Arkib: February 2010
Hikmah menyusukan bayi
Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEENKEHAMILAN merupakan antara tempoh paling sensitif dan kritikal bagi golongan wanita terutama yang bakal melahirkan anak pertama.
Ketika ini wanita hamil dihantui pelbagai perasaan tidak yakin, bimbang dan ragu-ragu tentang keselamatan bayi dalam kandungannya.
Soalan-soalan seperti “Adakah tubuh saya terlalu kecil untuk menampung anak” atau “adakah tubuh saya mampu membekalkan nutrien mencukupi untuk bayi”, adalah antara yang mengusik naluri bakal ibu.
Ia menjadi masalah apabila persoalan tersebut mendorong mereka mencuba segala jenis makanan tambahan, susu formula, vitamin dan jamu di samping pelbagai ramuan tradisional sama ada ubat-ubatan herba mahupun jamu.
Ketua Perunding Unit Uroginekologi, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Seri Suniza Sufian berkata, lebih mengelirukan apabila mereka terpaksa mematuhi pula berbagai-bagai pantang larang setelah selamat melahirkan anak.
“Salah satu contoh, wanita selepas bersalin sepatutnya minum banyak air untuk menggantikan cecair yang hilang dalam badan.
“Tetapi sesetengah masyarakat Melayu percaya, selepas melahirkan anak wanita tidak boleh minum air kerana takut ‘kembang’ atau vagina tidak segar dan longgar,’’ katanya.
Dr. Seri Suniza menjelaskan juga bahawa pengambilan makanan tambahan, suplemen dan jamu tidak semestinya bagus untuk kesan jangka panjang bagi ibu mahupun bayi yang dikandungnya.
Menurutnya, ibu hamil hanya perlu tambahan 10 peratus daripada zat nutrien diperlukan manakala ibu yang mengamalkan diet normal (seimbang) pula tidak perlu mengambil suplemen atau makanan tambahan setiap hari.
Ini kerana, suplemen banyak mengandungi multi-vitamin yang boleh menambahkan lagi berat badan.
Yang penting, kata beliau lagi, adalah menambahkan zat besi atau ferum dalam diet seharian agar tubuh badan sentiasa segar dan sihat sepanjang kehamilan.
Salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan tubuh dan mengembalikan bentuk badan asal selepas bersalin serta turut diamalkan oleh pelakon Hollywood terkenal, Catherine Zeta Jones, adalah menyusukan bayi.
“Mengikut kajian, ibu yang menyusu sekurang-kurangnya enam bulan pertama selepas kelahiran akan lebih langsing berbanding ibu-ibu yang tidak memberi susu badan kepada bayi mereka.
“Namun jika ibu menyusu itu masih kekal dengan berat badan sewaktu hamil adalah disebabkan mengambil suplemen berlebihan kerana ibu terlalu bimbang dan kurang yakin lalu makan lebih daripada sepatutnya,’’ ujarnya lagi.
Dr. Seri Suniza memberitahu, manfaat penyusuan di kalangan ibu tidak terbatas lebih-lebih lagi dalam membantu mengurangkan risiko pendarahan selepas bersalin yang merupakan penyebab kematian materniti utama di dunia.
Jelas beliau, ia mengurangkan risiko anemia yang disebabkan oleh kehilangan darah selepas tempoh dua jam pertama bersalin.
Di samping itu, proses penyusuan juga terbukti 98 hingga 99 peratus berkesan mencegah kehamilan pada tempoh enam bulan pertama selepas kehamilan jika ibu menyusukan bayi secara eksklusif sepanjang tempoh itu.
Ia juga dapat mengurangkan risiko kanser payu dara, ovari dan endometrial yang dipengaruhi ketidakstabilan hormon estrogen serta mengawal kolesterol.
Justeru, golongan ibu seharusnya tidak berhenti menyusu sewaktu awal usia bayi kerana banyak manfaatnya kepada kedua-dua mereka.
Bagi ibu bekerja pula, alasan sibuk kini tidak lagi relevan kerana terdapat banyak kemudahan dan kelonggaran khusus untuk mereka demi menggalakkan amalan menyusu.
Lebih-lebih lagi pemakanan yang diterima oleh bayi pada enam bulan pertama akan mempengaruhi kesihatannya sepanjang hayat. Ibu merupakan sumber khasiat bayi yang utama, oleh itu adalah penting untuk ibu meneruskan diet yang tinggi nutrien melalui pemakanan secara sihat.
[Baca]
Wanita yang patut dijauhi oleh lelaki
Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi.1. Wanita kategori liar.
Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.
Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.
2. Wanita si Bom jangka.
Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.
Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.
Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.
3. Wanita si Gula-gula
Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.
Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.
Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.
4. Wanita si Bintang
Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.
5. Wanita si Penggapai.
Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.
Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.
Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.
Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.
6. Wanita yang Tercedera.
Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.
Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.
Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.
Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.
[Baca]
Romantic Phrases That Make Men Fall Deeper In Love
Romantic communication is just one of the proven communication tools you can use to make your man fall madly in love and fulfill your heart's romantic desires. There is a lot of love-creating power in the romantic words that come out of your mouth. This article will reveals 70 romantic phrases you can start using today to make your man fall madly in love. You may not say these things phrased exactly the way I have written them, but if you want your man to be addicted to your love, you must speak to him with words that will melt the walls he has build around his heart.Feel free to use any of the romantic phrases that best suit your communication style.
