rezeki dengan Solat Duha yang telah diterjemahkan daripada buku Menyingkap Mukjizat Shalat Dhuha karya Muhammad Mokhtar.
Buku ini memotivasikan kita agar tidak sahaja kaya wang tetapi pada masa sama membina kekayaan jiwa demi kebahagiaan di sana.
Ia juga membongkar rahsia memperoleh rezeki yang melimpah-ruah melalui wahana solat duha. Ia membuka perspektif baru mengenai rezeki dan kekayaan bagi seorang Muslim.
Disokong dengan bukti-bukti yang menjelaskan bahawa melalui solat duha yang istiqamah, sesiapa sahaja mampu memperoleh rezeki yang berganda dan diberkati.
[Baca]
Orang Islam bertutur baik
DALAM Islam kata-kata kotor, makian serta ucapan menghina merupakan satu perkara yang sangat tercela dan dilarang. Sesungguhnya segala sumber kata-kata kotor atau nista itu timbul daripada watak yang rendah dan jiwa yang hina.
Kerana itu ada pendapat mengatakan “Bahasa Jiwa Bangsa” dan kerana itulah Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa: Jauhilah olehmu semua kata-kata kotor sebab Allah tidak suka kepada kata kotor atau yang menyebabkan timbulnya kata kotor dari orang lain.
Kata-kata kotor, nista, umpatan dan kejian menyebabkan manusia berkonflik, bergaduh dan seterusnya bersengketa sehingga berlakunya pembunuhan, pertumpahan darah dan lenyap sama sekali. Mungkin kita boleh jadikan teladan, bagaimana masyarakat Islam terus membenci bekas Presiden George W. Bush apabila beliau menyifatkan Iran dan Iraq sebagai “paksi kejahatan.”
Seluruh masyarakat Islam, sama ada secara langsung atau tidak langsung mengutuk pemberian gelaran itu terhadap negara-negara Islam.
Mempersendakan
Kita mungkin teringat dengan hukuman yang pernah diberikan oleh Ayatollah Khomeini apabila Salman Rushdie melukiskan perwatakan Nabi Muhamad SAW sebagai karikatur dan mempersendakan baginda. Mungkin juga kita tidak lupa dengan kata-kata pedih yang pernah dikeluarkan oleh pemimpin tertentu bagi menggambarkan watak yang tidak disukainya. Dengan menggunakan kata-kata kesat, umpatan dan nista, Shahnon Ahmad telah meloyakan khalayak pembaca melalui perulangan kata-kata dalam novel Shit, dan pernah menimbulkan kontroversi kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan politik negara suatu ketika dahulu.
Mungkin kerana marah atau ada sesuatu yang terguris di hatinya, Shahnon Ahmad telah lupa bahawa Rasulullah SAW pernah memberikan peringatan bahawa: Seorang Mukmin bukanlah tukang mencela, tukang melaknat orang, tukang berkata kotor dan berkata rendah. Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang berkata kotor untuk memasukinya.
Dalam membuat sesuatu tuduhan, berkata-kata kita seharusnya menjadikan perilaku dan tutur kata Rasulullah SAW sebagai contoh yang terbaik. Baginda tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat, walaupun berhadapan dengan musuhnya.
Sebaliknya baginda membalas dengan senyuman dan menasihati secara berhemah dan tidak menyakiti atau melukai perasaan orang lain.
Anas bin Malik r.a pernah merakamkan bahawa: Tidak pernah Rasulullah SAW melakukan perbuatan keji, tidak pula kotor lidah (suka mengutuk) dan tidak pula mancaci maki. Ketika seseorang mencela baginda sebagai seorang yang kotor (berdebu) kerana banyak (sujud), baginda hanya mengatakan apa yang dia miliki.
Rasulullah SAW adalah seorang yang benar-benar memelihara lisannya. Sekalipun terhadap orang-orang kafir yang menentang dakwahnya. Baginda tidak mudah mengeluarkan kata-kata laknat atau menyakitkan hati.
Abu Hurairah berkata bahawa ia menemui seorang lelaki yang ketagihan arak. Lalu dihadapkan lelaki itu kepada Nabi Muhamad SAW agar dihukum. Di antara para sahabatnya ada mengatakan: “Saya memukul dengan tangan”, “saya memukul dengan kasut” dan “saya memukul dengan baju.”
Ketika lelaki itu berpaling (ke arah sahabat), seorang sahabat menyatakan semoga Allah SWT menghinamu! Maka bersabdalah Rasulullah SAW yang bermaksud: Janganlah kamu meminta bantuan syaitan dalam menghadapinya.
Daripada Abu Darda r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Aku memohon kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, doakanlah (kecelakaan) bagi orang-orang musyrik. Rasulullah menjawab: Sesungguhnya aku diutus bukan untuk melaknat (mengutuk), tetapi aku diutuskan untuk memberi rahmat.
Begitulah citra peribadi Rasulullah SAW, dengan akhlak yang luhur telah memberikan contoh kepada manusia agar selalu menghindari sebarang tindakan secara melulu dan selalu sabar dalam menghadapi setiap rintangan atau masalah.
Dalam konteks ini jelas sekali sikap berlebih-lebihan dalam beragama yang menjadi pegangan sesetengah orang bukanlah daripada ajaran Islam. Ini kerana Islam lebih mendahulukan sikap pertengahan atau kesederhanaan dalam setiap aspek kehidupan. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan Islam mengingatkan setiap umatnya agar tidak terjerumus pada dua kesesatan iaitu berlebih-lebihan atau sikap lalai. Firman Allah SWT yang bermaksud:
Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. (Surah Al-Fatihah: 6-7)
Di dalam masyarakat Islam tidak ada tempat bagi kaum Muslimin untuk meremehkan nilai-nilai luhur yang dijunjung oleh Islam. Masyarakat Islam menjunjung tinggi nilai-nilai moral dan kemanusiaan yang luhur dalam kehidupan umat manusia. Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Tahukah kamu siapa yang disebut orang bankrap itu. Para sahabat menjawab: Orang yang tiada lagi mempunyai wang dan harta.” Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Orang yang bankrap adalah yang datang pada hari kiamat amalan solat, puasa dan zakat, tetapi bersamaan itu juga ia telah mencaci maki, menuduh, memakan harta tidak halal, mengalirkan darah (tanpa hak) dan memukul ini dan itu.
Maka amalan baiknya dilimpahkan kepada orang yang berhak menerimanya (yang ia caci) dan jika amalan baiknya habis pada hal belum dapat menutup kesalahannya maka kesalahan (orang yang dicaci itu) dilimpahkan kepadanya, kemudian ia ditempatkan ke dalam neraka.
Seorang Muslim itu perlu memelihara lisan atau lidahnya daripada mencaci maki, walaupun dengan alasan yang kuat. Lebih utama memadamkan api kemarahan itu agar tidak terjadi permusuhan yang menyeret kepada perbuatan dosa.
Daripada Ali bin Abi Talib r.a, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Yang berbuat keji dan menyiarkan kekejiaan itu berada dalam keadaan sama-sama berdosa.
Firman Allah yang bunyi: Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji. (Surah Al-Humazah:1)
Dalam ayat ini, Allah SWT mengutuk perbuatan jahat iaitu menyebarkan fitnah, bercakap ataupun mengisyaratkan perkara yang jahat sama ada terhadap seorang lelaki atau perempuan dengan kata-kata ataupun secara isyarat, atau perangai, atau secara mengajuk-ajuk, ataupun sindiran atau caci maki.
Sesungguhnya Allah SWT itu pemalu, penutup (cela), menyukai malu dan tertutup, maka apabila salah seorang kamu mandi maka hendaklah ia ditutup.
Demikian juga firman Allah SWT yang bermaksud: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Bukanlah tergolong daripada orang mukmin yang suka mencela, mengutuk dan mengeji. Dan bukan pula mereka yang berlidah kotor. (Surah An-Nahl: 25)
Dari ayat-ayat al-Quran serta beberapa hadis yang tersebut jelaslah membuktikan bahawa Islam melarang umatnya mencarut dan memaki hamun sesama muslim.
Ini kerana kerja-kerja mencarut adalah kegiatan dan perbuatan syaitan. Bagi mereka yang masih tegar dengan pengucapan negatif bagi mewajarkan kenyataan berbaur fitnah, nista dan cela bersandarkan pendapat bahawa Islam tidak melarang umatnya mencarut adalah satu usaha pemesongan dan bertentangan dengan budaya Islam. Mohonlah perlindungan Allah SWT daripada sifat yang buruk.
[Baca]
Pengajaran peristiwa Israk dan Mikraj
![]() |
|
Solat adalah manifestasi pengabdian manusia kepada Allah dan wajib dilakukan walaupun di mana kita berada. - Gambar hiasan
|
PERISTIWA Israk dan Mikraj merupakan perjalanan dan mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia yang paling layak dan teragung, Rasulullah SAW.
Dalam perjalanan tersebut diperlihatkan kepada Baginda SAW pelbagai gambaran dan pemandangan dari alam penuh rahsia yang kesemuanya itu mengandungi pelbagai hikmah dan hakikat yang akhirnya bersangkut paut dengan apa yang berlaku di alam zahir ini dari urusan dan kehidupan para hamba.
Peristiwa Israk dan Mikraj penting untuk dihayati terutamanya manusia zaman kini yang semakin jauh dari dapat menyelami hikmah-hikmah Ilahi. Sesungguhnya Israk dan Mikraj menyimpan pelbagai rahsia dan membongkar pelbagai pengajaran, peringatan dan kelebihan terutamanya kedudukan Rasulullah SAW yang istimewa di sisi-Nya.
Pengajaran Tentang Solat
Antara pengajaran terpenting yang diperolehi daripada perjalanan Israk dan Mikraj ialah tentang solat. Di antara kefarduan solat dan mukjizat Israk dan Mikraj, terdapat hubung kait yang begitu mendalam dan erat, sehingga munasabahlah dinamakan solat itu sebagai al Mikraj al Ruhi.
Apabila Mikraj Nabi kita SAW dengan jasad dan rohnya ke langit sebagai suatu mukjizat, maka Allah SWT menjadikan bagi umat Muhammad SAW Mikraj Roh pada setiap hari sebanyak lima kali. Di mana roh dan hati mereka pergi menemui Allah bagi memastikan mereka bebas dari kekangan hawa nafsu dan menyaksikan keagungan Allah, kekuasaan serta keesaan-Nya, sehingga mereka menjadi orang yang mulia di atas permukaan bumi ini.
Kemuliaan yang diperolehi bukan dengan jalan penindasan, kekuatan dan kemenangan, tetapi dengan jalan kebaikan dan ketinggian, jalan kesucian dan kemuliaan serta jalan solat.
Tidaklah solat itu sekadar robot atau pergerakan alat-alat yang tidak mempunyai makna, tetapi ia adalah sebuah madrasah yang mendidik kaum mukminin atas semulia-mulia makna kebaikan, kecintaan dan kemuliaan dalam menempuh kesesakan hidup, hiruk-pikuk dan kejahatannya.