1. All I care about is being with you forever.
2. All the gold and diamond in the world are not enough to buy the love I have for you.
3. God created you for just for me.
4. I am addicted to your love.
5. I am crazy about you.
6. I cannot live without you.
7. I cannot stop thinking about you.
8. I did not mean to hurt your feelings.
9. I do not want to wake up from this wonderful dream with you.
10. I feel safe when I am with you.
11. I get lost in ecstasy when you make love to me.
12. I have finally discovered true love - you.
13. I love talking to you.
14. I love the way you make love to me.
15. I miss your hugs and kisses when we are apart.
16. I thank God for the day he brought you into my life.
17. I want to spend forever with you.
18. I will give anything to be with you.
19. I will give you my heart, my body, and my soul.
20. I will go with you to the ends of the world as long as you keep loving me.
21. I will rather be broke than trade your love for a million dollars.
22. I will travel a thousand miles to be with you.
23. I wish God had brought you to me sooner.
24. If anything happens to you, I will go crazy.
25. If I could I would make love to you a thousand times.
26. If I had to live life over again, I would live it with you.
27. If loving you is a sin, then let me be guilty.
28. If our love is blind, then I never want it to see the light of day.
29. Life without you will be like going to sleep and never having sweet dreams.
30. Loving you feels like heaven. Visit Us @ www.MumbaiHangOut.Org Visit Us @ www.MumbaiHangOut.Org
31. Loving you has made life even sweeter.
32. Loving you has made my life so full of joy and happiness.
33. My heart cries when we are apart.
34. You are my love, my heart, and my life.
35. No man has loved me the way you love me.
36. Nothing will ever stop me from loving you.
37. Ooh sweetie, you are so good to me.
38. Your warm hugs and your tender kisses are more precious than gold.
39. Talking to you is like sipping the most delicious wine - I want it to last forever.
40. The times we spend together are like precious gems that money cannot buy.
41. Time stops when you hold me in your arms.
42. When I am with you, my troubles seem to melt away.
43. When I look at you I see a man that I find irresistible.
44. Words are not enough to express how much I love you.
45. You are my prince.
46. You are my soul mate.
47. You are the most important person in my life.
48. You are the music that makes my heart sing.
49. You are the only man I ever want in my life.
50. You are the other half that makes me feel whole.
51. You are the perfect man for me.
52. You are the sweetest man I know.
53. You bring nothing but love, peace, joy, and happiness to my soul.
54. You bring so much joy and happiness to my life.
55. You love me gently.
56. You make me feel like a woman.
57. You make me feel so good I want to kiss you from your head to your toe.
58. You make me want you more each day.
59. You treat me like a princess and I love you with all my heart.
60. Your are the kindest man I know.
61. Your caring words touch the deepest part of me.
62. Your hugs and kisses melt my heart like chocolate ice cream on a warm summer day.
63. Your kisses are like warm chocolate on a cold winter night.
64. Your kisses are so good I feel tingles all over.
65. Your love is like a solid rock that will never break.
66. Your love is so good I can't get away even if I wanted to.
67. Your love warms my heart like the glow of a candle light in a midsummer night's dream.
68. Your loving whispers in a moon-lit night are like soothing wine, they put me in the mood.
69. Your smile is so comforting it makes my tears go away.
70. Your gentle touch sends chills up and down my spine.
[Baca]
INDUSTRI PAJAK GADAI ISLAM BERDAYA MAJU
INDUSTRI PAJAK GADAI ISLAM BERDAYA MAJUUTUSAN MALAYSIA
SELASA 13 NOVEMBER 2001
KUALA LUMPUR 12 NOVEMBER – Industri pajak gadai Islam, Ar-Rahnu, berdaya maju dan mempunyai prospek ekonomi yang cerah kerana ia beroperasi pada kos dan risiko yang rendah.
Menurut Bendahari Yayasan Islam Perlis, Mat Nazri Harmine, institusi ini juga merupakan satu sistem yang mampu membantu golongan yang memerlukan wang dalam masa yang singkat. Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Pengalaman Yayasan Islam Perlis dalam mengawal selia pajak gadai Islam’ di seminar dua hari kefahaman mengenai konsep dan aplikasi sistem Ar-Rahnu yang bermula di sini, hari ini. Bagaimanapun, Mat Nazri tidak menolak skim Ar-Rahnu juga terdedah kepada penipuan oleh pihak tertentu ke atas barangan kemas yang digadaikan.
Beliau menambah, terdapat pembuat barangan kemas yang memanipulasikan kandungan emas di dalamnya dengan mencampurkan logam lain untuk menjadikan barang kemas lebih berat. Sementara itu, Penolong Pusat Ekonomi Kajian Sosial dan Teknologi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Nik Mustapha Nik Hassan berkata, industri pajak gadai Islam mampu membasmi kemiskinan dalam masyarakat melalui penyediaan pembiayaan kecil kepada peniaga-peniaga kecil. Katanya, satu kajian yang dijalankan di kawasan Asia Pasifik mendapati 95 peratus daripada 180 juta masyarakat miskin di rantau itu mempunyai peluang terhad kepada perkhidmatan institusi kewangan.
Peluang itu bermaksud kemampuan institusi ‘menyediakan pembiayaan kecil yang boleh membantu golongan daif ekonomi berdikari dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara, kata Nik Mustapha. Beliau yang membentang kertas kerja bertajuk ‘Peranan Ar-Rahnu dalam pembangunan perniagaan kecil Islam’, berkata golongan peniaga kecil perlu diberi perhatian bagi memantapkan sektor perniagaan di kalangan umat Islam. Nik Mustapha menolak tanggapan hanya perniagaan besar sahaja yang penting dalam pembangunan sektor perniagaan negara. Beliau menambah, kajian itu juga mendapati masyarakat Islam cenderung menggunakan pembiayaan Ar-Rahnu kerana ia tidak berasaskan riba. Selain itu, tambah beliau,skim tersebut lebih adil dan lebih bertolak ansur jika peminjamnya gagal membayar balik pinjaman mereka manakala prosedurnya pula telus dan mudah.
PAJAK GADAI-i AR-RAHNU
Skim ini menyediakan sumber kewangan segera untuk membantu individu-individu menangani kehendak aliran tunai.
Konsep
Al-Wadiah and Qardhul Hassan
Kelayakan
• Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
Jumlah Pembiayaan
• Pembiayaan sehingga 65% nilai emas
• Maksimum RM5,000.00 sehari sehingga jumlah gadaian terkumpul RM25,000.00
Tempoh Bayaran Balik
• Maksimum 6 bulan dengan tempoh lanjutan yang tidak melebihi 4 bulan.
Gadaian Diterima
Hanya gadaian emas yang memenuhi syarat ketulenan tertentu.
Yuran
Yuran minimum dikenakan untuk simpanan barang kemas.
Jenis Skim Jumlah Pinjaman Kadar upah simpan bagi setiap RM100.00 atas nilai marhum sebulan
Ar-Rahnu Sehingga RM1,000.00
RM1,001.00 - RM5,000,00 RM0.65
RM0.75
Az-Zahab RM5,001.00 - RM50,000.00 RM0.75
http://www.bankrakyat.com.my/arrahnu
PAJAK GADAI-i AZ ZAHAB
Skim lanjutan kepada Ar-Rahnu, Az-Zahab juga menawarkan kewanagan segera. Kemudahan ini menawarkan pembiayaan lebih tinggi dan tempoh bayaran balik lebih lama daripada Skim Pajak Gadai-i Ar-Rahnu.
Konsep
Al-Wadiah and Qardhul Hassan
Kelayakan
• Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
Jumlah Pembiayaan
• Pembiayaan maksimum sehingga 65% nilai emas
• Minimum RM5001.00 sehari sehingga jumlah gadaian terkumpul RM50,000.00
Tempoh Bayaran Balik
• 3 tahun melalui ansuran
Gadaian Diterima
Barangan emas dengan ketulenan minimum 18K
Yuran
Yuran minimum dikenakan untuk simpanan selamat barang kemas
Jenis Skim Jumlah Pinjaman Kadar upah simpan bagi setiap RM100.00 atas nilai marhum sebulan
Ar-Rahnu Sehingga RM1,000.00
RM1,001.00 - RM5,000,00 RM0.65
RM0.75
Az-Zahab RM5,001.00 - RM50,000.00 RM0.75
http://www.bankrakyat.com.my/azzahab
Penebusan
Penebusan gadaian boleh dibuat secara ansuran atau sekaligus atau pada bila-bila masa sebelum atau pada tarikh matang. Penggadai mempunyai pilihan untuk menebus balik gadaian sama ada membayar secara ansuran atau membayar sekaligus (penuh).
POSTED BY NZF AT 11:40 AM
Pembayaran penuh
Penebusan sekaligus iaitu pembayaran penuh pinjaman termasuk upah simpan yang boleh dibayar pada bila-bila masa dalam tempoh matang atau dalam tempoh lanjutan yang diberikan.