Solat merupakan sebesar-besar amalan dalam Islam. Sesiapa yang memeliharanya, maka dia akan memperolehi kebahagiaan dan keuntungan. Sesiapa yang meninggalkannya, maka dia akan memperolehi kecelakaan dan kerugian.
Allah SWT telah memfardukan solat ke atas hamba-hamba-Nya yang beriman supaya ia menjadi penghubung dengan hadrat-Nya, peringatan tentang keagungan-Nya dan tanda kesyukuran hamba-Nya atas nikmat yang dicurahkan-Nya.
Ia merupakan asas bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW: "Amalan pertama yang dihisab bagi hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya solatnya itu baik, maka baiklah segala amalannya. Sekiranya solatnya itu rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain". (Diriwayatkan oleh al Tabrani di dalam al Awsot juga disebut di dalam Majma' al Zawaid (1/291)).
Tidak menjadi suatu perkara yang pelik apabila solat dijadikan sebagai kepala amalan. Sesungguhnya dengan melazimkan diri menunaikan solat secara sempurna dengan khusyuk dan khudhu' kepada Allah, akan menanam di dalam jiwa sifat muraqabah kepada-Nya.
Sesiapa yang telah mencapai muraqabatullah, akan berasa takut kepada-Nya, bertakwa kepada-Nya, menunaikan perkara yang menjurus kepada keredaan-Nya, berkata benar apabila berbicara, menunaikan janji apabila berjanji, menunaikan amanah, bersabar ketika ditimpa kecelakaan dan bersyukur dengan nikmat-Nya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Maarij ayat 19 hingga 23: Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan solat. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan solatnya.
Seorang hamba yang memelihara solatnya dengan sempurna, tidak akan terleka daripada muraqabatullah dalam kesibukan dan urusan sehariannya. Sesungguhnya sesiapa yang memelihara solatnya dengan menunaikannya dengan khusyuk, akan diampunkan dosanya dan dikasihi oleh Tuhannya.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya setiap solat itu menghapuskan kesalahan yang dilakukan di hadapannya". (riwayat Imam Ahmad dan al Tabrani).
Sabda Baginda SAW lagi: "Sesiapa mengetahui bahawa solat itu adalah hak yang wajib, maka dia masuk syurga". Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al Baihaqi dan al Hakim).
Sesiapa yang tidak memelihara solatnya, maka dia diharamkan di dunia daripada memperolehi nikmat keberkatan, taufik dan kebaikan serta akan diazab selepas kematiannya dengan dihentakkan kepalanya ke batu.
Setiap kali kepalanya itu pecah, akan dikembalikan seperti keadaan asalnya. Dia juga akan datang pada hari kiamat tanpa cahaya, petunjuk keimanan dan diharamkan terselamat dari azab, kehinaan dan kerendahan.
Wahai kaum Muslimin! Bertakwalah kalian kepada Allah dan peliharalah solat serta tunaikanlah kerana Allah pada waktunya dengan khusyuk. Tiada yang menghalang kalian untuk menunaikannya walaupun disebabkan kesejukan dan juga pekerjaan.
Bermujahadahlah sehingga kalian tidak mengabaikan menunaikan solat Subuh pada waktunya tatkala kalian berseronok menikmati kelazatan tidur dan ketika malas. Begitu juga bermujahadahlah sehingga kalian tidak lalai menunaikan solat Asar kerana terlalu sibuk mendahulukan pekerjaan.
Berhati-hatilah kalian agar harta, perniagaan, kemegahan, takhta, pemerintahan dan kementerian tidak menyibukkan kalian dari menunaikan solat.
Jadilah kalian dari kalangan mereka yang tergolong dalam firman Allah SWT yang maksud-Nya: (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurnia-Nya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung. (al-Nur: 37 dan 38)
Daripada Abdullah ibn Amru berkata, pada suatu hari, Nabi SAW menyebut tentang solat dengan sabdanya: "Sesiapa yang memelihara solat maka baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan pada hari kiamat. Sesiapa yang tidak memeliharanya, maka tiada baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan. Pada hari kiamat, dia akan bersama Qarun, Firaun, Haaman dan Ubai ibn Khalaf". (riwayat al Tabrani dan Ibnu Hibban)
Daripada Abi Hurairah r.a berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Apakah pandangan kalian, jika ada sebatang sungai di pintu rumah salah seorang dari kalian, dia mandi di dalam sungai tersebut pada setiap hari sebanyak lima kali. Adakah masih ada suatu kotoran yang tinggal pada badannya?" Sahabat menjawab, "Tidak ada suatu kotoran pun yang tinggal". Sabda Baginda SAW, "Begitu jugalah perumpamaannya dengan solat lima waktu yang dengannya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan. (riwayat al Bukhari dan Muslim)
Banyak lagi pengajaran yang terdapat dalam peristiwa Israk dan Mikraj terutamanya beberapa keistimewaan yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW bagi menunjukkan kepada kita tentang ketinggian martabat Baginda SAW.
Semoga kita digolongkan di kalangan orang-orang yang celik mata hati sehingga kita dapat menghayati hikmah dan pengajaran di sebalik peristiwa agung, Israk dan Mikraj.
[Baca]
Detik Baginda terima wahyu pertama
Al-HARIS bin Hisyam telah bertanya kepada Rasulullah: "Ya Rasulullah, bagaimana wahyu itu mendatangi kamu"? Maka berkata Rasulullah: "Kadangkala wahyu itu mendatangi saya seperti dengungan loceng, dan ia adalah yang paling berat ke atas saya, maka apabila wahyu itu putus daripada saya, dan saya telah ingat daripadanya apa yang dia katakan. Dan kadangkala malaikat hadir menyerupakan dirinya sebagai seorang lelaki, maka dia berkata-kata kepada saya, dan saya ingat apa yang dia katakan."
"Berkata Siti Aishah r.a: "Dan sesungguhnya saya telah melihat, turun ke atas Rasulullah akan wahyu, pada suatu hari yang sangat sejuk, maka ia pun putus daripadanya, dan sesungguhnya dahi baginda benar-benar mengalirkan peluh. (riwayat al-Bukhari)
Hadis-hadis di atas adalah sebagaimana yang disebutkan pada keluaran lalu bagaimana Rasulullah SAW menerima wahyu. Wahyu, perkataan bahasa Arab yang berasal daripada perkataan awha bermaksud inspirasi daripada orang lain atau arahan seseorang.
Sebagai umat Islam kita memahami dengan jelas bahawa wahyu itu merupakan ayat-ayat al-Quran yang diturunkan (Nuzul al-Quran), iaitu kata-kata perintah Allah kepada Nabi Muhammad sebagai Rasul-Nya.
Terkeliru
Tetapi kita jangan sama sekali terkeliru apabila dalam ajaran Nasrani yang kononnya hendak mengangkat martabat wahyu itu dengan hujah bahawa tidak dinamakan wahyu itu dengan Allah hanya berkata-kata atau dengan lain perkataan; that God must speaks for Himself!
Seperti yang diambil dari Laman Web; answering.islam. org. Mereka berhujah; "Kita mesti sedar bahawa Allah tidak boleh mewahyukan Dirimya hanya dengan perkataan-perkataan sahaja. Di sini Dia mewahyukan keterangan berkenaan Dirinya maka Dia mestilah mempunyai keperibadian dan kehendak. Mewahyukan Dirinya secara "terbuka" dan "pendedahan" dan ini hanya akan berlaku apabila tubuh disediakan untuk Dia".
Lantaran itu Nabi Isa kononnya dikatakan berkata; "Barang siapa telah melihat Aku, telah melihat Bapa" (Johanes 14:9) Ini menjadikan wahyu itu dikatakan sempurna kerana ia tidak sekadar kata-kata kecuali wahyu itu adalah secara terus menerus langsung daripada Tuhan.
Tidak mustahil hujah seperti ini dikatakan logik dan akan 'termakan' oleh kalangan umat Islam itu sendiri, tetapi kita perlu menyedari al-Quran bukannya seperti kitab Injil yang boleh didapati dalam versi Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Namun, apa yang kita miliki hari ini merupakan al-Quran yang menempuh satu perjalanan yang sangat panjang dan ajaibnya, seluruh kandungan kitab itu tetap bersih daripada sebarang penyelewengan. Tidak ada tokok tambah, jauh sekali daripada kata-kata manusia di dalamnya!
Ini terjadi kerana Rasulullah sendiri tidak membenarkan hadis itu ditulis ketika baginda masih hidup kerana khuatir terkeliru atau bercampur gaul dengan ayat-ayat al-Quran yang masih diturunkan kepada baginda.
Wahyu merupakan satu sumber daripada pelbagai sumber bagi mendapatkan ilmu dan kedudukannya sebenarnya adalah paling teratas kerana ia sangat bersifat ketuhanan (divine). Lantas bagi seorang manusia biasa seperti Nabi Muhammad menerima wahyu itu, pada asalnya adalah tidak mudah.
Malah untuk berhadapan dengan malaikat Jibrail itu sendiri dan seluruh proses penurunan wahyu pertama ini telah menyebabkan baginda menganggap dirinya gila! Ini apabila kita tidak mempunyai jiwa yang besar dan kuat, tidak akan ada sanggup memikul beban kenabian itu dengan syarat pertamanya, diaturkan pertemuan dengan 'seorang' malaikat!
Terbangun dengan ketakutan
Penulis sejarah Islam terkenal, Hussein Haekal menulis selepas Jibrail menyampaikan surah pertama, al-Alaq itu baginda Nabi Muhammad terus terbangun dengan ketakutan dan kebingungan. Baginda dikatakan benar-benar tidak dapat menafsirkan apa yang telah berlaku kepada dirinya.
"Adakah ini semua khayalan sebagaimana kebanyakan penyair yang berkhayal dan bercakap seorang diri yang sering ku sifatkan sebagai orang gila?," ujar baginda.
Sebenarnya tidak wajar untuk baginda berasa takut kerana sebagaimana yang diceritakan oleh Ibnu Ishaq bahawa wahyu pertama itu datangnya dalam keadaan baginda berjaga dan di waktu siang.
Walau dalam banyak kisah yang kita dengar sebelum ini Rasulullah dikatakan segera keluar dari Gua Hira' dan untuk terus pulang ke rumah.
Tetapi Haekal dan Al Mubarakfuri mencatatkan sebaik sahaja baginda keluar dari Gua Hira' itu, satu sinar terang menderang memancar di hadapan baginda. Ini diikuti satu suara memanggil baginda; "Hai Muhammad! hai Muhammad! Kamulah Rasulullah dan aku adalah Jibrail!," berulang kali.
Baginda yang mendongakkan kepala ke langit iaitu arah datangnya suara itu dan baginda dapat melihat dengan jelas malaikat Jibrail dalam rupa seorang lelaki dengan kedudukan kedua-dua kakinya berada di ufuk langit.
Jika pada gambaran pada mata kasarnya bagi menunjukkan betapa 'luar biasa' malaikat Jibrail yang merupakan hamba Allah yang paling setia pernah tercipta oleh-Nya.
Namun baginda yang masih ketakutan itu memalingkan mukanya ke arah lain bagi tidak mahu berhadapan dengan Jibrail namun demikianlah hebatnya ciptaan Allah ini, Jibrail tetap kelihatan di mana-mana arah yang cuba baginda berpaling darinya itu. Ke kiri atau ke kanan, Jibrail tetap dalam keadaan berdiri di hadapan baginda.
Haekal menyebut; "tetapi rupa malaikat yang sangat indah itu tidak juga lalu dari depannya".
Lalu baginda tidak dapat berundur atau maju ke hadapan kecuali terpaksa berhadapan dengan malaikat itu malah dikatakan baginda terdiam kaku dengan agak lama di luar Gua Hira' itu.
Sehinggalah malaikat Jibrail menghilang lalu Nabi Muhammad tersedar dan menyambung semula langkah untuk segera pulang ke rumah.
Jika kita berada dalam keadaan yang seperti dilalui oleh baginda, maka jawapannya tentu sama, jantung berdegup dengan kenyang dan seluruh badan menggeletar!
Sebaik sahaja tiba di rumah, baginda disambut oleh Siti Khadijah yang sebelum ini begitu bimbang dengan keselamatan suaminya itu sehingga menyebabkan beliau menghantar orang untuk mencari di Gua Hira'.
"Wahai Abu Qasim, ke mana engkau pergi? Demi Allah aku telah menghantar orang untuk mencari engkau sehinggalah mereka mencari mu ke Mekah dan pulang ke rumah dan memberitahu tidak menemui mu di mana-mana," kata Siti Khadijah.
Tetapi baginda terus mendakap paha isterinya dan meminta supaya dirinya diselimutkan. Siti Khadijah segera menyelimutkan baginda kerana mendapati tubuh suaminya itu menggigil seperti seseorang yang sedang demam kuat.
Setelah ketakutan baginda beransur reda lalu baginda menceritakan kepada Siti Khadijah apa yang telah dialami dan dilihatnya sebentar tadi. Namun baginda lebih menyatakan kebimbangannya, semua yang berlaku di Gua Hira' itu tidak lebih terpedaya oleh hatinya sendiri atau akan tidak lebih dianggap seperti ahli nujum pada pandangan orang lain.
Sebagai isteri, Siti Khadijah tidak sedikit pun curiga dengan kata-kata suaminya itu. Lalu beliau meminta supaya baginda berehat untuk melelapkan mata dan Siti Khadijah sendiri kemudiannya bangun meninggalkan Rasulullah menuju untuk menemui seseorang.
Ikuti kisah selanjutnya di keluaran akan datang.
[Baca]
Imam pemimpin solat dan masyarakat
![]() |
|
PERANAN imam tidak sekadar mengetuai solat fardu berjemaah tetapi menjadi tempat rujukan umat Islam.
|
HADIS Rasulullah SAW di atas menunjukkan betapa umat Islam disuruh menunaikan rukun Islam kedua ini secara berjemaah. Lagipun solat berjemaah bukan memerlukan bilangan yang ramai memadai sekurang-kurangnya dua orang, seorang imam dan seorang lagi makmum.
Berjemaah pada solat Jumaat adalah wajib atau fardu ain manakala bagi solat fardu yang lain ada yang mengatakan hukumnya sunat muakkad, fardu kifayah dan juga fardu ain. Namun, sebahagian besar ulama mengatakan hukum solat berjemaah adalah fardu kifayah.
Ia berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, "Bila sahaja ada tiga orang di dalam satu kampung atau dusun tidak mendirikan solat berjemaah, mereka akan digoda oleh syaitan. Lantaran itu hendaklah kamu berjemaah, sesungguhnya serigala selalu memakan kambing liar yang terasing (yang jauh daripada kumpulannya)". (riwayat Abu Daud)
Antara individu yang berperanan penting dalam solat jemaah ialah imam. Mereka bukan sahaja mengetuai solat fardu berjemaah, tetapi juga paling dekat dengan masyarakat. Lebih-lebih lagi apabila berlaku kematian, akikah, kenduri kendara, nikah kahwin dan mengetuai solat berjemaah.
Secara amnya, semua kita adalah imam iaitu pemimpin yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak. Ini sebagaimana sabda Nabi SAW yang maksudnya: Kamu sekelian adalah pengembala (pemimpin) dan akan diminta dipertanggungjawabkan tentang kepimpinannya. Seorang penguasa adalah pemimpin, seorang suami adalah pemimpin ke atas anggota keluarganya. Kamu sekelian adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab atas kepimpinannya. (riwayat Bukhari)
Mengikut sejarah, profesion imam telah bermula sejak zaman Nabi SAW. Baginda adalah Ketua Negara, imam solat dan juga Ketua Angkatan Perang kaum muslimin.
Pada zaman kesultanan Melayu pula, beberapa sultan seperti Sultan Alauddin Riayat Shah (Melaka), Sultan Zainal Abidin (Terengganu) dan Sultan Alaiddin (Selangor) dikatakan pernah menjadi imam solat berjemaah.
Imam juga menjadi tempat rujukan penduduk setempat apabila berhadapan sesuatu masalah atau mendapatkan nasihat berhubung sesuatu. Justeru, para imam perlu sentiasa mempamerkan sahsiah mulia serta melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi.
Ini sesuai dengan fungsi imam yang lebih luas sebagai orang bertanggungjawab mengenai bidang agama dan sosial setempat bagi melaksanakan tugas menyebar luaskan semangat keagamaan serta memenuhi khidmat kemanusiaan kepada sesiapa yang memerlukan sekadar yang termampu.
Menyedari hal ini, Pusat Latihan Pengurusan Masjid, Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) dan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menganjurkan Kursus Imam Surau Daerah Kuala Selangor pada 6 hingga 8 Julai lalu.
Kursus tiga hari yang dihadiri oleh 90 imam itu berlangsung di ILDAS, Sabak Bernam, Selangor.
Ketua Pegawai Penyelaras Masjid Bahagian Pengurusan Masjid JAIS, Ramli Sidom berkata, para imam perlu mempunyai sahsiah yang baik kerana mereka menjadi contoh kepada anak-anak kariah.
Kata beliau, para imam bukan sahaja perlu mempunyai akhlak mulia dalam percakapan, pemikiran dan perbuatan tetapi juga perlu sentiasa menjaga syariat serta menghindar daripada melakukan maksiat serta terlibat dengan perkara syubhat.
Selain itu, imam perlu mempunyai hubungan kemasyarakatan yang mesra dengan anak-anak kariah supaya dapat mengetahui masalah mereka dan anak kariah pula tidak segan untuk mengadu hal kepada imam.
"Pendek kata, imam yang ideal sentiasa kreatif menghidupkan roh Islam di masjid, surau dan di kalangan jemaahnya.
"Oleh itu, kedudukan imam sebagai pengurus dalam sektor masjid atau surau dengan jawatankuasa pengurusan mempunyai ikatan koordinasi yang saling bekerjasama dalam mentadbir kegiatan masjid sehingga berjaya," katanya.
Ramli berkata demikian semasa menyampaikan kertas kerja bertajuk, 'Sahsiah Imam yang Berwibawa'.
Pada program itu, turut diadakan Tahsin Qiraat untuk memperbaiki mutu bacaan al-Quran para imam.
Para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 45 orang satu kumpulan. Mereka diuji membaca fatihah, ayat lazim dan juga tahiyat akhir. Program ini dibimbing oleh dua guru iaitu Napiah Sahrani dan Abu Yani Omar.
Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Selangor, Zainal Abidin Sulaiman pula menekankan pentingnya para imam menguasai dan memahami syarat sah, rukun, sunat dan pantang larang dalam solat.
Katanya, selain mengetahui rukun, syarat sah dan perkara yang membatalkan solat, para imam juga perlu menguasai ilmu tajwid agar bacaan fatihah dan tahiyat akhir itu dibaca dengan betul dan tepat.
"Para imam juga perlu segera muhasabah diri apabila ditegur dengan perkataan subhanallah oleh makmum dalam solat. Sudah tentu ada perkara yang tidak kena.
"Jangan pula apabila ditegur sedemikian, para imam teruskan juga solat tanpa membetulkan kesilapan sama ada tertinggal ayat, terlebih atau terkurang bilangan rakaat dan sebagainya," jelasnya.
Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja 'Fiqh Solat' pada kursus tersebut. Pada sesi yang sama, para peserta mengambil peluang melontarkan pelbagai soalan berkaitan ibadat solat.
Antaranya termasuk bagaimana imam memberitahu makmum apabila solatnya batal semasa dalam kedudukan sujud, hukum sujud sahwi apabila tertinggal doa qunut, keharusan mempercepatkan solat apabila mendengar suara anak kecil menangis di masjid dan sebagainya.
Menurut Zainal lagi, para imam harus melihat keadaan kesesuaian jemaahnya sebelum memutuskan sama ada membaca surah yang panjang atau sebaliknya semasa solat. Sebab itu antara syarat menjadi imam mestilah disukai oleh makmum.
Pendek kata, para imam perlu meraikan para jemaah iaitu jika majoriti jemaah itu golongan bekerja maka elakkan membaca surah yang terlalu panjang semasa solat subuh pada hari bekerja.
Demikian juga jika ramai jemaah golongan tua, maka imam hendaklah memilih surah yang sederhana panjangnya supaya tidak memuradatkan jemaah yang berkenaan.
Kata Zainal, apabila hak-hal sebegini diraikan, insya-Allah masjid atau surau akan lebih makmur dengan lebih ramai jemaah datang menunaikan solat berjemaah.
Tambah beliau, solat berjemaah juga melatih diri berdisiplin dan patuh kepada ketua dan melahirkan simbol perpaduan dan kerjasama di anatara sesama Muslim.
Malah, Rasulullah SAW ada bersabda yang maksudnya: Kalaulah mereka tahu tentang kelebihan pahala solat Isyak dan Subuh berjemaah, mereka akan datang sekalipun merangkak (bagi orang yang tidak boleh berjalan). (Muttafaq alaih)
[Baca]
Amalan pemakanan tidak sihat
![]() |
|
Para penceramah menjawab
soalan-soalan daripada ibu bapa yang hadi pada Seminar Pemakanan Anak
Pengasuhan Positif 2009 di Hotel Royale Bintang, Damansara, baru-baru
ini.
|
KEBULURAN atau kekurangan makanan sememangnya tidak menjadi isu lagi selepas lebih 50 tahun negara ini mencapai kemerdekaan.
Terbukti Malaysia telah menangani isu ini dengan jayanya sehinggakan kalau dulu orang mati tidak makan tetapi kini istilahnya berbeza pula mati kerana terlebih makan.