POSTED BY NZF AT 11:37 AM
Pembayaran Ansuran
Penebusan untuk gadaian boleh dilakukan secara pembayaran ansuran mengikut kemampuan penggadai untuk menjelaskan jumlah pinjaman yang diberikan. Kekerapan untuk membayar ansuran pula terpulang kepada penggadai dan boleh dibayar pada bila-bila masa sepajang tempoh matang (6 bulan). Pembayaran ansuran dalam tempoh lanjutan yang diberikan adalah tidak digalakkan (dalam tempoh ini adalah dinasihatkan untuk menukar surat gadaian baru). Kemudahan pembayaran ansuran ini adalah bertujuan membantu golongan yang tidak mampu menyelesaikan pembayaran penuh untuk tebus barang gadaian. Dengan secara tidak langsung ini dapat meringankan beban penggadai untuk menyelesaikan pinjaman atau sekiranya menghadapi masalah kewangan untuk tebus barang gadaian.
POSTED BY NZF AT 11:20 AM
Tempoh Gadaian
• Tempoh gadaian asas selama 6 bulan (Tempoh matang).
• Tempoh lanjutan pertama selama 2 bulan.
• Tempoh lanjutan kedua selama 2 bulan.
POSTED BY NZF AT 1:23 PM
Nilai Pembiayaan
Ar Rahnu YaPEIM membolehkan anda memperolehi wang tunai sehingga 65% daripada nilai emas (marhun). Jumlah pembiayaan maksimum sehingga RM25,000 seorang dengan RM10,000 satu transaksi.
POSTED BY NZF AT 3:37 PM
Pengenalan Ar Rahnu
Skim Ar Rahnu merupakan Skim Pajak Gadai Islam yang mengabungkan konsep-konsep syariah Ar Rahnu, Al Wadiah Yad Dhamanah dan Al Qard.
• Ar Rahnu adalah mekanisme di mana satu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan pinjaman secara bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya pinjaman tersebut tidak dapat dijelaskan.
• Al Wadiah Yad Dhamanah adalah merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.
• Al Qard adalah merujuk kepada pinjaman yang diberikan mengikut peratusan tertentu daripada nilai marhun dan upah simpan dikenakan tidak berasaskan jumlah pinjaman yang dikeluarkan.
POSTED BY NZF AT 2:22 PM
Kelebihan Ar Rahnu YaPEIM
• Pembiayaan berlandaskan Syariah
• Cepat dan Murah
• Barang Gadaian dijamin keselamatannya
• Upah simpan yang rendah
• Kadar upah tetap (tidak berubah) sehingga penebusan.
• Tempoh gadaian lebih lama.
• Tiada caj pemprosesan.
• Lebihan hasil lelongan dikembalikan kepada penggadai.
http://arrahnu-yapeim.blogspot.com/
Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu:Konsep Dan Perlaksanaannya
Latar Belakang
DI BAWAH Seksyen 46, Akta 81–Akta Pemegang Pajak Gadai 1972,
ianya menyebut bahawa organisasi berikut adakah dikecualikan
daripada peruntukan Akta ini, iaitu :
• Sebuah bank yang diberi lesen untuk menjalankan perniagaan bank di
Persekutuan;
• Bank Pertanian Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Pertanian
• Malaysia 1969; dan
• Sebuah syarikat kerjasama yang didaftarkan di bawah mana-mana
undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Persekutuan berhubung dengan syarikat kerjasama.
Sehubungan dengan Akta di atas maka wujudlah satu peluang baru yang selaras dengan tuntutan Islam yang mana ianya dinamakan Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu. Skim ini juga merupakan rentetan dari perlaksanaan Syariah dalam sistem perbankan pada awal 1983.
Ianya telah dilaksanakan buat pertama kalinya oleh Majlis Agama Islam Terengganu pada 23 Januari 1993 dengan dikenali sebagai Muassasah Gadaian Islam Terengganu.
Perlaksanaannya yang memenuhi kehendak Syariah Islam telah menarik minat Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan (PKNK). Melalui anak syarikatnya iaitu Permodalan Kelantan Berhad (PKB) ia telah mewujudkan ‘Kedai Ar-Rahn’ yang mula beroperasi pada Mac 1992.
Dari segi perlaksanaan yang lebih meluas, Bank Kerjasama Rakyat dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) telah memperkenalkan skim ini kepada masyarakat umum. Perlaksanaannya mendapat kerja-sama sepenuhnya dari Bank Negara Malaysia yang turut bertindak sebagai badan kawal selia kerajaan.
Sambutan yang baik dan meng-galakkan daripada pelbagai golongan telah memberi peluang kepada YPEIM untuk menjadi pelopor yang berdaya saing. Fasa seterusnya dijalankan dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Bank Pertanian Malaysia (BPM). Sungguhpun begitu, perlaksanaan skim ini di semua institusi kewangan adalah sama kerana hukum Syariah dijadikan landasan dan panduan.
Memandangkan skim ini berdaya maju dan memenuhi kehendak dan hukum Syariah, beberapa badan pergerakan koperasi dan kerajaan negeri telah mula menceburkan diri ke dalam bidang ini. Kerajaan Perlis, sebagai contoh, telah menubuhkan Pajak Gadai Islam pada Januari 1997.
Antara badan pergerakan koperasi yang terawal dalam perlaksanaan skim ini ialah Koperasi Pengguna Pahang Berhad, Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Perak Berhad dan Koperasi Kakitangan Kerajaan Dan Badan-Badan Berkanun Terengganu (KOKANUN).
Sebagai contoh, KOKANUN telah mewujudkan Muassasah Gadaian Islam (Ar-Rahnu) KOKANUN atau 2001. Ianya telah mula beroperasi pada tarikh yang sama setelah mendapat mandat daripada anggota-anggotanya dalam Mesyuarat Agung Tahunan KOKANUN Kali Ke-31 pada 17 Jun 2000.
Namun begitu, secara praktikal-nya, menurut perangkaan oleh Bank Negara Malaysia, nilai pajak gadai Islam hanya merangkumi 15 peratus dari pasaran pajak gadai sedia ada, manakala nilai pinjaman yang ditawarkan hanyalah RM275 juta berbanding dengan jumlah nilai pinjaman sedia ada iaitu RM1.5 bilion.
Pengenalan
Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ditubuhkan atas dasar Fardhu Kifayah dan bukan atas dasar keuntungan semata-mata oleh pelaksanaannya. Antara tujuan utamanya ialah untuk menghapuskan riba atau hasil bunga (faedah) dan gharar yang dikenakan oleh pengusaha kedai pajak gadai secara konvensional. Walaupun menurut Akta Pajak Gadai 1972, had maksimum caj faedah bulanan adalah sebanyak 2.5 peratus, namun secara realitinya, jumlah yang dikenakan ialah sekitar tiga hingga empat peratus sebulan.
Skim ini memberikan kemudahan alternatif kepada kemudahan pin-jaman yang sedia ada di samping memberi pilihan kepada peminjam untuk menuruti kehendak dan hukum Syariah.
Skim ini beroperasi dengan memberi pinjaman ihsan sementara kepada yang memerlukan, dengan cagaran atau barang sandaran yang di-namakan ‘marhun’. Di dalam konsep ini, sesuatu barang yang berharga dijadikan sebagai cagaran yang terikat dengan hutang. Secara ringkasnya, sekiranya hutang tersebut tidak dijelaskan, maka ‘marhun’ itu tadi boleh digunakan untuk menjelaskan baki hutang tersebut.
Tujuan ‘marhun’ ini ialah untuk meyakinkan tuan punya hutang/pemiutang bahawa risiko pembayaran semula hutang tadi dapat dikurangkan. Sementara di pihak penghutang, mereka ini tidak perlu menanggung beban pembayaran semula yang tinggi, sebaliknya jalan penyelesaian terbaik telahpun dipersetujui.