Walaupun cukup makan bukan bermakna semua rakyat negara ini mengamalkan corak pemakanan yang betul. Ini kerana mengikuti laporan kajian Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi Ketiga yang diadakan pada tahun 2006, terdapat bilangan kanak-kanak di negara ini yang mengalami masalah kekurangan berat badan dan berlebihan berat badan yang membimbangkan.
Bendahari Kehormat Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Datuk Dr. Musa Mohd. Nordin berkata, status pemakanan kanak-kanak di Malaysia telah menjadi suatu masalah yang membimbangkan di negara ini.
"Yang lebih membimbangkan lagi, kebanyakan daripada kanak-kanak ini ialah kanak-kanak yang berumur di antara satu hingga enam tahun,'' katanya di Seminar Pengasuhan Positif Pemakanan Anak 2009, di Damansara, baru-baru ini.
Dr. Musa turut mengingatkan masyarakat Malaysia supaya memberi perhatian terhadap perkembangan yang membimbangkan ini dan mula mengambil isu pemakanan sebagai isu serius.
Ini kerana katanya, pemakanan membawa manfaat yang tinggi kepada kanak-kanak sama ada dari segi perkembangan fizikal mahupun mental.
Sementara itu, siri Seminar Pemakanan Anak Pengasuhan Positif 2009 yang diadakan itu bertujuan memberi peluang kepada ibu bapa mendalami isu-isu kesihatan berkaitan pemakanan kanak-kanak serta berkongsi cara penyelesaian.
Seminar ini turut menyediakan ibu bapa pengetahuan dalam kepentingan nutrisi awal untuk tumbesaran si manja, implikasi tabiat pemakanan terhadap kesihatan dan memberi tip untuk mengatasi masalah cerewet makan dan masalah pemakanan yang lain.
Seminar bertemakan Makan Dengan Sihat, Membesar Secara Sihat ini disokong oleh geran pendidikan daripada Abbott Nutrition International.
[Baca]
Keajaiban tumbuhan herba
![]() |
|
PINTU masuk Taman Konservatif Pertanian yang terletak di UPM, Serdang.
|
Ketika kecenderungan orang ramai sebagai pengguna mula terarah kepada produk semula jadi, mereka kini memilih untuk menjadikan tumbuhan sebagai bahan utama kegunaan harian.
Produk tersebut mungkin ubat-ubatan, makanan atau produk penjagaan kesihatan berasaskan herba yang kini semakin popular.
Justeru, apabila semakin banyak pihak mula menyedari kecenderungan tersebut dan mengambil langkah proaktif menjalankan penyelidikan mengenai tumbuhan herba, ia boleh dianggap satu perkembangan positif.
Menjalankan penyelidikan mengenai khasiat herba tidak sahaja membantu mempromosikan tumbuhan tersebut secara langsung tetapi masyarakat juga kini mula menghargai bukti saintifik dan khasiatnya.
Lebih menarik, beberapa pihak sudah mengambil langkah lebih kehadapan yang akan menyokong industri ini pada masa akan datang menerusi pewujudan taman-taman herba dan seumpamanya.
Sebagai bukti, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menubuhkan Taman Konservatif Pertanian yang menempatkan lebih 500 spesies tumbuhan ubat-ubatan.
Usaha tersebut yang digerakkan oleh Institut Biosains (IBS) UPM telah berjaya menarik para penyelidik tempatan dan luar negara untuk menjalankan kajian perubatan bagi mengatasi pelbagai penyakit.
Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, konsep taman tersebut sangat bersesuaian dengan UPM yang memberi fokus kepada penanaman tumbuhan untuk menghasilkan produk hiliran.
"Menerusi taman ini, para penyelidik dapat menjadikannya sebagai pusat tumpuan utama bagi sumber tumbuhan herba dalam kajian bioteknologi mereka.
"Malaysia merupakan negara bertuah kerana berada di tangga keempat selepas China, Indonesia dan India daripada 12 negara di dunia yang mempunyai lebih 1,500 spesies tumbuhan berstatus ubat-ubatan,'' katanya ketika ditemui di UPM, Serdang, baru-baru ini.
Sementara itu, koordinator taman berkenaan, Dr. Faridah Qamaruz Zaman memberitahu, taman itu diusahakan di kawasan seluas dua hektar yang dipenuhi dengan tumbuhan asli dan eksotik dari spesies tempatan.
"Keistimewaan yang diketengahkan adalah kesemua pokok diatur dalam susunan landskap yang cukup menarik serta dilengkapi dengan label memaparkan maklumat seperti nama asal, nama saintifik dan kegunaannya,'' jelas beliau.
Dalam memastikan perkembangan industri herba, pihak IBS juga ada menjalankan kerjasama secara komersial dengan pihak industri seperti organisasi bukan kerajaan (NGO).
Sebagai contoh, sejak empat tahun lalu, IBS bersama Majlis Kanser Nasional (Makna) telah bekerjasama menjalankan penyelidikan makmal secara klinikal untuk mencari penawar kepada penyakit kanser.
Selain itu, kesemua tumbuhan herba yang ditanam juga akan di hantar ke beberapa fakulti seperti fakulti perubatan untuk tujuan penyelidikan dan kajian lanjut mengenai khasiatnya.
Ia biasanya melibatkan pelbagai spesies tumbuhan herba tidak kira daripada bahagian bunga, daun, batang atau akarnya. Antara contoh tumbuhan tersebut adalah seperti cekur, daun kaduk, daun kemangi, misai kucing dan sebagainya
Mungkin ramai yang tidak mengenali kumpulan tumbuhan ubatan jenis herba ini kerana penanamannya tidak dilaksanakan secara meluas.
Justeru bagi mendedahkan masyarakat kepada penggunaan, kaedah penanaman dan penjagaan tumbuhan jenis itu, UPM melalui IBS telah menganjurkan Bengkel Pengenalan Tumbuhan Ubatan.
Bengkel yang pertama kali diadakan itu adalah bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dan minat di kalangan peserta terhadap tumbuhan ubatan di samping mengenalpasti potensinya dalam industri.
Menurut Pengarah IBS, Prof. Dr. Fatimah Md. Yusoff, disebabkan aplikasi perubatan tradisonal menggunakan tumbuhan herba hanya diamalkan oleh masyarakat di sesuatu tempat, maka ia perlu diperluaskan kepada umum.
"Penggunaan tumbuhan herba telah meluas, namun pengetahuan tentang khasiat sebenar dan cara penanaman yang betul tidak diamalkan sepenuhnya.
"Justeru, melalui bengkel seperti ini, para peserta dapat berkongsi maklumat dan seterusnya dapat menambah pengetahuan tentang tanaman ini dengan lebih mendalam,'' jelasnya.
Secara keseluruhannya, bengkel dua hari berkenaan memberi fokus kepada pengenalan sumber tumbuhan baru, mengenalpasti khasiat tumbuhan secara saintifik, pembiakan tumbuhan secara in-vitro, industri herba semasa, pemakanan berasaskan herba serta pelaksanaan kebun dapur.
Untuk memperolehi maklumat tumbuhan dengan lebih jelas, para peserta turut didedahkan dengan jenis dan nama tempatan serta nama saintifik. Mereka juga akan diberi penerangan tentang pembahagian tumbuhan yang boleh dikategorikan kepada tiga fungsi utama iaitu untuk tujuan aromaterapi, refleksi dan kesihatan.
Bagi mengelakkan masalah kepupusan di samping mengatasi masalah kekurangan bekalan sumber bahan mentah, para peserta juga akan diajar dengan teknik penanaman secara tisu kultur. Ini keran teknik berkenaan mempunyai kelebihan untuk menghasilkan anak pokok yang berkualiti serta mengalami pertumbuhan yang cepat.
Bukan setakat itu, pendidikan secara praktikal akan diberikan untuk menggalakkan mereka menanam pokok herba sebagai tumbuhan landskap di rumah seperti pokok ulam-ulaman agar hasilnya dapat dimakan secara terus.
Selain itu, IBS melalui unit bantuannya juga akan menyalurkan pertolongan seperti khidmat nasihat, jualan benih dan juga penerangan secara terperinci.
Kira-kira 50 orang peserta mengambil bahagian dalam bengkel tersebut terdiri daripada orang awam, para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), agensi kerajaan dan juga swasta.
Menurut salah seorang peserta, Abdul Razak Roslan, 41, bengkel tersebut memberi banyak manfaat kepadanya dari segi maklumat berkaitan khasiat setiap tumbuhan dan teknik tanaman yang betul.
"Dengan ilmu tersebut, selepas ini saya boleh menanam sendiri tumbuhan herba di rumah dan juga di tempat kerja,'' katanya.
Sementara itu, seorang lagi peserta yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Universiti Darul Iman Malaysia, Nor Haslinda Haron, 25 berpendapat, bengkel tersebut memberi peluang kepadanya mengenali beberapa individu yang mempunyai kepakaran dalam industri tersebut.
"Mereka tentunya dapat dijadikan sebagai sumber rujukan untuk saya mendapatkan maklumat mengenai fungsi herba dalam menyembuhkan penyakit.
"Ini kerana ketika ini saya sedang menjalankan penyelidikan dan kajian mengenai kegunaan herba tradisional,'' jelasnya.
[Baca]
Sel stem gantikan sel jantung
PADA September 2006, seorang lelaki, dikenali sebagai Benjamin, berusia 75 tahun, mendapat serangan jantung yang teruk di Indonesia.
Di sana, dia dimasukkan ke sebuah hospital sebelum dipindahkan ke sebuah hospital di Singapura, dan tinggal di situ selama sepuluh hari.
Jantungnya gagal berfungsi ditambah pula kesukaran bernafas berikutan paru-parunya mengandungi air. Tekanan darahnya juga rendah walaupun menjalani terapi ubat pada tahap maksimum.
Benjamin dimaklumkan dia mengalami kegagalan jantung yang serius (jantung berfungsi pada tahap 19 peratus sahaja) dan keadaannya terlalu serius serta rumit untuk dirawat.
Benjamin seterusnya dihantar pulang ke Medan di mana keadaannya semakin teruk.
Dia dinasihatkan oleh rakan-rakan supaya pergi ke Pusat Perubatan HSC di Kuala Lumpur yang didakwa rakan-rakannya itu terkenal dengan rawatan dan teknologi untuk mendiagnosis dan merawat pesakit jantung.
l Prognosis, sangat lemah
Apabila Benjamin tiba ke Kuala Lumpur, dia begitu lemah kerana telah dimasukkan ke hospital hampir sebulan di Singapura dan Indonesia.
Dia begitu lemah dan sakit untuk mengikuti prosedur rawatan dan dimasukkan ke dalam wad sementara doktor cuba untuk menstabilkan keadaannya.
Bagaimanapun, kesihatannya terus merudum, menjadi teruk dan prognosisnya amat lemah.
"Saya mengadakan perbincangan dengan keluarga Benjamin, termasuk anak perempuannya yang juga seorang doktor, dan membuat keputusan sekiranya keluarganya membiarkan Benjamin begitu sahaja dikhuatiri mereka akan kehilangannya.
"Walaupun risikonya tinggi, namun kita memutuskan untuk melakukan prosedur jantung dalam dua peringkat," kata Dr. Soo Chee Seong , Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan HSC.
l Rawatan sel stem jantung
Peringkat pertama rawatan Benjamin melibatkan prosedur angioplasti di mana salur arteri koronari LAD pesakit tertutup sepenuhnya (100 peratus).
Doktor berjaya membukanya dan memasukkan tiub khas (stent). Keadaannya berubah sedikit tetapi dia masih terlalu lemah di mana jantungnya hanya berfungsi pada tahap 20 peratus.
Kata Dr. Soo, setelah beberapa hari, beliau meneruskan ke peringkat kedua prosedur di mana sel stem diambil dari sum-sum tulang pesakit dan disuntik melalui salur LAD, terus ke dalam bahagian jantung yang rosak.
Berikutan itu, keadaan Benjamin secara perlahan-lahan semakin baik dan selepas tujuh hingga 10 hari, dia telah pulih dan boleh berjalan pulang dan dikeluarkan dari wad.
Dengan rawatan susulan, dia kini sembuh sepenuhnya dan penilaian injap jantung setahun selepas menerima rawatan tersebut menunjukkan fungsi jantungnya semakin pulih kepada 40 peratus (dari 19 peratus sebelum menerima rawatan).
Penyelidikan terbaru menunjukkan tanda-tanda awal bahawa sel stem mungkin boleh menggantikan otot-otot sel jantung yang rosak dan mewujudkan pembuluh darah baru untuk membekalkannya dengan darah.
Pusat Perubatan HSC telah menjadi destinasi perubatan yang popular di rantau ini untuk beberapa tahun. Kebanyakan pesakit datang dari luar negara, baik dari rantau ini mahupun dari negara-negara Barat.
"Doktor-doktor kami semuanya terlatih dengan baik dari luar negara dan pesakit mengunjungi kami untuk penjagaan kesihatan yang bermutu di samping yuran perubatan yang sederhana," kata Pengarah Eksekutif HSC, Dr. Y.C Lim.
Menurut beliau, tahap perkhidmatan perubatan seperti belon angioplasti (melebarkan pembuluh darah yang tersumbat) dan memasukkan tiub ke dalam saluran darah yang tersumbat (stenting) adalah sama atau lebih baik berbanding dengan pusat-pusat jantung terkenal di dunia.
HSC katanya, telah menarik ribuan pelawat asing dalam pakej diagnosis dan rawatan jantung seperti angioplasti belon dan stenting, yang dilakukan kepada pesakit luar.
[Baca]
Petanda mata mera
MATA merah atau kemerahan merupakan antara masalah yang sering kali berlaku sehingga menjejaskan keselesaan mata dan ketajaman penglihatan.
Selalunya kita akan mula risau apabila mata mula mengalami masalah sama ada kerap berair, menjadi kabur atau sakit.
Sebenarnya gejala-gejala sedemikian dapat memberi amaran terdapat masalah atau sesuatu yang tidak kena pada mata, dan kita harus mengambil tindakan sewajarnya.
Oleh itu, penting bagi seseorang mengetahui serba sedikit bila mereka menghadapi situasi sebegini.
Kita perlu tahu sama ada terdapat keperluan untuk mengambil tindakan segera atau masih boleh menunggu beberapa hari sebelum mendapatkan nasihat dan rawatan doktor mata.
Mata kita membabitkan kelopak mata dan biji mata. Jika sesuatu berlaku pada kelopak mata, ia biasanya tidak menyebabkan kebutaan.
Penyebab kemerahan mata yang paling biasa berlaku ialah penyakit alahan, di mana pesakit mengalami gejala seperti berasa gatal pada mata dan mata sering berair.
Bagaimanapun, penglihatan tidak terganggu dan ia dapat dirawat dengan ubat titis. Bagi kanak-kanak, selain berdepan masalah mata, mereka juga sering mengalami alahan dan penyakit lelah.
Penyakit kelopak mata yang boleh menyebabkan mata merah pada kanak-kanak adalah ketumbit. Satu lagi penyebab penyakit mata yang sering berlaku ialah konjuntivitis.
Gejala yang dialami pesakit juga sangat jelas, iaitu mata menjadi merah, berair, merasa silau dan ada banyak tahi mata.
Penyakit membabitkan biji mata mungkin mengganggu penglihatan apabila berlaku perubahan pada struktur mata. Tahap penyakit ini bagaimanapun hanya dapat dikesan pakar mata.
Masalah biasa
Banyak faktor yang boleh menyebabkan mata seseorang menjadi merah. Faktor ini boleh dibahagikan kepada penyebab yang berbahaya atau yang tidak membahayakan.
Penyebab yang tidak bahaya ialah konjuntivitis, iaitu keradangan pada lapisan konjuntiva tetapi tidak membabitkan struktur penting mata seperti kornea.
Lapisan konjuntiva merangkumi mukus lembut yang menutup bahagian depan mata dan bahagian dalam kelopak mata.
Penyebab yang berbahaya pula melibatkan glaukoma, uveitis dan jangkitan kuman pada kornea yang dipanggil ulser kornea.
Glaukoma akut berlaku kerana peningkatan tekanan dalam mata secara mendadak sehingga menyebabkan kemerahan mata dan kesakitan yang amat sangat.
Pesakit memerlukan rawatan segera kerana jika tidak, akan berlaku kerosakan saraf optik yang boleh menyebabkan kebutaan.
Jika lewat menerima rawatan untuk glaukoma akut, besar kemungkinan akan menyebabkan kerosakan pada struktur di dalam mata dan saraf mata yang akhirnya akan membawa kepada kebutaan.
Untuk ulser kornea pula, penggunaan kanta lekap menjadi antara punca utamanya. Risiko ulser ini meningkat lebih tinggi jika pemakai tidak mengamalkan penjagaan dan kebersihan kanta dan bekas simpanannya seperti yang disarankan.
Ulser kornea juga boleh disebabkan jangkitan kuman pada mata seorang pemakai kanta lekap yang masih terus memakai kanta lekap, walaupun selepas matanya menjadi merah.
Rawatan ulser kornea melibatkan pengambilan ubat titis antibiotik yang diberi doktor mata dan harus digunakan setiap satu hingga dua jam.
Pesakit yang mengalami gejala teruk harus mendapatkan rawatan di dalam wad untuk pemantauan rapi.
Terdapat juga pesakit dengan ulser kornea yang teruk kerana lambat mendapat rawatan dan hanya menggunakan ubat mata yang dibeli sendiri dari kedai.
Pesakit sebegini mungkin hanya berjumpa doktor apabila mengalami sakit yang amat sangat.
Pesakit dengan uveitis akut biasanya mengalami rembesan bahan radang pada mata yang seterusnya menimbulkan kesakitan pada mata.
Penyakit tibi juga boleh menyerang mata dan selalunya menjadi lebih teruk jika tidak dikesan dan diberi rawatan awal.
Gejala dan rawatan
Dua gejala penting harus diberi perhatian, iaitu:
*Gangguan penglihatan
*Kesakitan pada mata
Jika dua gejala ini berlaku, pesakit harus segera berjumpa doktor mata. Seorang pesakit yang mengalami masalah mata merah turut berasa sakit dan juga kekaburan penglihatan.
Selepas dirujuk kepada pakar mata, pesakit tersebut didapati menghidap skleritis atau radang pada lapisan luar mata (sklera). Kesakitan itu dapat disembuhkan dengan rawatan yang bersesuaian.
Doktor kebiasaannya akan memeriksa ketajaman penglihatan dan memeriksa keadaan mata pesakit sebelum menentukan penyebab mata merah.
Para doktor harus bertanya dua soalan kepada pesakit yang mengalami mata merah iaitu:
*Adakah mata pesakit berasa sakit?
*Adakah penglihatan mereka terganggu?
Jika pesakit menjawab ya bagi kedua-dua soalan, dia perlu dirujuk kepada pakar mata dengan segera.
Jika tidak, besar kemungkinan pesakit menjadi buta jika masalah mata merah berpunca daripada penyebab berbahaya seperti jangkitan kuman.
Jangkitan kuman pada mata bukan sahaja menyebabkan mata pesakit menjadi merah, malahan berasa sangat sakit dan mungkin juga muntah.
Pengguna kanta lekap mungkin mengalami masalah mata merah akibat daripada jangkitan kuman pada lapisan kornea mata (ulser kornea).
Justeru, mata akan menjadi merah dan sakit. Jika tidak dirawat segera, pesakit berkemungkinan akan menjadi buta.
Ulser kornea akibat jangkitan kuman mudah berlaku jika seorang pemakai kanta lekap tidak menjaga kebersihan mata dan kanta lekap, serta tidur tanpa menanggalkannya.
Perkara pertama dan paling penting jika pemakai kanta lekap mengalami mata merah ialah untuk tidak memakai kanta lekap berkenaan.
Sebaliknya, bawa kanta tersebut bersama bekas simpanannya terus kepada doktor mata.
Doktor akan memeriksa bekas kanta lekap itu untuk memastikan sama ada ia mengandungi kuman.
Rawatan segera untuk masalah mata merah dapat mengenalpasti tahap bahaya terhadap penglihatan pesakit, seterusnya mencegah kebutaan.
[Baca]
Herba purba sakit belakang
TERDAPAT satu pelega kesakitan semula jadi, yang terbukti dapat melegakan sakit di bahagian bawah belakang. Keberkesanannya adalah sama dengan ubat preskripsi, tanpa terdedah kepada risiko kesan sampingan.
Apabila menderita sakit belakang, ia akan mengganggu dan mencabar apa sahaja aktiviti seperti membongkok badan, berjalan dan membawa barang. Perubatan biasa menawarkan ubat NSAID (ubat anti radang bukan steroid) yang mungkin berkesan untuk memberi kelegaan jangka pendek, tetapi juga boleh mendatangkan kesan sampingan negatif seperti kerosakan kepada gastrousus (pendarahan dalam perut dan ulser).
Preskripsi baru NSAID yang dikenali sebagai Penyekat COX-2 (COX-2 Inhibitor) merupakan penghilang kesakitan yang berkesan di samping ia dirumus untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah gastrousus. Tetapi, ia membawa risiko yang lebih tinggi seperti serangan jantung, strok, malah kematian. Amaran yang tertulis pada risalah penerangan salah satu ubat Penyekat COX-2 berbunyi 'Anda hendaklah betul-betul mengambilnya seperti mana yang dipreskripsikan dan dengan dos-dos seberapa rendah yang boleh untuk jangka masa yang paling singkat diperlukan'.