Bagi hutang tadi pula, skim ini melaksanakan prinsip Al-Qardhul Hasan (bantuan ihsan), iaitu pinjaman tanpa faedah yang lebih bersifat kepada sikap tolong menolong dan bantu membantu sesama Islam.
Sementara prinsip Al-Wadiah pula ialah akad di antara tuan punya barang dengan pihak yang menyimpan barang gadaian tersebut.
Atas dasar Al-Wadiah inilah, skim ini akan mengenakan bayaran upah simpan selamat (safe custody fee) ke atas barang gadaian tadi.
Secara ringkasnya, skim ini tidak akan mengenakan faedah kepada pinjaman tetapi hanya mengambil upah untuk menyimpan dengan selamat ke atas barang gadaian.
Menurut perspektif Islam, skim ini memenuhi ciri-ciri berikut:
• Bebas dari unsur-unsur riba, selari dengan kehendak dan hukum Islam.
• Ianya berkonsepkan fardhu kifayah; iaitu membantu sesama umat yang memerlukan pertolongan.
• Meletakkan tanggungjawab sosial ke atas peminjam dan pemberi
pinjaman yang mana ianya hanya menggunakan konsep upah perniagaan yang dibenarkan oleh Syarak.
• Paduan yang syumul antara sifat-sifat komersil dan amal jariah; adil dan tidak membebankan peminjam.
• Meningkatkan sikap amanah kepada pengusaha; menyimpan
barang gadaian tersebut dengan baik.
• Transaksi perniagaan yang lebih telus; bersandarkan kepada harga
semasa barang gadaian (kebiasaannya barang gadaian ialah emas).
Sementara dari perspektif pergerakan badan koperasi pula, Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ini memenuhi ciri-ciri berikut :
• Mempelbagaikan aktiviti perniagaan, yang mana ianya boleh
mendatangkan pulangan yang baik ke atas pelaburan yang dibuat oleh koperasi.
• Mengurangkan risiko hutang tidak berbayar (NPL) kerana semua hutang yang diberikan adalah terjamin.
• Memecahkan monopoli pajak gadai konvensional yang biasanya
membebankan para penggadai yang memerlukan wang.
• Memberi pilihan pinjaman yang bebas riba’ kepada semua anggota
koperasi khasnya dan umat Islam, amnya.
• Membantu mereka yang terdesak atau memerlukan dengan memberikan pinjaman yang lebih mudah urusan transaksinya.
• Meningkatkan keperibadian yang baik kepada pengusahanya; dari segi sifat amanah, jujur, telus, kemahiran dalam keilmuan dan pengurusan dan sebagainya.
Konsep, Rukun Dan Ciri-Ciri Perlaksanaan
Konsep:
Berlandas dan berpandukan kepada hukum Syariah iaitu :
• Ar-Rahnu: mekanisma di mana sesuatu barang yang berharga dijadikan sandaran ke atas hutang. Tidak ada unsur riba’ ke atas pinjaman tetapi hanya upah menjaga barang cagaran sahaja dikenakan.
• Al-Qardhul Hasan: pinjaman ihsan yang diberikan adalah bebas dari
unsur riba’atau faedah.
• Al-Wadiah: akad untuk menjaga keselamatan barang yang dicagar.
Rukun:
Rukun Ar-Rahnu terbahagi kepada:
• Penggadai: orang yang menggadai/orang yang berhutang.
• Penerima Gadaian: pemegang gadaian/pemberi pinjaman.
• Barang Gadaian : barang yang berharga yang terletak di bawah
simpanan penerima gadaian.
• Tanggungan Gadaian: jumlah yang terhutang.
• Sighah/Perjanjian: perjanjian berkaitan pinjaman yang diberikan atau hutang dan gadaian.
CIRI-CIRI PERLAKSANAAN (PENGURUSAN)
Di Peringkat Ahli Exco Lembaga Pengarah
Ianya akan dikendalikan oleh Ahli Exco Lembaga yang dilantik dari kalangan Anggota Lembaga Koperasi (ALK). Mereka yang dilantik ini akan menentukan hala tuju sebenar skim ini sebelum ianya dilaksanakan sepenuhnya. Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah:
• Jumlah modal kerja yang akan disumbangkan.
• Modus operandi skim ini; termasuk kumpulan sasaran.
• Penyediaan pusat/bilik operasi; termasuk dari segi perlaksanaan dan
pengurusan, keselamatan operasi, peralatan dan perkakasan yang
diperlukan, insurans ke atas pekerja dan barangan yang disimpan, laporan perjalanan dan kewangan operasi dan sebagainya.
• Kawal selia operasi.
• Lain-lain yang berkaitan.
Peringkat Pentadbiran
Urusan pentadbiran amat penting bagi memastikan operasi harian berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Secara ringksnya adalah seperti di bawah:
• Pengurus Operasi (Seorang)
Pengurus Operasi bertanggung-jawab dalam menilai perkem-bangan dan pembangunan skim ini. Beliau juga bertanggung-jawab dalam melaksanakan keputusan Ahli Exco Lembaga Pengarah, memastikan sistem pentadbiran operasi mengikut perancangan, memastikan urus-niaga berlaku secara telus dan tanpa penipuan. Secara amnya, tugas ini melibatkan satu tanggungjawab yang besar.
• Penilai (Seorang)
Penilai bertanggungjawab untuk menilai barang gadaian (ke-biasaannya emas) mengikut nilai semasa di pasaran, menentukan kesahihan barang gadaian, kecekapan dalam menggunakan peralatan dan perkakasan dan sebagainya. Secara amnya, penilai merupakan nadi utama dalam pelaksanaan operasi skim ini.
• Kerani Operasi (Dua Orang)
Ditempatkan di kaunter urus niaga bagi menguruskan proses gadaian dan juga penebusan harian. Mereka ini terletak sepenuhnya di bawah tanggung-jawab Pengurus Operasi yang mengawal selia semua urusan yang terbabit dengan kewangan dan barang gadaian.
CIRI-CIRI PERLAKSANAAN (OPERASI)
• Tujuan
Memberi pinjaman bersandarkan nilai semasa di pasaran ke atas cagaran (emas).
• Margin Pinjaman
50 peratus nilai semasa di pasaran ke atas cagaran.
• Kadar Upah Simpan
RM0.60 sebulan setiap RM100 nilai marhun (nilai marhun yang kurang daripada RM1000).RM0.70 sebulan setiap RM100 nilai marhun (nilai marhun yang lebih daripada RM1000).
* Bagi meningkatkan prestasi operasi, ianya banyak bergantung kepada ‘volume of sales’.
• Tempoh Pinjaman
Maksimum tempoh bayaran semula ialah enam bulan.
Tempoh peringatan pertama akan dilanjutkan kepada dua bulan.
Tempoh peringatan kedua/terakhir akan dilanjutkan kepada dua bulan lagi.
* (Tempoh pinjaman: enam bulan + dua bulan + dua bulan).
• Sekuriti/Cagaran
Emas Tulen (bergantung kepada keadaan fizikal dan jenisnya).
• Bayaran Balik
Sekali gus atau ansuran (bergantung pada budi-bicara pihak pengurusan).