Walaubagaimanapun, terdapat sejenis herba semula jadi yang dapat memberi kelegaan kepada sakit di bahagian bawah belakang dengan keberkesanan sekuat ubat preskripsi, tanpa terdedah kepada risiko kesan sampingan. Herba ini dikenali sebagai pati kulit pokok willow. Ia telah digunakan sejak berabad lamanya dan terus digunakan sehingga ke hari ini untuk rawatan kesakitan (khususnya untuk sakit di bahagian bawah belakang dan osteoartritis), serta bengkak seperti bursitis, tendonitis dan ankylosing spondylitis. Kulit pokok willow mengandungi ramuan aktif yang dikatakan dapat memberi kelegaan kesakitan dan tindakan anti radang.
*Kelegaan kesakitan dan anti radang purba
Hippocrates, seorang tabib Yunani dianggap sebagai 'bapa perubatan' mendapati penawar ini begitu berkesan sekali untuk menghilangkan berbagai jenis kesakitan sehingga dia berasa bertanggungjawab untuk menulis mengenainya di sekitar abad kelima Sebelum Masehi. Beberapa ujian klinikal menyokong kemujaraban kulit pokok willow sebagai ubat untuk melegakan sakit belakang. Satu kajian baru juga menunjukkan pati kulit pokok willow sama berkesannya seperti ubat popular yang dipreskripsikan di samping kosnya yang lebih murah. Telah terbukti bahawa kulit pokok willow adalah sama berkesannya seperti Penyekat COX-2. Tambahan pula, ia mampu dibeli tanpa menghadapi risiko kesan-kesan sampingan.
Kajian di Jerman menguji keberkesanan pati kulit pokok willow berbanding sejenis Penyekat COX-2 bersama 228 orang sukarelawan berumur antara 18 hingga 80 tahun. Mengikut hasil kajian tersebut; 'Pati kulit pokok willow adalah sama berkesannya seperti Penyekat COX-2 yang diuji, dalam melegakan kesakitan bahagian bawah belakang. Kedua-dua ubat ini menunjukkan pengurangan yang sama pada alat ukur yang digunakan untuk mentaksirkan kesakitan para peserta.'
* Perbezaan pokok willow
Terdapat banyak rumusan pati kulit pokok willow di pasaran dunia. Kebanyakannya diperbuat untuk mengandungi Salacin sahaja, iaitu salah satu daripada beberapa ramuan aktif yang boleh didapati dalam pati kulit pokok willow. Sebab itulah, pati-pati ini didapati kurang berkesan berbanding produk kulit pokok willow asli yang menggunakan keseluruhan kulit pokok. Satu perkara menarik yang harus diperhatikan ialah bukan semua spesies pokok willow memberikan manfaat perubatan yang sama ataupun mempunyai sifat anti radang dan kelegaan kesakitan yang sama.
Setelah bertahun penyelidikan terhadap spesies pokok willow yang berlainan jenis, syarikat Frutarom dari Switzerland mendapati tiga spesies pokok willow; Salix purpurea, Salix fragilis, dan Salix daphnoids, mempunyai lebih banyak jumlah ramuan anti radang dan pelega kesakitan (seperti Flavanoids dan Procyanidines) berbanding dengan Salix alba (kulit pokok willow putih). Dengan itu, Frutarom menggunakan tiga spesies ini melalui proses "Polyshield" yang dipatenkan untuk mengeluarkan EFLA462 (pati kulit pokok willow dipiawaikan), tanpa kerosakan atau merendahkan gred terhadap ramuan aktif semasa ia dalam fasa pemerahan.
*Pokok cat's claw
Pokok cat's claw (Uncaria tomentosa) berasal dari wilayah Amazon. Penduduk Amerika Selatan telah lama menggunakan kulit dan akar pokok ini untuk mengubati berbagai masalah penyakit seperti artritis dan radang. Sebatian yang dijumpai dalam pokok cat's claw dianggap boleh menghalang pengeluaran jisim oleh badan yang menyebabkan radang, dikenali sebagai prostaglandins dan faktor nekrosis tumor (TNF). Ujian klinikal melaporkan mereka yang menderita penyakit osteoartritis dan reumatoid artritis yang diberi suplemen cat's claw telah mengalami pemulihan yang ketara.
Para penyelidik yakin pokok cat's claw kaya dengan sebatian fitokimia bermanfaat iaitu alkaloid, proanthocyanidins, polifenol, tritepines, dan sterol tumbuhan. Di samping tindakan anti radang dan kelegaan kesakitan, saintis baru-baru ini mendapati pokok cat's claw mungkin dapat melindungi rawan.
Kehausan rawan, iaitu ciri utama penyakit osteoartritis, berlaku apabila kemusnahan rawan adalah lebih cepat daripada ia boleh tumbuh semula. Dengan menumpaskan agen radang yang merosakkan rawan, dan pada masa yang sama mengaktifkan biokimia pelindung rawan, maka cat's claw dapat membantu memelihara dan mengekalkan rawan yang sihat pada sendi yang sedang menua.
Oleh itu gabungan kulit pokok willow dan pokok cat's claw sudah tentu merupakan pilihan yang terbaik untuk sakit-sakit jangka panjang dan untuk pengurusan radang berbanding ubat konvensional kerana kajian mengesahkan ia mempunyai ciri keselamatan yang cemerlang. Apabila anda ingin membeli dan memilih suplemen semulajadi yang betul untuk melegakan kesakitan, pastikan anda ambil kira faktor-faktor ini:
*Spesies pokok willow yang betul digunakan - pilih yang menggunakan Salix purpurea, Salix fragilis dan Salix daphnoids.
*Pati-pati herba yang digunakan telah pun dipiawaikan untuk menjamin kemujarabannya.
*Pati kulit pokok willow itu diperbuat dengan menggunakan proses Polyshield yang dipatenkan untuk memastikan pemeliharaan ramuan-ramuan aktifnya.
Artikel ini disumbangkan oleh Pahang Pharmacy Sdn. Bhd. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Kulit Pokok Willow dan Cat's Claw, sila e-mel ke ppharm@pahangpharmacy.com.my atau hubungi talian Stay-well to Live-well 03-61407605 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang).[Baca]
Pemakanan bijak untuk gigi sihat
![]() |
|
ASID yang dihasilkan bakteria dari gula makanan akan menghakis struktur gigi.
|
MAKANAN bergula tidak semestinya berkaitan dengan kaviti. Persoalannya adalah, berapa ramaikah di antara kita yang mengamalkan kebersihan oral sebaik sahaja kita makan gula-gula, kek dan coklat?
Berbeza dengan kesihatan badan, ramai rakyat Malaysia tidak mengendahkan kepentingan mencapai dan mengekalkan kesihatan gigi yang terbaik.
Tanpa disedari, hampir setiap hari kita makan makanan yang bergula, yang mengandungi sukrosa dan fruktosa.
Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia makan lebih kurang 24 sudu kecil gula setiap hari berbanding dengan kuantiti yang sepatutnya iaitu hanya 50 gram (g) atau 10 sudu kecil gula*.
Statistik juga menunjukkan bahawa sembilan daripada 10 rakyat Malaysia mempunyai masalah gigi**.
Kesan gula terhadap gigi
Bakteria ataupun kuman lutsinar sentiasa bergelumang di dalam mulut kita. Biarpun gigi anda berasa bersih, bakteria yang tidak terkira jumlahnya tersembunyi di dalam mulut kita.
Sesetengah daripada bakteria tersebut membentuk plak, yang melekit dan tidak berwarna di permukaan gigi.
Bakteria yang terdapat dalam plak akan menghadam gula daripada makanan kita dan menukarkannya menjadi asid.
Asid ini amat kuat dan akan menghakis lapisan luaran enamel yang sepatutnya melindungi gigi kita daripada mereput.
Oleh itu, ia adalah amat penting untuk memberus gigi selepas memakan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Ini juga dapat mencegah pereputan gigi.
Dengan cara ini, anda masih lagi boleh menjamu selera makanan bergula dengan mempunyai gigi baik dan sihat.
Bijak makan
Sebelum kita makan, seelok-eloknya kita bertanya kepada diri sendiri sama ada makanan itu bergula tinggi atau tidak.
Kita perlu juga fikirkan adakah makanan itu akan menjejaskan kesihatan gigi kita. Jika ya, ia adalah lebih bijak untuk memilih makanan lain yang kurang bergula.
Asid akan mula terbentuk pada gigi kita setiap kali kita makan makanan yang bergula. Asid akan meneruskan aktiviti merosakkan gigi sekurang-kurangnya 20 minit sebelum ia dineutralkan.
Oleh itu, memakan makanan bergula secara berlebihan akan mengakibatkan bakteria semakin berganda dan diikuti oleh pereputan gigi akibat asid.
Dengan itu, memberus gigi adalah penting untuk mengekalkan mulut dan gigi yang bersih dan sihat.
Pemilihan berus gigi
Selain daripada pemilihan ubat gigi yang baik, pemilihan berus gigi yang telah menjalani ujian klinikal dalam menghapuskan plak juga adalah amat penting.
Kita sepatutnya menggunakan berus gigi berbentuk silang pangkah yang akan membantu mengangkat dan menyapu keluar plak.
Makanan sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan biskut gandum juga menjadi pilihan bijak untuk membantu melindungi gigi daripada kerosakan.
Pemilihan makanan yang bijak sememangnya boleh mencegah pereputan gigi, penyakit gusi dan beberapa penyakit gigi serius yang lain.
Makanlah dengan bijak dan gunakanlah berus gigi yang berkesan dalam membersihkan plak dan melindungi kesihatan oral anda!
Artikel ini dibawakan oleh Oral-B sempena kempen kesihatan oral 2009.
* Maklumat ini didapati daripada laman web rasmi 'Nutri Web Malaysia'
**Pencarian ini adalah daripada 'Malaysian National Oral Health Survey of Adults 2000'
[Baca]
Harapan baru pesakit talasemia
Harapan baru pesakit talasemia
![]() |
|
PESAKIT talasemia memerlukan bekalan darah yang mencukupi untuk melakukan pemindahan darah.
|
DI satu sudut tingkap rumah, kelihatan seorang kanak-kanak merenung jauh rakan-rakannya bermain di padang. Wajahnya muram dan badannya yang letih menyebabkan dia terpaksa melupakan zaman kanak-kanak yang indah itu.
Bermain dan bergurau senda bersama rakan mungkin tidak dapat dilakukannya sepanjang hayat. Bahkan, dia terpaksa berdepan dengan rutin rawatan lima hari seminggu. Setiap kali, berdepan dengan jarum, jeritannya pasti kedengaran. Usia baru sahaja mencecah lima tahun sudah terpaksa berdepan dengan suntikan yang tajam. Hati orang tua mana yang tahan melihat anaknya yang merengek kesakitan.
"Tahan ya sayang," pujuk si ibu dengan nada sayu.
Usah kata anak kecil sepertinya, sesetengah orang dewasa pun masih ada yang fobia dengan suntikan.
Walaupun tidak menyukainya, si kecil ini perlu menahan sakit untuk kembali sihat.
Jika tiada alternatif lain, dia akan melaluinya sepanjang hayat.
Hidupnya yang bergantung kepada jarum menjadi beban yang terpaksa ditanggungnya.
Namun, dia perlu melaluinya untuk melakukan pemindahan darah.
Walaupun dia dapat meneruskan kehidupannya, namun dia tidak dapat bermain, berlari serta ketawa riang seperti kanak-kanak seusianya.
Kanak-kanak ini merupakan salah seorang daripada ratusan ribu rakyat tempatan yang menghidap penyakit keturunan darah - talasemia major.
Ia sejenis gangguan darah genetik yang mengganggu pengeluaran hemoglobin iaitu komponen pembawa oksigen yang terdapat dalam sel-sel darah merah.
Tanpa rawatan, kebanyakan pesakit talasemia major akan meninggal dunia dalam usia belasan tahun serta mengalami masalah kesihatan serius seperti anemia yang menjejaskan prestasi persekolahan dan kualiti hidup, pembesaran hati dan limpa serta menyebabkan kecacatan sumsum, tulang dan kelesuan.
Disebabkan oleh kekurangan hemoglobin dalam badan, kanak-kanak tersebut terpaksa menjalani pemindahan sehingga empat unit darah pada setiap bulan.
Akibatnya, berlaku lebihan besi dalam badannya yang jika tidak dirawat boleh merosakkan organ-organ penting seperti jantung, pankreas dan hati serta boleh membawa maut.
Untuk membuang lebihan besi daripada sistem tubuhnya, dia terpaksa menjalani terapi pengkelatan besi (iron chelation) membabitkan infusi/suntikan perlahan ubat Desferal (Desferrioxamine) ke dalam tisu subkutanues selama lapan hingga 12 jam, setiap hari.
Agen pengkelat Desferrioxamine merupakan ubat-ubat yang digunakan untuk merawat keracunan logam atau besi yang berfungsi dengan cara mengikat logam kepada ubat untuk dikumuhkan dengan selamat.
Berbeza dengan keadaan kanak-kanak tadi, ada sinar baru dalam hidup Liew Yong Tai, 11.
Pada awalnya, Yong Tai yang disahkan menghidap talasemia sejak lahir juga seperti kanak-kanak tadi.
Pasif dan tidak bergaul dengan rakan-rakannya.
Semuanya berubah apabila ibu bapanya mengambil keputusan menyimpan sel stem darah tali pusat adiknya.
Selepas menjalani pemindahan sel stem daripada darah tali pusat adiknya pada April tahun lalu, Yong Tai mengalami perubahan.
Wajahnya kian ceria dan dia tidak perlu lagi menjalani pemindahan darah yang rumit.
Ada yang bertanya mengapa perlu menyimpan sel stem kerana mereka tidak melihat kegunaannya pada masa depan. Sel stem yang diperoleh daripada tali pusat bayi ini adalah aset biologi yang berpotensi untuk menyelamatkan nyawa atau melanjutkan nyawa seseorang jika ditimpa penyakit tertentu.
Menurut Pegawai Kanan Perubatan StemLife, Prof. Aw Tar Choon, kanak-kanak menghidap talasemia kebiasaan menunjukkan gejala-gejala seperti wajah pucat, perut tampak membesar kerana pembengkakkan limpa dan hati.
"Apabila tidak dirawat dengan segera, pesakit akan mengalami perubahan bentuk tulang muka dan warna kulit menghitam.
Punca penyakit ini adalah kekurangan satu zat pembentuk hemoglobin (Hb) sehingga menyebabkan pengeluaran Hb berkurang," katanya.
Prof Tar Choon menjelaskan, untuk terus hidup pesakit perlu menjalani pemindahan darah memandangkan sel darah merah mereka mudah pecah menyebabkan pesakit mengalami kekurangan darah.
Rawatan itu perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat minggu sekali bagi mengekalkan tahap Hb paling normal
"Namun, pemindahan darah berterusan menyebabkan pesakit mengalami lebihan zat besi, yang membawa kepada gejala kerosakan jantung, hati dan organ-organ," jelasnya.
Harapan
Kini, pesakit talasemia mungkin mendapat harapan baru apabila sel stem darah tali pusat dapat membantu pesakit menjalani kehidupan yang lebih baik.
Dengan menggunakan sel stem, pesakit tidak perlu lagi menjalani pemindahan darah setiap hari.
Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini tidak lagi fobia dengan jarum.
Harapan baru agar mereka akan hidup lebih cergas dan ceria.
Menurut Prof Tar Choon, melalui sel stem, mungkin pesakit akan sembuh 75 peratus dan tidak perlu menjalani pemindahan darah setiap minggu.
Dengan itu, pesakit akan lebih aktif dan tidak terikat dengan jadual rawatan yang ketat.
"Proses menyimpan sel stem darah pada tali pusat ini tidak menyakitkan malah tiada risiko terhadap ibu atau bayi," katanya.
Proses penyimpanan darah tali pusat yang pertama berlaku pada 1988.
Sejak itu, lebih 6,000 proses pemindahan dilakukan dan sudah ramai yang tampil menyimpan darah tali pusat dalam pusat yang menawarkan perkhidmatan itu.
Selain daripada sel stem pada darah tali pusat bayi, orang dewasa juga mempunyai sel stem yang tersendiri. Bezanya, sel stem orang dewasa berada pada sum-sum tulang. Berbanding sel stem orang dewasa, sel darah tali pusat lebih mudah diterima badan dan risiko penolakan oleh badan juga lebih rendah.
Insurans
Kebiasaannya ibu bapa akan membuka akaun simpanan di bank atau membeli skim insurans untuk kegunaan masa depan anak mereka.
Bagaimanapun, tradisi tersebut mungkin berbeza bagi sebilangan ibu bapa yang memikirkan kehidupan anak mereka kelak.
Mereka kini menggunakan bank dalam bentuk berlainan pula sebagai cara baru demi masa depan anak-anak mereka.
Simpanan yang dimaksudkan itu adalah bank perubatan untuk menyimpan sel stem atau sel tunjang daripada tali pusat bayi dengan harapan ia mampu merawat kemungkinan sebarang penyakit-penting serius yang dialami oleh anak mereka satu hari nanti.
Darah tali pusat ialah darah yang dikumpulkan daripada tali pusat dan plasenta atau uri selepas bayi dilahirkan.
Darah ini kaya dengan sel tunjang, iaitu sel khusus tubuh, unsur darah, saraf dan sel otot.
Sel stem ini boleh merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah (mengangkut oksigen), sel darah putih (melawan jangkitan) dan platelet (membantu dalam pembekuan darah).
Proses mengumpul sel stem darah pada tali pusat bayi tidaklah sukar.
"Proses ini berlaku dalam masa beberapa minit saja. Selepas melahirkan anak sama ada kelahiran secara normal atau pun melalui pembedahan, sel stem yang terkandung pada tali pusat akan dikumpul untuk dihantar ke makmal untuk diproses dan disimpan.
Sebagai antara pusat penyimpanan sel stem di negara ini, StemLife turut memberi tumpuan kepada teknologi sel stem dan membolehkan penjagaan hematalogi berkualiti tinggi dengan kos yang berpatutan. Semua kerja pemprosesan dan ujian ke atas sel stem dijalankan di Kuala Lumpur serta mendapat sokongan padu daripada pakar perubatan," jelasnya.
[Baca]
THE NEW MALAY DILEMMA
|
"THE NEW MALAY DILEMMA"
I wish to thank the Harvard Club of Malaysia for inviting me here tonight to speak on "The New Malay Dilemma". 2. The Malays are among the few people whose race is legally defined. Thus the Malaysian Constitution states that a Malay is one who habitually speaks Malay, professes the religion of Islam and practises Malay customs. There is nothing said about the definitive culture of the Malays. It follows that changes in culture does not make a Malay person a non-Malay. 3. Culture is made up largely of the value systems accepted, even if not actually practised by a people or a race. Observations have shown that the culture of a people determines whether they are successful or they fail. Actual race or ethnicity or the colour of the skin or the domicile, temperate or tropical, are not factors which determine the performance of people. Thus there are Europeans who fail to make progress although generally Europeans are considered as successful and progressive people. One must not forget that in the Middle Ages the Europeans were backward relative to the Arab Muslims who built the Great Islamic Civilisation. On the other hand, many Asian races have been successful in the past and also presently, while others remain backward and primitive. 4. Even black Africans have been successful e.g. the Abbysinians, although most are unable to make any progress. 5. Europeans, Asians, Africans and Amerindians can all be successful and can all fail. It is therefore not the race or ethnicity which determines success. It is the culture. The greatest European nations of the past were the Portuguese and the Spaniards. Today they are far behind the other Europeans. As I said it is not race or ethnicity but the culture which determines the performance of any race or people i.e. the value system that they believe in and adhere to at a given time. 6. When I wrote the Malay Dilemma in the late 60s I had assumed that all the Malays lacked the opportunities to develop and become successful. They lacked opportunities for educating themselves, opportunities to earn enough to go into business, opportunities to train in the required vocation, opportunities to obtain the necessary funding, licences and premises. If these opportunities could be made available to them then they would succeed. 7. And so I thought the solution lies in affirmative action or positive discrimination in their favour. I am told by those who drafted the New Economic Policy (at that time I was out of favour and had been expelled from UMNO) that they used the Malay Dilemma to plan for affirmative action for the Malays and other Bumiputeras. Whether it is true or not it is not important. But their proposals seemed quite similar with what I wrote. 8. Implementing affirmative action was not as easy as planning it. Capital, licences and permits, premises etc were made available and later contracts and shares were given to aspiring Malays. The Government set up agencies to represent the Malays to improve their capacity to take advantage of the affirmative actions of the NEP. When the idea of privatisation was espoused it was natural to give many of the opportunities to Malays. 9. In education, quotas and scholarships were created to provide the opportunities for them to gain the required knowledge in all fields so as to ensure their upward mobility. 10. It was assumed that the Malays would all grab at these opportunities. Initially they did. The early scholarship students studied very hard and qualified themselves especially for employment in the Government. But today the attitude has changed. Getting scholarships and places in the universities at home and abroad are considered a matter of right and are not valued anymore. Indeed those who get these educational opportunities for some unknown reason seem to dislike the very people who created these opportunities. Worse still they don`t seem to appreciate the opportunities that they got. They become more interested in other things, politics in particular, to the detriment of their studies. 11. In business, the vast majority regarded the opportunities given them as something to be exploited for the quickest return. Very early on they had sold off their opportunities in order to become sleeping partners in an arrangement cynically known as "Ali Baba", in which Ali merely obtains the licences, permits, shares or contracts and immediately sell these off to non-Malays, mainly Chinese. They learn nothing about business and become even less capable at doing businesses and earning an income from their activities. They become mere sleeping partners and at times not even that. Having sold they no longer have anything to do with the business. They would go to the Government for more licences, permits, shares, etc. 12. Admittedly a few of them were serious and some of them succeeded. But the majority contributed nothing to the NEP target. The NEP quota of 30 percent would have been achieved long ago had all the shares, licences, contracts, etc been used by the Malays fully. 13. Why has this thing happened? The answer lies in the culture of the Malays. They are laid back and prone to take the easy way out. And the easy way out is to sell off whatever they get and ask for more. This is their culture. Working hard, taking risk and being patient is not a part of their culture. 14. It should be remembered that in the past the Malays were not prepared to take up the jobs created by the colonial powers in their effort to exploit the country. Because the Malays were not prepared to work in rubber estates and the mines, the Indians and Chinese were brought in. At one time the migrants outnumbered the Malays. Had they continued to outnumber the Malays, independent Malaya would be like independent Singapore. But the Malays have apparently learnt nothing from the near loss of their country in the past. Today they are still unwilling to work and foreign workers are again flooding the country. And because they are not equipping themselves with the necessary education and skills they have continued to depend on others. 15. Their political dominance will protect them for a time. But that dominance is fading very fast as they quarrel among themselves and break up into small ineffective groups. Their numerical superiority means less today than at the time of independence. But they are not quite conscious or they choose to ignore this fact. Their "tidak apa" attitude lulls them into a feeling of security that is not justified. 