• Kelulusan
Serta-merta atau semua urusan penggadaian atau penebusan selesai.
• Hasil Lelongan
Barang gadaian yang tidak ditebus selepas tamat tempoh pinjaman akan dilelong mengikut harga pasaran semasa. Hasil lelongan akan ditolak pinjaman yang tidak berbayar, upah simpan dan kos-kos lain yang terbabit. Bakinya akan dipulangkan kepada penggadai.
• Peralatan Ujikaji
Penggunaan batu hitam, kanta pembesar dan asid.
* Peralatan yang lebih sofistikated adalah dicadangkan namun ianyaterbatas dari segi prestasi operasi, harga/kos pembelian, penggunaan yang maksimum memerlukan seorang yang terlatih dan lain-lain faktor yang terlibat.
• Perkakasan Penimbangan
Electronic Balance dan Electronic Densimeter.
* Perkakasan yang lebih sofistikated adalah dicadangkan namun ianya terbatas dari segi prestasi operasi, harga/kos pembelian, penggunaan yang maksimum memerlukan seorang yang terlatih dan lain-lain faktor yang terlibat.
• Peralatan Dan Perkakasan Keselamatan
Pejabat operasi, peti besi (dua unit), kabinet kalis api (untuk menyimpan dokumen-dokumen) dan bilik kebal.
• Insurans
Merangkumi insurans pengurusan wang tunai,pemindahan wang tunai, perlindungan kebakaran, perlindungan kecurian dan sebagainya.
PERMASALAHAN, HAD ATAU BATASAN
1. Secara keseluruhannya, pentadbiran dan pengurusan perlaksanaan skim ini memerlukan hala tuju yang selari dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh hukum syarak khususnya dan undang-undang awam atau pihak berwajib, amnya. Ini kerana per-laksanaan skim gadaian memerlukan pemantauan yang meluas terutamanya dari segi kewangan yang mana ianya melibatkan barangan gadaian (emas) dan juga tunai.
2. Pemilihan aset atau barangan gadaian. Ini meliputi penyenaraian jenis aset yang boleh digadaikan. Apakah hanya terhad kepada emas? Bagaimana dengan aset lain yang mempunyai harga di pasaran? Contohnya tanah, rumah, sijil-sijil saham, sijil-sijil pelaburan?
3. Penilaian aset yang terdedah kepada kemeruapan, contohnya emas, yang mana ini akan menimbulkan sedikit masalah dari segi operasi sekiranya kakitangan yang ditugaskan tidak cukup kemahiran dan latihan. Kualiti emas, rupa bentuk dan sifat fizikalnya juga memainkan peranan dalam urusan penggadaian.
4. Adakah caj marhun yang dikenakan, jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman yang diberikan kepada penggadai adalah sama? Proses ini memerlukan pertimbangan yang adil dan sewajarnya dari pihak pengurusan terutamanya Pengurus Operasi.
Semua permasalahan, had dan batasan ini hendaklah dikaji, diteliti dan diperhalusi sebelum Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu dapat dilaksanakan dengan seadilnya; baik kepada pemberi pinjaman, penggadai, masyarakat dan mereka yang berkaitan.
Namun begitu, untuk renungan bersama, permasalahan, had dan batasan di atas hanyalah sebahagian dari rangka kerja dan rangka operasi skim ini. Ianya hanya panduan kecil sebelum perlaksanaan skim ini dipertimbangkan.
KESIMPULAN
Semoga dengan adanya Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ini, ia dapat memberi pilihan kepada masyarakat Islam, amnya dan anggota-anggota koperasi, khususnya dalam mengatasi masalah kewangan. Dengan ini, mereka yang memerlukan pinjaman segera tidak lagi terbelenggu dengan sistem pajak gadai sedia ada konvensional yang lebih bersifat menekan dan menindas. Selain dari itu, kemudahan ini selaras dengan dasar dan prinsip perjalanan sistem berkoperasi; tolong-menolong dan bantu-membantu antara satu sama lain.
UTUSAN MALAYSIA

AR-RAHNU PAJAK GADAI ISLAM PERTAMA DI DUNIA
AR-RAHNU PAJAK GADAI ISLAM PERTAMA DI DUNIAUTUSAN MALAYSIA
SELASA, 28 MAC 2006
Oleh: ZUNAIDAH ZAINON
KONSEP
SISTEM cagaran untuk mendapatkan wang telah berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w. apabila Baginda pernah membeli makanan daripada orang Yahudi dengan menggadaikan baju besinya, menurut satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Allah s.w.t. berfirman bermaksud: Jika kamu dalam perjalanan (dan bermuamalah tidak secara tunai) sedangkan kamu tidak memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada barang jaminan yang dipegang (oleh yang berpiutang). Akan tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. Dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah: 283)
Dalam Islam telah termaktub sistem yang sempurna dan praktikal untuk dilaksanakan oleh umatnya bagi mengelakkan berlakunya riba dan unsur-unsur gharar (penipuan). Bagaimanapun, sejak zaman pemerintahan British di negara ini, perniagaan pajak gadai banyak diusahakan masyarakat Cina. Ini telah menyebabkan berlakunya transaksi perniagaan yang bertentangan dengan hukum syarak.
Ketua Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof. Dr. Abdullah @ Alwi Hassan berkata, orang Melayu-Islam di negara ini memerlukan perkhidmatan mudah tunai dengan menggadai barang-barang tertentu untuk dijadikan modal pusingan dari semasa ke semasa.Kebiasaannya mereka menggunakan wang untuk membeli barang keperluan seperti beras dan bahan makanan.
“Apabila kesuntukan wang, mereka akan menggunakan barang kemas untuk membeli barang-barang lain atau ditebus balik. Tetapi persoalan yang timbul di sini ialah kadar bunga atau faedah yang dikenakan kepada penggadai. Malah, ada ketikanya barang tersebut akan lupus jika mereka gagal menebusnya kembali. Ini menunjukkan berlaku pengambilan terus secara tidak adil,” jelas beliau mengenai operasi pajak gadai konvensional. Pada 1990, bekas Gabenor Bank Negara, Allahyarham Tan Sri Jaafar Hussin berucap dalam sebuah forum di Pulau Pinang tentang betapa perlunya sebuah institusi kewangan Islam menerusi sistem perbankan memberi kemudahan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk memperoleh wang melalui cagaran.
Sebagai menyahut seruan itu, kerajaan Terengganu buat pertama kalinya telah melaksanakan Muassasah Gadaian Islam Terengganu pada 23 Januari 1992. Pajak gadai itu ditubuhkan di bawah Pejabat Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Terengganu. Penubuhan pajakan dan operasi itu termaktub di bawah peruntukan Seksyen 12 dan 14 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (Bil.2) 1986. Dari segi perundangan, operasi Muassasah Gadaian Islam Terengganu tertakluk di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Peraturannya berkuatkuasa pada 1 Jun 1992. Pelaksanaan Muassasah Gadaian Islam Terengganu yang memenuhi kehendak syariah Islam telah menarik minat Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan. Melalui anak syarikatnya, Permodalan Kelantan Berhad, ia telah mewujudkan Kedai Ar-Rahn yang memulakan operasi pada Mac 1992 dengan modal awal RM2 juta. Ia merupakan syarikat atau institusi gadaian Islam terawal di Malaysia.
KERAJAAN
Kerajaan pusat telah menyarankan dilaksanakan sistem pajak gadai Islam Ar-Rahnu di seluruh negara menjelang 1993.
Kalangan ahli fuqaha dan sarjana undang-undang Islam mentakrifkan gadaian sebagai barang yang disahkan sebagai cagaran hutang atau dengan kata lain menjadikan sesuatu harta yang mempunyai harga sebagai jaminan hutang. Ia akan dijadikan pembayaran hutang sekiranya hutang tidak mampu dijelaskan.
Semua barang yang boleh diperdagangkan boleh digadaikan dalam tanggungan orang berhutang. Ar-Rahnu dari sudut bahasa membawa maksud tetap (al-Dawam) dan penahanan (al-Habs). Dari segi pelaksanaan yang lebih meluas, Bank Kerjasama Rakyat dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) telah memperkenalkan skim pajak gadai Islam kepada masyarakat umum. Pelaksanaannya mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertindak sebagai badan kawal selia kerajaan.
“Sebagaimana institusi kewangan Islam yang lain seperti takaful dan Bank Islam, skim Ar-Rahnu bertujuan untuk mengelakkan umat Islam daripada terlibat dengan amalan riba dan ketidakadilan dalam sistem pajak gadai konvensional. Dari segi ekonomi, skim ini menjadi platform untuk mendapatkan modal segera dalam perniagaan barang-barang runcit,” ujar Abdullah mengenai objektif pelaksanaan skim Ar-Rahnu.
YPEIM menjadi pelabur utama dan penyelaras dana pelaburan dan Bank Rakyat bertindak sebagai pengurus pelaksanaan operasi skim tersebut. Projek itu dijalankan berdasarkan kepada konsep Mudarabah Khas (Muqayyadah). Skim yang bermula pada 21 Oktober 1993 itu melibatkan pelaburan berjumlah RM5 juta daripada YPEIM dengan pembahagian keuntungan 70:30. Melihat kepada sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat, YPEIM kemudian menjalin kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Bank Pertanian Malaysia. Pelaksanaan skim itu di semua institusi kewangan adalah selaras dengan hukum syariah.
Beberapa badan pergerakan koperasi dan kerajaan negeri turut menceburkan diri dalam bidang itu. Contohnya, kerajaan Perlis telah menubuhkan sistem pajak gadai Islam pada Januari 1997. Antara badan pergerakan koperasi yang terawal dalam pelaksanaan skim ini ialah Koperasi Pengguna Pahang Berhad, Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Perak Berhad dan Koperasi Kakitangan Kerajaan dan Badan-badan Berkanun Terengganu.
Jelas Abdullah, konsep Ar-Rahnu menggalakkan pinjaman tanpa faedah kepada mereka yang memerlukan dan membantu masyarakat tanpa mengira batas agama dan keturunan. Selain itu, ia dapat mengelakkan penglibatan umat Islam dengan transaksi perdagangan yang berunsur negatif. Islam menghalalkan gadaian kerana ia berupaya meningkatkan taraf sosial dan keadilan dalam masyarakat.
Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dijalankan, beliau mendapati pajak gadai konvensional mempunyai beberapa aspek yang bercanggah dengan hukum Islam terutama dari segi pelaksanaan dan operasi. Katanya, penyelewengan berlaku dari segi nilai gadaian yang semakin menyusut walaupun barang kemas didapati lebih berat. Malah undang-undang pajak gadai tidak mewajibkan peniaga pajak gadai mencatatkan saiz dan berat barang kemas pada resit gadaian. Mereka juga dikenal pasti menetapkan kadar faedah yang berlebihan berbanding yang telah termaktub dalam Seksyen 46, Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.
Tambah Abdullah, sistem konvensional memberi nilai gadaian rendah walaupun banyak barang yang hendak digadai kerana akta tidak menetapkan kriteria untuk meletakkan harga pada barang gadaian. Peniaga pajak gadai turut mengenakan bayaran ke atas resit gadaian. Berdasarkan kepada akta itu, pemegang gadaian boleh mendapatkan semula resit secara percuma apabila memohon penangguhan tetapi ada yang mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran 50 sen untuk setiap salinan resit gadaian yang seterusnya. Mereka berani mengambil kesempatan kerana akta tidak mewajibkan pemberian resit bagi barang yang telah digadai kecuali pemegang yang perlu menyerahkan surat pajak gadai sahaja.
“Pada masa yang sama, peniaga pajak gadai tidak memulangkan wang lebihan selepas lelongan dan ditolak jumlah hutang. Tindakan ini ternyata menindas pengguna yang amat memerlukan wang tersebut,” katanya.
Apabila peniaga pajak gadai didapati sewenang-wenangnya menindas pengguna yang kurang arif mengenai operasi pajak gadai, secara tidak langsung ia membuktikan kelemahan Seksyen 46, Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.
Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah akta itu tidak mewajibkan peniaga menunjukkan kadar faedah yang ditetapkan di tempat terbuka dengan jelas atau menerangkan kepada penggadai yang buta huruf kerana perniagaan pajak gadai tidak dipantau dengan ketat.
Akta tersebut juga tidak menetapkan kawalan atau peraturan terhadap acara melelong barang gadaian yang tidak ditebus. Malah tidak dinyatakan waktu dan tempat lelongan diadakan. Barang gadaian yang hendak dilelong juga tidak dipamerkan.
PROSEDUR
“Walaupun akta ada menyatakan pemegang lesen bertanggungjawab terhadap barang cagaran tetapi jika berlaku kerosakan, pampasan yang dibayar kepada penggadai adalah tidak adil kerana ia menerima nilai yang lebih rendah dan kurang daripada nilai gadaian sebenar,” ujar Abdullah.
Enam bulan adalah tempoh pajakan yang singkat jika jumlah pinjaman yang dibuat adalah besar dan penggadai terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah. Pada masa yang sama, penggadai turut dibebankan dengan kadar faedah yang tinggi kerana perniagaan pajak gadai memerlukan modal yang besar. Selain itu, akta itu hanya mengehadkan peniaga pajak gadai memberi pinjaman sebanyak RM5,000 dan jika lebih ia perlu mendapatkan lesen peminjam wang. Keadaan ini sangat merugikan penggadai kerana keadaan inflasi akan menaikkan nilai barangan.
Dari segi menamatkan kontrak gadaian, Abdullah menjelaskan, barang gadaian akan diserahkan apabila penggadai telah melunaskan hutang kepada pemegang gadai. Sekiranya penggadai tidak mampu membayar hutang yang diambil, apabila tamat kontrak, dengan kebenaran hakim pemegang gadai boleh melelong barang tersebut dan ia hanya boleh meletakkan harga barang tersebut sebanyak hutang yang dikenakan
Selain itu, kontrak juga boleh berakhir dengan pelupusan hutang (ibra’) iaitu pemegang gadai bersetuju menghapuskan hutang dengan memulangkan semua barang tersebut tanpa membayar hutang. Mengenai status penggadai yang meninggal dunia, Abdullah menyatakan, kontrak gadaian tidak akan berakhir atau terbatal sekiranya berlaku kematian. Jika penggadai atau pemegang gadai meninggal dunia, waris-waris akan menggantikan tempat mereka. Sekiranya waris masih kecil atau berada di luar negara, maka waris boleh menjual harta gadaian dengan persetujuan pemegang gadaian dan ia hanya boleh digunakan untuk menjelaskan hutang si mati.