16. The Malays together with the other Bumiputeras make up 60 percent of the country`s population. But in terms of their political clout it is now much less than 60 percent. They are now more dependent on non-Malay support, both the Government party and the oppositon. 17. Economically of course they have less than half the 30 percent share that has been allocated to them. If we discount the non-Malay contribution to the nation`s economy, Malaysia would be not much better than some of the African developing countries. 18. To succeed the Malays must change their culture. They must look towards work as a reward in itself. They must regard what they achieve through work as the true reward. There should be some financial reward but this must not outweigh the satisfaction obtained from the result of their work. They must have proper work ethics which involve taking pride in the result of their work rather than the monetary reward alone. 19. The races which take pride in their work and its results are the most successful people. The idea of quality is not commonly understood by Malays. The result is shoddy work. There is no pride. And without this, without the desire to continuously improve the results, there will be no progress. 20. Changing culture is far more difficult than changing the policies of Government. It is easy enough to propose affirmative action but it is not easy to implement it. The recipients must have the right attitude if the results are going to be obtained. 21. Once it was realised that creating opportunities was not enough, attention shifted to changing attitudes. Courses and lectures were given on values and culture. It was necessary to point out the dangers faced by the Malays. They are still not out of the woods yet. Today they can lean on the crutches of Malay privileges to protect them. But crutches invariably weaken the users. To be strong and to be able to fend for themselves the crutches must be discarded. 22. Unfortunately their view is that their crutches are symbols of their superior status in the country. The sad thing is that they are not even using the crutches properly. As a result they gain nothing or very little from the availability of these aids. 23. Dependent as they are on these crutches they will remain weak. Yet they have the capacity to acquire the necessary strength so as to throw away the crutches. All that is needed is to change their wrong perceptions and to change their culture. If they do this, in stages perhaps, then they would be able to straighten up and to stand tall like the others. 24. So what is the New Malay Dilemma? Their old dilemma was whether they should distort the picture a little in order to help themselves. The new dilemma is whether they should or should not do away with the crutches that they have gotten used to, which in fact they have become proud of. 25. There is a minority of Malays who are confident enough to think of doing away with the crutches, albeit gradually. But they are a very small minority. Their numbers are not going to increase any time soon. They are generally regarded as traitors to the Malay race. 26. Perhaps because I am trained as a doctor of medicine I look at crutches differently. There was a time when doctors expected crutches to be used for life. But today doctors get their patients on their feet as soon as possible. Physiotherapy has been developed into a science with the aim of rehabilitating the incapacitated. Prosthesis have been perfected so that even those without legs can walk normally and those without hands can handle things like their fortunate colleagues. 27. We see today people born without hands actually painting and writing with their feet. And the results they achieve are as good as those of well-endowed people. Necessity and sheer grit enable them to do this. It is clearly possible to minimise dependency on aid and to achieve normalcy almost. 28. Among Malays the sense of pity is very strong. They would not want a handicapped person to overcome his handicap. They would rather openly and loudly sympathise with him. "Kasihan" is the word they utter frequently. And they would help the handicapped by doing things for them. They would not want to get the handicap to overcome his disability himself. Certainly they do not think that the handicap should earn his way in life by acquiring some marketable skills. Pitying the handicaps, they want them to remain dependent. 29. There will be a host of protest over this generalisation about Malay attitude. We read almost every day about blind Malay people and other handicapped Malays graduating with university degrees or driving cars or doing all kinds of work. This does not prove that the generalisation that I make is wrong. These are exceptions. They only prove that if the right attitude or culture is adopted, even the handicapped can succeed. 30. I have seen the effect of being over sympathetic towards the handicapped, including old people. They become even more handicapped, even more dependent. They seem to wallow in this pity for them. And they will never be able to overcome their handicaps. Charity is fine. We should all be charitable. But we should help with our charity to make the handicapped less dependent on charity and pity. 31. This is not the attitude of the Malays. They like to express pity, often in front of the subject. It undermines the spirit and prevents the development of a positive attitude and attempt to recover. 32. Given a positive attitude and strong determination all handicap persons can achieve a degree of improvement and become as nearly normal as possible. 33. The dilemma faced by those few who want to build a strong, resilient and independent Malay race without crutches is that they are most likely to end up becoming unpopular and losing the ability to influence the changes in the culture and the value system which is necessary. It seems that they should not try and yet they know that without the cultural changes the Malays are going to fail. 34. But this is not the only dilemma faced by the Malays now. The emergence of the Islamic Party has resulted in the struggle to build the resilience of the Malays being deflected by the so-called religious imperatives invented by political Islam. 35. The Malays are deeply religious but they are not knowledgable enough about Islam to distinguish between what is Islamic and what is not. Religious piety is highly valued by the Malays but they equate piety with outward appearance and not the true teachings of the Al- Quran and the true tradition or Hadith of the Prophet. This simple perception of their religion open opportunities for the unscrupulous to exploit religion for their own purpose. 36. Religion is not a matter of common sense. It is a matter of belief, of faith. Trying to argue on the basis of common sense or logic is not going to get one anywhere. 37. But if it is the true teachings of religion it does not matter if it is logical or not. Islam for example teaches only good things, good values which can ensure Muslims become good people and their society is stable, well-governed and prosperous. The fundamentals of Islam can help build a successful and healthy civilisation. This was what happened to the ignorant Arabs who embraced Islam 1400 years ago. This wild, unprincipled feuding Arab tribes united and developed a Muslim civilisation which lasted 1300 years. It collapsed only after the Muslims deviated from the true teachings and returned to their pre-Islamic ignorant Jahilliah ways. 38. In Malaysia today we are seeing the abuse of the teachings of Islam. Using Islam as its name and shamelessly misinterpreting it, the politicians of the so-called Islamic Party have cashed in on the deep faith of the Malay Muslims to trap them and close their minds to anything else other than what they have been taught by these politicians. 39. For example it is normal for people to be grateful for what they get. In Malaysia the development brought about by the Malay dominated Government must surely earn the thanks and therefore the support of the Malays. 40. Seeing this the religiously trained teachers in the Islamic Party actually taught their captive followers including children in the kindergarten not to be thankful to the people who gave them anything. They are taught that in Islam there is no need to thank the Government which helps them. They are taught that this is the duty of Government and any Government would do this. They have only to be thankful to Allah and not to the Government for the bounties that they get. 41. This is totally against the teachings of Islam but such is the faith in these political Islamic leaders and their interpretations of Islam that the recipients of Government help will actually curse and condemn the very Government which had been generous to them. 42. On the other hand, any obvious misdeeds by these so-called Muslim politician is justified or forgiven or overlooked. Thus their leaders can commit khalwat, or surreptitiously marry outside the country, or curse and swear or claim that Allah also curses and swear, even expose themselves to women, or break up the Malay Muslim community by having separate prayers, threatening to divorce their wives should their wives reject their unprincipled behavior or support other parties, rejecting imams on political grounds through boycotts of any villager who does not support them, but still their leaders will be considered as good Muslims whom they must follow. 43. Democracy is mainly about the people choosing the Governments to rule the country. It is assumed that the people will choose the good people, the right people who can form a good Government, delivering to the people both their material and spiritual needs, developing the country and defending the country against foreign hegemony. But sometimes the majority of the people may not be able to choose wisely because they have been completely brainwashed. 44. In Malaysia many of the Malays have had their minds controlled through the abuse of religious teachings. Today in Malaysia many Malays, not really understanding Islam, have been mislead by the seemingly pious turban and Arabic dress of the Islamic Party leaders. They fanatically follow the dictates of this party even when this leads to the country becoming misgoverned, to practices and values against the teachings of Islam. It is not far-fetched to say that for many Malays their Malay and Islamic values have been destroyed. Such is the deviation from Malay and Islamic culture that many Malays are willing to vote and support a Party which advocates and practises violence, which curse and swear and lead by immoral leaders. The end result of the deviation must be the election of a bad Government and the stoppage of the efforts to ensure that the Malays remain politically empowered and economically as advanced as the other races. 45. Malaysia is committed to Democracy. We are not liberal democrats but we certainly uphold the most important element of democracy, the right to elect our Governments through voting into power the party we think will best serve us. But because of what I have mentioned regarding the brainwashing by the so-called Islamic Party, there is every danger of the wrong party being elected and forming the Government. We have seen this happening in many countries where populist parties which promise all kinds of impossible things have been elected by a gullible electorate. It is possible for this to happen to Malaysia. It is entirely possible for all the prosperity, the stability and the racial harmony to be destroyed. 46. The dilemma that the Malays and the peoples of Malaysia face is whether we should in the name of democracy, allow the country to be destroyed or we ensure that people are not subjected to manipulations to the point where they will use democracy to destroy democracy. 47. It has to be remembered that most democratic countries are mindful of this possibility. Many so- called liberal democracies do not allow Communists and fascists to participate in their elections. They do this because they believe that if these parties win a democratic election they will put an end to democracy. 48. Can we take a leaf from their book and risk condemnation for not being democratic? 49. That is the second dilemma facing the country and in particular the Malays. The danger for the Malays is that their development and empowerment would be so retarded that they will never be able to gain their rightful place in their own country. They will be impoverished economically and also politically. Their empowerment at this point in time will wither away. And they will be the deprived in their own country. 50. You have asked me to talk about the New Malay Dilemma. As you can see I have identified not one but two new Malay Dilemmas. I leave it to you to digest this view and I hope by diagnosing the diseases we can help to prescribe the remedies. I wish you all the best. |
[Baca]