“Dalam kes gadaian yang menggunakan harta yang dipinjam pula, sekiranya berlaku kematian, pemegang gadai tidak boleh menjual barang tersebut melainkan dengan keizinan pemberi pinjaman. Tetapi jika pemberi pinjaman ingin menjualnya tanpa keizinan pemegang gadai, syaratnya harga jualan perlu dapat menampung jumlah hutang,” jelas Abdullah. Sistem pajak gadai Islam ternyata memberi kelebihan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan keturunan kerana ia berlandaskan kepada hukum Islam. Pajak gadai Islam dinilai oleh penasihat syariah yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang undang-undang Islam.
Ar-Rahnu yang dijalankan di Malaysia merupakan sistem pajak gadai yang pertama di dunia dan hingga kini masih belum ada sistem yang seumpamanya di dunia.
Definisi dari sudut syarak:
Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
Definisi dari sudut bahasa:
Ar-Rahnu dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya............."
(Surah al-Muddaththir 74:38)
PENGERTIAN , HUKUM DAN RUKUN AR-RAHNU
? PENGERTIAN
Ahmad Azhar Basyir - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadikan suatu benda yang bernilai menurut pandangan syara" sebagai tanggungan hutang dengan adanya benda yang menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima"
H.M Arsjad Thalib Lubis - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadi suatu barang yang berupa harta dan ada harganya jadi jaminan hutang dan ia akan dijadikan pembayarannya jika hutang itu tidak dapat dibayar"
Abdul Rahman Al-Jaziri - menerangkan bahawa Ar-Rahnu menurut syara’ bererti " menjadikan barang yang ada harganya menurut pandangan syara’ sebagai jaminan kepercayaan hutang piutang. Dalam erti seluruh hutang atau sebahagiannya dapat diambil, sebab sudah ada barang jaminan tersebut.
Kesimpulannya - Ar-Rahnu boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau penerima pinjaman menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman
? HUKUM
Firman Allah SWT - "Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu berhutang) dan tiada memperolehi penulis, maka boleh diserahkan sahaja jaminan yang dapat dipegang
(Al-Baqarah : ayat 283)
Dalam sebuah Hadis - "Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah Hadis - "Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang dihutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya"
(Riwayat Al-Bukhari)
Dalam sebuah Hadis - "Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan makanan yang dibelinya untuk nafkah keluarganya"
(Riwayat Tirmidzi)
? RUKUN
Hukum Ar-Rahnu mengandungi 5 perkara:
1. Penggadai atau orang yang menggadai; iaitu orang yang berhutang
2. Penerima gadaian atau pemegang gadai; iaitu pihak yang memberi pinjaman
3. barang gadaian; iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima pinjaman
4. Tanggungan gadaian; iaitu jumlah yang berhutang
5. Sighah atau perjanjian; iaitu perjanjian berkaitan pinjaman/ hutang dan gadaian
SENARIO SEMASA
Antara Senario masa kini yang wujud di dalam penawaran perkhidmatan kewangan (pinjaman mikro kredit) di negara ini:
• Terdapat banyak perkhidmatan yang tidak selaras dengan undang-undang dan bercanggah dengan akhlak Islam sedang memenuhi jurang penawaran perkhidmatan kewangan kepada masyarakat dalam kelompok berpendapatan rendah.
• Terdapat bilangan yang agak substantial mendapatkan perkhidmatan yang illegal bagi tujuan yang dianggap produktif terutamanya bagi keperluan perniagaan. Keadaan ini wujud di sebabkan oleh masih terdapat jurang yang agak ketara di antara penawaran perkhidmatan kewangan (khususnya secara Islam).
• Pada umumnya skim-skim pinjaman yang illegal ini mengenakan caj yang terlalu tinggi, berlaku manipulasi dalam urusan emas dan terdapat kes immoral.
KELEBIHAN AR-RAHNU
Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah:
1. Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)
Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam.
2. Nilai Gadaian Tidak Merosot
Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.
3. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.
4. Barang Kemas Yang Disimpan Selamat
Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.
5. Caj perkhidmatan Yang Rendah
Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.
6. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.
Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.
7. Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah
Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.
8. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan
Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.
9. Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya
Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.
Ar-Rahnu menggabungkan dua konsep syariah yang utama iaitu Ar-Rahnu dan Al-Wadiah Yad Dhamanah:
• Ar-Rahnu merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
• Al-Wadiah Yad Dhamanah merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.
• http://www.arrahnu.org/0018.htm
[Baca]
Fathilat Bulan Safar
BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.
Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.
Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.
Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:
"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''
Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik.
Dari segi bahasanya Safar membawa erti kosong dan dari segi istilahnya bulan Safar membawa erti bulan di mana orang-orang arab di zaman Jahiliah keluar rumah untuk berperang setelah bebas dari bulan-bulan haram yang diharamkan berperang.
Setelah kedatangan Islam, Rasullullah mengekalkan nama bulan ini dengan nama bulan Safar sehinggalah ke hari ini.
Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Safar
Ada berbagai peristiwa yang berlaku di dalam bulan Safar. Diantara peristiwa penting yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan wajar dikenang oleh kita ialah;
- Persidangan
Darul-Nadwah Persidangan Darul-Nadwah adalah persidangan yang dianjurkan
oleh pihak Musyrikin Jahiliah yang terdiri dari berbagai-bagai kabilah di
Mekah. Persidangan ini dianjurkan khas untuk menyekat, menekan dan
melumpuhkan terus pengaruh dan dakwah Rasullullah saw.
Persidangan ini dipengerusikan oleh Abu Jahal dan dihadiri juga oleh Iblis yang menyamar sebagai seorang tua dari Najad. Keputusan dari persidangan ini ialah Rasulullah saw dijatuhi hukum bunuh dan setiap kabilah hendaklah menghantar seorang wakil yang terdiri dari pemuda yang paling gagah untuk sama-sama membunuh Rasulullah saw.
Oleh itu keluarga Rasullullah saw dari kabilah Bani Abdul Manaf tidak akan mampu untuk membalas dendam terhadap semua kabilah-kabilah yang terlibat dalam pakatan pembunuhan itu. Maka Allah ta'ala telah memerintahkan Rasullullah saw keluar berhijrah dari Mekah ke Madinah.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah mula keluar dari rumahnya pada waktu malam di akhir bulan Safar dan pendapat yang lebih masyhur mengatakan bahawa Rasulullah mula keluar dari rumahnya pada bulan Rabi'ul Awwal setelah 13 tahun berdakwah di Mekah. - Rasullullah
Mula Sakit Satu lagi peristiwa penting yang berlaku di bulan Safar ini
ialah pada akhir bulan ini setelah kembalinya Rasullullah dari mengerjakan
Haji Wida' (haji terakhir Rasullullah saw) beliau mula ditimpa sakit.
Beliau wafat pada 12 Rabi'ul Awwal tahun 11 Hijriah. Rasullullah mula merasai sakit yang berat sewaktu beliau di rumah isterinya Saidatina Maimunah r.a.
Beliau telah memanggil kesemua isteri-isterinya yang lain untuk meminta izin agar beliau dibenarkan diam di rumah Saidatina Aisyah r.a dan beliau telah wafat di rumah Saidatina Aisyah r.a
[Baca]
11 jenis manusia didoa Malaikat
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah
[Baca]
Sedekah
Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut:
Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung."
Allah menjawab, "Ada, iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi). Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"
Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada, iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api). Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"
Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada, iaitu air" (api membara sedahsyat apapun nescaya akan padam jika disiram dengan air). Para malaikat pun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada, iaitu angin" (air di samudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat). Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, " Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya". Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.
Berkaitan dengan ikhlas ini, Rasulullah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya".
Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dan lain-lain yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.
Ganjaran bersedekah
Rasulullah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.
Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda Rasulullah SAW, sbb : Allah Ta'ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah". {Qs. Al Lail (92) : 5-8}
Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2) : 261}
Rasulullah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Yang satu lagi menyeru, "musnahkanlah orang yang menahan hartanya".
Tolak Bala dengan Sedekah
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW, sbb : "Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah". "Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah". "Ubatilah penyakitmu dengan sedekah".
Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah.
Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???
Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah kepada pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Juma'at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jumaat, misalnya Juma'at ini kita menyumbang RM5 ke kotak amal tersebut maka sebaiknya Juma'at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.
Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi di dunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka.
Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung di sisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.
Sedekah yang pahalanya terus mengalir
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya." (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad)[Baca]
SUARA YANG DIDENGAR MAYAT
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya
Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.
- Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
- Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
- Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
- Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."
- Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
- Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
- Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
- Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"
- Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
- Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
- Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
- Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
- Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."
- Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
- Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
- Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."
- Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
- Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
- Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."
- Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
- Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
- Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
- Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."
- Kini Kau Tinggal Seorang Diri
- Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
- Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
- Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri
- Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
- Hari Ini,....
- Akan Kutunjukan Kepadamu
- Kasih Sayang-Ku
- Yang Akan Takjub Seisi Alam
- Aku Akan Menyayangimu
- Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".
- Kembalilah Kepada Tuhanmu
- Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
- Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
- Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"
Tolong Kirimkan Kepada Rakan-Rakan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal...!!! Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.
Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca email ini.
Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tahu bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan. Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???
[Baca]
Perbanyakkan ekonomi rakyat
![]() |
|
Mohd Mizwan Omar dan
anaknya bermain badminton di hadapan kawasan rumah kedai di Kampung
Baru, Kuala Lumpur. Mereka antara penduduk yang mengharapkan perubahan
di kawasan tersebut sejajar dengan pembangunan di sekeliling.
|
MINGGU lepas, terdapat empat perkara yang telah diumumkan oleh kerajaan sebagai strategi untuk mempertingkatkan taraf ekonomi rakyat. Pertama, pengumuman kenaikan gaji dan imbuhan tetap khidmat polis (ITKP) yang mana seramai 98,747 anggota polis akan menerima bayaran penyelarasan gaji dan imbuhan tetap antara RM1,500 sehingga RM6,000.
Pengumuman ini bakal memberi perangsang kepada anggota polis agar bekerja lebih kuat lagi dengan penuh dedikasi dan berintegriti dalam memastikan keselamatan rakyat.
Pengumuman kedua pula melibatkan pemberian insentif berupa wang tunai sebanyak RM2,000 secara tetap setiap bulan dan sepanjang hayat kepada johan qari dan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa. Pengiktirafan ini sedikit sebanyak membantu mereka dalam menampung perbelanjaan dan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Insentif ini juga amatlah bertepatan bagi menghargai jasa mereka yang sangat besar sama sekali dalam mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Ketiga, perancangan kerajaan untuk membangunkan semula Kampung Baru tanpa menyebabkan penduduknya berpindah dengan mengadakan perbincangan dengan mereka seterusnya memperolehi persetujuan penduduk Kampung Baru.
Paling menarik, pembangunan semula Kampung Baru bakal dikelolakan oleh badan amanah kerajaan tanpa penyertaan swasta. Berita baik ini bakal mengakhiri segala ketidaktentuan mengenai prospek kemajuan Kampung Baru sedangkan umum mengetahui kawasan sekitarnya amat pesat dibangunkan berbanding dengannya.
Kampung Baru sewajarnya membangun bersama-sama dengan kepesatan Kuala Lumpur. Pengumuman ini memberi "durian runtuh" kepada penduduknya dalam menikmati kepesatan pembangunan Kuala Lumpur tanpa memperjudikan hak pegangan tanah di kawasan yang dari dahulu lagi amat diminati dan ingin dikuasai oleh ramai pihak.
Sewajarnya, konsep yang bakal diperkenalkan ini benar-benar memberi kebaikan kepada penduduknya dan pada masa yang sama dapat mempertahankan salah satu khazanah sejarah Kuala Lumpur yang tidak ternilai dengan wang ringgit.
Pengumuman keempat melibatkan usaha kerajaan untuk menubuhkan Pusat Komuniti Pekerjaan (PKP) di seluruh negara. Melalui penubuhan PKP, sebanyak 100,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan pada tahun ini.
PKP berperanan membantu orang ramai mencari pekerjaan di samping memberi khidmat nasihat kepada orang ramai.
Dalam suasana ekonomi yang masih tidak menentu dengan mengambil contoh bursa saham Amerika Syarikat (AS), Wall Street yang mengalami kerugian paling teruk dalam tempoh sembilan bulan serta berita pembuangan para pekerja AS secara besar-besaran, maka pengumuman kerajaan ini serba sedikit membantu dan memberi kelegaan kepada rakyat yang sedang mencari pekerjaan yang lebih baik.
Keempat-empat pengumuman ini hanyalah sebahagian kecil daripada usaha-usaha kerajaan untuk mempertingkatkan ekonomi rakyat. Kerajaan sewajarnya mempertingkatkan lagi usaha-usaha untuk memastikan kesejahteraan ekonomi rakyat secara menyeluruh.
Usaha-usaha ini tidak seharusnya disempitkan kepada satu-satu golongan sahaja tetapi perlu diperluaskan lagi ke atas semua golongan rakyat melibatkan semua negeri di Malaysia.
Usaha-usaha ini mestilah secara menyeluruh terutamanya ia patut disasarkan kepada golongan yang memerlukan. Salah satu perkara terpenting yang patut diambil kira ialah memastikan golongan sasaran benar-benar memperolehi manfaat daripada usaha-usaha yang akan dan sedang dijalankan.
Rakyat tidak mahu usaha-usaha yang dijalankan tidak sampai kepada mereka hanya kerana disebabkan masalah-masalah biasa yang sering kali diutarakan oleh mereka seperti kerenah birokrasi.
Di sinilah peranan pemimpin setiap peringkat agar usaha-usaha yang dijalankan digerakkan secara lebih cekap dan berkesan. Satu perkara yang amat merugikan jika segala usaha untuk mempertingkatkan ekonomi rakyat hanya sekadar nampak amat menarik di atas kertas tetapi tidak berjaya dijalankan sepenuhnya hanya kerana kegagalan pelaksanaannya.
Jadi, tidak kiralah sama ada usaha-usaha yang sedang dan bakal dijalankan itu melibatkan program pembangunan ekonomi yang kecil ataupun besar, tuntutan kerjasama di semua peringkat melibatkan semua pihak merupakan aspek terpenting untuk menjayakan agenda ekonomi rakyat.
Jika ini dapat dilakukan pada tahap terbaik, manfaatnya bakal dirasai oleh rakyat yang sememangnya sentiasa mengharapkan nasib mereka terbela pada setiap masa.
Penulis ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara Malaysia
[Baca]